You are on page 1of 40

1.

PENDAHULUAN

Bahagian ini menceritakan latar belakang berkaitan situasi dan masalah yang dihadapi oleh
pengkaji ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman yang telah diterima,
pengkaji mengenalpasti masalah yang dihadapi serta menyatakan cadangan bagi mengatasi
permasalahan yang dihadapi. Daripada masalah yang dihadapi, pengkaji mengenalpasti masalah
utama dan cuba mencari penyelesaiannya.
1.1

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Semasa saya mengajar kelas 5 Cerdas tentang topik kesan perubahan populasi terhadap siratan
makanan, saya dapati terdapat pelajar yang tidak memahami istilah populasi dan bagaimana
untuk mengaitkannya kepada siratan makanan. Pelajar cenderung untuk mengatakan bahawa
sesuatu organisma itu akan pupus atau akan bertambah sahaja. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran hari itu, saya telah menggunakan kaedah bercerita secara lisan bagi membantu
pemahaman pelajar walaupun ianya tidak terdapat dalam rancangan pengajaran saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya menyemak tugasan yang saya edarkan kepada pelajar tahun
5 Cerdas, saya dapati kebanyakan mereka masih gagal menjelaskan kesan perubahan populasi
sesuatu organisma kepada organisma lain dalam siratan makanan dengan betul. Kebanyakan
mereka menyatakan bahawa haiwan itu akan pupus sedangkan jawapan yang tepat adalah
populasi haiwan tersebut akan berkurangan. Ini merisaukan saya memandangkan saya telah
mengajar pelajar topik ini termasuklah istilah populasi menurun dan populasi meningkat.
Apabila saya tanyakan kepada mereka mengapa mereka menjawab sedemikian (pupus), mereka
mengatakan bahawa sumber makanan organisma itu telah tiada. Dalam situasi ini, pelajar
percaya bahawa jika populasi sesuatu organisma dalam siratan makanan berkurangan, organisma
1

yang lain akan pupus kerana sumber makanannya tiada. Istilah pupus sebenarnya tidak sesuai
untuk terus digunakan kerana pupus bermaksud sesuatu organisma itu tiada lagi di muka bumi
dan tiada cara untuk kembali. Dalam sesuatu siratan makanan, apabila populasi sesuatu
organisma tiada ataupun berkurangan, ia akan memberi kesan kepada organisma lain sama ada
populasinya meningkat atau menurun.
Apabila saya bertanya mengapa pelajar tidak menggunakan istilah populasi, mereka mendakwa
mereka tidak mengingat istilah tersebut selain tidak memahaminya. Saya percaya saya telah
menyebut dan menggunakan istilah tersebut semasa pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh
itu, saya percaya bahawa saya perlu menjadikan istilah populasi meningkat dan populasi
menurun lebih bermakna kepada pelajar.
Di manakah silap saya dalam membantu pelajar memahami kesan perubahan populasi kepada
rantai makanan? Adakah saya perlu mengajar kesan perubahan populasi seluruh rantai makanan
yang ada di dunia ini kepada pelajar? Saya percaya saya telah menjalankan tugas dengan
sepatutnya. Walaupun bercerita secara lisan tidak dinyatakan dalam rancangan pengajaran saya,
saya menyelitkan juga bahagian itu apabila saya melihat pelajar tidak memahami apa yang akan
terjadi kepada siratan makanan jika populasi sesuatu organisma berubah.
Saya berpendapatan kelemahan pelajar terhadap istilah populasi dan perkaitannya dengan siratan
makanan adalah kerana pelajar jarang didedahkan dengan istilah ini selain pelajar tidak
memahami istilah ini. Istilah populasi tidak digunakan dalam kehidupan harian pelajar
menyebabkan mereka gagal mengaitkan dan menggunakannya semasa menulis jawapan pada
tugasan mereka. Saya rasa bertanggungjawab bagi membetulkan kesilapan ini supaya mereka
tidak terus berada dalam keadaan tidak tahu. Hal ini bukan sahaja mengganggu kelancaran

pembelajaran pelajar namun memberi kesan kepada kefahaman pelajar serta menyebabkan
kemerosotan pencapaian dalam akademik pelajar.
1.2

Refleksi Sorotan Literatur

Berikut merupakan beberapa sorotan literatur berkaitan teori dan kajian lepas melalui pembacaan
yang telah dijalankan oleh pengkaji berkaitan dengan tajuk kajian.
1.2.1

Teori-Teori Berkaitan

Bahagian ini akan menerangkan tentang teori, konsep dan pendapat berkaitan pengajaran dan
pembelajaran, cerita dal;am pendidikan, miskonsepsi dalam sains, maksud istilah populasi dalam
matapelajaran sains, kesan populasi kepada siratan makanan serta motivasi dalam pelajaran
sains.
1.2.1.1 Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.
Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru
secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan
yang memungkinkan terjadinya proses belajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan
yang secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit
(Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub 2003). Pengajaran juga merangkumi proses
merekabentuk kurikulum, penyampaian kurikulum, dan sistem penilaian pelajar. Pengajaran
yang baik dirancang secara sistematik oleh guru dan dilakasanakan dengan kaedah dan teknik
yang sesuai. Ringkasnya, komponen asas yang membentuk sesuatu proses pengajaran seharusnya

mengandungi ciri-ciri berikut iaitu guru, pelajar , kandungan, kaedah, tujuan, hasil (perubahan
yang kekal secara relatif) dan penilaian.
Secara umumnya pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau
kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970), pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku
atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan
proses pertumbuhan.
Menurut Woolfolk (1980), pembelajaran dapat dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku
kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baharu, atau sebagai potensi yang boleh
menghasilkan tindak balas yang baharu. Oleh itu, sebarang perubahan tingkah laku yang dapat
dilihat pada pelajar menunjukkan bahawa pelajar telah mengalami proses pembelajaran. Hasil
daripada pembelajaran itu akan dapat dilihat dalam bentuk perubahan tingkah laku pelajar.
Dalam masa yang sama, guru juga dapat melihat sebarang ketidakfahaman pelajar berdasarkan
perubahan tinkah laku yang ditunjukkannya.
1.2.1.2 Cerita Dalam Pendidikan
Cerita dan bercerita telah digunakan sejak sekian lama dalam mengajar sama ada secara formal
atau tidak formal. Dalam budaya Melayu sendiri khususnya, terdapat pelbagai cerita yang
menyampaikan mesej nasihat dan budaya.
Storytelling is an age-old and powerful means of communication that can be used as an
effective teaching strategy in the science classroom. Listening to a story involves imagination,
activation of prior experiences, knowledge, and imagery. A community of learners, characterized
by inquiry and discovery, can be initiated through the process of storytelling.

