You are on page 1of 10

PKE3033E ISL M5

ACARA TREK LARI BERGANTI-GANTI


SEJARAH
- Berasal dari Amerika Syarikat
- Punca-punca lahirnya acara ini :

Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat


atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain
Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera &
menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di
Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).
Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan
berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat
kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.

- Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan


dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

PENGENALAN
Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat
menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.
- Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :

4 x 100 meter
4 x 200 meter
4 x 400 meter
4 x 1600 meter

- Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan
penonton.
- Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam
pasukan.

PKE3033E ISL M5
PEMILIHAN PELARI
Pelari Pertama
Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan
berlari dengan baik
-

3 aspek penting :

Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton


Berkeupayaan berlari di selekoh
Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan

Pelari Kedua
mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika
pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua
hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).
-

Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus

Pelari Ketiga
Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan &
berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan
kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau
sebaliknya.

Pelari Akhir
pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai
oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya.
Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek
namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.

PKE3033E ISL M5
MEMEGANG BATON
Cara memegang baton
Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari
berkenaan.
Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti
Rajah 1 :-

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama

GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON


Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atasbawah.

Teknik atas-bawah
-

cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh

pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila
sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah
kanan lorongnya.
Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak
tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton.
Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan
tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri
dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.

PKE3033E ISL M5
Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya
kepada pelari keempat pada tangan kiri.

Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah

Cara Memberikan Baton

kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton


pemberi harus beri isyarat kepada penerima
hulurkan baton dengan tangan yang lurus
perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam
tangannya.

Cara Menerima Baton

Penerima dalam keadaan yang sedia


Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di
tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa
berlari.
Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada
pelari yang sedang membawa baton.
Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

PKE3033E ISL M5
Gaya Selang-seli Tanpa Pandang
-

Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m

Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri,
pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan.
-

Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton

Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di


hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan
tangan kanannya ke belakang.
Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk
huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.
Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu
jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.
Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang
menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton sertamerta.
Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada
tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

PKE3033E ISL M5

Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
(tanpa pandang)

Gaya Selang-seli Cara Pandang


Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan
menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada
masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan
memandang baton.
-

Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah

Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m

Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke


arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak
bergerak.
-

Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.

Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan
jari-jarinya yang sebelah lagi.
Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak
tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta,
sehingga penerima menggenggam baton itu.
Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan
bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya.
-

Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

PKE3033E ISL M5

Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
(dengan memandang)

ZON PERTUKARAN BATON


Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton
yang panjangnnya 20 meter.
Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter
dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton.
Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila
pembawa baton menghampiri titik tanda.

Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

PKE3033E ISL M5
Perkara-perkara penting
1.

Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.

2.
Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh,
larian pasukan itu dibatalkan.
3.
Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon
pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.

Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah

PERATURAN LARIAN
Aturan Umum
-

Lari ikut lorong yang ditetapkan

Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan

Buat pertukaran baton yang bersih

Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

PKE3033E ISL M5
Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama
-

Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan

Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari


membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian
dengan baton.
Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di
bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu
jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.
Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas
untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki.
Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau
diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m.
Permulaan menggunakan blok permulaan.
-

Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas

Berlari pada selekoh pertama (pantas di selekoh)

Pelari Kedua
-

Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri

Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong
sendiri.
Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan
tangan kiri)

Pelari Ketiga
-

Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri

Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian
selekoh).
Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan
kanan).

PKE3033E ISL M5
-

Lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari Keempat
-

Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.

Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.

Tamatkan larian di garisan penamat.

Pelari yang penuh keazaman & tenang.

RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat

Rujukan
http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/lari-berganti-ganti.html
http://www.zairedin.com/2009/08/larian-berganti-ganti.html

You might also like