You are on page 1of 10

KARANGAN UCAPAN

1. Ucapan lazim disampaikan dalam majlis perasmian, majlis


perpisahan, majlis keraian, perayaan tertentu, dan
sebagainya.
2. Antara ucapan yang boleh disampaikan termasuklah:
a. ucapan dalam majlis perpisahan
b. ucapan dalam majlis meraikan seseorang.
c. ucapan dalam majlis perasmian.
3. Bahasa yang digunakan dalam ucapan haruslah mudah
difahami, padat, tegas,dan berkesan.
4. Kiasan, jenaka, pantun, atau peribahasa yang sesuai
boleh diselitkan dalam ucapan. Walau bagaimanapun,
janganlah berlebih-lebihan sehingga menjejaskan isi

5. Karangan jenis ucapan mempunyai format tertentu


yang anda perlu
patuhi.Format karangan berbentuk ucapan adalah
seperti berikut :
a.Pendahuluan
Merupakan pembuka kata yang berupa ucapan
selamat dan kata alu-aluan sebagai tanda hormat.
b. Isi
Merupakan tujuan ucapan disampaikan.
c. Kata-kata penghadapan
Digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi
ucapan. Antara kata-kata penghadapan yang boleh
digunakan termasuklah "hadirin yang dimuliakan",
"hadirin sekalian", dan "tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati".
d. Penutup
Merupakan kata-kata yang diberikan bagi
menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan. Antara
kata-kata yang boleh digunakan termasuklah "akhir kata",
dan "mengakhiri ucapan saya". Ucapan hendaklah diakhiri

Bahagian B : Teknik Menulis Karangan Jenis Ucapan.


Teknik Kata Kunci :
Ucapan tahniah
HURUF

MAKSUD

Ka

Kata alu-aluan

Kese

Kesempatan

Sa

Sapaan

Tu

Tujuan Majlis

Ucap tahniah

Harapan

Penghargaan

Soalan:
Baru-baru ini rakan anda telah
memenangi tempat pertama
Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia
peringkat negeri . Sekolah anda telah
mengadakan majlis untuk meraikan
kejayaannya. Selaku Ketua Murid, anda
diminta untuk menyampaikan ucapan
kepadanya.
Tulis ucapan itu selengkapnya.

Kata alu-aluan:
Yang dihormati Tuan Pengerusi
Majlis,
Tuan Guru Besar, yang diraikan
SaudaraAhmad Kamal bin Omar,
guru-guru, dan rakan-rakan
sekalian.
Selamat sejahtera saya
ucapkan.

Kesempatan
Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada pihak majlis kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk
berucap pada hari ini.

Tujuan majlis

Sebagaimana yang kita maklum, tujuan


majlis ini diadakan adalah untuk
meraikan sahabat kita iaitu Saudara
Ahmad Kamal Omar. Saudara Ahmad
Kamal telah mengharumkan nama
sekolah kita di peringkat negeri Johor.
Beliau telah memenangi tempat
pertama.

Ucap tahniah
Saya mewakili rakan-rakan ingin
mengucapkan tahniah kepada
saudara atas kejayaan yang dikecapi.
Ucap tahniah kepada jurulatih
Saya juga ingin mengucapkan
tahniah kepada Puan Diana Yusuf
selaku jurulatih Saudara Ahmad
Kamal yang bertungkus-lumus
melatih sahabat kita sehingga

Harapan
Harapan saya agar Saudara Ahmad Kamal
terus mencapai kejayaan dan menjuarai
pertandingan bercerita peringkat kebangsaan
pula. Kami sentiasa mendoakan kejayaan
saudara.
Penghargaan
Sekian ,saya akhiri ucapan saya dengan
terima kasih.
ATAU

Sekian,saya akhiri ucapan saya dengan


serangkap pantun,

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan,
Semoga saudara mendapat
nombor satu,
Dalam pertandingan peringkat
kebangsaan.