(A.D Isabelle, 2007)


Kenyataan daripada Isabelle di atas menunjukkan bahawa cerita adalah satu strategi yang
berkesan untuk menyampaikan pelajaran atau ilmu sains dalam bilik darjah. Menurut Isabelle
lagi, mendengar cerita melibatkan imaginasi, pengaktifan pengetahuan lepas, pengetahuan dan
bayangan. Beliau percaya bahawa satu komuniti pelajar boleh dicipta melalui kaedan bercerita.
Menurut M.C. Green (2004), cerita mempunyai beberapa peranan di dalam bilik darjah,
termasuk menaikkan minat murid, membantu perjalanan kuliah (pengajaran), menjadikan bahan
bermakna, mengatasi halangan dan rasa cemas pelajar, dan juga membina hubungan yang baik
antara guru dengan pelajar dan pelajar sesama pelajar.
Ini dapat dilihat secara lansung kerana apabila guru bercerita, pelajar lebih relaks dan berada
dalam keadaan tenang. Mereka juga amat berminat untuk mendengar cerita itu dan lebih
gemarkan guru tersebut.
1.2.1.3 Miskonsepsi Dalam Sains
Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang
dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al.,2002).

Manakala Novak dan

Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interpretasi konsepkonsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Ia digelar sebagai miskonsepsi
kerana penerangan tentang sesuatu konsep oleh kana-kanak tadi tidak sama dengan penerangan
yang diberikan oleh ahli sains
Miskonsepsi dan sains tidak dapat dipisahkan terutama sekali pada kalangan kanak-kanak.
Miskonsepsi atau juga dikenali sebagai kerangka istilah adalah idea yang diperoleh oleh kanak-

kanak tentang persekitaran berasaskan daripada pengalaman mereka sendiri (Poh Swee Hiang,
2003). Pengetahuan ini kadangkala tidak bersesuaian dengan idea sains dan sebarang
perselisihan idea antara miskonsepsi mereka dengan idea sains yang sebenar mampu
menyebabkan mereka menjadi keliru dan menghalang pembelajaran sains mereka.
1.2.1.4 Maksud Istilah Populasi Dalam Matapelajaran Sains
Populasi ditakrifkan sebagai satu kumpulan kolektif organisma dari sebarang jenis atau spesies
yang sama hidup dalam satu kawasan tertentu. Populasi mempunyai ciri-ciri kepadatan,
keupayaan biotik penyebaran, taburan usia dan mempunyai ciri-ciri genetik yang berhubung
secara langsung dengan ekologi atau adaptasi.(Eldon D. Enger & Bradley F.Smith,2000).
Secara ringkasnya, populasi merujuk kepada jumlah sekumpulan haiwan yang sama jenis yang
tinggal di kawasan yang sama pada masa yang sama.
1.2.1.5 Kesan Perubahan Populasi Kepada Siratan Makanan
Menurut Sopia Mohd Yasin, Mohd Yatim Dolir, et al (2006), perubahan populasi sesuatu
organisma mampu memberi kesan kepada populasi organisma lain dalam siratan makanan
tersebut. Jika sesuatu organisma hanya makan sejenis makanan sahaja dalam siratan makanan
itu, maka populasinya akan terjejeas dengan sangat ketara apabila berlakunya kekurangan
bekalan makanan.
Namun, ini jarang berlaku kerana dalam sesuatu siratan makanan, sesuatu organisma cenderung
untuk mempunyai lebih daripada satu jenis sumber makanan. Perubahan populasi kepada sumber
makanan boleh memberi kesan kepada pengguna sama ada populasinya akan meningkat atau
menurun.

1.2.1.6 Motivasi Dalam Pelajaran Sains


Pembelajaran adalah satu poses kompleks di mana motivasi merupakan salah satu pemboleh
ubah utamanya. (Mojca Jurievi, Saa A. Glaar, Janez Vogrinc, Iztok Devetak, tahun tidak
dinyatakan)
Menurut Taidin Suhaimin (2012), perkataan motivasi adalah berasal daripada perkataan bahasa
inggeris - "motivation". Perkataan asalnya ialah "motive" yang juga telah dipinjam oleh bahasa
melayu / bahasa malaysia kepada motif, yakni bermaksud tujuan. Perkataan motif di sini boleh
kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu perkara itu dilakukan.
Secara ringkasnya dalam konteks kajian ini, motivasi adalah sebab tujuan atau pendorong, maka
tujuan seseorang pelajar itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha
keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
Pelajar perlu diberikan sebab, tujuan ataupun pendorong yang dapat meningkatkan minatnya
dalam mempelajari sains.
1.2.2

