You are on page 1of 15

MINGGU 1

Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam


Pengenalan
Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan,
atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens
(Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia
yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan
menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam
hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka
juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan,
mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam
masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan
kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama
lain serta pertolongan.
Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.Terdapat pelabagai falsafah
dalam kejadian manusia. Ini akan diterangkan seperti di bawah:
Falsafah Penciptaan Manusia Menurut Islam
MENURUT ISLAM
Orang Islam meyakini rukun iman yang enam, umatnya mengakui bahwa Al Quran
adalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global bagi ilmu
pengetahuan.
Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah kejadian manusia. Islam melalui
ajarannya yang lengkap bukan mahu melahirkan manusia yang hanya beribadat khusus
sepanjang masa sehingga lupa untuk berbakti bagi hari dunianya. Islam telah
menggariskan ajaran yang sempurna dalam memastikan umat manusia tidak terpesong
ke jalan kesesatan yang cuba di heret oleh nafsu dan syaitan. Setiap pekerjaan walau
pun pada zahirnya untuk kehidupan dunia turut dicatatkan pahalanya sebagai suatu
ibadat jika selari dengan kehendak agama begitulah sebaliknya jika suatu ibadat
khusus walau pun pada zahirnya sebagai bekalan akhirat tetapi menjadi sia-sia jika
dilumuri dengan niat yang tidak ikhlas dan mahu mencari habuan dunia semata-mata.
Islam bukan datang dengan paksaan sebaliknya meresap ke jiwa umat manusia
dengan kerelaan hati sendiri setelah hati begitu tertarik dengan keindahannya. Ia
berbeza dengan ideologi ciptaan manusia yang datang melalui akal fikiran yang tidak
mampu memberi kebahagiaan dan jalan penyelesaian kepada kehidupan manusia
secara sempurna. Ideologi biasanya tidak boleh lari daripada paksaan si kuat ke atas si
lemah untuk tunduk dan patuh kepadanya. Ideologi tidak meresap ke jiwa dengan
penuh kerelaan manusia tetapi ia merupakan suatu paksaan yang akhirnya membawa
kepada sifat dendam yang membawa kepada kehancuran. Islam membawa umat

manusia kepada suatu destinasi yang begitu pasti iaitu akhirat sedangkan ideologi
datang dengan matlamat yang tidak jelas demi mengaut hasil dunia yang pasti
ditinggalkan dengan mengenepikan hari akhirat.
Kejayaan Islam membina tamadun yang agung pada zaman kegemilangannya
telah melahirkan rasa iri di hati musuh Islam. Akhirnya barat dengan penuh ketekunan
terus belajar dan mengkaji tentang kemampuan Islam dalam membina tamadun
sehingga memungkinkan mereka turut maju dan bertambah maju meninggalkan umat
Islam yang hilang pedoman terutama selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki 1924
yang lalu. Barat berjaya membina tamadun tersendiri tetapi sayangnya disebabkan
mereka memisahkan tamadun kebendaan daripada ruh agama menyebabkan lebih
banyak kesan negatif dan buruk yang timbul. Dulu Islam berjaya menguasai hati-hati
manusia sehingga dunia barat turut menerima cahaya Ilahi tanpa menggunakan
pengaruh ketenteraan yang menggila dan paksaan sebaliknya lebih banyak
mempengaruhi melalui kerja-kerja dakwah yang membuka hati umat manusia untuk
tunduk dan berlindung di bawah keadilan sistem Islam. Penyebaran Islam sehingga
mampu membina sebuah kuasa pemerintahan yang kuat dan luas adalah bertujuan
menguruskan dunia dan agama secara serentak bagi memastikan amanah sebagai
khalifah di bumi dalam membawa manusia ke arah menyembah Allah dalam setiap
lapangan hidup mampu dilaksanakan. Islam melarang sebarang paksaan apatah lagi
menzalimi umat manusia dalam memeluk Islam tetapi memberi ruang kepada mereka
untuk mengemukakan hujah sehingga mereka benar-benar faham tentang Islam yang
memungkinkan mereka akhirnya memeluk Islam atau pun tetap alam agama asal
mereka tetapi dengan penuh kerelaan hati mereka tunduk kepada sistem Islam yang
menjanjikan kesaksamaan dan keamanan. Ini berbeza dengan matlamat penjajahan
barat yang lebih menjuruskan kepada mencari keuntungan dunia dalam mengaut hasil
mahsul yang ada dalam negara yang dijajah walau pun terpaksa mendirikan hukum
rimba yang penuh dengan penindasan dan kezaliman dengan mengenepikan sifat
kemanusiaan.
Memandangkan perbezaan ketara antara penyebaran dan perluasaan kuasa
pemerintahan Islam dengan penjajahan barat melalui ideologi yang dibawa maka barat
terus memikirkan bagaimana cara untuk terus menguasai dunia bagi memastikan
mereka dapat mengaut hasil mahsul daripada negara yang berjaya dijajah dan ditindas.
Barat memandang serius terhadap Islam yang dianggap sebagai musuh utama yang
mesti dihapuskan agar nafsu serakah mereka dapat dipuaskan di atas penderitaan
orang lain. Umat Islam mesti terus dijauhkan daripada memakai Islam yang menjanjikan
kesempurnaan. Umat Islam mesti dirosakkan agar mereka sendiri benci kepada Islam
yang dianggap punca kemunduran. Umat Islam mesti ditelanjangkan agar mesti terus
malu untuk berhadapan dengan kezaliman kuffar. Umat Islam mesti dijauhkan daripada
budaya ilmu agar kejahilan yang membelenggu diri akan membolehkan kuffar mampu
memperbodohkan mereka. Umat Islam mesti dijauhkan daripada qiblatnya yang
sebenar agar mereka menjadikan barat sebagai qiblat yang terbaik bagi mencari
kemajuan. Umat Islam mesti dilupakan daripada mengingati al-Quran yang
membolehkan barat terus menyuap mereka dengan ajaran yang songsang. Umat Islam
mesti ditanamkan sfat was-was terhadap kemampuan Islam dalam menerajui dunia

sehingga mereka menjadi umat pengecut yang terus tunduk kepada kehendak barat.
Umat Islam mesti dilagakan sesama sendiri agar kuffar terus mendapat keuntungan
hasil daripada perpecahan umat Islam. Umat Islam mesti dilupakan daripada mengenali
identiti mereka yang sebenar iaitu sebagai umat pilihan yang sepatutnya memerintah
bukannya menjadi hamba kepada barat.
Setelah memerhati kepada usaha kuffar dalam menjauhkan umat Islam
daripada identiti yang sebenar maka kita sebagai umat pilihan mesti kembali mencari
indentiti yang hilang dari diri. Kita mesti kembali kepada seluruh ajaran Islam dengan
membina kembali keyakinan bahawa hanya Islamlah yang mampu megembalikan
kemuliaan dan kemajuan kepada seluruh umat manusia. Kita mesti kembali kepada
seluruh ajaran al-Quran dengan menafikan seluruh dakyah kuffar yang terus
memerangi kita tanpa mengira masa dan tempat. Jangan terus biarkan kuffar
memperkudakan kita. Jangan terus membiarkan kuffar meratah dan membaham tubuh
manusia yang tidak berdosa demi mencari keuntungan dunia. Jangan biarkan kuffar
terus melakukan penindasan dan kezaliman demi memuaskan nafsu serakah mereka.
Jangan biarkan musuh Islam terus melakukan kerosakan di muka bumi. Kembalilah kita
wahai umat Islam kepada identiti yang sebenar berqiblatkan kepada Islam.
Minggu 2
I M P L I K A S I B A K A K E PAD A P E R K E M B A N G A N M A N U S I A
Kesan Baka Ke Atas Perkembangan Manusia

Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang paderi Austria yang bernama
Gregor Mendel (1857). Eksperimen-eksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai swee peas
telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik Prinsip-prinsip kesan baka ke atas perkembangan yang
dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran
daripada satu generasi ke satu generasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan dan di mana
dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen dominan menindasi yang lemah yang dipanggil
gen resesif.Gen adalah penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang
dipengaruhi oleh kesan baka adalah seperti berikut:-

Fizikal
Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan
kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang
mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar

badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Teori biologi William H.
Sheldom dalam Mohammad Aziz Shah (1924:73) mengkategorikan tiga jenis bentuk badan iaitu endomorf,
ektomorf dan mesomorf. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur
panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan
peranan penting.

Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang
kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan
kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai
pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

Mental /Kognitif (Kecerdasan)


Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan tinggi atau rendah,
biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh
persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah
baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta
saudara sedarah sebelumnya. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya
tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu juga dengan aspek intelek, yang
mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu Anastasi (1958)
dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas yang mana faktor yang
lebih penting dalam proses perkembangan. Yang pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana
kedua-dua faktor persekitaran dan baka dalam proses perkembangan manusia.
Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961),
dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya
bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran, Borich dan Tombari, (1997). Pendapat
mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionist seperti
Howard Gardner (1983) dan Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh
dipertingkatkan melalui pembelajaran .

Mental /Kognitif (Kecacatan mental)


Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya ketololan (idiocy) kedua-dua ibu bapa
terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit phenylkeyonuria oleh
kekurangan enzim yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam badan yang akhirnya merosakkan

mental kanak-kanak, Tang Chee Yee (1990:34).


Kajian juga mendapati sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi. Contohnya, penyakit TaySachs, dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak daripada ibu atau bapa. Tay-Sachs adalah
berkaitan dengan masalah kecelaruan enzim, menyebabkan otak tidak berupaya memecahkan lemak tertentu.
Bila keadaan berterusan, menghalang pemindahan maklumat oleh saraf dan menyebabkan kerosakan sel
otak. Individu yang mengidap penyakit TaySachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun.

Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid)


Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang tidak sempurna semasa meiosis,
Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran. Kebanyakan kanak-kanak sindrom
down adalah terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik. Salah satu faktor kecacatan baka ialah umur ibu
atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan
hamil.

Mental /Kognitif (Phenylketonuria, PKU)


Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran dua gen resesif. Individu yang
mengidap penyakit PKU, enzim di hatinya yang bertanggungjawab memecahkan phenylalanine kepada
bahan protein kegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakan pada sistem saraf dan
kecacatan mental. Tapi pada hari ini, bayi-bayi yang menghidap PKU diberi pemakanan khas dan boleh
mengatasi masalah kekurangan enzim tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2004:25)

Penyakit kebakaan (Hemophilia)


Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X. Antaranya Hemophilia iaitu sejenis
kelainan sel darah. Mangsa hemophilia tidak mempunyai bahan pembeku di dalam sel darahnya, iaitu AHG.
Pendarahan yang dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada tempat luka tidak terjadi.

Rabun warna
Mata mengandungi pigmen-pigmen warna merah, hijau dan biru. Kelainan dan kekurangan pigmen ini akan
mengakibatkan rabun warna. Rabun warna yang kerap dihidapi ialah merah dan hijau. Lelaki jauh lebih kerap
mengalaminya dari kaum perempuan.

Muscular Dystrophy
Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan lama kelamaan tidak boleh berfungsi. Penyakit

ini boleh berlaku pada peringkat kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu pada anak lelaki. Jenis kedua
melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan. Pengidap penyakit ini merasa lemah ototototnya yang jelas kelihatan bila berjalan.

Kekurangan Enzim G6PD


Gen yang terdapat pada kromosom X yang mengawal penghasilan enzim G6PD sangat rendah parasnya.
Enzim ini terlibat dalam pemecahan (metabolisma) karbohidrat untuk mengekalkan stabiliti sel-sel darah
merah. Pengidap penyakit ini terdedah kepada anemia.

Talasemia
Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan kecil orang-orang keturunan Mediterranean dan
timur. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan kekuningan kulit dan mata putih, demam, lemah, lesu serta tidak
selera makan. Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. Bayi akan terbantut
pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh membawa maut jika tidak dirawat. Pertukaran darah
diperlukan selalu oleh pesakit berpenyakit ini.

Kerdil (Dwarfism)
Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. Cartilage yang biasanya terdapat pada tulang-tulang kaki dan tangan tidak
lengkap kejadiannya. Pertumbuhan tulang yang sedang berlaku terbantut menyebabkan tangan dan kaki
pengidapnya pendek.

Sindrom Edwards dan Sindrom Patau


Lain-lain penyakit kebakaan ialah seperti Sindrom Edwards dan Sindrom Patau. Pengidap hanya boleh hidup 3
hingga 4 bulan. Kecacatan yang teruk berlaku dari segi mental dan fizikal. Kepalanya lonjong dan kecil,
telinganya cacat, dagu dan mulutnya kecil (Surina Sangari 1989:14).

Sahsiah
Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalu baka. Helen Bee (1995),
mengatakan temperamen iaitu trettret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada
individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999) juga mendapati
sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka. Contohnya personaliti ekstrovert, di mana
seseorang lebih suka bersosial dan selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya pemalu, suka
menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang.

Temperamen yang diwarisi akan mempengaruhi cara individu bertindak kepada persekitarannya turut
mempengaruhi cara bagaimana orang lain dan persekitaran bertindak balas terhadap individu. Maksudnya,
terdapat tindak balas terhadap individu iaitu tindak balas dua hala. Contohnya, kanakkanak yang suka
bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari atau
memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman, 1997).
Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada
pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling
tinggi berbanding lainlain bentuk persaudaraan.

Kematangan
Gesell (1952) memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dipengaruhi oleh dua
faktor yang utama. Pertama, kanakkanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi secara
khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanakkanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan
baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan.
Menurut Gesell lagi, semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan berlari dan
keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan
sistem saraf yang dengan sendirinya ditentukan oleh gen. Kanakkanak sudah tentunya berbeza dari segi
kepantasan perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun,
mereka melalui sekuens yang serupa. Bagi Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan
dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman.
Kamarulzaman (2003), mengatakan kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh
faktor dalaman, terutama gen, iaitu bahan kimia yang terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang
menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme
ringkas di mana gen bekerja, pada masa Gesell dan hari ini, masih kabur. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja
secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada cytoplasm ialah persekitaran gen, maka sukar
bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat
menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersama
dengan faktor lain.

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat


perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran
masa. Ahli-ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan
perkembangan manusia dan cuba mencari kaitannya dengan factor-faktor yang
mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitaran. Ada di antara pengkaji sering
mempersoalkan sama ada baka atau persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas
pertumbuhan dan perkembangan manusia (nature versus nuture)

Sebagai salah seorang pengkaji, anda dikehendaki menyediakan satu laporan kajian
mengenai, Baka atau Persekitaran: Yang manakah lebih mempengaruhi ke atas
pertumbuhan dan perkembangan manusia?
Pengenalan
Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai pengertian dan penjelasan yang
hampir sama. Walau bagaimanapun dari segi pemahaman dan pengkajian dalam
bidang psikologi kedua-duanya membawa makna yang berlainan. Perkembangan
menjelaskan maksud aspek perubahan yang dialami oleh individu yang bersifat
kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa.
Perkembangan berlaku dari peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir
hayat individu tersebut. Proses pertumbuhan pula menjelaskan perubahan individu
secara kuantitatif. Perubahan ini merangkumi tiga aspek, iaitu jasmani, mental,
sosial dan emosi. Keempat-empat aspek ini memainkan peranan yang penting di
dalam pertumbuhan manusia.
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia
terbahagi kepada dua, iaitu faktor baka dan persekitaran. Di permulaan laporan
kajian ini saya akan menjelaskan peranan kedua-dua faktor ini dalam
mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.
Faktor Baka
Faktor baka ialah faktor pewarisan yang diperturunkan oleh ibu bapa melalui
pencantuman kromosom sel sperma dan ovum. Baka akan menentukan saiz badan,
kecerdasan, sesetengah penyakit seseorang individu dan temperamen (trait
sahsiah).
Baka Menentukan Jantina dan Ciri-ciri Fizikal
Jantina dan sifat-sifat fizikal diwarisi semasa percantuman kromosom. daripada 23
pasangan kromosom ini, terdapat sepasang kromosom yang menentukan jantina.
Kromosom lelaki X dan Y, sementara kromosom perempuan ialah X dan X.
sekiranya kromosom X (lelaki) bercantum dengan kromosom X (perempuan), maka
ianya menjadi XX iaitu jantina bayi adalah perempuan. Tetapi jika kromosom Y
(lelaki) bercantum dengan kromosom X (perempuan), keadaan nya menjadi XY
dimana jantina bayi nanti adalah lelaki. Di sini jelas menunjukkan bahawa penentu
jantina adalah dari kromosom dalam sel benih.
Individu juga mewarisi sifat-sifat fizikal ibu bapa seperti ketinggian, bentuk badan,
warna kulit, warna mata, warna rambut dan temperamen (Buss dan Plomin dalam
Borich dan Tombari,1997). Kajian ini mendapati kanak-kanak kembar seuri,
dipelihara oleh keluarga yang berasingan, mempunyai banyak persamaan dalam
tahap aktiviti, emosi dan kebolehsuaian berbandingan dengan kanak-kanak yang
terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka
mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan dan pertumbuhan
manusia.
Kecacatan Mental
Hasil daripada kajian juga menunjukkan kecacatan mental adalah diwarisi.
contohnya penyakit Tay- Sachs yang dikaitkan dengan gen resesif yang diterima
oleh anak daripada ibu atau bapa. Individu yang menghidap penyakit Tay-Sachs
biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun. Down syndrome atau sindrom
anak monggoloid adalah disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang
tidak sempurna semasa meiosis (Lefrancois,1999). Kanak-kanak sindrom down ini
biasanya terencat akal. Phenylketonuria (PKU) adalah kecelaruan genetik yang
dikaitkan dengan kehadiran dua gen resesif. Penghidap PKU ini, tidak ada enzim di

hatinya yang bertanggungjawab memecahkan phenylalanine kepada bahan protein


yang berguna untuk tubuhnya atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakkan pada
sistem saraf dan kecacatan mental.
Sahsiah
Sahsiah juga didapati diwarisi dari ibu bapa melalui baka. Helen Bee (1995)
mengatakan temperamen diwarisi daripada ibu bapa dan kekal sepanjang hayat
indiviu. Kajian Loehlin, 1992 dan Plomin,1994 (dalam Shaffer,1999) juga mendapati
sebahagian besar dimensi personaliti merupakan pewarisan
baka. Contohnya, personaliti ekstrovert, iaitu seseorang yang suka bersosial dan
selalu gembira;
ekstrovert, individu yang pemalu, menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan
orang ramai.
Temperamen pula mempengaruhi individu bertindak balas terhadap
persekitarannya dan masyarakat dan persekitaran pula bertindak balas terhadap
individu tersebut. Maksudnya terdapat tindak balas dua hala. contohnya, kanakkanak yang suka bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul, mereka
memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman,1997).
Kecerdasan
Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan, Alfred Binet(1857 1911), Theodore
simon(1873 1961) dan Guilford percaya kecerdasan adalah diwarisi dan tidak
dapat dipertingkatkan melalui pengajaran (Borich dan tombari,1997). Kajian Plomin,
1990 (dalam Shaffer,1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu
yang ada pertalian persaudaraan. Persamaan IQ di kalangan individu kembar seuri
yang tinggal bersama adalah paling tinggi berbanding lain-lain bentuk
persaudaraan.
Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran merujuk kepada faktor di sekeliling, iaitu faktor kebakaan yang
mempengaruhinya termasuklah makanan, rakan sebaya, guru, media elektronik
seperti internet, media massa dan juga bahan bacaan.
Faktor Persekitaran Lebih Mempengaruhi Perkembangan dan Pertumbuhan Manusia
Berdasarkan bahan-bahan rujukan yang telah saya perolehi sama ada dalam bentuk
jurnal, buku, artikel atau bahan dari internet, nampaknya faktor persekitaran adalah
lebih cenderung mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia. Ini
adalah kerana keadaan perubahan yang sentiasa berlaku di muka bumi ini baik dari
segi keadaan sosioekonomi, pertambahan penduduk, ciptaan-ciptaan yang
dihasilkan oleh manusia malahan iklim persekitaran di bumi juga penyumbang
kepada pengaruh perubahan pada seseorang individu.
Seterusnya adalah penjelasan-penjelasan tentang mengapa faktor persekitaran
dikatakan lebih banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan pada
manusia. Hasil dapatan ini adalah berdasarkan kajian-kajian yang dibuat oleh ahliahli psikologi yang membuat kajian tentang perkembangan dan pertumbuhan
manusia.

6HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN


positif fetus mengalir masuk ke dalam darah Rh negatif ibu, sistem ibu akan
mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang darah fetus. Akibatnya bayi akan

mendapat penyakit kuning, lahir tidak cukup bulan dan mengalami kecacatan otak.
Penyakit berjangkit seperti rubella juga berbahaya kepada perkembangan fetus.
Jikalau ibu mengidap penyakit rubella semasa tiga bulan pertama penghamilan,
akibatnya anak yang dilahirkan mati, atau buta, pekak, cacat otak atau mengalami
kecacatan jantung. Penyakit kelamin seperti sifilis adalah merbahaya selepas fetus
terbentuk, terutama empat bulan kehamilan dan seterusnya. Kecacatan yang
berlaku keatas bayi ialah mata yang menyebabkan buta dan sakit kulit. Penyakit
AIDS juga merupakan gejala yang serius dalam kematian kanak-kanak di antara
umur satu hingga lima bulan. Kebanyakan bayi yang lahir oleh ibu yang berpenyakit
AIDS menunjukkan tanda-tanda AIDS, dan akan menghidapi HIV apabila berumur
lima belas bulan.
Agen-agen Teratogenik
Teratogen ialah bahan-bahan persekitaran yang menyebabkan kod-kod genetik
berubah dan
menyebabkan keabnormalan. Ianya seperti suntikan rubella yang boleh
menyebabkan buta, pekak dan kerencatan mental kepada kanak-kanak. Tempoh
lapan minggu yang pertama merupakan satu masa yang paling kritikal bagi bayi
yang di dalam kandungan.

FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI MANUSIA SELEPAS LAHIR


Sebagaimana nasihat-nasihat yang diberikan oleh para doktor dan jururawat, faktor
pemakanan perlu dititikberatkan dalam persekitaran kehidupan kanak-kanak sejak
dari peringkat awal lagi bagi menjamin perkembangan yang sempurna. Susu ibu
amat berkhasiat untuk bayi. seterusnya, bagi menjamin perkembangan jasmani
dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang amat diperlukan.
Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan perkembangan seseorang
individu, malah ia juga dapat melindungi mereka daripada berbagai-bagai penyakit
(Ashford,J.B.,1997).
Keluarga
Keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan
masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka akan baik,
sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat.
Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dan kesan
ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu maju
atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga.
Keluarga juga merupakan satu latar persekitaran yang banyak mempengaruhi
perkembangan seseorang individu. Selain daripada mempunyai pertalian darah,
mereka mempunyai pertalian emosi dan sosial kerana mereka sentiasa mempunyai
hubungan rapat. Kanak-kanak yang dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa
selamat dan yakin dan mempunyai self-esteem yang tinggi. Cara gaya asuhan dan
didikan ibu bapa juga akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang
anak. Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2002:149), ada empat aspek
dalam perhubungan ibu bapa yang memberi kesan kepada perkembangan identiti
seseorang. Antaranya ialah minat dan penglibatan ibu
bapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri tingkah laku keluarga dan ciri

autoriti ibu bapa. Contohnya, ibu bapa yang bersikap autokratik akan melahirkan
anak-anak yang pasif, takut dan menarik diri. Kanak-kanak ini akan membesar
menjadi individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain
untuk membuat keputusan. Sebaliknya, ibu bapa yang mengamalkan prinsip
demokrasi akan mengasuh kanak-kanak menerima dan memberi, bertolak ansur,
berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan membuat
keputusan. Ibu bapa yang sentiasa menemani anak-anak mereka dalam segala
aktiviti pula besar kemungkinan akan membentuk kanak- kanak yang sukar
berdikari.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Elder (1980) dalam Rahil & Habibah (2002:150),
kualiti
perhubungan antara remaja dan ibu bapa mempengaruhi perkembangan identiti.
Jikalau keadaan dan limitasi ibu bapa itu menghalang mereka melakukan segalagalanya, maka remaja itu akan menghadapi masalah dalam pencapaian identiti.
Saiz keluarga pula mempengaruhi pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak dari saiz keluarga yang kecil lazimnya akan mendapat perhatian dan
layanan yang lebih sempurna berbanding kanak-kanak yang dibesarkan dalam
persekitaran keluarga yang ramai. Jika segala permintaan kanak-kanak sentiasa
dipenuhi oleh ibu bapa tanpa memikirkan keperluannya, mungkin boleh
menyebabkan mereka bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.
Bagi seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang bercerai-berai
pula, mereka akan sentiasa bergelut dengan perasaan marah dan akan
menyalahkan diri sendiri dan sukar mencapai harapan yang realistik tentang
perhubungan dengan orang lain (Rahil & Habibah, 2002:151).
Rakan Sebaya
Rakan sebaya adalah faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan individu
terutama ketika zaman remaja. Menurut Tang Chee Yee (1990:35),rakan sebaya
ialah karib, klik,gang yang mempengaruhi perkembangan sikap, minat, bahasa dan
falsafah hidup. Lazimnya rakan sebaya mempunyai usia, cita-cita, minat dan tahap
kecerdasan yang lebih kurang sama. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai
aspek iaitu afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Kanak-kanak belajar
bersosialisasi dengan mempelajari perkara-perkara yang boleh diterima dan yang
tidak boleh diterima oleh ahli-ahli kumpulan sebaya. Perkembangan kognitif mereka
pula akan bercambah kerana terlibat dalam perbincangan dan perdebatan dengan
rakan sebaya mereka. Kanak-kanak juga akan mempelajari sikap yang diamalkan
oleh rakan sebaya mereka. Contohya; sekiranya rakan tersebut menunjukkan sikap
yang positif terhadap pelajaran maka mereka akan cenderung terhadap pelajaran
tetapi malangnya jika rakan mereka bersikap negatif dan anti sosial maka ada
kecenderungan kanak- kanak ini juga akan turut terjebak dengan perkara-perkara
yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya
akan mempengarhi kanak-kanak turut bertingkahlaku sedemikian kerana mereka
takut disingkir. Kajian tentang perhubngan rakan sebaya menunjukkan satu trend
terhadap saling sokong-menyokong melalui ketaatan dan kemesraan (Douvan dan
Gold (1966)
dalam Rahil dan Habibah ,2002:152). Kumpulan sebaya ini juga ialah nadi bagi
remaja. Kualiti
peribadi membuatkan remaja menjadi popular di kalangan mereka. Mereka ini akan
ceria, bertenaga, baik budi, mempunyai humor, berinisiatif, mempunyai desakan
dan idea bernas (Conger, 1977 dalam Rahil & Habbah, 2002:154), manakala remaja

yang terasing di kalangan rakan sebaya mempunyai ciri-ciri bertentangan dengan


remaja popular.

Bab 4 Keturunan dan Variasi


1. MEMAHAMI PROSES PEMBAHAGIAN SEL
Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta sel. Dalam sel ini terdapat
pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang
mengandungi gen. Gen inilah yang mengawal sifat kita. Contohnya ia mengawal samaada
rambut kita kerinting atau tidak.
Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.
Gen terletak dalam Kromosom. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur
bebenang dalam nukleus sel.
Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya boleh membahagi. Dua jenis
pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan
menyebabkan setiap hari kita membesar. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama
dengan gen asal [kadang kala digelar 'gen induk']. Meiosis pula berlaku dalam testis atau
ovari untuk menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah
separuh dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari
kromosom sel induk (46 kromosom).
Terdapat banyak perbezaan antara mitosis dan meiosis.
MITOSIS
a. Berlaku dalam sel soma
b. Untuk pertumbuhan fizikal
c. Menghasilkan 2 "sel anak"
setiap pembahagian
d. Tidak menyebabkan variasi

MEIOSIS
a. Berlaku dalam organ
pembiakan (testis/ovari)
b. Untuk pembentukan sel gamet
(sperma/ovum)
c. Menghasilkan 4 "sel anak"
d. Menyebabkan variasi

2. PERWARISAN SIFAT
Saintis telah mengetahui bahawa kebiasaannya organisma mempunyai sepasang kromosom
yang membawa sepasang gen. Gen-gen ini mungkin sama atau berbeza. Terdapat dua jenis
gen iaitu gen dominan dan gen resesif. Gen dominan ialah gen yang kuat dan mampu
menonjolkan cirinya pada organisma. Gen resesif adalah gen yang lemah. Ia tidak boleh

menonjolkan cirinya jika berjumpa dengan gen dominan. Gen resesif hanya boleh
menonjolkan cirinya jika ia berjumpa dengan pasangan gen resesif yang sama.
Gen dominan akan mengakibatkan sifat dominan. Mengikut kajian saintis genetik beberapa
contoh sifat dominan manusia ialah seperti sifat rambut kerinting dan kebolehan
menggulung lidah. [the ability to roll his tongue].
Sifat resesif pula adalah seperti sifat rambut lurus dan tidak boleh menggulung lidah.
Bagaimanakah sifat-sifat ini boleh diperturunkan dari ibu bapa ke anak?.
Sel MANUSIA mempunyai 46 kromosom (23 gen yang berpasangan). Sperma dan ovum
yang terhasil dari meiosis hanya mengandungi 23 kromosom sahaja. Jika sperma membawa
gen yang mengawal sifat rambut kerinting (dominan) mensenyawakan ovum yang
membawa sifat rambut lurus, maka anak yang terhasil akan berambut kerinting.
Struktur kromosom dalam gamet :SPERMA

OVUM

22+X atau 22+Y

22+X sahaja

Kromosom X dan kromosom Y digelar sebagai "Kromosom Seks". Kromosom ini


menentukan jantina seseorang.

3. KEJADIAN KEMBAR
Proses persenyawaan berlaku apabila sebiji ovum disenyawakan oleh 'seekor' sperma.
Zigot akan terhasil. Zigot pula membesar sebagai fetus didalam uterus ibu. Kebiasaanya
hanya satu zigot terhasil dari persenyawaan. Ini adalah kerana kebiasaannya wanita
menghasilkan sebiji ovum setiap bulan.
Walau bagaimanapun kadang kala lebih dari satu fetus terbentuk. Kejadian yang
menakjubkan ini akan menghasilkan kembar. Pada asasnya terdapat 2 jenis kembar.
Oopp...ada 3 sebenarnya. Kembar itu ialah 1 kembar seiras (identical twins) dan kembar tak
seiras (non-identical).
Mari lihat perbezaan kembar seiras dan tak seiras. Jadual dibawah akan menerangkannya
dengan jelas kepada anda.
SEIRAS

TAK SEIRAS

*satu ovum disenyawakan oleh 1


sperma, zigot yang membahagi 2.
(fantastik betul...)
*mempunyai kandungan genetik sama.
*ciri fizikal sama.
*berkongsi plasenta.
*jantina MESTI sama.

*2 ovum disenyawakan
oleh 2 sperma berbeza.
*mempunyai kandungan
genetik berbeza.
*ciri fizikal (paras rupa)
berbeza.
*plasenta berasingan.
*jantina mungkin sama
atau berbeza.

Kembar yang satu lagi ialah 3kembar siam (Siamese Twins). Kembar siam berpunca dari
kejadian kembar seiras. Fetus yang membahagi dua kadangkala tidak berpecah
sepenuhnya. Oleh itu kembar itu bercantum pada bahagian tertentu seperti pada dada atau
sisi. Kesian ya kembar ni...

4. MUTASI
Semasa proses pembahagian sel, terdapat beberapa kes dimana terdapat kecacatan pada
sel. Kejadian ini digelar sebagai mutasi (Mutation). Mutasi boleh mempengaruhi kehidupan
organisma.
Mari kita mengkaji mutasi secara mendalam.
Mutasi berlaku apabila struktur gen atau kromosom berubah secara spontan. Para saintis
genetik telah mengenalpasti 2 jenis mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom.
Mutasi gen berlaku apabila bahan kimia DNA berubah. Perubahan ini akan menyebabkan ciri
organisma berubah.
Mutasi kromosom pula berlaku apabila bilangan kromosom berubah. Kita telah mengetahui
bahawa manusia mempunyai 46 kromosom. Gamet (sperma atau ovum) pula mempunyai
23 kromosom. Jika mutasi kromosom berlaku, sperma atau ovum mungkin membawa 22
atau 24 kromosom. Anak yang terhasil dari persenyawaan gamet ini akan mempunyai ciri
yang amat berbeza dari ibu bapa.
Jadual dibawah adalah perbezaan antara kedua-dua mutasi tersebut.
MUTASI GEN
* Bahan kimia dalam gen berubah.
* Cth penyakit :
* Albino (Kulit putih) , Anemia sel

MUTASI KROMOSOM
* Bilangan atau susunan
kromosom telah berubah.
* Cth penyakit :

sabit (kelihatan pucat), Hemofilia


(darah tidak dapat membeku) , Buta
warna.

* Sindrom Down
(mongolisme) , Sindrom
Klinefelter (testis kecil).

Setakat ini para saintis sungguh berminat untuk mengkaji tentang faktor yang
menyebabkan mutasi. Antara faktor yang telah dikenalpasti ialah pengaruh bahan kimia
beracun dan sinaran radioaktif. Pada masa yang sama saintis juga menggunakan
pengetahuan ini untuk menghasilkan baka organisma baru menggunakan proses "mutasi
buatan". Contohnya saintis bidang pertanian telah berjaya menghasilkan jagung yang tahan
penyakit. Ini dinamakan "pembiakbakaan". Pembiakbakaan adalah merupakan satu bidang
didalam penyelidikan genetik. Negara kita bergiat cergas dalam aktiviti penyelidikan
genetik.

Minggu 3

You might also like