You are on page 1of 2

Terdapat enam perkara asas yang perlu diberi penekanan oleh pelajar semasa melukis graf.

1 Namakan tajuk graf


Tajuk perlu ditulis dengan huruf besar di setiap pangkal perkataan.
Kedudukan tajuk di bahagian atas tengah graf. Maklumat tajuk merangkumi
tiga aspek iaitu peristiwa, masa dan tempat.
2 Tentukan skala yang sesuai.
Keseluruhan ruang kertas graf adalah 24cm x 20cm. Setelah digunakan
untuk tajuk, petunjuk dan sumber hanya 14cm x 16cm yang tinggal. Pelajar
boleh mendapatkan skala dengan membahagikan jumlah atau nilai dengan
14 cm. Contoh; Nilai angka 45 450 14 = 3246.4 ( Jadi, skala 1: 3500 )
3 Labelkan paksi X dan Y
Rujuk kepada nama bagi lajur dan baris yang terdapat di jadual.
4 Pengisian untuk graf.
Masukkan semua maklumat daripada jadual persedian ke atas kertas graf mengikut
susunan yang betul.
5 Petunjuk graf.
Gunakan petunjuk-petunjuk yang jelas dan ceria untuk memudahkan pembaca membezakan
antara satu petunjuk dengan petunjuk yang lain. Pelajar boleh membuat lorekan atau
menggunakan warna yang jelas.
6 Sumber.
Sumber perlu dicatatkan di bahagian bawah sebelah kanan graf. Salin
semua catatan mengenai sumber.

You might also like