Kajian-Kajian Lepas

Gilbert, Hipkins Dan Cooper (2005) dalam kajian mereka telah menulis:
The narrative mode, on the other hand, also aims to make sense of the world. However, it
does this in a very different way. People, rather than being excluded, are foregrounded. Their
actions, motivations, and relationships are structured and explained through stories.
Naratif mod dalam kajian mereka bermaksud bercerita. Ianya juga digunakan untuk memahami
alam sekitar namun dalan mod naratif, masyarakat tidak diketepikan tetapi dilibatkan dari awal
lagi. Tindakan, motivasi dan perhubungan mereka diterangkan melalui cerita itu. Ini menjadikan,
7

maklumat dalam sesuatu cerita itu lebih dekat di hati pendengar kerana mereka dapat mengaitkan
diri mereka atau alam sekeliling mereka daripada cerita tersebut.
Izzat Adli Galanay (2012) dalam kajiannya mendapati bahawa kaedah bercerita dalam
pengajaran dan pembelajaran sains Berjaya meningkatkan kefahaman murid sehingga min skor
kefahaman 4.21 hingga 5.0 daripada min skor kefahaman 1.0 hingga 1.8. kaedah bercerita juga
mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna kepada pelajar.
Manakala Loi Kuang Siang (2012), yang telah menjalankan kajian Kesan Penggunaan Kaedah
Bercerita Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Tahun Lima mendapati bahawa
pelajar menunjukkan peningkatan yang memberansangkan dalam ujian pos berbanding ujian pra
mereka. 80% daripada keseluruhan responden beliau mengaku bahawa mereka lebih mudah
memahami tajuk yang diajar melalui kaedah bercerita.
Hazirah Azhar (2010), menyatakan bahawa bercerita sebagai satu proses pembelajaran yang
menggalakkan murid membina dan memahami suatu pembelajaran melalui urutan cerita
tersebut. Murid memahami dan membina konsep berdasarkan sebab dan kesan daripada cerita
yang disampaikan kepada mereka dan membantu mereka mengingat dengan baik.
Hazirah (2010) mendapati bahawa responden beliau mampu mengenalpasti pembolehubah dan
menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan sains bahagian B selepas beliau
menggunakan keadah bercerita dengan gambar dalam pengajaran dan pembelajarannya.
Melalui laporan kajian Jaimah dan Zakaria (2007), murid-murid dapat memberi tumpuan yang
lebih tinggi semasa pengajaran dengan menggunakan bercerita bersama buku besar berbanding
dengan teknik pengajaran tanpa menggunakan bercerita. Tambahan, lebih ramai murid telah
memberi pendapat dan menyatakan kembali fakta yang diberikan oleh guru berbanding dengan
8

pengajaran kaedah kuliah. Hasil kajian yang sama juga ditunjukkan dalam penyelidikan ini di
mana responden-responden menyatakan mereka dapat menumpukan perhatian semasa guru
mengajar dengan menggunakan buku besar kerana mempunyai cerita dan gambar yang cantik.
Robiatul Adawiah Jamaludin dan Halimah Badioze Zaman (2011) dalam kajian mereka yang
menggunakan perisian cerita animasi interekatif untuk pelajaran sains mendapati bahawa prestasi
kemahiran melakukan proses sains responden mereka menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan. Kemahiran memerhati meningkat kepada 66.7%, kemahiran merekod
meningkat kepada 85.7%, kemahiran melakukan perbandingan meningkat kepada 90.5% dan
kemahiran meramal meningkat kepada 100%. Jumlah fakta yang boleh diingati dalam tempoh 45
minit juga lebih tinggi setelah menggunakan perisian myScience.
2.0

FOKUS KAJIAN

Bahagian ini akan menerangkan bagaimana hasil dari tinjauan masalah dan analisis tinjauan
masalah dan analisis tinjauan masalah yang menjadikan aspek ini sebagai fokus kajian.
2.1

Tinjauan Masalah

Masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah mereka tidak memahami kesan perubahan populasi
kepada siratan makanan. Masalah ini dapat dilihat berdasarkan jawapan pelajar dalam tugasan
yang telah diedarkan kepada mereka selepas pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga tidak
dapat menggunakan istilah populasi dan pupus dengan betul.
Pengkaji telah menggunakan instrument analisis dokumen (lembaran kerja pelajar dan rekod
keputusan Ujian 1), pemerhatian dan temu bual bagi tujuan tinjauan masalah.

Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan dengan
masalah ini:
1. Pelajar tidak faham maksud populasi.
2. Pelajar tidak dapat mengaitkan kesan perubahan populasi sesuatu organisma dengan
organisma lain dalam siratan makanan.
3. Pelajar menggunakan istilah pupus yang tidak sesuai dalam konteks siratan makanan
tersebut.
4. Pelajar tidak menggunakan istilah populasi meningkat atau populasi menurun semasa
menjawab soalan.
Sebelum tindakan selanjutnya diambil, pengkaji telah meninjau masalah bagi memahami
masalah yang timbul. Tinjauan ini bertujuan untuk mengumpul maklumat yang penting. Pengkaji
menggunakan cara analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual bagi meninjau masalah ini.
Berikut merupakan penerangan berkaitan tinjauan yang dibuat oleh pengkaji.
2.1.1

Analisis Dokumen- Lembaran Kerja Pelajar

Dokumen merupakan instrumen yang dapat memberikan maklumat yang tepat kepada isu dan
masalah yang dikaji. Dokumen ialah sumber paling mudah untuk guru mendapatkan maklumat
kerana ianya telah sedia ada. (Buku Manual Kajian Tindakan, edisi ketiga,2008). Pengkaji
menggunakan lembaran kerja pelajar sebagai dokumen yang dikaji.
Guru telah mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar sehari selepas pengajaran dan
pembelajaran mengenai tajuk kesan perubahan populasi kepada siratan makanan. Lembaran
kerja ini pada asalnya dianggap sebagai latihan pengukuhan kepada pelajar namun hasil daripada
jawapan pelajar menunjukkan sesuatu yang mengejutkan kepada pengkaji kerana semasa

10

pengajaran dan pembelajaran pelajaran menunjukkan tingkah laku yang menunjukkan mereka
faham. Pengkaji telah mengumpul kembali dan menganalisis lembaran kerja tersebut
Rajah 1
Lembaran kerja pelajar

11

2.1.2

Pemerhatian

Pengkaji juga meninjau masalah dengan mengingat kembali keadaan pelajar semasa pengajaran
dan pembelajaran. Pemerhatian yang dilakukan adalah pemerhatian tidak berstruktur yang
menggunakan nota lapangan.
Pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan yang dipersembahkan dalam
bentuk naratif iaitu memerihalkan semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan
pemerhatian sera menyebut petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (Morrison, (1993) dalam Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan).
2.1.3

Temu Bual

Kaedah temu bual juga digunakan oleh pengkaji bagi membantu meninjau masalah serta
mendapatkan pandangan dan pendapat pelajar tentang topik kesan perubahan populasi terhadap
siratan makanan.
Pengkaji menggunakan temu bual tidak berstruktur bagi membantunya memahami masalah
pelajar. Dalam temu bual tidak berstruktur, soalan tidak disediakan tetapi mengikut keadaan
responden berkenaan Pengkaji

bertanya kepada 4 orang pelajar pada pelbagai peringkat

akademik bagi mendapatkan maklumat tentang masalah pelajar.


