You are on page 1of 6

International Conference on Learner Diversity 2010 Procedia Social and Behavioral

Sciences Procedia - Social and Behavioral Sciences 00 (2010) 000000


www.elsevier.com/locate/procedia
International Conference on Learner Diversity 2010
Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia
Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozubi*
* Corresponding author. Tel.: +6019-3145373-; fax: .
E-mail address: tiena_808@yahoo.com.
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 43600, Selangor, Malaysia
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif dalam pendidikan
arus perdana. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kajian lepas sebagai rujukan. Program
Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula pada 1987 dibawah
Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program
Pendidikan Inklusif menitik beratkan program Pendidikan Inklusif bagi murid - murid dengan
keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa belajar bersama-sama dengan murid-murid
biasa. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan Inklusif perlu dilaksanakan kerana
keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. Namun terdapat isu dan
cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan keberkesanan Pendidikan Inklusif
sepenuhnya dalam Pendidikan di Malaysia.
Keywords: Pendidikan Inklusif, Pendidikan Malaysia, Keperluan Khas
1. Pendahuluan
Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia
ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang
pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan
cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang
sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus
pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif
yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian
pelajar yang normal ( Lokman, 2009).
Noorizah Mohd. Noor et.al/ Procedia Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000000
Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah
pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan
inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud
merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara
umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah
biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan
normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.
Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang
direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak
yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau

kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan


Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan
peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa
atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).
1.1 Murid Berkeperluan Khas di Aliran Perdana
Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di
Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas
dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja.
Sebagaimana digambarkan dalam Jadual 1, terdapat pelbagai kategori KBK dalam setting
inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam
aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah :
i. fizikal (cacat anggota)
ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)
iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)
iv. penguasaan kemahiran 3M
Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan rakan
sebaya yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah
sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah,
malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik
darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah (Supiah Saad, 2010).
2. Sejarah Pendidikan Inklusif
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas
iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
(Sabilah, 2006).
Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di
Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua
mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang
demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu
menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk
belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek
berikut:
a) Intelek
b) Rohani
c) Jasmani
d) Emosi
e) Sosial
f) Bakat
g) Nilai-nilai moral
h) Estetika

(Mohd Najib, 2006) Author name / Procedia Social and Behavioral Sciences 00 (2012)
000000
2.1 Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas di Malaysia
Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan
pendidikan untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi-agensi di bawah kementerian
berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk
golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti
berikut;
a) KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah.
b) KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik
2. Intervensi awal
c) KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal
2. Intervensi awal
d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education)
Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk
semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu
bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa.
Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai Disabled
Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu
deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini
bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut
keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai
kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan
kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam
menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad,
2010).
3. Keperluan Pendidikan Inklusif
Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi
memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima
pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak
berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan
Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan
inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan
khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem
pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan
pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.
3.1 Keperluan Kesamarataan hak asasi
Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran
bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap
kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta

Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang


mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,
Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata
termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk
golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan
dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.
Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak
bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah
suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang
diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar
memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,
sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan
bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak
kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan
pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori
pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan
sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.
3.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti Noorizah Mohd. Noor et.al/ Procedia Social and
Behavioral Sciences 00 (2012) 000000
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah
Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik
untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana
pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan
bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan
pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan
kepada golongan bekeperluan khas .
Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran
masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk
berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan
kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan
prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu
persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di
sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk
memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga
sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti
pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi
sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.
3.3 Keperluan Sosial
Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan
kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di

antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak
didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut
dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam
sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan
bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk
mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami
terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu
mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan
jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi
ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan
kepada orang lain.
5.0 Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan matlamat
yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun terdapat
pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan Inklusif secara sepenuhnya di
setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap
yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan
Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru
Pendidikan Khas berkaitan pendidikan Inklusif mendapati cabaran dan isu yang dihadapi
sering dihadapi termasuklah:
a. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama
kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam
kelas inklusif.
b. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa
dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran
daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan
kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.
c. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas
pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan
oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid
menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Author name / Procedia Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000000
d. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain
apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran yang
negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama.
e. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang
jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat dengan kantin,
dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi.
f. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang
mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan
ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru
Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi
Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.
g. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang
menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh,

tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini
adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas
khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.
6.0 Penutup
Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk
mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa
dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang
terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah
dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia
untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu
belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada
yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas
perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai
berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama
semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan
Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan
bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia
dipersada dunia.
Noorizah Mohd. Noor et.al/ Procedia Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000000
RUJUKAN
Akta Pendidikan 1996
Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special
Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6)
Culatta, R.A. & Tompkins, JR., Fundamentals of Special Education , 1999.
Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk
Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.
Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali. 2008. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak
Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.
Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas
dan
Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.
Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan
Pendidikan
Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor
Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like