You are on page 1of 6

KAJIAN KES 1

Encik Sazali memulakan kerjayanya sebagai penyelia pengeluaran di sebuah syarikat


membuat perabot di Shah Alam. Selepas lima tahun, beliau dinaikkan pangkat kepada
pengurus jabatan pengeluaran. Selepas berkhidmat selama 10 tahun, beliau dilantik sebagai
pengarah urusan syarikat.
Huraikan keperluan kemahiran bagi setiap peringkat kerjaya Encik Sazali.
KAJIAN KES 2: Bowlorama
Bowlorama merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan bowling secara
francais. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan bowling dengan caj yang berpatutan. Ia
bercadang untuk membuka sebuah cawangan baru di Wangsa Maju. Syarikat ini bermatlamat
untuk menggunakan pekerja yang minimum. Pekerja hanya diperlukan utnuk tujuan
keselamatan dan kebersihan. Mesin digunakan untuk menyediakan wang syilng dan juga
untuk menyewa alatan bowling. Tempahan lorong bowling dibuat melalui internet atau mesin
yang terdapat di foyer. Ada mesin untuk membeli minuman ringan.
Encik Fikri bercadang untuk membeli kemudahan francais syarikat tersebut. Kajian
menunjukkan kebanyakan warga Wangsa Maju merupakan golongan berumur tiga puluh tahun
ke bawah dan mempunyai tingkat pendapatan yang tinggi. Di samping itu, terdapat hanya satu
pusat bowling iaitu di Wangsa Walk. Walau bagaimanapun terdapat banyak pusat hiburan lain
seperti pusat permainan online cybercaf, xtreme sports, futsal, pusat snooker dan pinball.
Bandar Wangsa maju mempunyai penduduk yang berpendapatan sederahan dan tinggi dan
harga rumah pula semakin meningkat. Beberapa projek perumahan baru juga dibangunkan
seperti Desavillas, villa wangsa mas dan Seri Riana. Encik Fikri mempunyai hubungan rapat
dengan syarikat yang berkaitan dengan hiburan. Stail pengurusan Encik Fikri juga bersifat
terbuka dan beliau mudah didekati oleh semua orang untuk membincang masalah. Encik Fikri
tidak mempunyai kemahiran pengurusan kewangan dan beliau sering serahkan tugas ini
kepada akauntan untuk menguruskannya.
a.
b.

Apakah faedah yang dinikmati oleh perniagaan yang mempunyai bilangan staf yang
minimum? (4)
Sediakan sebuah analisis SWOT tentang peluang perniagaan yang disediakan oleh
Bowlorama dan berikan cadangan kepada Encik Fikei sama ada membeli perniagaan
tersebut atau tidak. (10)

KAJIAN KES 4
Encik Iskandar telah memulakan perniagaan tekstil miiknya sejak 10 tahun lalu di Jitra, Kedah.
Perniagaannnya bermula secara kecil-kecilan dan telah berkembang dengan pesat. Kini beliau
telah membesarkan perniagaan tekstilnya dengan membuka cawangan di Sungai
Petani dan jiga membekalkan produknya ke beberapa buah kedai di kawasan utara
Semenanjung. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pengurus Pentadbiran yang baru sahaja
menamatkan pengajian dari universiti tempatan dan seorang Penyelia Operasi yang
berkelulusan sijil kemahiran. Penolong Pengurus Pentadbiran itu diambil setelah Penolong
Pengurus Pentadbiran yang lama dipecat kerana salah laku dan ia telah membuka perniagaan
baru dalam bidang yang sama. Kebanyakan tugas di syarikat itu, termasuk tugas pemasaran,

dilaksanakan sendiri oleh Encik Iskandar kerena pekerjanya merungut tentang kerja yang
banyak.
i. Jelaskanbentuk penjabatan yang sesuai untuk syarikat milik Encik Iskandar.
ii. Huraikan mengapa Encik Iskandar tidak memberikan tugas kepada pekerjanya. [10]

KAJIAN KES 5: [PENGORGANISASIAN & KEPIMPINAN]


Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd menjalankan perniagaan memproses dan memasarkan
hasil pertanian di Kuala Terengganu. Jabatan Pengeluaran syarikat tersebut diketuai oleh Ir.
Zulkifli Zamri sebagai Pengurus Besar. Beliau dibantu oleh dua orang pengurus yang masingmasing bertanggungjawab terhadap pembelian dan pengeluaran. Pengurus Besar Jabatan
Pemasaran pula diketuai oleh Encik Soddiqin bin Abdullah yang baru ditukarkan dari ibu
pejabat syarikat di Kuala Lumpur. Pada minggu pertama, beliau telah membuat rombakan
besar-besaran kumpulan jurujual bagi meningkatkan syer pasaran dan keuntungan syarikat.
Walaupun pada awalnya mendapat bantahan dalam kalangan jurujual, namun dengan
kesungguhan dan semangat kerja yang ditunjukkan oleh Encik Soddiqin dan kebolehan
berkomunikasi ,beliau akhirnya berjaya mewujudkan kumpulan kerja yang berjaya mencapai
sasaran. Beliau dibantu oleh dua orang pengurus dalam unit jualan dan khidmat pelanggan.
Jabatan pemasaran mempunyai sepuluh orang jurujual yang diselia oleh penyelia yang
bertanggungjawab kepada pengurus jualan.
Di Jabatan Pentadbiran am, Encik Khairil bertindak sebagai pengurus yang
bertanggungjawab terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Datuk Fauzi Sukor . Semua
pekerja bawahannya amat menghormati dan menurut semua arahan yang diberi tanpa
mempersoalkannya. Ini adalah kerana En Khairil adalah seorang ketua yang tidak beragakagak dalam mengenakan tindakan dan memberi ganjaran kepada pekerja yang layak.
Contohnya semasa penilaian prestasi tahun lepas, beliau tidak meluluskan pemberian bonus
kepada seorang pekerja yang sering ponteng kerja tanpa sebab.
Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh seorang setiausaha peribadi, iaitu Puan Maizatul.
Walaupun berusia, namun Datuk Fauzi Sukor seorang yang popular dalam kalangan ahli di
semua peringkat organisasi. Setiap ucapan beliau sama ada untuk menyampaikan visi, misi
atau motivasi amat dinanti-nanti dan dihayati oleh semua warga organisasi. Dengan
kewibawaan dan personaliti yang menarik, beliau menjadi idola dan role model bagi seluruh
organisasi. Tidak dinafikan, pekerja di bawah kepimpinannya mempunyai banyak tugasan
namun mereka tidak merasa tertekan kerana visi, misi yang ditetapkan oleh Datuk Fauzi
Sukor jelas dan difahami oleh semua ahli. Jabatan pentadbiran am mempunyai unit sistem
maklumat, unit sumber manusia, dan unit akaun yang masing-masing diketuai oleh seorang
Penolong Pengurus.
a)
b)
c)

Lakar carta organisasi bagi Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd.


[8]
Jelaskan lima maklumat pengurusan yang boleh diperoleh daripada carta [15]
organisasi Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd.
Jelaskan tiga jenis kepimpinan yang diamalkan oleh pihak-pihak pengurusan [15]
Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd

KAJIAN KES 6
Pengasas Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), En. Mydin Mohamed memulakan
perniagaannya dengan menjual barangan mainan yang diimport dari Thailand.
Walaubagaimanapun, pada tahun 1987, beliau telah menyerahkan pengurusan syarikat
kepada anaknya, Datuk Haji Ameer Ali Mydin bagi meneruskan legasi perniaagaannya.
Hasil kejayaan kepimpinan Datuk Ameer, Mydin kini mempunyai 100 rangkaian pasaraya
meliputi 10 pasaraya besar, 18 emporium, tiga bazar, 54 pasar mini, sembilan kedai serbaneka
dan enam francais yang beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Mydin kini dalam
proses mengembangkan pasarannya ke Sarawak. Dengan bilangan pekerja yang mencecah
lebih 8500 orang, Mydin menjadi peneraju syarikat pemborong dan peruncit yang menyediakan
nilai terbaik kepada para pelanggannya. Menurut Datuk Ameer, beliau menjadikan bapanya
sebagai mentor dalam menguruskan perniagaan. Seperti bapanya, Datuk Ameer turut
menyemai elemen disiplin, kejujuran, keikhlasan, kesetiaan, kepintaran dan berjimat cermat
dalam perniagaan. Datuk Ameer percaya bahawa kepimpinan bapanya juga telah mengajar
beliau untuk fokus, bekerja kuat, pemerhati, hands-on dan sentiasa tabah dalam semua
keadaan. Salah satu perkara yang diteruskan daripada zaman pengurusan bapanya adalah
dengan memastikan setiap pekerja mempunyai buku nota 555 yang digunakan bagi mencatat
sebarang perkara penting dengan serta-merta. Di Mydin, para pekerja turut diterapkan dengan
prosedur menepati masa terutama dari segi menepati tarikh akhir menghantar laporan kepada
ketua serta perlu sentiasa terbuka untuk menerima sebarang perubahan yang mungkin
berlaku.
Sikap Datuk Ameer yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan para pekerjanya
menyebabkan beliau disenangi ramai. Malahan, budaya kebersamaan seperti sebuah keluarga
besar turut dirasai oleh pekerja baru. Polisi pintu terbuka yang diamalkan di Mydin
menggalakan para pekerja bertemu pihak pengurusan atasan syarikat pada bila-bila masa.
Pada tahun 2012 Datuk Ameer telah menerima Anugerah Kepimpinan Tanggungjawab Sosial
Korporat daripada Organisasi Usahawan Muda Malaysia. Sebelumnya, Datuk Ameer pernah
dianugerahkan Anugerah Kepimpinan ICON 2011 daripada BrandLaureate. Hal ini berikutan
pelbagai aktiviti dan program melibatkan masyarakat telah dianjurkan oleh Mydin. Antaranya
adalah memberi peluang anak-anak yatim dan warga kelaian upaya (OKU) untuk membelibelah di Mydin menjelang musim perayaan. Mydin turut membantu mangsa peperangan di
Gaza dan Rohingya.
(Rujukan: Management, Vol.47(3), 16-21, http://www.mydin.com.my/mydin/news)
i.
ii.

Bincangkan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Datuk Ameer.[15]


Jelaskan gaya kepimpinan oleh Datuk Ameer.[10]

KAJIAN KES 7
Manja Lara Sdn. Bhd. merupakan sebuah perniagaan pemborongan. Perniagaan ini telah
beroperasi selama lebih sepuluh tahun. Jumlah permintaan dari peruncit semakin meningkat
dari tahun ke tahun. Akibatnya pekerja terpaksa melakukan penghantaran barangan yang lebih
kerap. Pekerja tidak diberikan waktu rehat yang cukup dan kadangkala pekerja di bahagian
stor terpaksa melakukan kerja-kerja pengkeranian yang ditinggalkan oleh pekerja yang cuti
bersalin. Kenderaan untuk menghantarkan barangan yang disediakan oleh pihak syarikat
sudah uzur dan segala kerosakan mekanikal terpaksa ditanggung oleh pekerja yang
menggunakan kenderaan tersebut.
.

Keadaan ini menyebabkan motivasi pekerja semakin menurun dan kadar tekanan kerja
semakin meningkat. Ada pekerja yang sudah mula kerap mengambil cuti kerana tidak tahan
dengan keadaan kerja. Ada juga yang telah berhenti kerja. Luahan perasaan pekerja jarang
diambil berat oleh pengurus Manja Lara Sdn Bhd. Akhirnya banyak pesanan terpaksa
dibatalkan kerana kekurangan tenaga pekerja dan masalah penghantaran yang lambat.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
i.
ii.
iii.

Terangkan punca stres pekerja dalam syarikat ini. [15]


Jelaskan bagaimana pengurus syarikat dapat menguruskan stres yang dialami oleh
pekerja syarikat seperti dalam soalan (i). [10]
Nyatakan kesan stres pekerja kepada perniagaan Manja Lara Sdn Bhd.[8]

KAJIAN KES 8
Puan Roslida baru bertugas sebagai eksekutif kewangan di Syarikat Sutra Sdn Bhd [4S].
Semasa tempoh percubaan selama enam bulan, beliau gagal mencapai sasaran jumlah
kutipan hutang syarikat yang telah ditetapkan. Beliau telah diarahkan oleh pengurus kewangan
untuk meningkatkan lagi jumlah kutipan hutang syarikat. Pada masa yang sama, pengurus
Besar telah mengarahkan beliau untuk memberikan kursus asas pemasaran kepada jurujual
syarikat. Syarikat juga tidak menyediakan kenderaan dan pasukan pengutan hutang semasa
menjalankan tugas. Setiap kali beliau hendak keluar untuk memungut hutang, beliau mesti
mendapat kebenaran daripada pengurus kewangan. Situasi ini membuat beliau berasa
tertekan.
i.
ii.

Jelaskan punca ketegangan eksekutif kewangan tersebut.


[8]
Nyatakan lima cadangan untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh eksekutif
kewangan tersebut.
[5]

KAJIAN KES 9
Puan Maimun dan Encik Saufi ialah pekerja di sebuah kilang minyak masak. Puan Maimun
mempunyai dua orang anak yang telah bersekolah dan baru mendapat seorang cahaya mata.
Puan Maimun terpaksa bangun awal pagi setiap hari untuk menghantar anaknya ke sekolah
dan pusat penjagaan kanak-kanak. Ini menyebabkan Puan Maimun selalu sakit dan kurang
bertenaga. Puan Maimun mula mengelak diri daripada berkomunikasi dengan pekerja lain.
Prestasi kerjanya semakin merosot.
Encik Saufi pula baru bercerai dengan isterinya. Akibatnya beliau selalu meminum
banyak alkohol, bersikap panas baran dan merosakkan bahan mentah. Beliau kerap tidak
hadir ke tempat kerja tanpa sebab.
i.
Huraikan tanda-tanda ketegangan yang dihadapi oleh Puan Maimun dan Encik Saufi.[8]
ii.
Jelaskan empat program sokongan keluarga yang boleh membantu Puan Maimun untuk
menyelesaikan ketegangannya.[8]
iii. Huraikan kaedah individu yang sesuai kepada Encik Saufi bagi mengurus ketegangannya.
[9]

KAJIAN KES 10
Restoren MDelite
Encik Anwar merupakan pemilik restoren MDelite yang mula beroperasi pada tahun
2000 di Ampang point, Kuala Lumpur. Restoren ini menyediakan pelbagai hidangan masakan
Melayu dan juga masakan Cina dan India. Restoren ini juga ada menyediakan perkhidmatan
catering. Sebagai pemilik tunggal, beliau menguruskan sendiri perniagaannya. Restoren ini
mempunyai 16 orang pekerja. Puan Asmida merupakan pekerja yang telah berkhidmat sejak
restoren ini ditubuhkan dan beliau bertindak sebagai perujuk di kalangan pekerja dan juga
menjadi orang tengah antara Encik Anwar dengan pekerja. Puan Asmida juga berjaya
mewujudkan satu pasukan kerja yang mantap untuk restoren ini. Baru-baru ini , Encik Anwar
telah dimasukkan ke hospital selama 21 hari dan Puan Asmida berjaya menguruskan restoren
dengan baik dan menjadi pekerja yang paling disayangi oleh Encik Anwar.
Nilai jualan restoren pada tahun 2011 ialah RM900 000 dan keuntungan bersih pula
hamper RM540 000. Sebagai majikan yang bertanggungjawab, Encik Anwar memastikan
segala keperluan pekerja diuruskan dengan baik. Setiap pagi , semua pekerja akan diberi
penerangan oleh Encik Anwar tentang tugas harian dan juga masalah yang dikeknalpasti
sebelumnya. Dengan ini pekerja memahami matlamat yang ingin dicapai oleh perniagaan dan
ini memudahkan tugas mereka. Semua pekerja mempunyai kad kesihatan sendiri dan kos
premium dibiayai oleh Encik Anwar. Semua pekerja diberi bonus sebanyak 2 bulan setiap
tahun dan pelbagai insentif tambahan juga diberi seperti elaun kehadiran penuh dan elaun
lebih masa. Encik Anwar juga seorang yang peramah dan pekerja berasa selesa untuk
membincang masalah kerja dengan beliau. Pekerja juga diberi kebebasan untuk menguruskan
tugas yang diberikan dan kebanyakan masalah berkaitan dengan urusan restoren
diselesaikan oleh pekerja sendiri. Encik Anwar juga menghadiri semua majlis keluarga pekerja
. Baru-baru ini, Encik Anwar juga mengadakan program pengurusan stress untuk semua
pekerja .Encik Anwar hanya mengurusakan pesanan catering dan urusan kewangan harian
restoren. Puan Asmida juga bertindak sebagai mentor untuk membantu pekerja yang
menghadapi masalah dalam kerja harian. Ini menyebabkan kesetiaan pekerja meningkat dan
setakat ini hanya seorang pekerja yang berhenti kerana masalah kesihatan dan masalah
stress di kalangan pekerja juga tidak wujud.
Memandangkan kemajuan perniagaannya, Encik Anwar bercadang untuk menukar
status milikan perniagaannya kepada sebuah syarikat sendirian berhad dan juga memohon
pinjaman sebanyak RM500 000 untuk membuka dua cawangan baru iaitu satu cawangan di
KLCC dan satu lagi di Pavillion. Beliau telah mengemukakan kertas kerja kepada CIMB bank
untuk mendapatkan pembiayaan tersebut. Encik Tony, pengurus cawangan CIMB Jalan
Ampang menyatakan rasa tidak puashati beliau terhadap kertas kerja yang dikemukakan oleh
Encik Anwar. Kertas kerja ini tidak mempunyai carta organisasi dan Beliau meminta Encik
Anwar perlu memasukkan visi, misi dan objektif perniagaan serta rancangan strategic dan
taktikal untuk mencapai VMO yang telah ditetapkan. Encik Anwar juga diminta menyediakan
satu analisis persekitaran perniagaan yang komprehensif agar, pihak bank dapat menilai
kedudukan perniagaan Encik Anwar dengan lebih jelas.
Pada bulan Januari 2012, pinjaman telahpun diluluskan dan cawangan baru dijangka dibuka
pada bulan Julai 2013. Encik Anwar bercadang untuk menggunakan dua kaedah promosi iaitu
menjemput pelakon terkenal Hindi iaitu Ran Veer Singh atau iklan dalam media elektronik.
Jadual di sebelah menunjukkan kemungkinan kos dan hasil yang dijangkakan daripada dua
kadah tersebut.

Alternatif Keputusan

Jangkaan Keuntungan dalam keadaaan Jangkaan Keuntungan dalam


ekonomi berkembang
keadaan ekonomi meleset

Menggunakan Ran Veer SinghRM900,000


untuk promosikan pembukaan
cawangan
Pengiklanan
dalam
mediaRM700,000
elektronik
Tanpa guna alat promosi
RM0
Kebarangkalian
0.5

- RM400,000
- RM200,000
RM0
0.5

Soalan1
a. Jelaskan strategi yang digunakan oleh Encik Anwar untuk memotivasikan pekerjanya. (4)
(ganjaran, kebajikan, penghargaan, tanggungjawab, kebebasan)
b. Bolehkah Puan Syahida dianggap sebagai pemimpin tidak formal? Jelaskan (6)
(Ya, dihormati, rujukan, pengantara, penyelesi masalah, melatih)
c. Mengapakah pekerja restoren tidak menghadapi masalah stress? (8)
(Iklim, pembahagian kerja, kursus, pengurusan, ganjaran)
d. Mengapakah VMO, strategic, taktikal penting kepada sesebuah perniagaan? (10)
(Maksud visi, misi , objektif, strategik, taktikal dan kepentingannya)
e. Sediakan satu analisis SWOT untuk perniagaan tersebut. (12)
Soalan 2
Jelaskan peranan pengurus menurut Teori Mintzberg yang diamalkan oleh Encik Anwar dalam
mengurus pekerjanya.
[15]
Soalan 3
French dan Raven (1962) membahagikan sumber-sumber kuasa kepada lima jenis. Jelaskan
jenis-jenis kuasa yang digunakan oleh Encik Anwar dalam mempengaruhi pekerjanya untuk
melaksankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.
[10]

You might also like