BAB 1 :UMUM

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek ,rohani,emosi dan jasmani ,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia ,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara.
1.2.1 IDENTITI SEKOLAH
1.2.1 LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah berbentuk segi lima yang melambangkan ilmu dan Prinsip Rukun Negara.
Lencana ini mempunyai tiga warna iaitu merah,kuning, dan biru.Warna merah melambangkan
keberanian menempuh sebarang ujian atau cabaran.Warna kuning melambangkan kesetiaan
kepada raja dan negara.Warna biru pula melambangkan perpaduan kaum melayu,cina dan
india.

MOTO PADA LENCANA
”USAHA BERTERASKAN ILMU” : SMKB8 BERMATLAMAT JELAS DAN BERNIAT
SUCI MEMERTABATKAN ILMU

WARNA DAN LAMBANG LENCANA



BIRU
MERAH
KUNING

:
:
:

PERPADUAN
KEBERANIAN
KESETIAAN

1  
 


RODA BERGERIGI
OBOR

:
:


3 TUBUH MANUSIA
14 JALUR DAN PERISAI

:
:

BERMUAFAKAT DAN BERTEKNOLOGI
GURU MENDIDIK MENERANGI ANAK BANGSA
MENCAPAI ILMU PENGETAHUAN
KEKUATAN PERPADUAN BANGSA MALAYSIA
PELINDUNG BAGI MENANGKIS ANCAMAN

1.2.2 WARNA BENDERA SEKOLAH



PUTIH
KUNING
MERAH
HITAM

:
:
:
:

KESUCIAN
KETAATAN
KEBERANIAN
KESETIAAN

1.2.3 VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
1.2.4 MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

1.2.5 MATLAMAT



Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan Negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

1.2.6 FALSAFAH SMKBL
Pendidikan di SMKBL adalah suatu usaha berterusan peningkatan khidmat profesionalisme bagi
menjayakan

kelangsungan

pembangunan

holistik

pendidikan

akademik

yang

berkesan

dan

menyeronokkan untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin, berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia dan meninggikan daya saing bagi memenuhi aspirasi negara selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan dasar-dasar pendidikan negara.

2  
 

1.2.7 MOTO SMKBL
USAHA BERTERASKAN ILMU

1.2.8 OBJEKTIF SMKBL

Mendidik ke arah perkembangan emosi, intelek , rohani dan jasmani bagi melahirkan murid yang
cemerlang sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Mendidik ke arah warga yang berminat, berpengetahuan dan berkemahiran dalam sains dan
teknologi.

Mewujudkan warga yang membina dan menghayati budaya selaras dengan budaya Malaysia

Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Membina persepakatan dengan kerja berpasukan dalam sistem pengurusan yang berkesan

1.2.9 PIAGAM PELANGGAN SMKBL

Menyediakan perkhidmatan pengurusan sekolah yang mesra, cekap dan pantas.

Memberikan kepemimpinan intruksional yang berkualiti melalui sistem penyampaian berkesan

Mengadakan kepemimpinan transformasional yang disenangi serta mudah diterima oleh semua

Menjalankan kajian tindakan sebagai agenda meningkatkan kecemerlangan pembelajaran
pengajaran

Mengembangkan daya kreativiti dan inovatif dalam mencapai kualiti dan disiplin murid yang
tinggi

Menyediakan pelbagai peluang mengikuti aktiviti kokurikulum dan sukan yang berkualiti

1.2.10 LAGU SEKOLAH

3  
 

MEMBINA AKHLAK YANG MULIA
MENIMBA ILMU PENGETAHUAN
MENJADI ASAS KEPADA KAMI
SEKOLAH MENENGAH BATU LAPAN
TAAT KEPADA SEMUA
MENEPATI CITA KAMI
USAHA BERTERASKAN ILMU
COGAN KATA DIPERJUANGKAN

1.2.11 IKRAR PELAJAR
Bahawa kami pelajar-pelajar
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU LAPAN
berikrar , akan menjadi insan yang seimbang
dari segi jasmani,rohani,emosi dan intelek
dengan mengamalkan etika pelajar
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU LAPAN;KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
TAAT KEPADA IBU BAPA
MENGHORMATI RAKAN
MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH
SENTIASA BERKERJASAMA
BERDISIPLIN,AKTIF,BERILMU DAN BERAKHLAK MULIA

BAB 2

DISIPLIN
4  

 

2.1 PERATURAN AM SEKOLAH
PENDAHULUAN
2.1.1 MAKSUD DISIPLIN
Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran;DISIPLIN
Ditakrifkan sebagai;





Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang samada
disiplin itu dikenakan dari orang lain atau dengan kerelaan diri sendiri.
Kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib.
Kesanggupan menghormati hak individu lain.
kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan
orang lain.
Kesanggupan menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolongmenolong.
Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta
sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

2.1.2 MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan melahirkan individu yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri
sendiri,keluarga,masyarakat,institusi-institusi pendidikan,sosial serta negara.Disiplin diri adalah
mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila,bersatu padu
,berdemokratik,adil,liberal dan progresif serta membentuk individu yang kreatif dan mempunyai
kesedaran diri untuk terus bergerak menuju kejayaan yang diingini.

2.1.3 PRINSIP ASAS DISIPLIN
Disiplin sekolah digubal berasaskan kepada prinsip-prinsip yang berikut;




Keadilan dan layanan yang sama rata.
Pertimbangan minat dan keperluan murid.
Kebebasan –tertakluk kepada undang-undang.
Menghormati individu lain.
Perhubungan yang baik dan harmoni.

2.1.4 PERATURAN AM

5  
 

2.1.4 Waktu Persekolahan

SESI PAGI
Isnin hingga Khamis

:

7.20 pagi

– 1.05 petang

Jumaat

:

7.20 pagi

– 12.30 tengahari

Isnin hingga Khamis

:

1.05 petang

– 6.50 petang

Jumaat

:

2.30 petang

– 6.50 petang

Isnin hingga Khamis

:

7.20 pagi

– 1.50 petang

Jumaat

:

7.20 pagi

-- 12.30 tengahari

SESI PETANG

TINGKATAN 6

2.1.5 Permulaan hari Persekolahan



Semua murid mesti berada di kawasan sekolah sepuluh minit sebelum sesi persekolahan
bermula.
Loceng permulaan persekolahan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi untuk sesi pagi dan
pada pukul 1.05 petang dan 2.20 petang (Jumaat) untuk sesi petang.
Murid-murid dikehendaki beratur di dalam barisan mengikut kelas masing-masing di
tapak perhimpunan dengan senyap untuk pengumuman dan pemeriksaan pengawas.
Murid tidak dibenarkan berjalan atau bergerak ke mana-mana sehingga di arahkan oleh
guru bertugas.
Murid beratur diluar bilik kelas dan masuk ke dalam kelas bersama-sama guru kelas
(kecuali hari isnin)

 
 
2.1.6 Adab Belajar

Murid - murid dikehendaki duduk di tempat yang telah ditetapkan samada di kelas sendiri
atau di bilik-bilik khas seperti bengkel,bilik seni dan makmal.Anda dilarang berpindahpindah tempat duduk.
Murid - murid dilarang meminjam buku/alat tulis dari kelas lain semasa waktu belajar
atau pada masa pertukaran waktu.

6  
 



















Murid - murid tidak dibenarkan meminum air semasa guru mengajar.Mereka yang hendak
minum air mestilah meminta kebenaran guru dahulu.
Murid - murid tidak mengambil sesuatu mata pelajaran atau kertas ujian tidak dibenarkan
meninggalkan kelas.Mereka dikehendaki bersama-sama kelas dan mengulang kaji pelajaran
dengan senyap dalam kelas di bawah pengawasan guru.
Murid - murid dikehendaki mengambil tahu, mengambil berat serta mematuhi peraturanperaturan peperiksaan,pusat sumber, makmal sains bengkel dan lain-lain.
Murid - murid yang meninggalkan bilik darjah kerana hal kecemasan mesti diiringi oleh
salah seorang AJK misalnya murid sakit yang hendak ke bilik PBSM /bilik HEM.
Semua Murid - murid mesti turun ke padang untuk melaporkan diri kepada guru
pendidikan jasmani (PJ), murid yang sakit juga mesti melaporkan diri kepada guru PJ.
Murid - murid PJ mesti bertukar pakaian dengan pantas dan beratur pulang ke bilik darjah
sebelum guru waktu berikutnya masuk ke kelas.
Murid - murid PJ mesti meminta kebenaran guru PJ untuk pergi ke tandas.
Murid - murid yang hendak meninggalkan bilik darjah pada waktu belajar mesti memakai
pas keluar.Pas keluar ini hanya boleh diperolehi dari guru.
Tiap-tiap mesti hadir ke sekolah pada hari persekolahan.
Bagi Murid - murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu , ibu bapa atau
penjaga hendaklah menghantar surat akuan doktor/surat pengesahan ibu bapa/penjaga.
Surat cuti daripada ibu bapa atau penjaga mesti menggunakan kertas surat dan sampul
yang sesuai.Surat yang menggunakan kertas buku latihan atau sampul surat TIDAK akan
dilayan.
Murid - murid yang meniru tandatangan ibu bapa atau penjaga akan dihukum.
Semua Murid - murid mesti memberi nombor telefon rumah atau pejabat ibu bapa atau
penjaga kepada guru tingkatan.JIKA INI TIDAK DAPAT DILAKUKAN, NOMBOR
TELEFON SAUDARA ATAU JIRAN MESTI DIBERI UNTUK DIHUBUNGI SEWAKTU
KECEMASAN.
Murid - murid dilarang berada di kawasan larangan kecuali dengan kebenaran.
Murid - murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik /di sepanjang koridor di luar darjah
semasa waktu rehat.
Menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru.
Mengamalkan sikap rajin bertanya dan membuat rujukan sendiri.
Menyediakan jadual waktu belajar sendiri.
Membiasakan diri membaca buku ,bukan sahaja buku teks tetapi juga buku-buku
rujukan tambahan yang boleh didapati di Perpustakaan atau tempat lain-lain.
Memahirkan diri dengan teknik-teknik belajar yang bersistematik seperti cara
mengambil/mencatat nota,mengulang kaji pelajaran,konsep cemerlang dan sebagainya.
Menyempurnakan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru dengan baik.
Berusaha meningkatkan prestasi pencapaian diri dalam bidang akademik dan kokurikulum.
 

7  
 

2.1.7 Tamat Sesi Persekolahan



Murid-murid yang bertugas dikehendaki membersihkan kelas, menyusun kerusi meja,
membersihkan papan putih dan mengosongkan bakul sampah 5 minit sebelum loceng
tamat persekolahan dibunyikan.
Apabila loceng tamat persekolahan dibunyikan murid mesti bersurai mengikut arahan
yang diberikan selepas mengucapkan terima kasih kepada guru.
Ketua tingkatan hendaklah mengunci kelas dengan baik sebelum balik.
Murid-murid dikehendaki balik terus ke rumah setelah waktu persekolahan tamat.

2.2 KELEWATAN HADIR KE SEKOLAH
2.2.1 Murid dianggap “lewat” sekiranya sampai ke sekolah selepas loceng permulaan
persekolahan dibunyikan.
2.2.2 Nama murid yang lewat akan dicatat oleh pengawas/ guru disiplin dan mendapatkan
surat izin masuk ke kelas yang ditanda tangan oleh pentadbir atau guru disiplin
tanpa surat izin murid yang lewat TIDAK DIBENARKAN masuk ke kelas. Slip
itu pula dibawa dan diberikan kepada guru mata pelajaran di dalam kelas pada
waktu berkenaan untuk dicatatkan kelewatan dalam BKK.
2.2.3 Tindakan-tindakan berikut akan diambil oleh guru disiplin berhubung dengan
kelewatan murid.
(i)

Datang lewat kali pertama selepas loceng permulaan persekolahan dibunyikan.
Amaran secara lisan

(ii)

Datang lewat kali ke-2. Denda perkhidmatan komuniti membersihkan bangunan
dan kawasan sekolah atau lain-lain perkhidmatan komuniti yang difikirkan perlu
sesuai. Denda tersebut direkodkan dalam borang profil disiplin murid.

(iii)

Datang lewat kali ke-3. Denda perkhidmatan komuniti dan dimaklumkan kepada
ibubapa/penjaga. Direkodkan di dalam borang profil disiplin murid.

(iv)

Datang lewat kali ke-4. Ibubapa dihubungi dan denda
komoniti.Kemudian direkodkan di dalam borang profil disiplin murid.

8  
 

khidmat

(v)

Datang lewat kali ke-5. Hantar surat Amaran Pertama kepada ibubapa/penjaga.
Sesi kaunseling diberikan kepada murid. Mata penalti diberikan. Direkodkan di
dalam borang profil murid.

(vi)

Datang lewat kali ke-6, rotan 1 kali. Sesi kaunseling diberikan kepada murid.
Direkodkan dalam borang profil disiplin murid. Ibubapa dimaklumkan dan
dipanggil. Sesi kaunseling.

(vii)

Datang lewat kali ke-1. Surat Amaran Kedua. Ibubapa dipanggil. Rotan 2 kali.
Sesi kaunseling. direkodkan dalam borang profil disiplin murid.

(viii)

Datang lewat kali ke-21. Mesyuarat lembaga disiplin. Murid digantung sekolah,
ibubapa atau penjaga menandatangani Surat Perjanjian Berkelakuan Baik. Sesi
kaunseling.

(ix)

Lewat kali ke-26. Mesyuarat lembaga disiplin. Murid dibuang sekolah.

2.3 KEHADIRAN KE SEKOLAH
Setiap murid perlu hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Sekiranya tidak hadir
sebab sakit atau sebab-sebab lain murid dikehendaki menyerahkan surat doktor atau surat
rasmi daripada ibubapa atau penjaga. Murid yang meninggalkan sekolah sebelum cukup
2 jam berada di sekolah akan dianggap tidak hadir.

2.4 PONTENG SEKOLAH
2.4.1

Ponteng sekolah beerti tidak datang ke sekolah atau meninggalkan sekolah
sebelum cukup 2 jam ia berada di dalam kelas tanpa:(i)

Surat akuan sakit daripada doktor.

(ii)

Surat sah daripada ibubapa/penjaga.

2.4.2

Murid-murid yang tidak menyerahkan surat tunjuk sebab tidak hadir ke sekolah
akan dikira ponteng sekolah.

2.4.3

Tindakan berikut akan diambil terhadap murid yang ponteng sekolah.

Surat Amaran Ponteng
Amaran Pertama

Hari Tidak Hadir (P)
Berturut-turut
Pada hari ketiga
9  

 

Hari Tidak Hadir (P) Bukan
Berturut-turut
Pada hari ke-10

Amaran Kedua

7 hari selepas amaran
pertama

10 hari lagi selepas amaran
pertama

Amaran Terakhir

7 hari selepas amaran kedua

20 hari lagi selepas amaran
kedua

Buang Sekolah

14 hari selepas amaran
terakhir

20 hari lagi selepas amaran
terakhir

Jumlah Hari Tidak Hadir

31 hari

60 hari bukan berturut-turut

2.5 PONTENG KELAS
(i)

Ponteng kelas bererti keluar kelas tanpa pas keluar/kebenaran.

(ii)

Satu pas hanya dibenarkan kepada seorang murid sahaja(kecuali urusan
ke tandas bagi murid perempuan).

(iii)

Tindakan disiplin akan diambil terhadap murid yang ponteng surat amaran
akan diberikan kepada murid tersebut.

2.6 WAKTU LARANGAN KELUAR KELAS / KE TANDAS
(i)

Pada waktu pertama.

(ii)

Pada waktu terakhir sebelum rehat.

(iii)

Pada waktu pertama selepas rehat.

(iv)

Pada waktu terakhir.

(v)

Masa pertukaran waktu pembelajaran.

2.7 TATATERTIB
2.7.1

Pakaian Seragam (Surat Pekelibng Ikhtisas 3/1983)
Murid-murid tidak dibenarkan menulis, menghias, menconteng, dan
mewarnakan pakaian seragam sekolah.

2.7.1.1 Pakaian murid lelaki
(i)

Baju
10  

 

(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

(ii)

Warna putih lengan pendek satu poket di sebelah kiri atas
Butang putuih dijahit dengan benang putih.
Bilangan butang mesti lengkap dan sentiasa dikenakan.
Bahagian bawah baju mesti dimasukkan ke dalam seluar.
Singlet atau t-shirt dalam hendaklah serba putih.

Seluar
(a) Bewarna hijau kehitam-hitaman (dark olive)
(b) Labuh seluar tidak menutup tumit kasut dan paling singkat di paras
buku lali.
(c) Poket seluar hendaklah jenis tebuk dan poket belakang tidak
berpenutup.
(d) Ukuran standard tidak boleh terlalu ketat atau terlalu longgar dan kaki
seluarnya tidak terlalu lebar atau terlalu kecil.
(e) Seluar jenis (jeans) dan seumpanya tidak dibenarkan dipakai di
sekolah.

(iii)

Baju Melayu
(a) Murid-murid Islam boleh memakai baju Melayu lengkap pada hari
Jumaat.
(b) Baju Melayu cekak musang bewarna putih.
(c) Baju mesti dibutang.
(d) Butang baju Melayu mesti bewarna emas, tanpa batu.
(e) Samping warna biru ‘turqoise’ yang dipakai di luar baju dan tidak
melebihi paras lutut.
(f) Songkok warna hitam sahaja.

(iv)

Pakaian Semasa Sukan/Pendidikan Jasmani
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

(v)

Seluar trek sekolah bewarna biru tua.
Baju-T sekolah berlengan pendek atau baju-T rumah sukan
Sarung kaki (stoking) putih.
Kasut kanvas putih atau kasut khas sukan.
Seluar pendek dibenarkan ketika bermain sahaja dilarang dipakai di
dalam bilik darjah

Tali Pinggang
(a) Lebar tali pinggang dan kepalanya antara 2-2.5 cm.
11  

 

(b) Kepala tali pinggang tidak melebihi besar tali pinggang, tidak berhias
dan tidak membahayakan.
(c) Bewarna hitam atau “olive green”
(vi)

Lencana Dan Tanda Nama
(a) Lencana sekolah, lencana sesi dan tanda nama mestilah dipakai apabila
memakai pakaian seragam sekolah.
(b) Lencana hendaklah dijahit di poket baju sekbelah kiri. Lencana sesi
dihujung kolar sebelah kiri.
(c) Warna dan bentuknya tidak boleh dicacakant atau dirosakkan.
(d) Tanda nama mesti dijahit di bahagian atas lencana sekolah.
(e) Nama mestilah mengikut nama kad pengenalan.
(f) Sekiranya lencana dan tanda nama hilang atau rosak, sila ganti dengan
segera.

(vii)

Kasut sekolah
(a) Hanya berwarna putih tunggal dibenarkan
(b) Bentuk fesyen kasut sekolah yang ‘fancy’ tidak dibenarkan
(c) Selipar, kasut kulit dan kasut sukan tidak dibenarkan
(d) Tali kasut berwarna atau luar biasa tidak dibenarkan
(e) Dilarang menghias, menconteng dan menebuk lubang pada kasut
sekolah
(f) Kain layer kasut mesti kulit tiruan / bahan lain

(viii)

Tali leher
(a) Tali leher dikat kemas dan panjangnya hingga ke paras pusat
(b) Tali leher SMKBL sahaja dibenarkan pakai

2.7.1.2 Pakaian murid perempuan
(i)

Pinafore dan “Blouse”
(a) Pinafore bewarna biru ‘turqoise’ dan labuhnya hendaklah
sampai atau bawah paras lutut.
(b) ‘Blouse’ adalah bewarna putih dan berlengan pendek.

(ii)

Baju kurung dan Kain Sarung
(a) Baju kurung biasa bewarna putih.
(b) Kain sarung bewarna ‘turqoise’yang berpadanan dengan baju
kurung biasa.
12  

 

(c) Memakai anak baju (camisole) bewarna putih atau warna kulit
yang labuh ke pinggang.
(d) Murid-murid dimestikan mengancing bajunya dengan kemas.
(e) Lengan baju kurung tidak boleh dilipat.
(iii)

Tudung Mini Telekung
(a) Bewarna putih, bewarna biru untuk pengawas.
(b) Berbentuk tiga segi dua sama.

(iv)

Pakaian Semasa Bersukan/Pendidikan Jasmani
(a) Seluar trek sekolah panjang yang bewarna biru tua/hitam.
(b) Baju-T putih sekolah atau baju-T rumah sukan.
(c) Jika memakai tudung kepala, pastikan diikat di bahagian leher.
(d) Dilarang memakai baju dan seluar sukan selepas rehat bagi
pelajar pagi dan sebelum rehat bagi pelajar petang

(v)

Lencana Dan Tanda Nama
(a) Semua murid diwajibkan memakai lencana sekolah. Lencana
sesi perlu dipakai oleh murid-murid sesi pagi sahaja.
(b) Lencana perlu dijahit disebelah kiri pinafore dan baju kurung.
Lencana sesi dihujung kolar kiri.
(c) Murid-murid yang memakai tudung. Lencanadijahit di sebelah
kiri tudung.
(d) Tanda nama dijahit di bahagian atas lencana.

2.7.1.3 Kasut (Surat Pekelibng Ikhtisas Bil. 8/1985)
(i) Kasut kanvas bewarna putih atau dari bahan sintetik lainnyan
seperli nylon dan polyester serta bertapak getah. Permukaan kasut
mesti bewarna putih. Tali kasut bewarna putih, diikat dengan cara
biasa dan tidak boleh diikat ke belakang.
2.7.1.4 Tali Leher
(i) Semua murid perlu memakai tali leher pada hari Isnin. Kemeja
perlu dibutangkan sebelum memakau tali leher.
(ii) Tali leher juga dipakai bagi upacara rasmi.
(iii) Pengawas mesti memakai setiap hari dengan kemas.
2.7.1.5 Kad Murid

13  
 

(i) Semua murid perlu membawa kad murid pada setiap hari
persekolahan.