2.1.4

Analisis Dokuman - Rekod Keputusan Ujian 1

Medium tinjauan masalah terakhir yang pengkaji gunakan adalah analisis dokumen bagi ujian 1
yang telah dijalankan pada 14 Mac 2013. Bagi tinjauan masalah ini, pengkaji telah menganalisis
markah keseluruh pelajar dengan menilai peratus lulus dan gagal serta menganalisis soalan 12
kertas 1 yang menyoal tentang kesan perubahan populasi kepada siratan makanan.
12

Rajah 2
soalan 12 ujian 1 sains kertas 1

2.2 Analisis Tinjauan Masalah


2.2.1 Rekod Lembaran Kerja Pelajar
Pengkaji mula menyedari masalah pelajar semasa menanda lembaran kerja mereka oleh itu,
pengkaji telah menggunakan lembaran kerja mereka bagi mengukur kefahaman pelajar dengan
mendapatkan peratusan betul salah dan juga peratusan bentuk jawapan yang ditulis pelajar.

13

Jadual 1 menunjukkan peratusan pelajar yang menjawab dengan betul dan salah serta peratusan
bentuk jawapan pelajar. Carta 1 dan 2 menunjukkan carta peratusan betul/salah jawapan pelajar
dan peratusan bentuk jawapan pelajar
Jadual 1:
Analisis peratusan betul salah dan bentuk jawapan pelajar
Pelajar

Jawapan

Bentuk jawapan

Betu

Sala

Pupu

Populasi

s
/

menurun

h
/

meningkat/ Lain-lain

10

11

12

13

14

15

16

17

18

20

21

jumlah

meningkat, berpindah)

19

(mati,

/
/
/

/
14

22

23

24

25

26

27

/
/
/

28

29

30

Peratus

47

/
/
/

53

40

10

50

(%)

Persembahan grafik
Carta 1

Peratusan jawapan pelajar (betul/salah)


betul

53%

salah

47%

Peratusan pelajar yang


menjawab soalan dengan betul/salah

15

Carta 2
peratusan bentuk jawapan pelajar

Peratusan bentuk jawapan pelajar

pupus

50%

40%

populasi
meningkat/
menurun
lain-lain

10%

16

Berdasarkan analisis di atas, peratusan paling tinggi adalah bagi pelajar yang menjawab soalan
dengan salah (53%).
Manakala bagi carta 2, pelajar paling banyak menggunakan istilah atau perkataan lain untuk
menjawab soalan tersebut sama ada mati, berpindah ataupun bilangan menurun. Hanya 10%
atau tiga orang pelajar yang dapat menjawab dengan tepat iaitu dengan menggunakan istilah
populasi ular akan menurun.

Rajah 3 dan 4

Rajah 4

Jawapan lembaran kerja pelajar yang salah

17
Rajah 3

Rajah 5 dan 6
Jawapan lembaran kerja pelajar yang betul

Rajah 5

Rajah 6

18

2.2.2

Pemerhatian Semasa Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Memandangkan pengkaji memilih untuk mengkaji masalah ini setelah selesai pengajaran dan
pembelajaran, pengkaji hanya boleh bergantung kepada pemerhatian tidak berstruktur yang
dilihat semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk tajuk ini. Antara hasil pemerhatian
pelajar adalah:
1. Pelajar tidak mengatahui maksud populasi semasa pengkaji memperkenalkan perkataan
itu.
2. Pelajar mudah hilang tumpuan apabila isi pelajaran dilihat sukar untuk mereka fahami.
3. Pelajar tidak dapat membina perkaitan antara organisma dalam siratan makanan.
4. Pelajar tidak dapat memahami kesan perubahan populasi kepada siratan makanan.

19

2.2.3

Temu Bual Dengan Pelajar

pengkaji bertanya kepada 4 orang pelajar pada pelbagai peringkat akademik bagi mendapatkan
maklumat tentang masalah pelajar. Berikut merupakan transkrip temu bual pengkaji dengan 4
orang pelajar berkenaan.
Jadual 2
Transkrip temu bual
Peserta Temu bual
Refleksi pengkaji
1
S: mengapa kamu menggunakan istilah Pelajar dilihat menjawab dengan tergesa-gesa
pupus untuk menjawab soalan ini?

selain percaya bahawa jika sesuatu jenis

J: makanan ular itu sudah tiada jadi ia makanan haiwan itu hilang/habis, haiwan itu
akan mati.

akan mati. Pelajar tidak menimbangkan

S: ada tidak kemungkinan untuk ular kemungkinan


pergi ke tempat lain.
2

lain

bagi

ular

semasa

menjawab soalan dalam lembaran kerja.

J: (diam). Ada.
S: apakah maksud populasi menurun Pelajar dapat memahami perkaitan antara
yang kamu tulis sebagai jawapan burung pipit dengan ular dengan baik sekali.
soalan ini?

Pelajar juga menggunakan istilah yang betul

J: burung pipit sudah tiada jadi semasa menjawab soalan.


mungkin ular akan pergi ke tempat lain
ataupun mati.
S:jadi maksud populasi adalah?
3

J: jumlah ular (haiwan).


S:mengapa kamu mengatakan bahawa Pelajar dapat memahami perkaitan antara

20

ular akan berpindah ke tempat lain ular dan burung pipit walaupun bentuk
apabila burung pipit tiada?

jawapannya dalam lembaran kerja bukanlah

J: ular perlu mencari makanan lain seperti diharapkan.


4

sebab burung pipit dah tiada.


S:mengapa kamu kata ular akan mati Pelajar jelas menunjukkan ketidakfahaman
bila tiada burung pipit?

tentang ular. Burung pipit bukan satu-satunya

J: (mengangkat bahu) sebab ular sudah makanan ular. Pelajar percaya ular akan mati
tiada makanan.

kerana ia sudah tiada sumber makanan.

S: bolah tak guna perkataan lain untuk


menggantikan mati?
J: tak boleh. Ular dah tiada sumber
makanan, ia akan mati.

Berdasarkan temu bual di atas, pengkaji percaya masalah utama pelajar ia terlalu percaya bahawa
ular hanya makan burung pipit (seperti yang tercatat pada rantai makanan) dan tidak mempunyai
sumber makanan lain. Pelajar juga gagal melihat kemungkinan bahawa ular mungkin
mempunyai sumber makanan lain di tempat lain. Ada pelajar yang boleh menjawab dengan betul
namun tetap percaya bahawa ular akan mati. Ini jelas menunjukkan pelajar tidak memahami
kesan keseluruhan perubahan populasi sesuatu organisma dalam sesuatu rantai makanan kepada
organisma lain dalam rantai makanan itu.
2.2.4

Analisis Keputusan Ujian 1

Ujian 1 yang telah dijalankan menunjukkan perolehan markah yang agak merisaukan. Daripada
30 orang pelajar tahun 5 cerdas, hanya 7 orang sahaja yang lulus. Daripada 7 orang itu, hanya 2

21

adalah pelajar lelaki manakala selebihnya adalah pelajar perempuan. 23 orang pelajar gagal
dalam ujian ini 14 orang adalah pelajar perempuan dan 9 lagi pelajar lelaki. Secara ringkasnya
hanya 23% pelajar yang lulus dalam ujian 1 ini. Carta di bawah menunjukkan graf pelajar yang
lulus dan gagal.
Carta 3 :
Jumlah pelajar yang lulus dan gagal

graf jumlah pelajar melawan lulus/gagal


25
20
15

Column1

10
5
0

lulus

gagal

Soalan 12 kertas 1 juga menyoal mengenai kesan perubahan populasi terhadap rantai makanan.
Sebanyak 24 orang ataupun 80% pelajar dapat menjawab soalan ini dengan betul manakala 20%
(6 orang) lagi menjawab dengan salah. Bagi jawapan yang salah ini, 5 orang memilih jawapan B.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian

22

Objektif kajian terdiri daripada dua objektif iaitu objektif umum dan objektif khusus. Selepas
kajian ini dijalankan, pelajar diharap dapat mencapai objektif berikut:

3.1.1 Objektif Umum


Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar Tahun 5 Cerdas S.K
Bukit Chempaka tentang kesan perubahan populasi kepada siratan makanan dengan
menggunakan buku cerita digital Mana Rusa?
3.1.2 Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini supaya pelajar dapat:
1. Membantu pelajar meningkatkan kefahaman istilah populasi meningkat dan populasi
menurun dengan menggunakan buku cerita digital Mana Rusa?
2. Meningkatkan peratusan pelajar yang dapat menjawab soalan berkaitan dengan betul.
3. Meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sains dengan menggunakan buku
cerita digital Mana Rusa?
4. Menunjukkan perubahan tingkah laku dalam matapelajaran sains semasa menggunakan
buku cerita digital Mana Rusa?
3.2 Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah penggunaan buku cerita digital Mana Rusa? dapat membantu meningkatkan
pemahaman murid terhadap istilah populasi meningkat dan populasi menurun?

23

2. Adakah penggunaan buku cerita digital Mana Rusa? dapat meningkatkan peratusan
pelajar yang dapat menjawab berkaitan?
3. Adakah penggunaan buku cerita digital dapat meningkatkan minat murid terhadap
matapelajaran sains?
4. Adakah berlaku perubahan tingkah laku pelajar semasa penggunaan buku cerita digital
Mana Rusa? ?
3.3 Kepentingan Kajian
Di antara kepentingan kajian ini adalah guru dapat mengaplikasikan kaedah bercerita dengan
cara yang berbeza iaitu dalam bentuk buku cerita digital. Bercerita dilihat sebagai salah satu cara
yang menarik bagi menyampaikan pelajaran. Kaedah menggunakan buku digital yang akan
dipasang pada ebook pelajar diharap dapat menarik minat pelajar yang ternyata amat gemar
menggunakan ebook mereka.
Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan peratusan pelajar yang dapat
menjawab soalan dengan betul. Peratusan yang dapat dilihat sebelum kajian dijalankan agak
rendah dan memerlukan perhatian yang khusus. Jumlah pelajar yang lulus dalam ujian sains juga
sangat rendah namun dapat diperbaiki supaya menjadi lebih baik.
Dalam pada itu, kajian juga bertujuan untuk membantu meningkatkan minat murid terhadap
sains. pelajar memerlukan motivasi bagi meningkatkan minat mereka terhadap sains. Pelajar
yang berminat terhadap sesuatu matapelajaran akan lebih bersemangat dan akan memberikan
kerjasama yang baik selain mengurangkan sikap dan tingkah laku mengganggu di dalam kelas.
selain itu, hasil kajian diharap dapat membantu warga pendidikan sama ada guru , pihak sekolah
serta Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan pemahaman dan minat murid dalam
matapelajaran sains. kajian ini juga diharap dapat menjadi perintis kepada kajian lain.
24

3.4 Definisi Operasional


Bahagian ini membincangkan definisi operasi yang digunapakai dalam kajian ini. Antara istilah
yang digunapakai dalam kajian ini adalah:
3.4.1 Cerita
Kevin strauss (2006) menyatakan cerita sebagai suatu kisah tentang kejadian sama ada benar,
fiksyen, lagenda dan mistik. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga (2000),
bercerita bermaksud menuturkan sesuatu cerita.
3.4.1 Digital
Menurut The American Heritage Dictionary of the English Language (2000), digital
bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan pekerjaan atau aktiviti yang menggunakan alatan
digital. Dalam kajian ini pelajar menggunakan ebook sebagai alatan digital mereka bagi
membaca buku cerita Mana Rusa
3.4.3 Meningkatkan
Menurut Izzat Adli (2012), istilah meningkatkan di dalam kajian beliau adalah menaikkan atau
meninggikan kefahaman murid terhadap mata pelajaran sains.
Dalam kajian ini, istilah meningkatkan membawa maksud menambah dan memajukan tahap
pemahaman pelajar terhadap tajuk kesan perubahan populasi terhadap siratan makanan.

