You are on page 1of 4

Bunyi konsonan

Konsonan atau secara tradisionalnya dinamakan huruf mati ialah huruf-huruf selain
vokal. Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin tidak. Semasa
menghasilkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima
sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga tekak, mulut atau
hidung. Bunyi konsonan boleh mempengaruh bunyi vokal dalam sebutan, misalnya
apabila menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang mengikutinya turut akan
disengaukan. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan melayu asli dan
konsonan pinjaman.
Cara penggunaan konsonan dalam

rencana ini adalah seperti yang tertera di

bawah:
Konsonan Melayu Asli
1) Konsonan letupan dua bibir tak bersuara [P]
Awal
Panjang
( perenggan 1 )
Pulau
( perenggan 2 )

Tengah
Menempatkan
( perenggan 7 )
Beberapa
( perenggan 8 )

Akhir
Ditutup
( perenggan 4 )
Setiap
( perenggan 5 )

Semasa membunyikan konsonan [p], kedua-dua bibir dirapatkan untuk


membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga
mulut. Lelangit lembut pula dinaikkan ke belakang / ke dinding rongga
tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.
Pita suara direnggangkan manakala udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan pada dua bibir
dilepaskan serta-merta dan bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
bibir tidak bersuara [p].

2) Konsonan letupan dua bibir bersuara [B]

Awal
Berlarutan
( perenggan 6 )
Bukit
( perenggan 6 )
Bidong
( perenggan 2 )

Tengah
Membantu
( perenggan 7 )
Sabah
( perenggan 7 )
Sebelum
( perenggan 2 )

Akhir
-

Cara untuk membunyikan konsonan letupan dua bibir bersuara [B]


sama seperti membunyikan konsonan [P]. Namun terdapat sedikit
perbezaan seperti pita suara dirapatkan dan arus udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi
yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara.

3) Konsonan letupan gusi tak bersuara [T]


Awal
Tinggi
( perenggan 3 )
Terengganu
( perenggan 2 )

Tengah
Vietnam
( perenggan 2 )
Bantuan
( perenggan 3 )

Akhir
Tamat
( perenggan 5 )
Sejagat
( perenggan 5 )

Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh


pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang / ke dinding rongga

tekak untuk menutup arus udara ke

rongga hidung dan pita suara direnggangkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta
lalu bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [T].

4) Letupan gusi bersuara [D]


Awal
Dalam
( perenggan 1 )
Dari
( perenggan 7 )

Tengah
Mendarat
( perenggan 1 )
Pada
( perenggan 8 )

Akhir
-

Diterima
( perenggan 2 )

Terdapat
( perenggan 9 )

Cara membunyikan konsonan gusi bersuara [D] sama seperti


konsonan gusi tak bersuara [T]. Walaubagaimanapun, terdapat
perbezaan seperti pita suara dirapatkan dan arus dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang
dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [D].

5) Konsonan letupan lelangit lembut tak bersuara [K]


Awal
Komunis
( perenggan 1 )
Kembali
( perenggan 3 )

Tengah
Mereka
( perenggan 2 )
Sekitar
( perenggan 9 )

Akhir
Tidak
( perenggan 5 )
Statistik
( perenggan 5 )

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan


penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke
rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga
hidung. Pita suara pula direnggangkan manakala arus udara keluar
dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tak bersuara [K].

6) Konsonan geseran gusi tak bersuara [S]


Awal
Setiap
( perenggan 5 )
Seluruh
( perenggan 9 )

Tengah
Malaysia
( perenggan 1 )
Bosnia
( perenggan 8 )

Akhir
Selepas
( perenggan 4 )
Kes
( perenggan 18 )

Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus

udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga

tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.


Pita suara pula direnggangkan dan arus udara dari paru-paru melalui
rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara pula keluar
melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi
konsonan geseran gusi tak bersuara [S].

You might also like