You are on page 1of 1

Laporan Ahli Jawatankuasa Pengacaraan Majlis

Pada 10 Februari 2015, satu program Bina Insan Guru fasa 6 telah dijalankan di
Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya. Program BIG fasa 6 ini adalah anjuran bersama
guru pelatih PPG semester 8 Kumpulan Sains 2 dengan Sekolah Kebangsaan
Seberang Jaya. Dua bulan sebelum berlangsungnya karnival ini, satu jawatankuasa
pengelola telah dibentuk dan perancangan bagi karnival telah dilaksanakan.

Ahli

jawatankuasa protokol telah memilih saya sebagai pengacara majlis. Majlis perasmian
program dan ceramah yang dijalankan pada hari tersebut telah dijalankan di dalam bilik
mesyuarat Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya. Untuk memastikan perjalanan
program mengikut seperti tentatif yang telah dijalankan, ahli jawatankuasa pengacara
majlis telah menyediakan teks pengacaraan lebih awal. Sepanjang karnival ini
berlangsung, kami berjaya melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik.

(RAZALI BIN OTHMAN)


Jawatankuasa Pengacara Majlis,
Program BIG Fasa 5
IPGM Tuanku Bainun

You might also like