ROSNIZA BINTI CHE OMAR (A115494) SKSE 2063 :SEJARAH ASIA PASIFIK SOALAN : Bincangkan usaha-usaha pembaharuan

ekonomi, politik, sosial yang telah dijalankan oleh Pemerintahan Meiji pada tahun 1868-1912 untuk mewujudkan sebuah negara dalam bidang industri berat dan perdagangan antarabangsa. 1.0 PENGENALAN

Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris “the sourse of the rising sun”. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon.1 Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu).2 Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi ( 145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867). Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai aspek politik, ekonomi dan social.3 Pihak Shogun telah mengamalkan ‘Dasar Tutup Pintu’.Jepun mengamalkan dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatanya daripada ancaman kuasa-kuasa besar. Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan daripada kuasa barat. Keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke Jepun.Kapten Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa tamatnya dasar pemencilan yang diamalkan sekian lama. yang menandakan

1

The Eccyclopedia Americana,Volume 15, hal .694.

2

The Japan of Japan og Today, The International Society for Education Information Incorporation, Tokyo, 1989,hal .6
3

Robert A. Scalapino, the Foreign Policy In World Politics, Prentice-Hall, New Jersey, 1985,hal 300.

2.0

ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 )

Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera. Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat.4Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun. KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN

KEHIDUPAN Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia. 5 Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.6
4

Robert A.Scalapino, The Foreign policy In World Politics ( 6ed), Prentice-Hall, New Jersey, 1985, hal.300. 5 Encyclopedia Americana,Volume 15, hal .694.
6

Herbert Norman, Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden,(pntjmh) Hj. Ismail ahmad, Zizi Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1991,hal. 30

i.

Fukoku Kyohei- ‘Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi’

Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.7

ii.

Bunmei Kaika- ‘Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan’

Prinsip ini mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.8 iii. Shokusan Kogyo- ‘Menjalankan Program Perindustrian Berat’.

Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia. Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah dihantar ke negara barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan pulang ke Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan perindustrian.9

7 8

Ahmad Ali Bin Seman, Zaman Meiji Menyumbang ke Atas ……… hlm 11. Ibid. Ibid. hlm 12

9

iv.

Kokusai-

Kankei

‘Menjalin

Perhubungan

dengan

Masyarakat

Antarabangsa. Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui konsep ‘kaizen’ dan ‘arigato’10

3.0

ASPEK SOSIAL

Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.11 Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. Perlembagaan Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan budaya barat yang bersifat selektif.12 Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah :i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran

Terrakoya.

membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1871 dan pembentukan
10 11

Ibid hlm 12 Ibid hlm. 7. 12 Makoto Aso & Ikyo Amano , Education and Japan’s Modernization, Ministry of Foreign Affairs, Japan, 1972. Hlm. 26.

Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara (Gakusei 1872 ) berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah menjadikan negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan .Jepun telah menjadikan Perancis, Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain dan Russia. ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun) ,sistem Kokutai (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan hubungan sosial).Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar dan rakyat Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan falsafah perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian,falsafah kokutai menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang u ntuk menjadikan orang-orang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan social yang rukun damai bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan yang terjamin lagi aman. iii. Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu .

Pemimpin Meiji telah menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu sejajar dengan kemudahan infrastruktur yang dimilikinya. Menjelang tahu 1880 an banyak universiti ditubuhkan antaranya Universiti Tokyo 1877, Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885, dan Universiti Waseda 1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun. iv. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang

pendidikan.Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan terabai dan rakyat lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa adanya kepakaran dan buku-buku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.

4.0

ASPEK EKONOMI Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun

Tokugawa pada tahun 1868- 191213, telah mengambil daya usaha yang gigih memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869,14pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.Pada tahun1870,15 pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan perdagangan luarnya. Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis, German dan lainlain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo,Osaka,Kyoto,Yokohama,16 Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar.17Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 189413

Tsunehiko Yui &Keiichiro Nakagawa,Japanese Management in Historical Perspective, Tokyo, University of Tokyo, Press, 1989. Hlm.96. 14 Teratani Takeaki, “Nippon Kindai Zosen Shijosetsu”(An introduction to the History of Modern Shipbuilding in Japan),Shoten,Tokyo,1979. Hlm.32. 15 Ibid. hlm.33. 16 Otsuko Hisao, “Modernazation Reconsiderd with Special Reference to Industrization” in Tobato Seeichi,The Modernazation ofJapan 1, The Institute of Asian Economic Affairs,1966 hlm. 17 Anthony J. Watts and brian G. Gordon, The Imperial Japanese Navy, mac on. London, 1971 hlm.29.