25

3.4.4 Kefahaman
Kefahaman berada pada aras kedua dalam taksonomi bloom di dalam kumpualan aras pemikiran
rendah.
Menurut Esler dan Esler ( 2000), pada aras pemahaman, pelajar dapat menterjemah maklumat,
menginterpretasi maklumat dalam ayatnya sendiri, menulis semula penyataan dalam ayatnya
sendiri, mengedit penyataan daripada maklumat lain dan mengekstrapolasi maksud baharu
daripada maklumat.
Dalam kajian ini, kefahaman merujuk kepada bagaimana pelajar dapat menggunakan maklumat
daripada buku cerita digital bagi memahami kesan perubahan populasi siratan makanan.
3.4.5 Populasi Meningkat/ Populasi Menurun
Menurut Enger dan Smith (2000), populasi ditakrifkan sebagai satu kumpulan kolektif organisma
dari sebarang jenis atau spesies yang sama hidup dalam satu kawasan tertentu. Populasi
mempunyai ciri-ciri kepadatan, keupayaan biotik penyebaran, taburan usia dan mempunyai ciriciri genetik yang berhubung secara langsung dengan ekologi atau adaptasi.
Ringkasnya, istilah populasi membawa maksud jumlah ahli atau haiwan yang sama jenis di
sesuatu kawasan. Dalam konteks kajian ini, populasi meningkat bermaksud jumlah haiwan yang
sama jenis dalam kawasan sama bertambah manakala populasi menurun pula bermaksud jumlah
haiwan yang sama jenis dalam kawasan yang sama berkurangan.

26

3.5 Batasan Kajian


Pengkaji membataskan kajian ini kepada tajuk kesan perubahan populasi kepada siratan
makanan sahaja. Responden yang terlibat pula adalah 30 orang pelajar kelas 5 Cerdik Sekolah
Kebangsaan Bukit Chempaka, Kuala Terengganu. Memandangkan kajian hanya dijalankan di
Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, hasil dapatan kajian dijangka tidak dapat dijadikan
dapatan yang tepat jika dijalankan di sekolah lain. Pelaksaan kajian dilakukan di dalam kelas
berasingan dengan pelajar lain kerana ianya terbatas kepada pelajar yang menjadi responden
sahaja.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran kajian ini adalah 30 orang pelajar kelas 5 Cerdas Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka.
Kelas tahun 5 Cerdas merupakan kelas pertengahan di antara kelas 5 Pintar (kelas pertama) dan
kelas 5Bijak (kelas ketiga). Kelas ini terdiri daripada 11 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan
berusia 11 tahun. Keseluruhan pelajar kelas ini adalah pelajar Melayu dan berbahasa Melayu.
Selain itu, kebanyakan pelajar kelas ini datang dari keluarga bersosioekonomi sederhana.
Kebanyakan pelajar merupakan anak petani dan juga pekerja sendiri. Terdapat dua orang pelajar
merupakan anak pegawai kerajaan dan seorang lagi merupakan anak kepada pemandu lori.
Responden mempunyai pencapaian purata D dalam matapelajaran sains dan mempunyai
pemahaman yang rendah bagi topik kesan perubahan populasi kepada rantai makanan
berdasarkan hasil analisis beberapa instrumen yang telah dijalankan, responden tidak memahami

27

bagaimana perubahan populasi member kesan ke atas siratan makanan serta tidak memahami
maksud populasi dalam siratan makanan. Ini memberikan inspirasi kepada pengkaji untuk
menjalankan intervensi kepada mereka dengan menggunakan buku cerita digital Mana Rusa?.
5.0 CADANGAN TINDAKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan kajian
tindakan ini.
Menurut Rosinah Edinin (2011), Lewin menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdiri
daripada empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Rajah di bawah
merumuskan bagaimana langkah kajian tindakan model Kurt Lewin (1948) dijalankan.
Rajah 7
Model Penyelidikan tindakan Kurt Lewin, 1948

28

EF
R
E
L
RK
S
E IS
L

EA
P
NN
R
AN
C
G
AN

IN N
T
KN
A
D
A

EM
P
ER
AT
H
IA
EM
P
R
E
NH
AT
IA

5.1.1 Perancangan
Menurut Rosinah Edinin (2011), model Kurt lewin biasanya digunakan apabila masalah atau isu
kajian telah dikenalpasti dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat
digunakan.
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan buku certa digital Mana Rusa? bagi
membantu pelajar kelas 5 Cerdas memahami tajuk kesan perubahan populasi kepada siratan
makanan.
Rancangan ini termasuk mengadaan ujian pra dan ujian pos, penggunaan buku cerita digital dan
soal selidik.

29

5.1.2 Tindakan
Semasa fasa tindakan, pengkaji akan melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan
mengenalpasti hasil dapatan.
Langkah pertama dalam pelaksanaan tindakan adalah menjalankan satu sesi soal selidik bagi
menilai pandangan dan pendapat pelajar tentang sains dan kaedah bercerita dan mengenalpasti
minat pelajar. Seterusnya, pengkaji menjalankan suatu ujian pra bagi mendapatkan peratusan
kefahaman pelajar sebelum penggunaan buku cerita digital Mana Rusa?
Setelah ujian pra dijalankan, pengkaji akan memasukkan buku cerita digital Mana Rusa? ke
dalam ebook pelajar. Buku cerita digital Mana Rusa? merupakan sebuah buku cerita yang
digunakan secara digital menggunakan ebook pelajar. Buku cerita digital Mana Rusa? dibina
menggunakan pelbagai aspek yang akan menarik minat pelajar seperti tulisan, bunyi atau suara
dan imej. Tidak seperti buku cerita biasa yang hanya dibaca, Mana Rusa? menggunakan suara
digital selain gambar yang menarik dan berkaitan dengan apa yang dibaca.
Pelajar akan mendengar dan membaca buku cerita ini sehingga habis. Setelah pelajar tamat
menggunakan buku cerita digital, pengkaji akan mengadakan ujian pos bagi melihat kesan hasil
penggunaan buku cerita digital tersebut.
Seterusnya, pengkaji akan menilai kembali intervensi yang dijalankan bagi mengenalpasti
sebarang masalah dan kelemahan yang timbul. Selepas itu, suatu penambahbaikkan akan
dilakukan kepada alat intervensi tersebut. Kemudian, pengkaji akan melaksanakan intervensi
sekali lagi dengan penambahbaikkan yang telah dilakukan. Satu lagi ujian pos akan dilaksanakan
bagi menilai keberkesanan penambahbaikkan tersebut.

30

Setelah selesai, guru akan mengedarkan borang soal selidik bagi menilai pandangan murid
mengenai buku cerita digital.
5.1.3 Pemerhatian
Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan mengenalpasti hasil dapatan. Hal ini bermaksud pengkaji
perlu mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian dan juga borang soal
selidik.
Untuk tujuan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan beberapa instrument seperti ujian pra
dan ujian pos serta borang soal selidik. Selain itu, pemerhatian berstruktur digunakan bagi
melihat perubahan tingkah laku pelajar.
Data yang diperoleh ini akan digunakan akan dijadikan sebagai pengukur sama ada kajian ini
berjaya atau gagal.
5.1.4 Refleksi
Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian yang
berjaya akan menunjukkan peningkatan kefahaman pelajar serta perubahan tingkah laku pelajar.
Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji perlu mengenalpasti punca
kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan penambahbaikkan.
5.2 Prosedur Cara Mengumpul Data
Bahagian ini akan membincangkan instrument kajian tindakan yang akan digunakan dan
menerangkan kebolehpercayaan dan kesahan ke atas instrument yang digunakanan.
5.2.1 Instrumen Kajian

31

Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan ujian pos, borang soal
selidik dan pemerhatian berstruktur.
Pengkaji akan mengunakan ujian pra dan ujian post bagi menilai pemahaman pelajar sebelum
dan selepas menggunakan buku cerita digital.
Borang soal selidik (lampiran 1) akan digunakan untuk mendapatkan penilaian dan pendapat
pelajar mengenai buku cerita digital mana Rusa?
Pemerhatian berstruktur akan dilakukan semasa pelaksanaan kajian. Pemerhatian berstruktur
akan dilakukan mengikut set aktiviti yang dikenalpast (lampiran 2). Dalam pemerhatian
berstruktur, aspek yang hendak diperhatikan dikenalpasti terlebih dahalu dan disediakan dalam
bentuk senarai semak.
5.2.2 Kebolehpercayaan Dan Kesahan
Menurut Mokhtar (1995), kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara
dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang. Kesahan pula
bermaksud keboleh instrument mengukur apa yang sepatutnya diukur.
Ujian pra dan ujian pos memerlukan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi kerana ia
merupakan instrument penilaian yang paling penting. Bagi memastikan kebolehpercayaan dan
kesahan, kedua-dua ujian ini haruslah setara. Dalam masa yang sama, pelajar juga perlu berada
dalam keadaan bersedia, tenang dan selesa semasa kedua-dua ujian supaya kebolehpercayaan
dan kesahan dapat dikekalkan.
Pemerhatian berstruktur akan dijalankan pada sepanjang masa pelaksanaan kajian ini terasuk
semasa ujian pra dan post. Pemerhatian perlu melihat pencapaian dan tindak balas pelajar
32

terhadap kajian. Pengkaji perlu mengelakkan sebarang unsur peribadi dalam menilai pelajar bagi
mengelakkan berlakunya kepincangan dalam data. Pengkaji sebaiknya perlu menyediakan
borang pemerhatian supaya pemerhatian menjadi seragam.
Semasa soal selidik sebaiknya pengkaji memberitahu pelajar tujuan soal selidik itu supaya
pelajar faham tujuannya dan meminta mereka menjawab soal selidik dengan jujur.
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Analisis data akan dijalankan setelah kajian dijalankan dan data dikumpul. Data boleh dikumpul
dalam benuk kualitatif dan kuantitatif. Data biasanya dipersembahkan dalam bentuk graf dan
jadual.
Dalam kajian ini, data akan dikumpul dari dua aspek. Aspek pertama adalah pemahaman pelajar
terhadap topik perubahan populasi terhadap siratan makanan manakala aspek kedua adalah
penggunaan istilah populasi dalam memberikan jawapan kepada soalan berkaitan.
Bagi ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik, data akan dikumpul dan depersembahkan
dalam bentuk kuantitatif, manakala bagi pemerhatian berstruktur, data akan dikumpulkan dalam
bentuk kualitatif.

33

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan


5.4.1. Jadual Pelaksanaan Kajian
Jadual 3
Pelaksanaan kajian
Bil.

Aktiviti

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

8.

Mengenalpasti masalah dan mengumpul data


awal.
Menulis proposal kajian
Soal selidik 1 (sebelum intervensi)
Ujian pra
Melaksanakan tindakan intervensi pertama
penggunaan buku cerita digital
Melaksanakan ujian-pos 1
Membincangkan masalah yang wujud dalam
tindakan intervensi pertama
Melakukan penambahbaikkan
Melaksanakan tindakan intervensi kedua dan

Tarikh
pelaksanaa
n
24.2.2013

Catatan

3.3.2013
1.7.2013
4.7. 2013
11.7. 2013
14.7. 2013
16.7. 2013

18.7. 2013
34

9.
10.
11.
12.
13.

ujian-pos 2
Soal selidik 2 (selepas intervensi)
Pengumpulan dan analisis data
Refleksi kajian tindakan
Menulis laporan kajian tindakan
Pembentangan hasil dapatan kajian tindakan
(seminar)

21.7.2013
22.7. 2013
24.3. 2013
28.7. 2013
810.9.2013

5.4.2 Anggaran Kos Kajian


Jadual 4
Anggaran kos kajian
Kuantiti

Bil.

Jenis bahan

Kertas a4

2 X RM 12

RM 24

Dakwat printer

4 X RM 15

RM 60

Perakam suara
NWZ-B152F

1 X RM 200

RM 200

Pendrive Sony 8GB

1 X RM 40

RM 40

Buku catatan guru

1 X RM 3

RM 3

Kos fotostat bahan dan laporan

RM 50

Jumlah

RM 377

X harga seunit

Sony

Walkman

Jumlah

35

SENARAI RUJUKAN
______. (2000). The American Heritage Dictionary Of English Language [Fourth Edition].
Boston: Houghton Mifflin
________ . (2008). Buku Manual Kajian Tindakan [Edisi Ketiga]. Putrajaya: Bahagaian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
A.D. Isabelle, (2007). Teaching Science Using Stories: The Storyline Approach. Arlington:
National Science Teacher Association
Chia Chow Ming, Edna Wellington, et al (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan
Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons
Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga).
Selangor:Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka

36

Enger, E. D. & Smith F. S. (2000). Environmental Science: A Study Of Interrelationship. New


York: Mcgraw Hill Education
Esler, W.K. & Esler M. K (2001). Teaching Elementary Science: A Full Spectrum Science
Instruction Approach. Belmont: Wadsworth/ Thompson Learning
Gilbert, J., Hipkins, R & Cooper, G. (2005, Jun). Faction Or Fiction. Using Narrative Narrative
Pedagogy In School Science Education. Kertas dibentangkan pada Persidangan The
Redesigning Pedagogy: Research, Policy, Practice, Nnyang University Institute Of
Education, Singapore
Green, M. C. (2004). Storytelling In Teaching. The Association For Psychological Science, 17(4)
Hazirah Azhar (2010). Enhancing Mastering Of Determining Controlling Variable Among
Standard 5

Pupils By Using Storytelling With Picture. Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu


Izzat Adli Galanay (2012). Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 5 Mariam Bagi Topik
Kemandirian Spesies Tumbuhan Dengan Menggunakan Kaedah Bercerita. Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu
Jaimah Abdul Manaf & Zakaria Amin. (2007). Peningkatan Kemahiran Lisan Melalui Teknik
Bercerita: Suatu Kajian Tindakan dalam Kalangan Murid Prasekolah. Institut
PerguruanPerempuan Melayu Melaka.
Loi Kuang Siang (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bercerita Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Tahun 5. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak

37

Martin R., Sexton, C., & Gerlovich, J. (2002). Teaching Science For All Children: Methods For
Constructing Understanding. Boston: Allyn And Bacon
Mojca Jurievi, Saa A. Glaar, Janez Vogrinc & Iztok Devetak (Tidak Dinyatakan).
Intrinsic Motivation For Learning Science Through The Educational Vertical In
Slovenia. Faculty Of Education, University Of Ljubljana
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Noriati Abd Rashid, Boon Pong Yong & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid Dan
Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Snd. Bhd.
Robiatul Adawiah Jamaluddin & Halimah Badioze Zaman (2011, Disember). Pembangunan
Perisian

Cerita Animasi Interaktif Untuk Pendidikan Sains. Jurnal Teknologi

Pendidikan Malaysia 1 (4)


Novak, J. D. & Gowin D. B. (1984). Learning How To Learn: New York: Cambridge University
Press
Poh Swee Hiang. (2003). Pedagogy Of Science 2: Science Teaching And Learning Strategies.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Snd. Bhd.
Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Freemind Horizons
Shahabudin Hashim & Rohizani Yaakub (2003). Psikologi Pembelajaran Dan Personaliti.
Gombak: PTS Publications And Distributorssnd Bhd

38

Sopia Md. Yasin, Mohd Yatim Dolir, Azizah Ngah Tasir & Sewaibatullaslamiah Jalaludin
(2006) Buku Teks Sains Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Strauss,

K.

(2006).

Teaching

Science

With

Stories.

Diakses

dari

Www.Naturestory.Com/Teachingsciencew.Html pada 22 Februari 2013


Taidin Suhaimin. (2012). Definisi, Makna, Maksud Pengertian Motivasi. Diakses dari
Http://Www.Ugmc.Bizland.Com/Ak-Definisimotivasi.Html pada 29 Mac 2013
Ting Len Siong, Ahmad Sabry Othman, Ting Hun Yong ( 2013). Penyelidikan Tindakan Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons

Lampiran 1
Borang soal selidik
Pandangan pelajar tentang buku cerita digital Mana Rusa?
Bi

Soalan

l
1

Adakah buku cerita digital ini membantu kamu memahami tajuk kesan

perubahan populasi terhadap rantai makanan?


Adakah kamu dapat menjawab soalan yang diberikan setalah menbaca buku

3
4
5

cerita digital ini?


Adakah kamu berasa seronok menggunakan buku ini?
Adakah kamu suka belajar sains dengan menggunakan kaedah sebegini?
Adakah kamu akan menggunakan buku digital ini lagi jika terdapat tajuk

Ya

Tida
k

lain?

39

Lampiran 2
Senarai semak
Pemerhatian berstruktur
Item
Gundal / tally
Menganggu rakan
Kurang tumpuan
Menunjukkan minat
Bermain
Bertanya kepada guru tentang Buku cerita

kekerapan

digital
Mengulang baca

40

You might also like