You are on page 1of 5

Kepentingan

Sistem Respirasi

NAMA:MOHAMAD SAIYIDULLAH BIN


ABU BAKAR
KELAS:3A1

Bahan Pencemar

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan


pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan
biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan
kepada manusia atau organisma hidup lain serta
merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.

5 Bahan Pencemar
Asap Rokok:
Asap rokok mempunyai banyak bahan yang membahayakan.Antaranya ialah
nikotin,tar,karsinogen dan karbon monoksida.

Karbon Monoksida Gas ini biasanya diperoleh dari asap kenderaan. Gas
beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan
menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Sulfur Dioksida Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya dari asap
kilang.Gas ini juga beracun . Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang
menyeksakan!

Gas sulfur dioksida

menyebabkan rasa tak selesa pada laluan


penafasan,batu,sukar bernafas,bronkitis dan kanser peparu. Jerebu Jerebu terhasil
daripada wasap ekzos kenderaan , pembakaran terbuka dan kebakaran hutan.

Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus seperti


habuk dan asap.

Toksin

dibebaskan keudara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga

pembakaran bahan api.Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian


plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada di dalam udara.Toksin ini
menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu,
batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema .

Penyakit Berkaitan Dengan Sistem


Respirasi Penyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut
daripada udara. Bahan-bahan cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan
memasuki sistem respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup yang sihat.
Jom kita lihat 4 penyakit yang boleh memberi kesan kepada sistem respirasi manusia.

Asma Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri. Simptom
bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk.

Bronkitis Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan
perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan,
sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

Emfisema Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak.
Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok.
Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun
selepas kerja ringan.

Kanser Peparu Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen


penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan,
kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

Amalan Mengekalkan Udara Yang Bersih


Perlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin mengekalkan udara yang sihat. Seperti
yang kita sedia maklum, udara yang sehat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan
kepada sistem respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang
sihat adalah dengan:
1. Tidak melakukan pembakaran terbuka
2. Tidak merokok di tempat terbuka
3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur
4. Mengurangkan penggunaan penghawa dingin

5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

Cara Memperbaiki Kualiti Udara


Bagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu mengambil langkah
bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara langkah yang kita boleh ambil untuk
memperbaiki kualiti udara adalah dengan:
1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap Pihak berwajib harus memastikan
kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar
memasang penapis apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan
tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga
mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat Kempen kesedaran boleh dianjurkan
bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya
kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai
perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik Kenderaan yang digunakan seharusnya
diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat
meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih
sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara.
4) Gunakan petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat
meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum
adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama
mengurangkan pencemaran.
5) Berkongsi kenderaan Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat
mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya,
sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain
dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga
dapat menjimatkan wang.

6) Menggunakan pengangkutan awam Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga


mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan,
penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang
berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.
7) Tanam lebih banyak pokok Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki
kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon
dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga
dapat diperbanyakkan lagi.

8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang Sebagai satu lagi langkah mendidik
masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada
mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran
kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara.