You are on page 1of 6

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK-PENULISAN ESEI

Skala
Amat
Cemerlan
g
90-100

Deskriptor
Kandungan
Menunujukkan pengetahuan yang sangat luas menyeluruh dan terkini.
Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
Perbincangan kritikal dan Reflektif

Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan.


Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat serta menunjukkan keupayaan membincangkan penyelidikan
terkini yang berkaitan.
Perbincangan yang amat jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta
kesimpulan yang menyeluruh.
Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan.

Organisasi

Organisasi maklumat yang cemerlang.


Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik.
Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan cemerlang.

Bahasa
Sangat lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai, luas dan bersesuaian.
Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan.
Ejaan betul.
Sebutan jelas dan betul.

Kemahiran Merujuk

Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang sangat luas daripada pelbagai sumber.
Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psycological Association (APA) serta
konvensyen penulisan akademik.
Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai.

Cemerlan
g
80-89

Kandungan
Menunjukkan pengetahuan yang menyeluruh dan terkini.
Liputan yang cukup, konsisten dan memenuhi keperluan tugasan.
Perbincangan kritikal dan Reflektif

Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan.


Hujah disokong dengan bukti yang sesuai dan menunjukkan adanya keupayaan membincangkan penyelidikan.
Perbincangan yang jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta
kesimpulan yang menyeluruh.
Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan baik.

Organisasi

Organisasi maklumat yang baik.


Struktur dan perkembangan idea jelas secara keseluruhan walaupun terdapat kekurangan pada beberapa
bahagian.
Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan baik.

Bahasa
Lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang luas dan bersesuaian.
Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan.
Sedikit kesilapan ejaan.
Sebutan betul walaupun terdapat sedikit pengaruh bahasa lain/loghat.

Kemahiran Merujuk

Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang luas daripada pelbagai sumber.
Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psycological Association (APA) serta
konvensyen penulisan akademik.
Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai.

Kepujian
65-79

Kandungan
Menunjukkan pengetahuan yang memuaskan.
Memenuhi kriteria kandungan tetapi terdapat bahagian yang tidak jelas.
Perbincangan kritikal dan Reflektif

Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan memuaskan.


Cuba membuat hujahan dan cuba membincangkan penyelidikan tetapi kurang sesuai pada beberapa bahagian.
Wujud elemen perbincangan kritis pada beberapa bahagian, ada menunjukkan keupayaan menganalisis dan
mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh.
Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan.

Organisasi

Organisasi maklumat yang memuaskan.


Struktur dan tetapi kurang jelas. Sebahagian isi sahaja dalam sesuatu bahagian yang dikaitkan dengan bahagian
lain.
Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan memuaskan.

Bahasa
Agak lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian.
Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang hendak disampaikan walaupun terdapat

kesalahan pada beberapa bahagian.


Kesalahan ejaan ketara.
Sebutan betul tetapi pengaruh bahasa lain/loghat ketara.
.
Kemahiran Merujuk

Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang memuaskan.


Hasil penulisan menjurus dan mengikuti Publication Manual of the American Psycological Association (APA) serta
konvensyen penulisan akademik.
Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang memuaskan.

Lulus
50-64

Kandungan
Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang terhad.
Kandungan tidak lengkap.
Perbincangan kritikal dan Reflektif

Perbincangan menunjukkan pemahaman konseptual yang terhad.


Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan.
Perbincangan terhad, kurang kritis, kurang keupayaan menganalisis dan mensintisis.
Kurang mencungkil pemikiran pembaca.

Organisasi

Organisasi maklumat yang kurang memuaskan.


Struktur yang tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas.
Pengurusan dan pelaksanaan aktiviti yang kurang memuaskan.

Bahasa
Keseluruhan kurang lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan.

Kesalahan ejaan yang sangat ketara.


Sering kali terdapat sebutan yang salah.
.
Kemahiran Merujuk

Hanya beberapa rujukan yang relevan.


Hasil penulisan kurang menjurus dan kurang menepati Publication Manual of the American Psycological
Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik.
Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang terhad.

Gagal
0-49

Kandungan
Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang sangat terhad.
Kandungan tidak lengkap.
Perbincangan kritikal dan Reflektif

Jelas menunjukkan tiada pemahaman konsep.


Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan.
Perbincangan sangat terhad, tidak kritis, tiada keupayaan menganalisis dan mensintisis.
Kurang mencungkil pemikiran pembaca.

Organisasi

Organisasi maklumat yang lemah.


Struktur tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas.
Gagal mengurus dan melaksanakan aktiviti.

Bahasa
Keseluruhan tidak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang amat terhad.
Sering kali penyampaian difahami.

Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan.


Kesalahan ejaan yang sangat ketara.
Sebahagian besar sebutan salah.
.

Kemahiran Merujuk

Kurang atau hampir tiada rujukan.


Tiada menepati Publication Manual of the American Psycological Association (APA) serta konvensyen penulisan
akademik.
Kurang atau hampir tiada bahan sokongan.

You might also like