You are on page 1of 2

LAPORAN PERTANDINGAN MEMASAK

BADAN BERUNIFORM TUNAS PUTERI
Pada 24 September bersamaan hari Rabu, Badan Beruniform Tunas Puteri
telah mengadakan Pertandingan Memasak.Tujuan pertandingan ini diadakan adalah
untuk

mencungkil

bakat

terpendam

para

pelajar

dalam bidang masakan di

samping memupuk semangat setia kawan antara pelajar.
Pertandingan ini telah disertai oleh kesemua pelajar dari Persatuan Badan
Beruniform Tunas Puteri yang telah dibahagikan kepada enam kumpulan dan diadili
oleh juri yang

hebat yang mempunyai citarasa tersendiri iaitu Puan A.Plomena.

Hidangan yang disediakan turut dinilai daripada beberapa aspek seperti kerjasama
antara ahli kumpulan, kreativiti dalam persembahan dan rasa.
Bertempat

di

Padang

SJK(T)

Ladang

Emerald,

pertandingan

telah

berlangsung
dari pukul 1.30 tengahari sehingga 3.00 petang. Kesemua peserta telah menunjukka
n bakat serta kebolehan untuk menyediakan serta menyajikan hidangan mengikut
tema yang diberikan bagi kumpulan masing-masing. Pelbagai hidangan telah
dipertandingan peserta-peserta pertandingan ini mendapat pujian dari dari juri.
Setelah hidangan para peserta dinilai oleh jurinya, akhirnya keputusan telah
diumumkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan
pertandingan ini membawa banyak manfaat kepada pelajar dan dijadikan batu
loncatan untuk mengasah bakat mereka dalam bidang masakan ke peringkat lebih
tinggi di masa hadapan kelak. Setelah pertandingan berakhir, para peserta
dibenarkan untuk menikmati hidangan yang telah mereka sediakan. Para
peserta juga telah diarahkan untuk mengemas semula peralatan yang telah mereka
gunakan semasa pertandingan sebelum mereka dibenarkan bersurai.
Laporan disediakan oleh,

……………………………….
(KALAIVANI A/P EGAMULUM)
SETIAUSAHA,

BADAN BERUNIFORM TUNAS PUTERI,
SJK(T) LADANG EMERALD

PERTANDINGAN MEMASAK BADAN BERUNIFORM TUNAS PUTERI PERTANDINGAN MEMASAK BADAN BERUNIFORM TUNAS PUTERI .