You are on page 1of 27

1 Mohd Rizal Ismail P20187 Tulisan Jawi, Dan Isu-Isunya Dalam Pendidikan

1. Pengenalan

1.1 Dari Mana Datangnya Jawi?

Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang pergi menahun di Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan 1999: 1). Tulisan Melayu huruf Arab atau sekarang ini dikenal dengan nama tulisan Jawi, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, telah digunakan sejak kedatangan Islam. Nama “Jawi”(?ù ?ù) itu berasal daripada kata nama bahasa Arab “Jawah”(?ù?ù. Apabila ?ù ?ù ?ùù) ? dijadikan kata kata adjektif “Jawah” menjadi “Jawi” (?•?•?• . Perkataan “Jawah” atau ?•) “Jawi itu besar berkemungkinan besar berasal daripada perkataan “Javadwipa”, iaitu nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Buktinya Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah menggelar nama Sumatera sebagai al-Jawah. Bagi orang Arab bahagian kata “Java” sahaja yang diambil, sedangkan “dwipanya” ditinggalkan. Kata

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

2 “Jawa” ini digunakan untuk merujuk ke seluruh daerah Asia Tenggara. Penduduknya juga dinamakan denagn menggunakan kata itu juga, atau dalam bentuk kata adjektifnya menjadi “Jawi”. Oleh itu, kata Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara; bukan hanya kepada orang Jawa; iaitu penduduk yang berasal dari Pulau Jawa. Jawah atau Jawi merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino mahupun yang lain. Oleh sebab inilah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering membubuh nama al-Jawi sebagai laqab, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud alFatani al-Jawi dan lain-lain. Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapanungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moin 1996: 17). Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenal di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Negara Brunei Darussalam. Di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama “tulisan Melayu Huruf Arab” atau “tulisan Melayu Arab”. Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang emnggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain. Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

3 digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).

1.2 Penggunaan Tulisan Jawi

Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam sejarah yang lalu tulisan Jawi telah digunakan untuk perkara berikut:

1. Prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

2. Batu hidup. Ini terdapat pada batu hidup yang ditemui di Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan.

3. Batu Nisan. Ini banyak terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya kerajaan-kerajaan Islam pada zaman silam.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

4 4. Mata wang, terutama wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan Jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah, Mansur Shah dan lain-lain.

5. Surat kiriman antara raja. Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu tetapi juga dengan raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan raja Portugal atau raja Inggeris atau raja-raja lain.

6. Kitab dan buku.Jenis ini yang paling banyak terdapat sama ada dalam bentuk manuskrip (bertulisan tangan) atau cap batu.

7. Surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu.

8. Catatan-catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapalkapal perdagangan.

9. Surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan Arifin, surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam.

10.Piagam dan teks pemasyhuran. Contohnya seperti tulisan pada teks ciri yang dibacakan ketika melantik seseorang itu menjadi pembesar.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

5 1.3 Sukatan Pelajaran Jawi

Mohd Puad bin Johar (1999), memetik sukatan pelajaran Diploma Perguruan Malaysia bahawa sukatan pelajaran Jawi meliputi mengenal abjad Jawi, membentuk huruf Jawi, menyambung huruf Jawi, menulis Jawi secara mekanis serta latihan membaca dan menulis Jawi. Kemahiran yang ditekankan dalam sukatan pelajaran ini meliputi mengenal abjad Jawi, menulis dengan menggunakan sistem ejaan Jawi terkini, mebaca teks tulisan Jawi, memindahkan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi dan sebaliknya, membuat refleksi pengajaran Jawi berdasarkan pengetahuan yang diperoleh, serta mengedit teks Jawi berbantukan komputer. Antara nilai yang ditekankan dalam sukatan ini, antara lain, menyedari kepentingan menguasai tulisan Jawi untuk mengkaji pelbagai bahan lama yang tersedia dalam tulisan itu, menghargai dan memasyarakatkan tulisan Jawi, penggunaan Jawinet dan menggunakan Teks Pedoman Ejaan Jawi, DBP, 1987 dan 1993 sebagai asas rujukan.