1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat. Menerusi pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah berjaya membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya. Melalui perdagangan import dan eksportnya, Pemerintah Meiji juga turut memajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telgraf.Perkembangan ini adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat seperti penubuhan kilangkilang simen, besi,pembinaan pelabuhan-pelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu. Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji, berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. Selepas tahun 1870 kerajaan tealh mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesin-mesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil,simen, dan kertas ditubuhkan. Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi ,teh, buahbuahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian, khususnya di Britiain untuk mendalami caracara penggunaan jentera moden,baja kimia ,cara mengawal penyakit,pemasaran dan

sebagainya. Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan utama. Tumpuan juga diberi pada program perindustrian berat .Pemimpin-pemimpin telah

berusaha memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah, pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri. Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi ,Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji.18. Kumpulan ini menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya,landsan keretapi,penubuhan bankbank dan sebagainya. Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara. Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ‘ryo’ kepada ‘yen’. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan di dalam dan di luar negeri.19 Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara. Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900. Selain itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik. Sistem ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya,

18 19

M. Rajendran, Sejarah Jepun Moden, Arenabuku sdn bhd, Kuala Lumpur,1988 .hlm 138. Shibusewa Keizo, Japanese Society……hlm 109-110.

system keretapi,sistem pos dan telegraf,penerimaan organisasi saham bersama sebagai satu bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik negarakan kilang-kilang. 5.0 POLITIK Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :i. ii. iii. iv. v. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran. Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan. Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam. Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu dihapuskan.20 Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga.21 Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru.22 Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi.23 Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat.24
20

Mohd Yusuf Ibrahim, Jepun Selepas Meiji, Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,1972, hlm 3. 21 Japanese National Commission, Japan ,Its Land, people and Culture, Ministry of education, Tokyo, Japan, 1964, hlm 52. 22 M.Rajendran, sejarah Jepun Moden……..hlm.78. 23 Ahmad Ali Seman, Zaman Meiji Penyumbang ke Atas Kemajuan Pembangunan Moden Negara Jepun : Satu tinjauan ke Atas Malaysia dalam Kertas Kerja seminar Fssk,Bangi,1998,hlm 4. 24 P.H. Clyde & B.F.Beer, The Far East: A History of the Western Impact & The Eastern response ( 18301970),Eagle Cliff, New Jersey,1971, hlm 125.

Pemerintah Meiji juga telah menamatkan system ‘class’. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-keistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.25 Pada 11hb. Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji ( Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan.26 Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar pemencilan kepada dasar berbaikbaik dengan negara barat.Pada tahun 1877 Menteri Luar negeri Terajima Munenori, telah membuka jalan perundingan dengan Amerika Syarikat.27 Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin-peminpin negara barat khususnya Britain, Amerika Syarikat, German, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugis dan lain-lain untuk menimba berbagai-bagai disiplin ilmu khususnya sains dan teknologi.28 Pemerintah Meiji juga menumpukan kekuatan tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan menubuhkan Angkatan Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah Perkasa- Berani Mati (Harakiri dan Kamekaze).

25

Mohd Yusuf Ibrahim, Jepun Selepas Meiji, Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,1972, hlm 3. 26 Richard story, sejarah Jepun Moden……hlm. 86. 27 Japanese National Commision, Japan…..hlm.54. 28 Ahmad Ali Seman, Zaman Meiji Penyumbang ……..hlm.4.

KESIMPULAN Walaupun negara Jepun telah mencapai zaman kemodenan yang bermula semasa pemerintahan Meiji pada tahun 1868- 1912, namun unsur-unsur tradisional yang melambangkan identitinya masih terus terpelihara sehingga ke hari ini. Tamadun Jepun banyak menerima pengaruh Barat hasil pertembungannya dengan peradaban barat. Tamadun Jepun banyak meminjam dan meniru teknologi barat dan seterusnya mengasimilasi teknologi tersebut supaya bersesuaian dengan budaya Jepun sendiri. Keberanian serta kepandaian pemimpin Jepun mengadakan pembaharuan-pembaharuan yang drastik dalam segala aspek mendatangkan kebaikan untuk rakyat Jepun sehingga negara Jepun dapat mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini.