You are on page 1of 10

1

SULIT

1103/1

1103/1
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Mei
2012
2 jam

SMK ST JOSEPH
PEPERIKSAAN SUMATIF 2
TINGKATAN 5 2012

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian


B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas kajang yang disediakan
sendiri oleh pelajar
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

Disediakan,

Disemak,
1103/1

[Lihat Halaman Sebelah]


SULIT

(MAIZATUL FATHIYYAH BINTI DELLAH )


NOR)

(YUSNUR MOHD
Ketua Panitia Bahasa
Melayu
SMK St Joseph Miri

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah ini menunjukkan kelestarian alam. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
memelihara kehijauan alam. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 Jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Persatuan Pengguna di sekolah anda mengadakan Kempen Menabung. Sebagai
pengerusi persatuan tersebut anda diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis
perasmian kempen tersebut dengan menyatakan faedah-faedah menabung.
Sediakan teks ucapan anda itu selengkapnya
2. Penderaan terhadap kanak-kanak banyak berlaku dalam masyarakat kita. Pelbagai
usaha dijalankan untuk membendung masalah ini, tetapi masalah tersebut tetap berlaku.
Sebagai aktivis masyarakat, anda diminta mengemukakan cadangan untuk mengatasi
masalah yang berlaku.
Berikan pendapat anda akan hal ini.
3. Anda dan seorang rakan anda berbincang tentang kesan-kesan negatif daripada
kebanjiran pekerja asing di negara ini. Hasil perbincangan tersebut akan dibentangkan
dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu.
Tulis perbualan anda dan rakan-rakan anda selengkapnya.
4. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan masyarakat dunia
berkomunikasi dan memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, cepat dan murah.
Bincangkan.
5. Tulis sebuah sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut
.....dalam negara yang aman dan makmur ini, mereka yang bernasib malang ini perlu
dibantu. Saya tak sanggup melihat ada manusia yang hidup dalam kesusahan.

SOALAN TAMAT

5
SKEMA
PEPERIKSAAN SUMATIF 2
TINGKATAN 5 2012
SOALAN 2

Penderaan Kanak-kanak
............Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka
merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang
Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga
dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.
Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin
berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh
dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada
mangsa.
PUNCA
............Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu
bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja
dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat
anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan
ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu
adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan
memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan
sebegitu.
CADANGAN UNTUK MENGATASI
............Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk
mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu bapa tentang
tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah
segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan
insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan
daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.
............Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang
berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undangundang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat
perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
............Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan
keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada
setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga.
Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri
dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
............Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini
kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang
dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan
bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika
mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih
ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia
tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

6
CONTOH
Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini,gejala penderaan kanak-kanak amat
berleluasa di negara kita, Malaysia. Namun,gejala-gejala tersebut bukan lagi isu yang
hangat lagi kerana telah menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini. Hampir setiap hari
media massa memaparkan berita yang berkaitan dengan gejala penderaan kanakkanak,tidak ketinggalan juga di corong-corong radio tempatan yang juga sering
menyampaikan masalah-masalah tersebut. Namun, golongan yang tidak bertanggungjawab
tersebut masih tidak mempunyai kesedaran serta perasaan malu apabila berita-berita
sedemikian disebarkan sehingga setiap lapisan masyarakat menyaksikan perbuatan kejam
yang telah mereka lakukan ke atas golongan yang tidak berdosa ini. Walaupun mereka telah
ditangkap dan dipenjarakan sehingga terdapat kes yang membawa mereka untuk
dijatuhkan hukuman sampai mati. Hal ini jelas menunjukkan hanya manusia yang tidak
mempunyai nilai moral yang boleh bertindak kejam seperti binatang yang tidak mempunyai
akal fikiran seperti manusia.Bak kata pepatah janganlah sudah terhantuk baru tergadah.
Pelbagai pihak telah bersinergi untuk menangani masalah tersebut daripada
berlaku, namun tetap menghampakan kerana tidak begitu efektif. Hal ini terbukti apabila
gejala penderaan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari sehingga tahap yang
kritikal. Bagi membendung masalah-masalah seperti ini daripada terus menular dalam
kalangan golongan yang tidak bertanggungjawab ini, masyarakat sendiri haruslah
memainkan peranan mereka untuk membantu mengatasi gejala-gejala tersebut.
Masyarakat haruslah membuang sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing dengan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keadaan di
sekeliling mereka. Oleh sebab itu, masyarakat haruslah menanamkan sikap jaga tepi kain
orang untuk mengetahui apa yang telah berlaku di sekeliling mereka terutamanya dalam
usaha membendung gejala-gejala sosial tersebut daripada berlaku dalam kalangan remaja
ataupun muda-mudi pada zaman moden ini. Sementelahan pula, masyarakat haruslah
mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling
mengambil berat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim.Tambahan pula, perpaduan
antara masyarakat dapat dikukuhkan lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu
membanteras gejala sosial daripada berlaku kerana adanya semangat bersatu-padu dalam
kalangan masyarakat.
Selain itu,masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik
anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat
membezakan antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Hal ini
penting bagi ibu bapa untuk memainkan peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu
dan bapa kapada anak-anak mereka, wajarlah mereka bersikap tegas terhadap anak-anak
supaya mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta rasa hormat dan taat kepada
orang tua tersemai dalam diri mereka. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka
tidak terlibat dalam pergaulan sosial yang melampau seperti pergaulan bebas daripada
berlaku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala
aktiviti harian anak-anak mereka dengan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa sendiri

7
haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana
remaja mudah terpengaruh dengan faktor persekitarannya. Bak kata pepatah bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Oleh sebab hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai
pendidikan keagamaan yang kukuh supaya dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka.
Pendidikan keagamaan merupakan satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala
perbuatan negatif yang menyumbang kepada masalah ini.
Dalam usaha
membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku,peranan masyarakat haruslah
diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika
mendapati terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan terhadap anak-anak,
mereka haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis secepat yang
mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain itu, pengawalan
keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal ini amatlah
penting bagi memastikan kanak-kanak mendapatkan perlindungan daripada didera serta
disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha ini, penduduk
setempat sendiri haruslah melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk memastikan tiada
sebarang kejadian yang tidak diingini serta mencurigakan daripada berlaku.
Akhir sekali, masyarakat haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian serta amalkan gaya hidup sihat.. Sebaliknya masyarakat haruslah melibatkan diri
dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun
swasta seperti Kempen Membanteras Gejala Penderaan. Hal ini dapat mendedahkan natijah
yang akan diperoleh seandainya terjerumus dengan perbuatan negatif tersebut. Dengan
adanya kesedaran yang tinggi, masyarakat secara automatik akan menjauhkan diri
daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial. Hal ini akan menurunkan kadar gejala
penderaan kanak-kanak.
Sebagai intihanya, masyarakat haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dalam usaha
menangani gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak daripada berlaku serta
mencari resolusi hingga ke akar umbi supaya gejala buruk ini dapat dibanteras dan dihalang
daripada terus membelenggu setiap lapisan masyarakat di negara ini. Bak kata pepatah
sikap bagai aur dengan tebing haruslah diamalkan antara satu sama lain. Hal ini penting
bagi menjadikan negara kita bebas daripada gejala buruk supaya pembangunan negara
tidak terjejas disebabkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bermoral ini. Tambahan
pula, matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan direalisasikan serta imej
negara dipandang tinggi di mata dunia

SOALAN 4
Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan masyarakat dunia
berkomunikasi dan memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, cepat dan murah.
Bincangkan.
Dimensi : Global
Isu : Aplikasi ICT
Tema : Kemajuan ICT sebagai akses masyarakat berinteraksi
Fokus isi : Faedah-faedah/Signifikan ICT kepada interaksi masyarakat global

Ulasan

soalan

Soalan

ini

menjangkau

isu

antarabangsa.

Walau

bagaimanapun,

teras

perbincangannya masih lagi berjejak kepada isu yang popular di bumi Malaysia. Oleh itu, soalan ini
bukanlah isu yang luar biasa kepada pelajar. Sungguhpun demikian, wawasan berfikir dan skop
perbincangan hendaklah menyentuh hubungan dengan dunia luar. Semua rujukan dan contoh
hendaklah dikaitkan dengan persekitaran global. Tidak salah sumber fakta dan contoh diambil di
Malaysia. Yang penting sumber-sumber tersebut boleh di kolaborasikan dengan perkembangan
antarabangsa. Sebagai contoh, sumber-sumber seperti Microsoft, Apple, Powerpoint dan sebagainya
sudah pun terpakai di saentero dunia.
Berdasarkan merit, soalan ke-4 adalah yang paling rendah ratio yang menjadi pilihan calon. Fobia
terhadap ceteknya pengetahuan tentang dunia luar masih menghantui minda para pelajar.
Sebenarya, kepada calon-calon yang sering mengambil tahu tentang dunia luar, soalan ini adalah
bonus kepada mereka.

Dunia semakin Kecil, Maklumat Tanpa Wayar, Maklumat Di hujung Jari Anda dan banyak
lagi ungkapan yang seumpama dengannya. Demikianlah kalimat yang membuktikan kecanggihan
dan fungsi ICT masa kini. Kecanggihan ICT telah mula mengambil alih segala urusan dunia bermula
dari hal ehwal di dalam bilik tidur hinggalah penerokaan di angkasa lepas. iCT telah membuka

9
jendela dunia untuk membolehkan manusia berinteraksi dan mengakses pelbagai maklumat dengan
mudah, cepat dan murah. Tidak hairanlah pelbagai frasa baru yang berharmoni dengan kemajuan
ICT, seperti rangkaian langit terbuka, teknologi siber, dan dunia tanpa sempadan. Dengan hal yang
demikian, transformasi daripada budaya kertas dan dakwat kepada teknologi ICT hendaklah diterima
sebagai fenomena baru untuk membentuk acuan baru dunia pada masa yang akan datang.

Permulaan abad ke-21 menjadi titik tolak terpenting apabila fajarnya yang menyingsing turut
membawa bersama-sama perubahan besar dalam alaf milenium ini. Fajar itu ialah kuasa ICT mula
menyuluhi semua lapisan rakyat tanpa mengira golongan marhaen mahupun teknokrat dan
intelektual. Perisian-perisian seperti Word, Excell, Power point, adobe, page maker, autocad dan
banyak lagi yang bakal muncul bukan lagi asing. Selepas itu. peringkat demi peringkat, fungsi ICT
telah mula menakluk dunia dengan pelbagai jenama baru yang pada asasnya diprogramkan oleh
fungsi komputer. Bermula dengan peranti penyimpanan data, kini ICT berkembang pantas dalam
industri komunikasi apabila tercipta media-media seperti telefon bimbit, Ifon, Ipad, blackbery dan
galaksis. Semua peranti tersebut sebenarnya dikawal oleh sistem perisian komputer yang
berteknologi tinggi.

Kini, ke mana-mana jua kita pergi semua urusan sama ada personel, jabatan kerajaan, swasta
mahupun internasional, pemudah cara yang pasti turut bersama ialah ICT. Sehari tanpa komputer
dan internet hidup bagaikan kosong dan sepi. Kehidupan manusia hari ini benar-benar dipacu oleh
mesin yang berjenamakan komputer............... Sila dapatkan karangan lengkap di dalam modul saya.

Kemahiran Teknologi Maklumat sangat penting dalam kehidupan hari ini.


Huraikan faedah-faedah ICT dan juga keburukan ICT kepada masyarakat.
Pendahuluan:
Dalam era globalisasi dan ledakan maklumat, ICT sangat cepat berkembang dalam
kehidupan manusia hari ini mereka yang tidak menguasai ICT dianggap ketinggalan
Contoh kemudahan ICT ialah internet, telefon dan Astro membawa banyak faedah dan
keburukan kepada masyarakat.
Isi-Isi ( Faedah ICT)
1. Boleh mendapat maklumat secara mudah dan lebih terperinci pelajar dapat mencari
maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah maklumat dapat diakses secara mudah
maklumat berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar
negara dan sebagainya.
2. Boleh menghubungkan kita ke seluruh dunia laman-laman social yang wujud seperti
Facebook, twitter dan Myspace manusia dapat berkenalan dapat mengenali rakan-rakan
luar menghubungkan semula dengan rakan-rakan lama.
3. Memudahkan urusan harian manusia pembayaran bil, pembelian barang-barang dan
pembayaran cukai boleh dibuat secara dalam talian tidak perlu beratur panjang dan

10
dapat menjimatkan masa.
4. Dapat mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas berita disampaikan secara
atas talian dari seluruh dunia tidak perlu menunggu perkembanga dunia yang terkini
dapat diperolehi.

You might also like