2. Isu Yang Dibangkitkan

2.1 Kelemahan Pelajar Dan Anak-Anak Muda Terhadap Tulisan Jawi

Berikutan pengaruh kuat tulisan rumi yang mencakupi sebahagian besar sistem pembelajaran di negara ini, sesuatu yang kurang enak namun terpaksa ditelan ialah

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

6 semakin ramai anak Melayu agak asing terhadap tulisan Jawi, manakala penerbitan bertulisan Jawi kian terpinggir (Berita Harian 20 November 2000). Menurut Muzni (1995), kelemahan murid dari segi menulis Jawi adalah lebih ketara jika dibandingkan dari segi bacaan. Sesuatu langkah berkesan harus diambil supaya murid dapat menguasai penulisan jawi. Untuk menulis jawi dengan baik, muridmurid harus mengenali huruf jawi, sambungan suku kata dan latihan menulis. Ini adalah pengetahuan asas yang bermula dari tahun satu lagi. Oleh itu penekanan haruslah dibuat dari tahun satu untuk mempastikan murid-murid kenal dan boleh menyambungkan suku kata-suku kata jawi. Untuk menyemai rasa cinta anak-anak kepada tulisan jawi, ia perlu dilakukan secara bersepadu dan kolektif sifatnya, jika kita mahu melihat generasi muda hari ini tidak mengalami masalah ‘buta jawi’ dan ‘buta identiti diri’ di masa depan, ibu bapa bertanggung-jawab mengasuh anak-anak agar boleh membaca dan menulis jawi semenjak di rumah lagi, manakala tugas selebihnya, perlu dipikul oleh guru-guru ketika di sekolah (Utusan Zaman 3 Disember 2000).

2.2 Tulisan Jawi Dipinggirkan Dalam Penerbitan Buku-Buku

Akta baru iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang diluluskan atas landasan memartabatkan bahasa Melayu dengan ketetapan tulisan rumi, maka secara tidak langsung ruang menebar pengaruh tulisan jawi tersepit. Paling jelas ialah sebahagian besar penerbit tidak lagi berminat dengan majalah bertulisan jawi.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

7 Profesor Dr. Amat Juhari Moain dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, berkata ketika berdepan kemelut kehakisan minat terhadap jawi, Dian cuba mempertahankan kehadirannya dalam penerbitan, apabila diterbitkan dalam dua versi iaitu jawi dan rumi. “Dalam suasana yang muram ini, majalah Dian cuba mempertahankan tulisan jawi dengan mengadakan satu sistem ejaan jawi baru yang dikenali ejaan Fonetik. Sistem ini diperkenalkan mulai tahun 1970-1972 dalam majalah Dian. “Sistem yang dipakai tidak lain daripada sistem ejaan pengaruh Melayu tahap kedua, namun usaha baik ini tidak dapat meyakinkan orang ramai terutama kanak-kanak dan guru sekolah kerana mereka sudah biasa dengan tulisan rumi. “Kedudukan tulisan

jawi semakin hari semakin parah, sehingga kitab-kitab agama pun diterbitkan dalam tulisan rumi (Berita Harian 20 November 2000).

2.3 Masa Pengajaran Tulisan Jawi

Peruntukan masa yang kurang bagi pelajaran jawi, iaitu 30 minit seminggu, tidak membantu guru dan murid untuk meningkatkan penguasaan jawi dengan lebih berkesan. Jika dibuat perbandingan dengan mata pelajaran lain dari segi peruntukan masa, didapati pelajaran jawi ini adalah pelajaran kurang penting. Mata pelajaran lain seperti Muzik, Seni dan Pendidikan jasmani diberi masa 60 minit seminggu. Mata pelajaran-mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu diberi 300 minit seminggu, Bahasa Inggeris 210 minit seminggu, Agama Islam 150 minit seminggu, Matemati 210 minit seminggu.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

8 Jelaslah dari peruntukan masa tersebut, tidak ada keseimbangan peruntukan masa antara mata-mata pelajaran. Kajian semula perlu dibuat untuk memulihkan penguasaan mata pelajaran jawi (Muzni 1995: 17-18).

2.4 Objektif dan Isi Kandungan Pelajaran Jawi

Bahan yang digunakan dalam pengajaran jawi kebanyakannya diterbitkan sendiri oleh kementerian Pendidikan. Bahan-bahan pelajaran jawi kurang sekali didapati di kedaikedai buku. Kekurangan bahan ini adlah kesan dari kurangnya minat pencetak-pencetak untuk menerbitkan bahan-bahan dalam tulisan jawi. Ini adalah penerbit tidak mendapat untung yang tinggi kerana permintaan tidak begitu menggalakkan. Guru-guru yang kreatif biasanya mencipta bahan sendiri untuk membantu prengajaran mereka supaya lebih berkesan dan diminati ramai (Muzni 1995: 18). Apa yang penting ialah agar tulisan jawi itu dapat memberi kesan kepada pelajar itu sendiri supaya mereka dapat memperaktikkannya dalam menghayati al-Quran. Secara tidak langsung dapat menghindarkan para remaja dari gejala-gejala negatif yang cukup membimbangkan kita pada hari ini.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

9 2.5 Pengajaran Guru

Para guru mesti berusaha dengan lebih gigih lagi dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada para pelajar supaya mencintai tulisan jawi. Mereka harus menunjukkan contoh bahawa mereka adalah pakar dalam tulisan jawi dan mampu menulis jawi dengan baik. Jika guru kurang mahir dalam tulisan jawi, mereka boleh menggunakan segala kemudahan yang ada kerana pada zaman ini komputer boleh digunakan untuk mempelajari jawi. Ini ialah kerana tulisan jawi boleh dipelajari melalui internet, ada pihak-pihak tertentu telah membuat laman web tulisan jawi. Menurut laporan Berita Harian pada 25 jun 2000, seorang pelajar tahun akhir dari Universiti Malaya (UM) telah mencatat sejarah apabila berjaya mencipta laman web jawi digital yang pertama di negara ini. Pelajar berkenaan ialah Norhasanita Abu Hasan yang mengikuti Jurusan Kepintaran Buatan dari Fakulti Sains Komputer dan Maklumat, mengambil masa satu semester untuk mencipta laman web itu. Laman web yang dihasilkan oleh pelajar berkenaan menggabungkan unsur-unsur bunyi dan grafik. Menurut pelajar berkenaan itu lagi, di dalam web tersebut, pengunjung berpeluang mempelajari penulisan jawi, sejarah Islam termasuk petua dan warisan silam. Orang ramai boleh mengunjungi laman web berkenaan di alamat jawinet.8k.com. Sementara itu di dalam laporan itu juga, dua orang pelajar dari fakulti yang sama iaitu Burhan Abdul Rahim dan Mazlin Zakaria turut berjaya mencipta perisian multimedia jawi untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah. Sistem itu

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

10 mebolehkan pelajar menjawab pelbagai soalan, mempelajari penulisan dan sebutan jawi serta membuat terjemahan secara interaktif. Selain itu terdapat perisian-perisian komputer yang boleh digunakan untuk menulis atau menaip tulisan jawi seperti ‘Jawi Writer’. Ia amat berguna kepada para guru kerana perisian ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan kepada para pelajar. Ada juga pihak yang mencipta huruf jawi dan dimasukkan ke dalam senarai huruf-huruf yang ada pada perisian ‘Microsoft Arabic Office’ dan langkah ini adalah amat bagus serta pihak yang menyediakannya itu perlu dipuji.

2.6 Mewajibkan Tulisan Jawi Pada Peringkat Sekolah Rendah Dan Menengah

Kementerian Pendidikan sedang mengkaji dengan teliti untuk mewajibkan tulisan jawi pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Menurut Setiausaha Parlimennya, Datuk Mahadzir Mohd. Khir, langkah itu diharap dapat meningkatkan lagi martabat tulisan tersebut. Harapan beliau lagi agar semua institusi pengajian tinggi (IPT) mengadakan projek bagi memartabatkan tulisan jawi. Dengan ini barulah penggunaan tulisan jawi menjadi satu identiti di IPT sebelum diikuti oleh institusi lain. Beliau yakin usaha ini dapat mencapai matlamat dalam jangka masa terdekat kerana semua IPT di negara ini mempunyai fakulti bahasa yang tentunya boleh memainkan peranan ke arah tersebut. Dengan ini juga, jawi berada di kalangan cendikiawan dan intelektual, bukan seperti anggapan sesetengah pihak yang masih memandang ringan terhadapnya (Mingguan Malaysia 25 Jun 2000).

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

11 3. Masalah Yang Timbul

Penguasaan kemahiran menulis jawi di kalangan generasi muda masyarakat Melayu sering diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat, terutama pecinta-pecinta tulisan tersebut Kebimbangan terhadap penguasaan jawi di kalangan masyarakat Melayu dapat dirasakan apabila Kementerian mengambil Pendidikan langkah dalam mengarahkan siaran pekeliling Jawi

[KP(PPK)016/24/Jld.V(88)]

pengajaran

dimulakan dari tahun 1 sekolah rendah mulai Disember 1990. Sebelum ini, pengajaran jawi bermula dari tahun 3 sahaja. Melalui pekeliling tersebut juga, Kementerian Pendidikan mengarahkan supaya pengajaran Jawi dilaksanakan dalam matapelajaran Pendidikan Islam (Muzni 1995: 1). Penerbit akhbar dan buku swasta juga mengalih kegiatan mereka daripada menggunakan tulisan jawi kepada tulisan rumi bagi memenuhi kehendak pasaran. Seminar tulisan jawi Yayasan Islam Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka serta kenyataan-kenyataan yang tersiar di akhbar-akhbar dan majalah tempat memperlihatkan keinginan sebahagian masyarakat Melayu yang mahukan tulisan jawi dipulihkan dan memainkan peranannya semula (Muzni 1995: 2). Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan seminar tulisan jawi dengan meninjau semula sistem ejaan jawi yang disusun oleh Pendeta Za’ba. Dalam seminar itu telah menyebabkan rumusan sistem ejaan jawi baru berasaskan sistem yang dikemukakan Za’ba, cuma beberapa penyesuaian dilakukan bagi memantapkan cara penggunaannya. Setelah itu dua buku telah diterbitkan iaitu Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

12 (terbitan 1986) oleh DBP, manakala Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988-DBP) menyusul selepas itu sebagai lanjutan. Dalam keadaan tulisan jawi menghela nafas sukar untuk terus menggagahi wajah penerbitan, gelora songsang nampaknya tiada ruang untuk reda, pelbagai sorotan negatif yang dicanang sentimen kurang berasas serta kajian yang tidak ilmiah terus menerkam kekurangan yang wujud pada kedua-dua buku berkenaan. “Tentangan yang agak gencar dilancarkan oleh Maktab Perguruan Islam Bangi yang mengkritik kandungan kedua-dua buku berkenaan terutamanya bahagian yang salah cetak dan juga pandangan mereka yang lebih kepada perancangan bahasa Arab daripada bahasa Melayu. Ternyata usaha menggalakkan penggunaan tulisan jawi atau sekurangkurang terus hidup dalam penerbitan agak terhad. Cabaran yang bergolak bukan sahaja daripada pelaksana dan penyusunan sistem ejaannya, malah sejarah perkembangannya di nagara ini turut diselimuti jalan berliku (Berita Harian 20 November 2000). Menurut Prof. Dr. Amat Juhari lagi, sistem ejaan jawi asal tidak dapat dikesan kerana tiada bahan bukti daripada prasasti atau pun manuskrip, namun ia diagak bahawa pada mulanya mengikut cara ejaan Arab dengan tanda baris. Katanya, tanggapan demikian dibuat berdasarkan beberapa hujah, iaitu tulisan Arab untuk bahasa Jawa yang disebut sebagai tulisan pegon masih memakai tanda baris sampai ke saat ini. Jadi, sistem ejaan jawi pengaruh Arab ada dua, iaitu bertanda baris sebagai tahap pertama dan kemudian digugurkan baris yang tahap kedua. Dalam ejaan jawi pengaruh Arab tiada menggunakan huruf saksi atau vokal kerana ia telah dilambangkan menerusi baris atau diakritik,” katanya.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

13 “Sistem ejaan jawi dapat mengatasi beberapa masalah dari segi sebutan dan juga golongan kata, namun kekeliruan masih wujud, umpamanya ejaan (?Ö ) lam alif ga boleh ?Ö melahirkan tiga perkataan berlainan sebutan iaitu laga, lagu dan lagi. Malah adakalanya lebih daripada tiga perkataan. Tulisan jawi terus meniti kepayahan dalam membulatkan penggunaanya, kedudukan ejaan masih bergantung kepada penulis dan pengarang penerbitan tertentu kerana langkah pembakuan tidak pula terus melangsungkan ketetapan dalam bentuk buku, umpamanya kamus khas.

4. Tinjauan Literatur

Permasalahan penguasaan jawi sering ditimbulkan oleh ahli-ahli pendidik dan bahasa dalam seminar, jurnal, akhbar, majalah dan lain-lain di negara kita Malaysia. Norhana (1999) telah memetik kata-kata Prof. Amat Juhari Moin dalam jurnal Dewan Bahasa mengatakan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran Jawi dimasukkan dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Namun ia tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana pelajaran Jawi telah mengurangi waktu pengajaran Pengetahuan agama Islam. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan tulisan jawi terus-menerus malap dan merosot. Tambahan pula terdapat anggapan penggunaan jawi yang mengatakan bahawa ianya tidak mempunyai potensi dan nilai dari segi kemajuan ilmu pengetahuan dalam konteks perkembangan sains dan teknologi, sosial dan ekonomi. Perkara ini dijelaskan dalam jurnal Pelita bahasa yang menyatakan bahawa tulisan jawi dianggap

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

14 tidak mempunyai nilai ekonomi dan budaya, malah tidak mendapat perlindungan undangundang. Menyentuh mengenai kajian-kajian yang berhubungkait dengan penguasaan jawi, telah banyak dilakukan terutama tentang sistem ejaan dan tulisan serta penguasaan pelajar dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat yang tinggi seperti di maktabmaktab dan institusi-institusi pengajian tinggi. Kajian seperti ini dilakukan oleh ramai pengkaji dalam bentuk kertas kerja, seminar, forum, bengkel, konvensyen, artikel, latihan ilmiah dan sebagainya. Antara pengkaji tersebut ialah Abd Syukor Hassan(1990),Ishak B Md Shah @ Mat Shah (1991), Maimunah Kadiran (1991), Md Aris B. Ahmad (1991), Che Seah @ Che Siah Hj. Che Man (1995), Muzni Hj. Borhan (1995) dan Mohd Puad B. Johar (1999). Di sini saya akan mengambil dua orang pengkaji iaitu Muzni Hj. Borhan dan Mohd Puad Johar, Muzni telah membuat kajian berhubung dengan penguasaan pelajaran jawi di kalangan murid tahun lima di sekolah-sekolah rendah daerah Tampin Negeri Sembilan pada tahun 1995. Manakala Mohd Puad telah mengkaji mengenai penguasaan kemahiran menulis jawi di kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Melayu Melaka pada tahun 1999. Hasil kajian mengenai persepsi murid-murid terhadap pelajaran jawi dan persepsi guru terhadap kaedah pengajaran jawi yang dijalankan oleh Muzni Hj. Borhan (1995), mendapati bahawa murid beranggapan pengajaran guru disampaikan dengan berkesan dan menarik, guru dianggap memberi pedoman dan tunjuk ajar kepada murid. Selain itu,

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

15 murid-murid didapati lemah dalam penulisan jawi, tetapi kemampuan mereka dalam bacaan jawi didapati lebih baik dari penulisan jawi. Manakala kajian yang dilakukan oleh Mohd Puad (1999) terhadap pelatih-pelatih Maktab Perguruan Melayu Melaka, pula mendapati tahap penguasaan menulis jawi di kalangan pelatih berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan oleh kurangnya mereka mempraktiskan tulisan ini dalam sebarang bentuk komunikasi bertulis. Apabila diperkenalkan bentuk tulisan jawi yang telah disempurnakan, mereka nampaknya terkeliru dengan bentuk tulisan yang biasa mereka ketahui. Ini menyebabkan kebanyakan mereka didapati gagal menulis dengan betul dan tepat mnegikut sistem Ejaan Jawi Yang disempurnakan.

5. Perbincangan

Semasa masih wujud sekolah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan utama, sekurangkurangnya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Tetapi apabila sekolah-sekolah Melayu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah umum dan kemudiannya sekolah kebangsaan, maka peranan tulisan jawi semakin berkurangan di sekolah-sekolah. Tulisan Jawi menjadi mata pelajaran sahaja dan dimasukkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu (Mohd Puad 1999: 25).

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

16 Bagaimanapun keadaaan ini tidak bertahan lama, kerana guru yang berkemahiran dalam mata pelajaran jawi berkurangan. Akhirnya mata pelajaran jawi berpindah ke dalam penagajaran pengetahuan Agama Islam. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, kerana pelajaran Jawi telah mengurangi waktu untuk pengajaran isi pengajaran pengetahuan agama Islam. Keadaan yang tidak menentu ini wujud sehingga sekarang. Dan serentak itu, kedudukan tulisan jawi terus menerus malap dan merosot (Amat Juhari Moain 1992). Berdasarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan sejarah perkembangan tulisan jawi, Prof. Amat Juhari mendapati bahawa tulisan Jawi banyak menghadapi masalah dan cabaran serta tentangan. Pertamanya, persaingannya dengan tulisan rumi yang dipopularkan oleh penjajah dan akhirnya tulisan rumi diterima oleh masyarakat sebagai tulisan utama bagi bahasa Melayu. Pada tahun 1963, dasar menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bagi bahsa Melayu di Malaysia diperkukuh oleh Akta Bahasa 1963. Dengan itu tersingkir terus kedudukan tulisan Jawi untuk bahasa Melayu. Kedua, orang bukan Melayu yang jumlahnya lebih banyak daripada orang Melayu di seluruh Malaysia tidak dapat menerima tulisan jawi walaupun bahasa Melayu diterima. Hal ini demikian kerana orang bukan Melayu terutamanya yang bukan Islam menganggap tulisan Jawi sebagai tulisan orang Islam. Oleh sebab itu mereka bukan Islam maka mereka tidak dapat tidak atau tidak perlu menerima tulisan Jawi ini. Ketiga, pedoman-pedoman ejaan Jawi yang wujud selama ini masih banyak mempunyai kelemahan daripada segi banyaknya pengecualian. Ini termasuklah sistem Ejaan Jawi Yang disempurnakan (EJYD). Oleh itu, panduan dan pedoman ejaan yang ada

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

17 masih belum dapat memberikan panduan dan pedoman yang sempurna dan tidak dapat menyelaraskan semua ejaan bagi kata-kata bahasa Melayu. Keempat, huruf-huruf saksi (vokal) Jawi hanya ada tiga sahaja, dan huruf-huruf ini masih berfungsi sebagai huruf benar selain sebagai huruf vokal. