You are on page 1of 10

PROPOSAL KAJIAN

TINDAKAN BAHASA
MALAYSIA 2012
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH :

TAJUK KAJIAN :
MURID TIDAK DAPAT MENJAWAB
SOALAN BAHAGIAN C KERTAS
PENULISAN

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.


Terdapat dua kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
iaitu Pemahaman Bahasa Melayu dan Penulisan Bahasa Melayu.

Hasil daripada

penandaan latihan karangan dan kertas soalan, kami dapati kebanyakan murid kelas 6K
gagal dalam kertas penulisan. Ini disebabkan murid-murid masih tidak dapat menjawab
soalan Bahagian C kertas penulisan dengan baik. Kesalahan yang kami kenal pasti ialah
murid menghadapi kesukaran untuk mengaitkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang tepat
dengan contoh-contoh yang diberikan dalam petikan. Mereka asyik mengulangi nilai-nilai
yang mereka tahu sahaja seperti baik hati, bekerjasama, kasih sayang dan rajin. Bagi kami,
masalah ini berlaku

kerana

murid-murid tidak

memahami dan tidak

menguasai dan

mengingati serta pendedahan kepada kesemua nilai-nilai murni yang terkandung dalam
sukatan pelajaran tahun 6. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan murid
dalam peperiksaan.
Melalui pengalaman kami kelemahan murid-murid menjawab soalan ini disebabkan
kurangnya penjelasan dan tumpuan mereka terhadap pentingnya menjawab soalan ini.
Sekiranya masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Pasti murid-murid tidak dapat
menjawab soalan Bahagian C kertas penulisan dengan baik. Murid juga akan terlepas
peluang untuk mendapat markah dan akhirnya akan menjejaskan pencapaian mereka dalam
peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

2.0 FOKUS KAJIAN


Walaupun kami mengesan banyak masalah yang dihadapi murid dalam menjawab
penulisan karangan, kami hanya menfokuskan kajian ini terhadap masalah mengaitkan nilai
murni atau pengajaran yang tepat dan betul yang terdapat dalam contoh ayat yang
diberikan. Kemahiran menjawab soalan Bahagian C kertas penulisan harus dikuasai murid
sebelum peperiksaan UPSR.
Hasil refleksi didapati murid-murid gagal mengesan ayat yang mengandungi nilai murni
dan menyatakan nilai murni atau pengajaran tersebut dengan tepat dan betul.
Kami akan cuba membantu murid menguasai teknik menjawab soalan Bahagian C. Kami
yakin murid boleh menjawab soalan menepati permintaan soalan. Penguasaan kemahiran ini
membolehkan mereka lulus dalam peperiksaan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 OBJEKTIF UMUM
Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran menjawab soalan Bahagian C
Kertas Penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Kajian ini adalah bertujuan :
3.2.1 Murid dapat menulis nilai murni yang terdapat dalam ayat-ayat dan menulis huraian
3.2.2

jawapan dengan lengkap.


Murid dapat menulis beberapa ayat daripada petikan berdasarkan pilihan nilai murni

3.2.3

dalam jadual yang disediakan.


Murid dapat mengesan dan menulis nilai murni yang sesuai bagi contoh-contoh yang

3.2.4

terdapat dalam petikan.


Murid boleh menulis huraian jawapan dalam satu perenggan dengan kata bantu dan
penanda wacana yang sesuai.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 34 orang murid dalam Tahun 6
Kuning, iaitu 32 orang murid berbangsa Cina, seorang murid berbangsa India dan
seorang murid berbangsa Singh.
5.0 METADOLOGI
Metadologi yang digunakan ialah :
5.1 Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman murid-murid tentang nilai-nilai murni. Selepas kami menyemak kertas
ujian pra, kami dapati murid-murid lemah dalam menjawab soalan Bahagian C tanpa
bimbingan dan penjelasan daripada guru-guru.
5.2 Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian ke atas sikap murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian dijalankan. Sebelum
kajian dijalankan, murid kurang memberi respond an kurang berminat kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana biasanya, kami mendapati murid-murid
perempuan lebih bersedia untuk belajar dan aktif. Sebaliknya, murid lelaki pasif
dalam aktiviti pembelajaran dan kurang melibatkan diri semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Faktor minat dan tumpuan yang sepenuhnya
membantu murid-murid mengikuti pengajaran guru dengan lebih berkesan.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan Masalah


Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, kami telah meninjau masalahmasalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menjawab soalan Bahagian C
menggunakan metodologi yang dinyatakan.
6.2 Analisis Tinjauan Masalah.
6.2.1

Analisis Ujian Pra


Jadual 1: Pencapaian Ujian Pra
Pencapaian ( markah)
Cemerlang (16-20)

Bilangan Murid
1

Peratusan ( %)
0.03

Baik (12-15)
Memuaskan (8-11)
Pencapaian Tahap

11
16
6

32.35
47.07
17.65

Minimum ( 0-7)
Jumlah

34

100

Berdasarkan Jadual 1, hanya 32.38% (12 orang ) murid telah lulus manakala 67.62%
( 22 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat didapati murid yang
mencapai tahap memuaskan dan tahap minimum tidak dapat mengaithubungkan
nilai murni yang sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan dan melakukan banyak
kesilapan semasa menulis huraian jawapan dalam satu perenggan.
6.2.2

Analisis Pemerhatian
Jadual 2: Analisis Pemerhatian
Sikap
kesungguhan
Kurang mengambil bahagian
Kurang tumpuan( bermain,

Peratus ( % )
47.06
61.76
29.41

berbual-bual)

6.3 Pelaksanaan tindakan


6.3.1

Aktiviti 1: Mengaitkan contoh ayat dengan nilai murni


i.
Saya menyediakan 10 contoh ayat sebagai bahan perangsang.
Arahan : Tulis nilai murni yang terdapat dalam ayat berikut dan tuliskan jawapan
dengan lengkap.
kata
i.
Yusmarina mencuci tangannyasetiap kali sebelum makan.
Nilai murni: Menjaga kebersihan
Jawapan lengkap: Kita mestilah menjaga kebersihan diri dengan mencuci
tangan sebelum makan seperti Yusmarina.

ii.
iii.
iv.
v.

vi.
vii.
viii.

ix.
x.

ii.
iii.
iv.
v.

Suzi membaca buku pada masa lapang.


Nilai murni:
Jawapan Lengkap:
Aminah membantu ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur.
Nilai murni:
Jawapan Lengkap:
Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin.
Nilai murni:
Jawapan Lengkap:
Zuki mengucapakan terima kasih selepas menerima hadiah daripada
ibunya.
Nilai murni:
Jawapan Lengkap:
Kamal bersarapan sebelum pergi ke sekolah.
Nilai murni:
Jawapan Lengkap:
Bala mencuci kasut sekolah sendiri pada hujung minggu.
Nilai murni:
Jawapan Lengkap:
Penduduk kampung membaiki rumah Puan Rokiah yang rosak dipukul
rebut.
Nilai murni:
Jawapan Lengkap:
Zong Rui membawa bekalan ke sekolah setiap hari.
Nilai murni:
Jawapan Lengkap:
Jayden menunggang basikalnya dengan berhati-hati.
Nilai murni:
Jawapan Lengkap:

Murid diminta membaca dan memahami ayat- ayat tersebut.


Murid mengenal pasti nilai murni yang bersesuaian dengan contoh ayat .
Murid mencatat jawapan masing-masing dalam lembaran kerja yang diedarkan.
Saya membincangkan jawapan dengan menyatakan kata kunci dalam ayat untuk
memudahkan murid mencari jawapan.

Pemerhatian
Murid-murid telah menunjukkan respon yang baik semasa menjawab soalan. Mereka juga
bersedia untuk mencari nilai murni yang terdapat dalam contoh-contoh ayat yang diberikan.
Selepas pemeriksaan jawapan murid, kami sedar bahawa murid-murid lemah dalam menulis
huraian jawapan. Kami juga mendapati kebanyakkan murid salah soalan viii iaitu
jawapannya bekerjasama atau semangat muhibah.
Refleksi
Sebagai pengukuhan, guru telah menerangkan definisi bagi nilai semangat muhibah dengan
beberapa contoh yang lain untuk membantu murid-murid mengingat nilai murni ini. Kami

dapati murid-murid dapat mengaitkan nilai murni jika contoh-contoh ayat dan kata kunci
diberikan.

6.3.2
i.

Aktiviti 2: Menulis contoh ayat daripada petikan berdasarkan pilihan


Guru memaparkan carta nilai-nilai murni lalu memberi definisi tentang nilai murni
secara ringkas.
Guru mengedarkan lembaran kerja.
Guru minta murid-murid membaca petikan bersama-sama.

ii.
iii.

jawapan

Ah Seng berdiri di tepi sebatang jalan raya. Dia menunggu lampu isyarat
berwarna merah untuk melintas jalan raya. Kemudian, seorang lelaki tua berdiri di
sisinya. Ah Seng telah membantu lelaki tua itu melintas jalan raya. Lelaki tua itu
mengucapkan terima kasih kepadanya.
Kemudian, Ah Seng meneruskan perjalanannya. Tiba-tiba dia ternampak sebuah
dompet. Dia membuka dompet itu. Dompet itu berisi wang yang banyak. Dia segera
pergi ke sebuah balai polis yang berhampiran. Dia menyerahkan dompet itu kepada
seorang pegawai polis. Polis itu memuji Ah Seng kerana dia seorang budak yang
iv.

jujur.
Guru menanya beberapa soalan untuk membimbing murid memahami isi kandungan

v.

petikan.
Guru minta murid mencatat ayat- ayat berdasarkan nilai murni yang diberi dalam
jadual yang disediakan.

Kelakuan /situasi
1.Dia menyerahkan dompet itu kepada seorang pegawai

Nilai murni
Jujur

polis.
2.
Berhati-hati
3.
Mematuhi peraturan
4.
Bersyukur
5.
Menghargai bantuan
6.
Baik hati
vi.
Perbincangan- Guru dan murid-murid berbincang tentang ayat-ayat yang dicatat.
Pemerhatian
Daripada jawapan murid-murid, kami mendapati kaedah ini menjadikan murid-murid lebih
berkeyakinan diri semasa mencari ayat-ayat yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang
diberikan. Mereka menunjukkan sikap belajar yang positif dan menumpukan perhatian
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka berasa gembira dan
puas hati apabila mengetahui jawapan mereka betul.
Refleksi

Kami mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan murid-murid
tidak diberi bimbingan dan panduan untuk menjawab soalan.

6.3.3

Aktiviti 3: Mengesan ayat-ayat yang terdapat dalam petikan dan menulis nilai murni

yang sesuai.
1. Guru membahagikan murid-murid kepada 3 orang dalam satu kumpulan.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja.
Setiap hari, Siti bangun pada pukul enam pagi. Setelah mandi dan berpakaian
seragam sekolah, Siti akan pergi ke dapur membantu ibunya menghidangkan
sarapan. Siti dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama.
Sebelum pergi ke sekolah, Siti akan bersalaman dengan ayah dan ibunya.
Sementara menunggu bas, Siti membaca buku. Setibanya di sekolah, Siti terus
masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan
memastikan kelasnya berada dalam keadaan bersih dan ceria.
3. Aktiviti kumpulan-murid mencatat ayat-ayat dalam petikan lalu menyatakan nilai
murni yang sesuai dengan ayat tersebut.
4. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, guru membuat perhatian terhadap respon
murid-murid.
5. Murid-murid membentangkan jawapan masing-masing.
6. Selepas perbincangan, murid-murid mencatat jawapan ke dalam buku latihan.
Pemerhatian
6.3.4

Aktiviti 4:Ujian Pos -- Menulis huraian jawapan dengan kata bantu dan penanda
wacana yang sesuai.
Ujian ini dijalankan bertujuan melihat pencapaian murid

1. Guru mengedarkan lembaran kerja lalu memberi arahan menjawab soalan.


Setiap hari, Kok Seng bangun awal. Dia mengemaskan bilik tidurnya sendiri.
Selepas bersarapan, dia berjalan kaki ke sekolah. Sekolah Kok Seng terletak
berhampiran dengan rumahnya. Dia membawa bekalan ke sekolah.
Di sekolah, Kok Seng selalu mengucapakan selamat pagi kepada gurunya.
Sebagai ketua kelas, dia memastikan semua murid menjalankan tugas mengikut
jadual yang ditetapkan. Dia juga turut membantu rakan-rakannya mengemaskan bilik
darjah agar dapat meringankan tugas mereka.
Pada waktu petang, Kok Seng menyiapkan semua latihan yang diberi oleh
gurunya. Dia juga meluangkan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Pada waktu
senja, dia berjoging bersama kawannya di taman rekreasi.
2. Guru memberi panduan untuk menulis jawapan Bahagian C dalam perenggan.

Permulaan
ayat ( positif)

Nilai murni

Kata hubung

Permulaan
ayat yang

berikutnya.
Kita
hendaklah
Kita patutlah
Kita mestilah
Kita

Nilai murni /
Pengajaran /
Amalan baik

seharusnya
Kita perlulah
Kita
sewajarnya
Permulaan
ayat
(negative)
Kita tidak

seperti
dengan
contohnya

huraian
Selain itu
Di samping itu
Seterusnya

Pengajaran /
Amalan yang

Akhir sekali

tidak baik

sepatutnya
Kita janganlah
Kita tidak
sewajarnya
Kita tidak
boleh
Kita tidak
seharusnya
3. Guru mengingatkan murid menyemak semula ulasan yang dibuat untuk memastikan
ayat-ayat tersebut gramatis, tepat dan tiada kesalahan tatabahasa, penggunaan
kata, struktur ayat dan tanda baca.
Pemerhatian
Jadual 3: Bilangan dan Peratus Ujian Pos
Pencapaian ( markah)
Cemerlang (16-20)

Bilangan Murid
6

Peratusan ( %)
17.65

Baik (12-15)
Memuaskan (8-11)
Pencapaian Tahap

22
4
2

64.71
11.76
5.88

Minimum ( 0-7)
Jumlah

34

100

Refleksi
Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Bilangan murid
yang mencapai tahap minimum juga berkurangan daripada 6 orang kepada 2 orang pelajar.
Peratus pencapaian bagi setiap gred juga meningkat.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Pencapaian ( markah)

Ujian Pra

Aktiviti 1

Aktiviti 2

Aktiviti 3

Cemerlang

0.03

Baik
Memuaskan
Pencapaian Tahap

Ujian Pos

17.65

17.65

11.76

17.65

32.35

52.94

61.76

50.00

64.71

47.07
17.65

29.41
0

20.59
0

32.35
5.88

11.76
5.88

Minimum

8.0 REFLEKSI KESELURUHAN


8.1 Penilaian Pencapaian Murid
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan kemahiran
murid menjawab soalan Bahagian C yang agak ketara. Kebolehan murid mengaitkan
nilai murni dengan ayat-ayat dalam petikan merupakan satu peningkatan yang
menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya, boleh disimpulkan
bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil.
8.2 Rumusan Pemerhatian
Murid kelihatan lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kami telah menggunakan kaedah pencarian kata kunci dalam membantu murid
menjawab soalan Bahagian C. Kami bercadang meneruskan kaedah ini dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid yang masih berada dalam tahap
memuaskan dan tahap minimum.
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang
kami jalankan ke atas murid-murid. Kami bercadang untuk meneruskan program ini di
samping berkongsi idea bersama-sama.

10.0.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil

Aktiviti

Tempoh
Pelaksanaan

Mengenalpasti masalah dan


pengumpulan data awal.

Mac 2012

Menyediakan prorosal kajian

8 Mac 2012

Merancangkan tindakan yang akan


dijalankan

15 Mac 2012

Melaksanakan tindakan aktiviti

22 Mac 2012

Membincangkan hasil yang didapati


daripada tidakan aktiviti.

29 Mac 2012

Melaksanakan ujian untuk mengesan


pencapaian murid.

8 April 2012

Refleksi kajian

13 April 2012

Menulis refleksi kajian

15 April 2012

11.0 KOS KAJIAN


Bil

Jenis Bahan

Bahan Fotostat

Kuantiti x harga
seunit(RM)
34 x 0.60

Jumlah Kos
(RM)
20.40

You might also like