2.7.2 Perhiasan Diri
2.7.2.1 Rambut (Surat Pekeliling Ikintisas Kem. Pel. 2/1976)
(i) Murid Lelaki
(a) Hendaklah selalu bersih dan kemas.
(b) Tidak dibenarkan mengerinting rambut, mewarnakan
rambut atau menggunakan jel.
(c) Panjang rambut tidak boleh lebih daripada paras yang
ditentukan. (lihat gambarajah).
(d) Tidak dibenarkan menyimpan jambul atau menjatuhkan
bahagian hadapan rambut hingga menutup garisan
tengah dahi.
(e) Rambut di bahagian hadapan tidak boleh menutup
kening.
(f) Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa
seperti punk, berekor, skin cut dan sebagainya.
(g) Tidak dibenarkan memebotakkan kepala.
(ii) Murid Perempuan
(a) Hendaklah selalu bersih dan kemas.
(b) Murid perempuan yang berambut pendek hendaklah
disikat dengan kemas. Panjang rambut mestilah tidak
mencecah kolar baju.
(c) Murid perempuan yang berambut panjang hendaklah
diikat kemas. Jika ianya dapat dijalin dikehendaki
berbuat demikian.
(d) Tidak dibenarkan mengikat sebahagian daripada rambut
(untuk rambut panjang)
(e) Rambut di bahagian hadapan tidak boleh menutup
kening.
(f) Tidak
dibenarkan
mewarnakan
rambut
atau
menggunakan jel.
(g) Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa
punk, berekor dan sebagainya.

14  
 

(iii) Reben, Klip dan Hairband
(a) Hanya reben yang bewarna ‘turqoise’ atau hitam sahaja
yang dibenarkan. Reben yang bercorak tidak
dibenarkan.
(b) Besar reben tidak melebihi 2.5 cm.
(c) Hanya klip yang bewarna hitam dan biru sahaja yang
dibenarkan. Besar klip tidak melebihi 2.5 cm.
(d) Hairband yang bewarna ‘turqoise’ atau hitam sahaja
yang dibenarkan.
(e) Besar hairbadn tidak melebihi 2.5 cm.
(iv) Cermin Mata
(a) Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas
nasihat doktor/pakar mata.
(b) Tidak dibenarkan memakai jenis yang berbingkai besar,
bewarna warni atau fanciful.
(c) Tidak dibenarkan memakai cermin mata/ kanta mata
lekap berwarna .
(v) Topi/Songkok
(a) Tidak dibenarkan sama sekali memakai topi dalam apa
jua bentuknya kecuali semasa acara sukan.
(b) Hanya pelajar keturunan Sikh sahaja dibenarkan
memakai tutup kepala mengikut adat/budaya mereka.
(c) Songkok bewarna hitam sahaja boleh dipakai oleh
pelajar muslim lelaki.
(vi) Kanta Lekap
(a) Hanya kanta lekap yang jernih dibenarkan.

(vii) Kuku
(a) Murid-murid dikehendaki berkuku pendek dan dilarang
mewarnakannya.
(viii) Solek

15  
 

(a) Penggunaan alat solek (termasuk bercelak) kesekolah tidak
dibenarkan sama sekali.
(b) Bulu kening tidak boleh dicabut atau diwarnakan
(ix) Tattoo
(a) Tattoo tidak dibenarkan sama sekali di mana-mana
bahagian anggota badan.
(x) Subang
(a) Sepasang subang kecil hanya dibenarkan kepada muridmurid perempuan sahaja.
(b) Ukurannya tidak melebihi diameter 0.5 cm sahaja dan
bewarna putih atau emas (kuning). Batu permata tidak
dibenarkan.
(c) Hanya sepasang tindik di cuping telinga dibenarkan (lihat
gambarajah)
(xi) Barang Kemas
(a) Murid-murid tidak dibenarkan membawa/memakai barangbarang kemas dan perhiasan di sekolah. Jika tertanggkap
barang-barang itu akan dirampas. Barang kemas akan
dipulangkan setelah perjumpaan dengan ibubapa/penjaga.
(b) Pemakaian barang kemas keagamaan perlu mendapat
kebenaran Pengetua.
(xii) Jam Tangan
(a) Jam tangan yang besar dan mahal serta berfungsi sebagai
mesin kira tidak dibenarkan.
(b) Jam tangan bewarna-warni tidak dibenarkan.
(xiii)Jeket dan Pakaian Sejuk
(a) Bewarna hitam atau biru sahaja dibenarkan pada hari sejuk
atau dengan kebenaran.
(b) Jaket kulit tidak dibenarkan.

2.7.3 Tatatertib Perhimpunan (Surat Pekeling Ikhtisas Bil. 4/1984)

16  
 

(i) Perhimpunan mingguan diadakan pada waktu pertama setiap
hari Isnin (sesi pagi) dan waktu terakhir setiap hari Isnin untuk
sesi petang.
(ii) Semua murid wajib menghadiri setiap perhimpunan.
(iii)Semua murid hendaklah berbaris dengan lurus dan senyap
mengikut tingkatan.
(iv) Semasa bacaan doa, murid-murid Islam dikehendaki manadah
tangan dan murid-murid bukan Islam pula dikehendaki
bertafakur.
(v) Murid-murid dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Negeri Selangor dan lagu sekolah dengan penuh semangat dan
hormat.
(vi) Bendera Malaysia, Negeri Selangor dan sekolah dinaikkan
semasa nyanyian.
(vii) Semua murid juga dikehendaki malafazkan Ikrar Rukunegara
dan Ikrar Sekolah.
(viii) Selepas perhimpunan, murid-murid hendaklah berjalan
masuk ke kelas masing-masing secara teratur, beratur dan
senyap.
2.8 SENARAI KESALAHAN/PERLAKUAN
2.8.1 Tingkah Laku Jenayah















Berjudi
Mencuri, memecah macuk kawasan larangan sekolah
Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru
Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas
Mengancam/memukul/mencederakan murid lain
Memeras ugut
Membuli/pelancoan
Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
Menyalahguna dadah
Mengedar dadah
Membawa senjata merbahaya
Mencabul kehormatan
Menceroboh bilik khas/kedai buku koperasi/pejabat sekolah
Menunjuk perasaan/berpiket mengganggu ketenteraman sekolah
Bertaruh secara besar-besaran
Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah
17  

 

• Membakar
• Membakar mercun atau bunga api
• Membawa bahan letupan
2.8.2 Tingkah Laku Lucah





Bercumbu-cumbu
Berkhalwat
Bawa bahan lucah ke sekolah
Mengintai murid perempuan
Menggunakan kata-kata & perbuatan lucah
Melukis gambar-gambar/menulis kata-kata lucah

2.8.3 Kesalahan Kekemasan Diri



Berambut panjang untuk lelaki/fesyen rambut keterlaluan bertentangan
dengan peraturan sekolah  
Berkuku panjang  
Bermisai dan berjanggut  
Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah  
-­‐ Tiada lencana/lencana kabur/lencana tidak dijahit  
-­‐ Tiada lencana sesi untuk murid sesi pagi  
-­‐ Skirt sekolah atas paras kutut  
-­‐ Baju kurung tidak dikancing  
-­‐ Seluar yang berfesyen  
-­‐ Tidak memakai tali leher sepanjang hari Isnin  
-­‐ Tidak memakai stoking  
-­‐ Memakai pakaian luar ke sekolah  
-­‐ Memakai kemeja yang bewarna di dalam pakai seragam sekolah  
-­‐ Memakai jeket/Sweater/Windbreaker tanpa kebenaran  
-­‐ Tidak memakai baju T sekolah semasa waktu Pendidikan Jasmani  
-­‐ Memakai pakaian luar untuk kegiatan sekolah pada hari Sabtu atau
waktu ko-kurikulum  
-­‐ Tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar  
Memakai barang perhiasan ke sekolah  
-­‐ Memakai barang kemas, rantai emas  
-­‐ Memakai rantai agama tanpa kebenaran  
-­‐ Pengikat rambut berfesyen  
-­‐ Lelaki memakai subang  
Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan (larangan)  
18  

 








2.8.4










2.8.5













2.8.6

Memakai selipar, sandal (kecuali dengan kebenaran)  
Tidak memakai stoking putih  
Tidak memakai kasut kanvas putih  
Kuku berwarna/ berinai  
Mencabut bulu kening  
Bersolek  
Memakai cermin matau atau bingkai mata berwarna-warni  
Tingkah Laku Yang Tidak Mementingkan Masa
Berkeliaran/merayau di luar kelas/di kawasan sekolah
Dating lewat ke sekolah
Lewat ke perhimpunan
Makan di kantin di luar waktu rehat
Tidur dalam kelas
Bermain dalam bilik darjah waktu pengajaran dan pembelajaran
Keluar kelas tanpas pas
Berada di kantin sebelum/selepas masa rehat
Keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan tanpa kebenaran
Masuk kawasan sekolah tanpa urusan/kebenaran diluar waktu
persekolahan
Tingkah Laku Yang Kurang Sopan Dan Biadap
Berkelakuan kasar terhadap guru
Berkelakuan kasar terhadap pengawas
Berkelakuan kasar terhadap murid
Berbahasa kesat/kasar terhadap guru, pengawas & murid
Menyimpan rokok
Menghisap rokok
Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
Tidak menghormati/ engkar guru
Tidak menghoramati pengawas
Simpan/ edar minuman keras/ sebarang minuman yang memabukkan
Menyimpan pemetik api/ mancis
Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah
Melanggar peraturan trafik
Tingkah Laku Musnah
Merosakkan harta benda sekolah
19  

 







Merosakkan harta benda Pengetua/ Guru-guru
Merosakkan harta benda murid
Merosakkan harta benda kantin
Melakukan pembaziran air atau elektrik
Menyalahgunakan peralatan elektrik
Mengotorkan kawasan/ bnaggunan sekolah
Mengotorkan kelas

2.8.7

Tingkah Laku Tidak Jujur/ Menipu




Menipu yang melibatkan wang
Menipu yang melibatkan kepercayaan
Meniru semasa ujian/ peperiksaan
Memalsukan keterangan/ rekod rasmi

2.8.8






Ponteng
Ponteng kelas
Ponteng sekolah
Ponteng perhimpuanan
Ponteng aktiviti luar bilik darjah/ ko-kurikulum
Ponteng ujian
Ponteng peperiksaan
Ponteng untuk “private study”

2.9 BENDA-BENDA DAN PERBUATAN LARANGAN
2.9.1 Senarai Barang Yang Dilarang Bawa Ke Sekolah
Rokok
Mancis, Pemetik Api
Senjata
Poster (pelakon/ penyanyi)
Komik
Kad Permainan ‘Pokemon’/ ‘Poker’
Subang (selain bentuk kecil)
Gelang/ Rantai Tangan
Riben Rambut (selain warna hitam
& turquoise)
Tali pinggang yang berwarna-warni
‘Buckle Belt’
20  
 

Pemetik Api
Pisau Lipat, Cukur
Liquid Paper
Marker Pen
Telefon Bimbit
Majalah Remaja, Majalah Lucah
Buku Cerita ‘Romance’
Cincin
Rantai eemas
Radio
Friendship Band
Stoking Berwarna-warni

Minyak Wangi
Kamera (tanpa kebenaran guru)
Pil Ectasy dan ubat merbahayakan
kesihatan
Video gambar peribadi
Bahan Letupan/ mercun/ bunga api
Telur/ telur busuk
Tepung
Dadah
Pil Khayal

Pouch
Alat Solek
Pita kaset, compact disc
Pistol mainan dan pelurunya
Belon/ belon yang diisi air
Sebarang “laser pointer”
Lilin
“Glitters”
MP3
Minumam memabukkan

Guru-guru dan para para pengawas berhak merampas/menyimpan segala
barang larangan. Semua barang rampasan tidak akan dikembalikan kecuali
barang-barang berharga melalui ibubapa.

2.9.2 Perbuatan-perbuatan Yang Dilarang
(i) Penggunaan “liquid paper” dan pen floresen tidak dibenarkan.
(ii) Gula-gula, chewing-gum, kuaci dan makanan tidak berkhasiat
(junkfood) tidak boleh dibawa ke sekolah.
(iii)Murid-murid dilarang makan di ruang legar, di dalam kelas atau
membawa makanan/ minuman keluar dari kantin.
(iv) Minum di dalam kelas, kecuali dengan kebenaran guru.
(v) Murid-murid tidak digalakkan membawa wang belanja sekolah
lebih daripada RM 10.00. Sebarang wang hendaklah disimpan
dengan baik dalam saku untuk mengelakkan kecurian dan
kehilangan. (Semua kecurian mesti dilaporkan kapada guru disiplin
secepat mungkin).
(vi) Murid-murid dilarang keras membawa rokok atau merokok di
kawasan sekolah mahupun di luar sekolah semasa berpakain
seragam sekolah.
(vii)
Murid-murid dilarang keras membawa, mengedar atau
menghisap dadah di kawasan sekolah ataupun di luar sekolah. Keskes yang berkaitan dengan dadah akan dilaporkan terus kepada
pihak polis.
(viii)
Sekiranya murid-murid membawa bayaran/ yuran/ derma
yang berlebihan, wang ini mestilah diserahkan kepada guru secepat
mungkin.

21  
 

(ix) Murid-murid tidak dibenarkan memakai ‘Friendship Band” dan
tidak dibenarkan menghias dan monconteng beg.
(x) Murid-murid tidak dibenarkan memakai tanda keagamaan kecuali
mendapat kebenaran bertulis daripada pihak sekolah dan tidak
boleh ditunjuk-tunjukkan.
(xi) Murid-murid dilarang merosakkan pokok-pokok bunga atau
tanaman lain di dalam kawasan sekolah.
(xii)
Perbuatan “Birthday Bash”/ pukul memukul beramai-ramai
sama ada secara kuat atau tidak adalah dilarang di sekolah.
2.10

KAWASAN LARANGAN
Murid tidak dibenarkan berada di kawasan berikut
kebenaran guru/ urusan tertentu.

kecuali dengan

(i) Pejabat kecuali dengan urusan rasmi
(ii) Bilik Pengetua kecuali dengan kebenaran
(iii)Bilik Guru
(iv) Tempat letak kereta Pengetua dan guru-guru serta tempat letak
basikal dan motosikal
(v) Tandas Guru
(vi) Semua bilik khas:
-­‐ Bilik makmal sains
-­‐ Bilik ERT
-­‐ Bilik Sukan
-­‐ Bilik SPBT
-­‐ Bilik Pendidikan Seni
-­‐ Pusat Sumber
-­‐ Bilik Kaunseling
-­‐ Bilik Kesihatan
-­‐ Bilik Komputer
-­‐ Bilik Mesyuarat
-­‐ Bilik-bilik stor serta bengkel
-­‐ Bilik Matematik
-­‐ Bilik Pembangunan Insan
-­‐ Bilik Pengawas
-­‐ Bilik Elektrik
-­‐ Rumah pam Air
(vii)
Kantin sewaktu pelajaran/ perhimpunan sedang dijalankan
(viii)
Bilik-bilik peperiksaan
(ix) Bilik Pengawas
22  
 

(x) Surau kecuali bersembahyang dan untuk kegiatan agama yang
diawasi oleh guru.
(xi) Di cerun-cerun bukit di sekitar sekolah.
2.11

KESALAHAN VANDALISME
Vandalisme adalah perbuatan murid merosakkan dan membinasakan harta
benda awam di sekolah terutamanya kerusi, meja dan peralatan dalam
kelas.
(i) Kes kali pertama – Menghubungi ibubapa (amaran bertulis),
ganti/baik pulih, sesi kaunseling.
(ii) Kes kali kedua – menghubungi ibubapa ganti/baikpulih (rotan 1
kali), menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik, sesi
kaunseling.
(iii)Kes kali ketiga – menghubungi ibubapa,ganti/baikpulih sesi
kaunseling, gantung/buang sekolah.

2.12

LEMBAGA PENGAWAS

2.12.1 Tugas Pengawas
(i) Pengawas-pengawas dilantik oleh pihak sekolah setelah
mereka memahami kriteria yang ditetapkan.
(ii) Pengawas-pengawas harus berusaha menyemai nilai-nilai
murni,bertanggungjawab, bersopan santun, jujur, rajin, setia
dan bertolak ansur untuk menjadi seorang yang berdisiplin
tinggi. Mereka juga perlu membentuk ciri-ciri kepimpinan
yang tulin dan unggul yang tidak mementingkan diri sendiri.
(iii)Pengawas-pengawas bukan sahaja mesti bijak dalam hal
pengurusan tetapi mereka juga harus mendapat pencapaian
yang baik dalam bidang akademik dan sukan.
(iv) Pengawas-pengawas dilantik dan ditugaskan untuk menjaga
dan mengawal disiplin murid-murid yang lain mestilah
mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah untuk
dicontohi oleh murid-murid
(v) Mereka harus menghormati guru-guru dan murid-murid lain
jika mereka mahu dihormati orang lain.
(vi) Tindakan akan diambil jika pengawas didapati bersalah dan
akan dilucutkan jawatan jika kes mereka adalah serius.
23  
 

(vii) Pengawas haruslah dianggap sebagai wakil guru.
(viii) Pengawas-pengawas harus berusaha dan berkhidmat untuk
mencapai matlamat yang tersebut di atas demi sekolah dan
Negara.
2.13 TUGAS-TUGAS KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG
2.13.1

Disiplin
(i) Menjaga disiplin kelas (dengan bantuan pengawas)
apabila tiada guru di dalam kelas.
(ii) Memberitahu guru yang masuk ke dalam kelas
nama muridyang telah melanggar peraturan.
(iii)Mencari guru atau guru ganti yang belum masuk ke
dalam kelas 5 minit selepas waktu berkenaan.

2.13.2

Kedatangan
(i) Membantu guru statistik kehadiran harian.
(ii) Bertanggungjawab mencatat kedatangan kelas dan
nama murid yang tidak hadir di sudut atas papan
putih pada waktu pertama. Bertanggungjawab
mengambil buku kawalan kelas setiap pagi dari
pejabat dan menyerahkan kepada guru mata
pelajaran setiap waktu pelajaran untuk tindakan.
(iii)Memulangkan buku kawalan kelas ke pejabat
selepas tamat sesi persekolahan setiap hari.
(iv) Memberitahu guru bertugas jika ada murid yang
sakit.

2.13.3

Kebersihan Kelas
(i) Memastikan ahli jawatankuasa kelas menjalankan
tugas masing-masing.
(ii) Memastikan
murid-murid
yang
bertugas
membersihkan kelas pada setiap akhir waktu
persekolahan pagi dan petang

24  
 

(iii)Memastikan pelan kedudukan murid, kalendar
sekolah, jadual waktu kelas, senarai harta benda
kelas, jadual bertugas disediakan dan diletakkan di
papan kenyataan.
2.13.4

Keluar Kelas/Pertukaran Kelas
(i) Memastikan semua murid beratur sebelum berjalan
dalam barisan ke makmal, bengkel seni perusahan,
pendidikan jasmani, kelas POL/Agama dan
sebagainya tanpa membuat bising.
(ii) Memastikan semua murid sampai ke tempat tertentu
selewat-lewatnya 5 minit selepas masa pelajaran
berkenaan.
(iii)Memastikan pintu-pintu kelas dikunci apabila bilik
kelas kosong.

2.13.5

Hal-hal Lain
(i) Membantu guru tingkatan dalam hal-hal lain dari
masa ke semasa.
(ii) Mengetuai kelas apabila mengucapkan selamat
sejahtera dan terima kasih kepada guru-guru atau
pelawat yang datang ke kelas.
(iii)Membantu guru tingkatan mengedarkan surat-surat
pekeliling dan lain-lain serta mengutip barang
derma dan sebagainya.

2.13.6

Tugas Ahli Jawatankuasa Kelas (Surat Pekeliling
Jawatankuasan Kemajuan)

2.13.6.1

Setiausaha Kelas
(i) Bertanggungjawab untuk semua hal-hal persuratan.
(ii) Memastikan semua surat mengikut format tertentu
dan dihantar melalui guru tingkatan.
(iii)Mengetuai unit kebersihan/ keceriaan.

2.13.6.2

Bendahari Kelas
(i) Mengutip wang untuk tabung kelas daripada muridmurid kelas mengikut persetujuan.
25  

 

(ii) Menyimpan akaun pendapatan dan perbelanjaan
untuk penyemakan oleh guru tingkatan.
(iii)Membayar wang perbelanjaan yang rasmi dan
menyimpan resit berkenaan.
2.13.6.3

Ahli Jawatankuasa Kelas
(i) Kebersihan/ Keceriaan Kelas
(a) Memastikan murid bertugas membersihkan
semua bahagian kelas.
(b) Menghias kelas.
(c) Mewujudkan sudut bacaan kelas.
(ii) Buku Latihan
(a) Mengutip buku-buku latihan murid dan
sebagainya dan menghantar buku-buku ke
bilik guru dan membawa buku-buku latihan
yang sudah disemak ke kelas.
(b) Member senarai nama murid yang tidak
menghantar buku latihan kepada guru
berkenaan.
(c) Menyampaikan pesanan atau kehendak
guru-guru seperti membawa alatan lukisan,
menghantar buku dan sebagainya.
(iii)Papan Kenyataan Kelas
(a) Memastikan runagan mata pelajaran
dilengkapkan dengan bahan yang berkaitan
dan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

BAB 3 PERATURAN KO-KURIKULUM SEKOLAH
3.1

PERNYATAAN
(i)

Setiap murid wajib mengambil bahagian dalam Unit Beruniform dan sekurangkurang satu daripada kumpulan berikut:(a)

Persatuan/ Kelab
26  

 

atau
(b)
(ii)

Sukan/ Permainan

Semua pelajar wajib menjadi ahli Rumah Sukan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah. Pembahagian rumah sukan adalah berdasarkan nombor terakhir
pendaftran sekolah pelajar.

Rumah Sukan
Merah ( Bendahara )
Kuning ( Laksamana )
Biru ( Temenggung )
Hijau ( Hulubalang )
Jingga ( Shahbandar )

3.2

Angka Terakhir No. Pendaftaran
1&6
2&7
3&8
4&9
5&0

(iii)

Murid-murid akan diberikan satu senarai gerakerja ko-kurikulum pada awal
tahun. Murid-murid dinasihatkan memilih gerakerja ko-kurikulum dengan
berhati-hati dan harus mengambil kira waktu kelas tuisyen, pengangkutan, masa
dan lain-lain. Murid tidak dibenarkan menukar gerakerja ko-kurikulum setelah
membuat pemilihan sehingga akhir tahun perrsekolahan.

(iv)

Borang pemilihan ko-kurikulum wajib diisikan oleh murid-murid dengan
berbincang dan mendapat tandatangan ibubapa/penjaga.

(v)

Borang ini mesti diserahkan kepada guru tingkatan untuk dihantar kepada guru
penasihat kelab/persatuan masing-masing. Pendaftaran ahli akan dibuat pada kali
pertama mesyuarat gerakerja Ko-kurikulum diadakan.

(vi)

Seseorang murid boleh dikecualikan daripada aktiviti-aktiviti ko-kurikulum hanya
dengan surat pengesahan daripada doktor atau mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengetua.

KEHADIRAN
(i)

Kehadiran ahli adalah wajib untuk setiap kegiatan yang disertainya. Kehadiran
adalah penting kerana ia merupakan satu daripada aspek-aspek yang akan dinilai.

(ii)

Setiap kehadiran perlu direkod.

(iii)

Murid yang tidak hadir untuk aktiviti ko-kurikulum hendaklah membawa surat
ibubapa/penjaga atau sijil sakit daripada doktor.
27  

 

3.3

(v)

Dokumen tersebut mesti dihantar kepada guru penasihat / rumah sukan masingmasing untuk direkodkan dan disimpan dalam fail kelab/ persatuan/ rumah sukan.

(vi)

Surat pemberitahuan ketidakhadiran aktiviti ko-kurikulum akan dihantar kepada
ibubapa/penjaga oleh guru penasihat jika didapati murid tersebut tidak hadir tanpa
sebab.

(vii)

Murid yang menghadapi masalah kesihatan serius hendaklah melaporkan
/menyerahkan surat akuan doktor kepada Guru Penasihat / Pengetua.

PAKAIAN
(i)

Setiap murid dikehendaki mematuhi arahan berikut semasa menyertai kegiatan
ko-kurikulum.
(a) Berpakaian seragam pasukan/unit semasa gerakerja unit beruniform.
(b) Berpakaian seragam sekolah atau berbaju-T dan seluar track sekolah
semasa menyertai kegiatan persatuan/kelab.
(c) Berbaju-T rumah sukan atau berbaju-T dan seluar track sekolah semasa
menyertai gerakerja sukan/permainan.

3.4

(ii)

Murid wajib memakai kasut sekolah semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum
kecuali dengan kebenaran Pengetua/Guru Penasihat /Guru Rumah Sukan.

(iii)

Sekiranya murid tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan maka pihak sekolah
berhak menghalang pelajar tersebut daripada menyertai gerakerja ko-kurikulum di
sekolah atau di luar sekolah. Ini termasuk masa pertandingan luar sekolah dan
rombongan.

KEAHLIAN DAN AHLI JAWATANKUASAN
(i)

AJK persatuan/kelab hendaklah dipilih dalam mesyuarat agung pada awal sesi
persekolahan.

(ii)

AJK hendaklah terdiri daripada:-

-

Guru Penasihat/ Guru Pemimpin
Pengerusi/ Presiden
Naib Pengerusi/ Naib Presiden
Setiausaha
Bendahari
Ahli-ahli Jawatankuasa (tidak melibihi 5 orang)

28  
 

3.5

SUMBANGAN KEAHLIAN
(i) Sumbangan wang adalah perlu untuk menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan.
(ii) Sumbangan wang keahlian persatuan/kelab hendaklah ditetapkan dalam mesyuarat
agung.
(iii)Semua ahli kelab/persatuan wajib menjelaskan sumbangan wang keahlian secepat
mungkin.
(iv) Ahli-ahli yang gagal menjelaskan sumbangan wang keahlian persatuan/kelab dalam masa
yang ditetapkan boleh digugurkan keahliannya.
(v) Kutipan sumbangan wang tambahan daripada ahli-ahli untuk aktiviti yang tertentu boleh
dibuat dengan persetujuan AJK, guru penasihat dan kebenaran daripada Pengetua.

3.6

PENGGUANAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN
(i) Setiap ahli persatuan/kelab/permainan bertanggungjawab menjaga dan menjamin
kemudahan dan peralatan sekolah yang digunakan dengan baik.
(ii) Guru penasihat yang meminjam peralatan mesti mencatat dan menandatangan buku
pinjaman peralalatan.
(iii)Sekiranya berlaku kerosakan/kehilangan hendaklah dilaporkan kepada guru penasihat
berkenan. Kerosakan peralatan yang dibuat dengan sengaja perlu diganti.
(iv) Bilik khas persatuan/kelab/sukan mesti sentiasa bersih, kemas, ceria dan dikawal dengan
baik.
(v) Sekiranya bilik-bilik seperti APD, perpustakaan,bengkel, makmal dan bilik darjah
digunakan untuk mesyuarat/aktiviti, pelajar-pelajar (melalui guru penasihat) perlu
mendapat kebenaran daripada guru yang memegang kunci bilik-bilik tersebut atau pihak
sekolah. Murid-murid harus bertanggungjawab atas segala kerosakan dan kebersihan
bilik-bilik tersebut. Penggunaan bilik-bilik tersebut tanpa kebenaran merupakan satu
kesalahan.

3.7

PELAKSANAAN AKTIVITI
(i) Semua aktiviti yang melibatkan sekolah hendaklah mendapat persetujuan guru penasihat
dan kebenaran Pengetua.
(ii) Aktiviti-aktiviti dalam Rancangan Tahunan Kelab/Persatuan hendaklah memenuhi
objektif dan matlamat persatuan/kelab.

29  
 

(iii)Semua mesyuarat/perjumpaan/aktiviti tidak dibenarkan tanpa guru penasihat
persatuan/kelab. Setiap aktiviti yang tidak disertai oleh guru penasihatnya adalah tidak
sah.
(iv) Ahli-ahli tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan/aktiviti pada hari kelepasan am, hari
Ahad dan hari-hari yang tidak tercatat dalam jadual asal tanpa kebenaran Pengetua atau
Guru Penasihat.
(v) Persatuan/kelab tidak dibenarkan membuat baju-T dan lencana sendiri tanpa kebenaran
guru penasihat dan Pengetua.
(vi) Penyertaan murid dalam pasukan sekolah, wakil sekolah atau unit-unit khas juga akan
direkodkan di dalam rekod gerko untuk membuktikan penglibatan pelajar-pelajar
tersebut.
(vii)
Semua surat menyurat hendaklah dibuat dalam tiga salinan dan ditulis dalam
Bahasa Melayu.
(viii)
Surat-surat hendaklah ditandatangani oleh setiausaha, guru penasihat dan
Pengetua. Satu salinan surat hendaklah diberikan kepada Pengetua dan satu salinan
disimpan dalam fail persatuan/kelab.
(ix) Persatuan/kelab yang ingin mengambil bahagian/membuat sumbangan dalam aktiviti
anjuran persatuan/kelab sekolah atau di luar sekolah mesti mendapat persetujuan guru
penasihat dan kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
(x) Murid-murid yang mewakili persatuan/kelab anjuran sekolah lain hendaklah memakai
pakaian seragam lengkap. Mereka diminta bersopan dan menjaga nama baik sekolah pada
sepanjang aktiviti berkenaan. Seorang murid dipilih sebagai ketua di perwakilan
berkenaan.
3.8

BUKU PENILAIAN KO-KURIKULUM
(i) Semua murid wajib mempunyai sebuah Buku Penilaian Ko-Kurikulum. Buku ini akan
digunakan sepanjang persekolahan murid (Tingkatan 1 hingga Tingkatan5) dan perlu
dijaga dengan baik.
(ii) Murid boleh merujuk Buku Penilaian Ko-kurikulum untuk mendapat maklumat lanjutan
tentang penilaian ko-kurikulum.
(iii)Markah bonus akan diberikan untuk tugas-tugas khas yang disandang oleh murid
(contohnya pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas sukan, pengawas
koperasi, ketua kelas dan lain-lain).
(iv) Maklumat dalam Buku Penilaian Ko-kurikulum adalah penting dan akan dijadikan
panduan untuk mengisi Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Pelajar.
(v) Maklumat tersebut akan digunakan dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke
institusi-institusi pengajian tinggi (IPTA). (Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil.9.1997,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

30  
 

3.9

LAWATAN KELUAR SEKOLAH

3.9.1

Permohonan Kebenaran
(i) Lawatan keluar sekolah mestilah mendapat kebenaran daripada JPN Selangor/PPD
sekurang-kurangnya 5 minggu lebih awal dengan menyertakan kertas kerja yang
dinyatakan tempat, jadual lawatan, bilangan peserta, ketua lawatan, punca wang, guru
pengiring lawatan, perbelanjaan dan syarikat bas yang disewa.
(ii) Pemandu bas wajib mendapat permit daripada Jabatan Pengakutan Jalan setelah
permohonan diluluskan.
(iii)Lawatan keluar negeri mestilah mengikut peraturan yang sedia ada dan borangborang berkenaan hendaklah dipatuhi. Lawatan-lawatan ke luar negeri mesti
mematuhi Akta Lawatan (Tour Regulation).
(iv) Borang permohonan melancong boleh didapati di pejabat sekolah. Tiga salinan
borang diperlukan dan ditambah dua salinan lagi bagi tiap-tiap negeri yang hendak
dilawati atau dilalui.
(v) Lawatan/pelancongan gabungan dengan sekolah-sekolah lain tidak boleh dibuat
kecuali dengan kebenaran pengetua.

3.9.2

Keizinan Ibubapa/Penjaga

(i) Murid yang hendak mengikuti rombongan atau lawatan hendaklah mengisi borang
kebenaran ibubapa atau penjaga mereka terlebih dahulu. Murid yang tidak mendapat
kebenaran ibubapa atau penjaga tidak dibenarkan menyertai lawatan atau rombongan
tersebut.
(ii) Surat kebenaran daripada ibubapa/penjaga dan dari Pejabat Pendidikan Daerah Petaling
Perdana hendaklah dibawa oleh guru pengiring yang bertanggungjawab ketika
melancong.
(iii)Keratan surat kebenaran daripada ibubapa/penjaga yang telah diperolehi hendaklah
disimpan oleh guru penasihat selama sebulan selepas kembali dari lawatan.

3.9.3

Penyertaan Guru

(i) Setiap kumpulan yang terdiri daripada 20 orang murid mesti dibawah pengawasan
seorang guru.
(ii) Untuk lawatan ke pantai/laut setiap kumpulan yang terdiri daripada 12 orang murid mesti
dibawah pengawasan seorang guru dan mesti ada seorang penyalamat.
31  
 

(iii)Sekiranya terdapat penyertaan murid perempuan dalam kumpulan itu, maka mesti ada
juga seorang guru pengiring perempuan.
3.9.4

Kelakuan Pelajar

(i) Murid-murid mesti memakai pakaian seragam sekolah kecuali mendapat kebenaran khas
daripada Pengetua untuk memakai pakaian biasa.
(ii) Murid-murid diminta berkelakuan baik dan menjaga disiplin sepanjang rombongan atau
lawatan.
(iii)Murid-murid perlu menjaga kebersihan dan harta benda tempat yang dilawati/tempat
tinggal semasa lawatan.
(iv) Murid-murid dilarang melawat tempat-tempat seperti ‘pub’, ‘cyber cafe’, ‘snooker
center’, ‘video arcade’, ‘disco’ dan kelab malam.
(v) Jika terdapat murid melanggar arahan-arahan, tindakan disipin akan diambil.
3.9.5

Insuran

(i) Murid yang menyertai rombongan atau lawatan digalakkan mempunyai insuran.
3.9.6

Keselamatan

(i) Alamat tempat tinggal lawatan mesti diberikan kepada Pengetua. Murid-murid tidak
dibenarkan tinggal di tempat lain selain kebenaran daripada oleh guru pengiring.
(ii) Alat-alat atau barang yang berharga tidak dibenarkan dibawa bersama.
(iii)Murid-murid mesti mengikut arahan guru. Sekiranya ingin melakukan sesuatu, murid
perlu meminta kebenaran daripada guru pengiring dahulu.
3.10

LAPORAN

(i) Borang Maklumat Rombongan/Lawatan perlu diisi dan dihantar kepada Pengetua
sebelum lawatan/rombongan atau penyertaan pertandingan di luar sekolah dijalankan.
(ii) Selepas rombongan, satu laporan tentang rombongan/lawatan/pertandingan dibuat dan
diserahkan kepada Pengetua sekolah.

BAB 4 KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERATURAN
PENGGUNAAN ALATAN
4.1

PEJABAT
(i) Murid tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa urusan penting.
32  

 

(ii) Murid-murid tidak dibenarkan mengambil sebarang peralatan, buku-buku dan kuncikunci sekolah dari pejabat.
(iii)Murid-murid dikehendaki berpakaian kemas dan sopan ketika berurusan di pejabat.
4.2

KELAS
(i) Kelas hendaklah sentiasa bersih. Murid-murid menyapu dan membersihkan kelas
mengikut giliran masing-masing setiap hari sebelum loceng permulaan/penamat sesi
dibunyikan.
(ii) Kerusi dan meja hendaklah sentiasa berada dalam keadaan teratur sewaktu
persekolahan.
(iii)Sampah-sarap hendaklah dibuangkan ke dalam bakul atau tong sampah di luar kelas.
(iv) Jangan menulis, melukis atau menconteng di papan putih dan dinding sekolah dan
perabot kelas.
(v) Papan putih hendaklah sentiasa bersih sebelum guru masuk ke kelas.
(vi) Murid-murid dilarang menggunakan pen marker di kelas.
(vii) Cermin tingkap hendaklah sentiasa bersih dan dibuka selalu sewaktu belajar
kecuali kerana sesuatu hal.
(viii) Pada masa rehat murid tidak dibenarkan berada didalam kelas.
(ix) Pada masa keluar dari kelas kerana hendak ke bilik Seni Perusahan, Makmal Sains
atau lain-lain, pelajar mesti beratur dan jangan bising.
(x) Mesti mendapatkan kebenaran guru sebelum keluar kelas. Murid tidak dibenarkan
keluar dari kelas semasa pembelajaran dijalankan.
(xi) Murid-murid tidak dibenarkan memasuki kelas lain semasa ketiadaan guru.
(xii) Tidak boleh meminjam buku dari kelas lain sewaktu belajar.
(xiii) Murid hanya dibenarkan keluar dengan pas keluar daripada guru. Pas hendaklah
digantungkan di leher.
(xiv) Kelas hendaklah dibersihkan sebelum loceng pertama. Hanya yang bertugas
dibenarkan berada di dalam kelas.
(xv) Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sebarang buku di dalam kelas
setelah tamat sesi persekolahan.
(xvi) Murid tidak boleh makan di dalam kelas.

4.3 KANTIN
(i) Kebersihan dan kerapian kantin hendaklah dijaga sepanjang masa oleh setiap murid.
(ii) Murid-murid tidak dibenarkan makan/minum di luar dari kantin pada bila-bila masa
pun.
33  
 

(iii)Semua pinggan mangkuk, botol, gelas dan lain bekas makanan/minuman yang kosong
hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang dikhaskan selepas makan/minum dan
tidak boleh ditinggalkan di atas meja.
(iv) Murid-murid hendaklah beratur ketika membeli makanan.
(v) Semua pembalut makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.
(vi) Murid-murid tidak dibenarkan membuang sampah ke dalam sink. Bekas makanan
yang dibawa dari rumah tidak boleh dicuci di dalam sink.
(vii) Meja dan bangku di kantin tidak boleh dibawa keluar.
(viii) Persatuan/kelab/kelas yang menggunakan kantin untuk aktiviti persatuannya
hendaklah mengatur kembali bangku dan meja mengikut pelan yang ditetapkan.
(ix) Murid-murid tidak dibenarkan menconteng papan putih atau mengubah notis-notis
yang ditulis di papan hitam/kenyataan di kantin.
(x) Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang murid membiarkan sahaja sampah, botol
kosong di kantin.
(xi) Vandalisme atau tingkah laku musnah adalah dilarang sama sekali di kantin.
4.4

SURAU
(i) Murid-murid diminta menjaga kebersihan dan kerapian bilik sembahyang pada
sepanjang masa. Semua sejadah, telekung dan terompah hendaklah disimpan dengan
kemas dan teratur setelah digunakan.
(ii) Bahan bacaan tidak boleh dibawa keluar dari bilik sembahyang.
(iii)Dilarang membawa makanan/minuman ke surau.
(iv) Dilarang membuang sampah/tisu di surau atau di bilik wuduk.

4.5

BILIK STOR PENDIDIKAN JASMANI
(i) Hanya Setiausaha Sukan, AJK stor dan Pengawas Sukan yang bertugas dibenarkan
masuk ke dalam stor pendidikan jasmani.
(ii) Hanya guru dibenarkan meminjam alat-alat untuk kelas pendidikan jasmani dan
aktiviti ko-kurikulum.
(iii)Alat-alat yang dipinjamkan mestilah direkodkan didalam buku pinjaman harian yang
disediakan.
(iv) Tiap-tiap perkara dalam rekod mestilah ditulus dengan kemas, terang dan teratur.
Rekod itu mesti diluluskan oleh AJK Stor.
(v) Murid-murid yang menghilangkan atau merosakkan alat-alat yang dipinjamkan
hendaklah menggantikannya dengan segera.
(vi) Murid-murid tidak dibenarkan meminjam atau membawa pulang peralatan.
(vii) Hanya guru yang boleh meminjam peralatan tetapi mesti dicatatkan dalam buku
pinjaman (Guru Sukan) dengan tandatangan guru berkenaan. Alatan yang dipinjam
itu mesti dikembalikan ke stor dengan segera selepas tamat tempoh permainan.
34  

 

(viii) Alat-alat pendidikan jasmani hendaklah dikembalikan ke tempat yang disediakan
dengan kemas dan rapi di alam stor, mengikut label.
(ix) Pada musim hujan, alat-alat lompat tinggi, bola tampar, bola sepak atau tilam
gimnastik tidak dibenarkan dibawa dari bilik stor pendidikan jasmani kecuali
dengan kebenaran setiausaha sukan sekolah.
(x) Bilik stor sukan perlu sentiasa dikunci kecuali semasa ada guru.
(xi) Stor perlu sentiasa kemas dan ceria.
4.6

BILIK KESIHATAN
(i) Murid-murid yang sakit hendaklah dilaporkan kepada guru-guru bertugas oleh ketua
tingkatan dan didaftarkan ke bilik kesihatan.
(ii) Borang masuk ke bilik kesihatan hendaklah diisi dan ditandatangani oleh guru yang
mengajar atau guru bertugas sebelum murid sakit dimasukkan ke bilik tersebut.
(iii)Murid yang sakit boleh ditemani oleh seorang murid lain dengan kebenaran guru
bertugas.
(iv) Bilik kesihatan hendaklah dikemaskan setelah digunakan.
(v) Murid perempuan dan lelaki tidak dibenarkan berduaan di bilik tersebut.

4.7

TANDAS SEKOLAH
(i) Murid-murid hendaklah menggunakan tandas yang hanya diperuntukkan khas
baginya.
(ii) Murid-murid adalah bertanggungjawab di atas kebersihan tandas masing-masing.
(iii)Murid-murid mestilah menggunakan tandas pelajar sahaja.
(iv) Pastikan paip air ditutup selepas digunakan.
(v) Jangan kotorkan tandas dan jangan membuang sampah ke dalam lubang tandas.
(vi) Tidak dibenarkan berlengah-lengah di tandas.
(vii) Jaga kebersihan tandas.
(viii) Dilarang melakukan perbuatan vandalisme dalam tandas.
(ix) Dilarang menghisap rokok dalam tandas.

4.8

BUKU BANTUAN SPBT
(i) Borang pemohonan SPBT hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
(ii) Butir-butir Tahun,Tingkatan, dan Nama hendaklah diisi di ruang yang dikhaskan di
tiap-tiap buku yang dipinjam
(iii)Semua buku pinjaman hendaklah dibalut dan keutuhannya hendaklah dijaga dengan
baik sepanjang masa.
(iv) Buku bantuan yang dirosakkan dan yang hilang hendaklah diganti.
(v) Buku bantuan tidak boleh dipinjamkan atau ditukar milik.
(vi) Buku bantuan akan ditarik balik sekiranya tidak dijaga dengan baik dan peluang
meminjam tidak akan diberi lagi kepada murid berkenaan.
35  

 

(vii) Buku bantuan hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
(viii) Pelajar tidak dibenarkan menyimpan buku teks di dalam kelas.
(ix) Pemeriksa mengejut akan dijalankan dari masa ke masa.
4.9

BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK)
(i) Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling memberi khidmat
bimbingan dan kaunseling.
(a) Bimbingan
- Personaliti/ sahsiah
- Pendidikan
- Social
- Kerjaya
(b) Kaunseling
- Individu
- Kelompok (PRS)
(c) Ceramah
- Kerjaya
- Motivasi
(d) Lawatan
(e) Perkhidmatan/ Kursus
(ii) Bilik ini digunakan bagi masa-masa kaunseling yang telah diperuntukkan oleh pihak
sekolah dalam jadual waktu guru kaunseling.
(iii)Bilik ini juga boleh digunakan setelah temujanji oleh murid dengan guru kaunseling
pada waktu-waktu yang ditetapkan.
(iv) Bilik ini juga digunakan oleh Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) semasa :• Temujanji dengan rakan-rakan yang telah diluluskan oleh guru UBK
• Menjalankan urusan UBK
(v) Bilik ini juga boleh digunakan oleh semua murid yang ingin membaca tentang
kerjaya, kesihatan dan sebagainya.Bahan dan alat yang telah digunakan hendak
disimpan semula dengan teratur. Jika didapati kerosakan atau kehilangan, murid yang
berkenaan akan didenda.
(vi) Bahan-bahan kerjaya dan bacaan lain hanya boleh dipinjam dengan kebenaran
daripada guru UBK dan merekodkan pinjaman.
(vii) Bilik UBK juga boleh digunakan bila-bila masa sahaja jika terdapat kes-kes
kaunseling yang serius.

4.10

BILIK PENDIDIKAN SENI
(i) Bilik ini digunakan semasa pembelanjaran pendidikan seni oleh murid-murid
bersama-sama guru pendidikan seni.
36  

 

(ii) Murid-murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru pendidikan seni.
(iii)Alat-alat di dalam bilik pendidikan seni hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya.
Letakkan alat-alat yang digunakan di tempat asalnya, setelah habis penggunaan.
(iv) Sebelum murid-murid meninggalkan bilik ini, murid-murid dikehendaki
mengemaskan menyapu, membuang sampah dan menyusun kerusi-meja dan
menceriakan.
(v) Murid-murid yang membawa keluar atau mencuri barang-barang dalam bilik
pendidikan seni akan dikenakan tindakan disiplin.
(vi) Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg-beg sekolah ke dalam bilik pendidikan
seni.
(vii) Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan/minuman.
4.11

PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
(i) Pusat sumber akan dibuka dari hari Isnin hingga hari Jumaat di antara masa
pagi
hingga
petang.
(ii) Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg sekolah, buku, minuman, dan
makanan ke dalam bilik PSS.
(iii)Semasa di PSS murid dilarang membuat bising, bercakap perlahan bila perlu sahaja.
(iv) Murid hanya dibenarkan meminjam
buah buku seminggu kecuali pinjaman RED
SPOT- semalaman.
(v) Murid yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda tertentu.
(vi) Buku yang dihilangkan perlu diganti dengan buku yang serupa (rujuk dengan guru
perpustakaan.)
(vii) Semua proses pinjaman- pulangan hanya boleh diuruskan oleh pengawas pusat
sumber sahaja.
(viii) Murid yang menggunakan bilik PSS perlu berpakaian seragam sekolah lengkap
dengan kasut getah atau baju-T sekolah sahaja.
(ix) Guru yang membawa masuk murid pada waktu bacaan atau “relief” perlu berada di
bilik PSS sehingga akhir masa kelas tersebut.
(x) Murid yang telah habis membaca buku diminta meletakkan buku-buku tersebut di
dalam bakul yang disediakan.

4.12

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK ALAT PANDANG DENGAR (APD)
(i) Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke bilik APD bersama guru mata pelajaran
pada masa itu.
(ii) Murid-murid dikehendaki masuk ke bilik APD dalam keadaan teratur dan tidak
dibenarkan mengatur susunan kerusi atau membawa masuk kerusi-kerusi lain.

37  
 

(iii)Sebelum meninggalkan bilik, pelajar dikehendaki menjatuhkan kembali kepingan
papan tulis di kerusi serta meninggalkan bilik dalam keadaan teratur.
(iv) Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg-beg ke dalam bilik APD kecuali bukubuku dan alat-alat yang diperlukan untuk mata pelajaran tersebut.
(v) Murid-murid tidak dibenarkan menyentuh/memegang sebarang peralatan yang
terdapat di dalam bilik APD atau memasang alat-alat elektronik/elektrik seperti TV,
video dll.
(vi) Sebarang perbuatan yang melanggar tatatertib bilik APD seperti menconteng,
merosakkan alat/bahan akan dikenakan tindakan tegas.
(vii) Guru yang menggunakan bilik APD harus memastikan bahawa papan hitam/putih
dibersihkan, kerusi kuliah disusun semula, lampu, kipas dan alat hawa dingin
dimatikan suis serta merekodkan penggunaan bilik di buku yang disediakan.

4.13

MAKMAL
(i) Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal bersama guru.
(ii) Beg-beg sekolah, makan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam makmal.
(iii)Murid-murid tidak dibenarkan membuang sampah atau mengasah pensil di dalam
sink.
(iv) Murid-murid adalah dilarang menconteng/mengotorkan meja/perabot di dalam
makmal.
(v) Murid-murid yang belajar di makmal sebelum waktu rehat dan waktu akhir diminta
mengemaskan bangku masing-masing setelah pembelajaran tamat.
(vi) Murid-murid dilarang membuka almari dari laci serta mengambil radas-radas tanpa
kebenaran guru sains.
(vii) Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan pada setiap waktu.
(viii) Murid-murid mesti menjaga keselamatan diri semasa berada di dalam makmal
sains.

4.14

PERATURAN-PERATURAN MAKMAL
(i) Murid-murid adalah diminta mengikuti semua arahan yang diberi oleh guru sains
ketika berada di dalam makmal.
(ii) Bahan-bahan kimia atau perkakas/alat makmal tidak boleh dibawa keluar dari
makmal.
(iii)Murid-murid dibenarkan membuat ujikaji atau menggunakan perkakas/alat yang
hanya dibenarkan guru sains yang berkenaan.
(iv) Semua kemalangan dan pecahan hendaklah dilaporkan serta merta kepada guru sains
yang berkenaan.
38  

 

(v) Murid-murid akan diminta menggantikan perkakas/alat yang dirosakkan/dipecahkan
kerana kecuaian sendiri.
(vi) Murid-murid hendaklah sentiasa cermat apabila menggunakan bahan-bahan kimia.
(vii) Murid-murid adalah dilarang merasa apa-apa bahan kimia.
(viii) Peraturan-peraturan menggunakan neraca hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh
murid-murid.
(ix) Murid-murid dilarang memusingkan paip-paip gas pada bila-bila masa pun.
(x) Pain-paip gas hanya boleh digunakan apabila membuat ujikaji yang menggunakan
api.
(xi) Kertas tidak boleh digunakan untuk memasang penunu bunsen.
(xii) Batang mancis dan bahan-bahan lain yang masih menyala hendaklah dipadamkan
dahulu sebelum dibuang ke dalam bakul sampah.
(xiii) Semua perkakas/alat hendaklah dibersihkan dan disimpan kembali ke tempat
asalnya setelah digunakan.
(xiv) Murid perlu memakai ‘lab coat’ dan ‘google’ bila diarah oleh guru.
4.15

PERATURAN-PERATURAN DI BILIK EKONOMI RUMAHTANGGA
(i) Bilik ERT dilarang masuk tanpa guru.
(ii) Sentiasa memakai pakaian bersih dan sesuai.
(iii)Jangan memakai jam tangan semasa membuat kerja amali.
(iv) Rambut yang panjang mesti diikat.
(v) Kebersihan di dapur ERT adalah tanggungjawab pelajar.
(vi) Sentiasa bercermat menggunakan air dan bahan api- jangan membazir.
(vii) Suis elektrik dan gas hendaklah dimatikan selepas digunakan.
(viii) Bungkus dan buang semua bahan sisa dan sampah dengan menggunakan beg
plastik.
(ix) Gunakan alat-alat tajam, berat, panas atau merbahaya dengan berhati-hati.
(x) Jika ada apa-apa kemalangan, misalnya luka atau terbakar hendaklah diberitahu
dengan segera kepada guru.
(xi) Barang yang pecah, kerosakan alat-alat mestilah diberitahu kepada guru segera.
(xii) Murid perlu menggunakan peralatan bilik ERT mengikut prosedur penggunaan.

4.16

PERATURAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
(i) Sentiasa patuhi arahan guru.
(ii) Jangan masuk dan keluar bengkel tanpa kebenaran guru.
(iii)Letakkan beg di luar bengkel.
(iv) Jangan bermain atau bergurau ketika berada dalam bengkel.
39  

 

(v) Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan mengikut label.
(vi) Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.
(vii) Sekiranya timbul keaadaan yang berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.
(viii) Tutup semua suis setelah menggunakannya.
(ix) Guna peralatan mengikut prosedur penggunaan.
4.17

KEDAI BUKU
(i) Buku-buku teks dan buku latihan boleh dibeli daripada kedai buku sekolah pada harihari dan waktu-waktu yang ditetapkan sahaja.
(ii) Murid tidak dibenar membeli barang keperluan pada waktu pembelajaran.
(iii)Murid juga digalakkan membeli alat-alat persekolahan dan keperluan lain dari
koperasi sekolah.

4.18

KOPERASI SEKOLAH
(i) Murid-murid diwajibkan menjadi ahli koperasi sekolah dan menceburkan diri secara
langsung dengan pergerakan koperasi.
(ii) Murid boleh menjadi ahli koperasi sekolah dengan membeli saham koperasi. Saham
tambahan boleh dibeli dari masa ke masa.
(iii)Murid juga digalakkan membeli alat-alat persekolahan dan keperluan lain dari
koperasi sekolah.
(iv) Dividen akan diberi tiap-tiap tahun bergantung kepada keuntungan yang diperolehi.

4.19

TELEFON
(i) Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan telefon awam untuk tujuan
penting/kecemasan sahaja.
(ii) Penggunaan telefon awam tersebut hanya dibenarkan pada sebelum/selepas waktu
persekolahan dan waktu rehat sahaja.
(iii)Gunakan telefon awam dengan betul dan berfaedah.
(iv) Murid tidak dibenarkan menelefon sewaktu belajar.
(v) Telefon tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan/perbualan sosial.

4.20

PAPAN KENYATAAN
(i) Papan kenyataan di sekitar bangunan sekolah dibahagikan kepada
kelab/persatuan/rumah oleh sekolah dan diawasi oleh lembaga pengawas dan guru.
(ii) Papan kenyataan mestilah dihias dengan bahan yang berfaedah dan diganti dengan
bahan baru dari masa ke masa.
(iii)Bahan bacaan/poster/iklan untuk papan kenyataan di sekitar bangunan sekolah
hendaklah ditandatangani oleh Pengetua/Penolong Kanan/Guru Penasihat Kelab dan
Guru Rumah.
40  

 

(iv) Bahan bacaan, poster dan gambar untuk papan kenyataan kelas mestilah ditunjukkan
kepada guru tingkatan terlebih dahulu.
(v) Bahan papan kenyataan mesti ditampal kemas dengan paku tekan.
(vi) Semua murid bertanggungjawab membetulkan atau menampal semua bahan papan
kenyataan yang terjatuh.

4.21

SURAT MENYURAT
(i) Murid-murid tidak dibenarkan menulis surat dengan menggunakan alamat sekolah.
Pengetua dan Guru Penolong Kanan serta Lembaga Disiplin sekolah berhak
membuka sebarang surat yang beralamatkan sekolah.

4.22

BIASISWA/BANTUAN
(i) Permohonan bagi biasiswa dan lain-lain bantuan hendaklah dibuat melalui guru
tingkatan.
(ii) Jenis-jenis bantuan yang boleh dipohon :• Biasiswa Kecil Persekutuan (Bumiputera sahaja)
• Biasiswa pra-U
• Kwamp
• Bantuan anak yatim
• Bantuan kewangan persekolahan
(iii)Biasiswa akan ditarik balik sekiranya murid didapati tidak belajar dengan
bersungguh-sungguh/ dikenakan tindakan disiplin.
(iv) Wang biasiswa hendaklah dibelanjakan hanya untuk bidang pelajaran dan
kelengkapan sekolah.

BAB 5 KESELAMATAN
5.1

LALULINTAS
(i) Kereta yang menghantar murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
(ii) Murid-murid dikehendaki menggunakan pintu pagar kecil.
41  

 

(iii)Basikal/motosikal hendaklah disimpan dengan betul dan teratur serta berkunci di
tempat letak basikal/motosikal yang dikhaskan.
(iv) Penunggang-penunggang basikal hendaklah turun dan menolak basikal-basikal ke
tempat letak basikal di dalam kawasan sekolah.
(v) Murid-murid dilarang berdiri atau berkumpul di hadapan atau berhampiran dengan
pintu masuk ke sekolah tetapi terus masuk ke dalam kawasan sekolah ke dalam
kawasan sekolah.
(vi) Semasa berjalan pergi dan balik, murid-murid hendaklah berjalan di tepi jalanraya
dan jangan bersaing-saingan. Semasa menaiki bas, murid-murid hendaklah beratur
dan jangan berebut atau bertolak-tolak.
(vii) Bagi murid yang menggunakan laluan kedua hendaklah berhati-hati ketika naik
dan turun tangga dilarang berlari atau tolak menolak.
(viii) Bagi murid membawa motorsikal mestilah mempunyai lessen memandu,cukai
jalan hidup dan didaftarkan oleh j/k keselamatan sekolah.
5.2

KAWASAN KESELAMATAN
(i) Murid-murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang yang tidak dikenali kecuali
disaksikan oleh Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penyelia Sesi Petang/guru bertugas.
(ii) Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sekolah pada waktu pembelajaran
kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengetua/Guru Penolong Kanan.
(iii)Murid-murid tidak dibenarkan berjumpa dengan pelawat-pelawat kecuali di pejabat
sekolah dan kebenaran Pengetua/Guru Penolong Kanan/guru bertugas hendaklah
diperolehi terlebih dahulu.
(iv) Ibubapa/penjaga/pelawat tidak dibenarkan pergi ke kelas untuk berjumpa murid.
(v) Murid-murid dilarang membawa orang luar untuk menggunakan kemudahankemudahan sekolah.
(vi) Murid-murid sesi pagi tidak dibenarkan datang ke sekolah pada waktu petang dan
sebaliknya kecuali jika ada aktiviti/urusan tertentu yang disertai oleh guru berkenaan.
(vii) Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah waktu cuti
penggal, cuti am atau cuti hujung minggu kecuali dengan kebenaran pengetua.
(viii) Semasa pulang dari sekolah, murid dinasihatkan supaya jangan menaiki
kenderaan orang yang tidak dikenali.
(ix) Setiap murid bertanggungjawab untuk melaporkan kepada guru mengenai
kemalangan atau mengesyaki kejadian buruk akan berlaku. Jangan bertidak
bersendirian.
(x) Menjaga keselamatan diri adalah tanggungjawab setiap individu.
(xi) Murid-murid yang memiliki lesen menunggang motosikal perlu mendapat kebenaran
daripada pihak sekolah untuk meletakkan motosikal di dalam kawasan sekolah.

5.3

PELAWAT
42  

 

Adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan semua anggotanya berada dalam
keadaan selamat.
(i) Pelawat perlu berpakaian kemas dan bersopan ketika berada di kawasan sekolah, baju
tanpa lengan dan seluar pendek tidak dibenarkan.
(ii) Semua pelawat mesti melaporkan nama kepada pengawas keselamatan sekolah di
pintu pagar sekolah.
(iii)Pelawat mesti berurusan dengan pihak sekolah di pejabat sekolah.
(iv) Pelawat tidak dibenarkan masuk ke blok akademik/bilik guru kecuali dengan
kebenaran Pengetua.
(v) Pelawat tidak dibenarkan mengganggu guru yang sedang melaksanakan pengajaran di
dalam bilik darjah.
(vi) Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk meminta pas pelawat daripada pelawat
yang ingin berjumpa dengan guru.
(vii) Ibubapa/penjaga yang ingin menemui murid-murid perlu meminta kebenaran di
pejabat sekolah terlebih dahulu. Perjumpaan cuma di pejabat sekolah
(viii) Ibubapa/penjaga perlu meminta kebenaran daripada pejabat sekolah sebelum
membawa pulang murid semasa waktu persekolahan.
5.4

HARTA BENDA MURID
(i) Murid-murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah. Pihak
sekolah tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan.
(ii) Murid-murid dilarang membawa barang-barang berharga seperti alat-alat permainan
elektronik dan lain-lain ke sekolah.
(iii)Murid-murid yang mempunyai wang/barang berharga kepunyaan orang lain
hendaklah memulangkannya kepada guru bertugas/guru disiplin.
(iv) Buku-buku/majalah bergambar yang boleh merosakkan akhlak tidak dibenarkan
dibawa ke sekolah.

5.5

HARTA BENDA SEKOLAH
(i) Murid-murid dikehendaki menjaga harta benda sekolah dengan sebaik-baiknya dan
bertanggungjawab menggantikan harta benda yang dihilangkan atau dirosakkan.
(ii) Segala kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas atau guru yang
bertanggungjawab ke atas bangunan dan keselamatan sekolah.
(iii)Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengalih perabot, papan kenyataan atau mana-mana
bahagian sekolah.
(iv) Kemudahan elektrik dan air hendaklah digunakan dengan cermat.

5.6

ARAHAN KEBAKARAN
5.6.1 Notis Kebakaran
43  

 

Kalau anda Nampak kejadian kebakaran :(a) Bunyikan loceng isyarat dengan segera
(b) Beritahu guru secepat mungkin. Guru cuba padamkan api dengan pemadam api yang
ada,jika api itu kecil.
(c) Apabila mendengar bunyi loceng secara pendek dan berturut-turut:(i) Guru yang mengajar di dalam kelas hendaklah mengetuai pergerakan
mengosongkan bangunan.
(ii) Kerani yang bertangguingjawab hendaklah menghubungi bomba dengan
segera.
(iii)Tentukan tidak seorang pun memasuki bangunan sehingga diberitahu
bangunan sudah selamat digunakan oleh Pegawai Kanan Bomba.
5.6.2

Mengosongkan Bangunan

(a) Semua penghuni hendaklah keluar ke tempat yang selamat iaitu padang sekolah
dengan secepat, tanpa kekecohan atau panik.
(b) Guru hendaklah memberitahu murid akan lorong, pintu dan tangga yang mesti
digunakan mengikut pelan untuk keluar dari bangunan itu dengan selamat.
(c) Guru-guru dikehendaki membawa buku daftar kedatangan kepada guru-guru di
tempat perhimpunan.
(d) Di tempat perhimpunan, guru-guru akan memanggil nama murid mengikut
senarai dalam buku daftar kedatangan.
(e) Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta merta kepada
Pengetua/Penolong Kanan/Penyelia/Guru Keselamatan sama ada semua murid di
bawah jagaannya sudah berkumpul atau tidak.
(f) Murid yang diketahui tidak ada di tempat berkumpul hendaklah dicari dengan
serta merta pleh guru dan pembantu am rendah.
(g) Murid yang cedera hendaklah dibawa berjumpa guru bertugas untuk rawatan
kecemasan.
5.6.3
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

Arahan-Arahan Untuk Guru-Guru
Memahami segala peraturan yang telah disusun serta dapat mengawal keadaan.
Sila pastikan murid-murid mengikut peraturan.
Sila iringi murid-murid ke tempat perhimpunan.
Hendaklah berada segera di tempat berkumpul.
Buku kedatangan murid ditandakan dan jika didapati murid ‘hilang’, segera
laporkan kepada guru bertugas.

44  
 

5.6.4

Arahan-Arahan Untuk Guru Bertugas

(a) Berada segera di tempat berkumpul.
(b) Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mengawal dan mententeramkan murid
masing-masing.
(c) Mengambil butir-butir mengenai bilangan murid dan nama murid-murid tercicir
dalam setiap kelas/tingkatan daripada guru-guru tingkatan.
5.6.5

Arahan-Arahan Untuk Kakitangan Pejabat

(a) Kumpulkan buku kedatangan dan bawa ke padang unutk guru tingkatan.
(b) Pembantu makmal mesti menutup atau mematikan ibusawat elektrik atau injap
gas sebelum meninggalkan makmal.
5.6.6

Bila Keadaan Terkawal

(a) Murid-murid dibenarkan balik ke kelas masing-masing apabila isyarat keadaan
terkawal dibunyikan iaitu satu bunyi loceng yang berpanjangan.
(b) Guru-guru dikehendaki memanggil nama murid-murid sekali lagi di kelas dan
mencatatkan nama murid-murid yang hilang.
5.6.7

Lapor Kepada Pegawai Bomba
Guru bertugas hendaklah melaporkan keadaan kejadian dengan seberapa segera
yang boleh semasa ketibaan Pegawai Bomba. Maklumat yang perlu disampaikan
adalah seperti berikut
(a) Jenis kebakaran/kecemasan
(b) Mangsa terlibat

5.6.8

‘ ARM BAND’
Guru tingkatan atau guru-guru yang lain hendaklah menggunakan ‘arm band’
berwarna merah untun dikenali sebagai pegawai insiden.

CATATAN
(a) Senarai undang-undang dan peraturan sekolah tidak terbatas kepada undang-undang yang
tercatat di sini sahaja. Undang-undang dan peratuiran sekolah juga merangkumi arahan
dan undang-undang/peraturan yang dikeluarkanoleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
45  
 

(b) Peraturan yang baru atau pindaan peraturan akan dikeluarkan dari masa ke masa. Pihak
sekolah berhak mengenakan hukuman tatatertib terhadap sesiapa yang melanggar
peraturan yang ditetapkan termasuk dibuang sekolah atau yang setimpal dengannya.

 

 
 
 
 

46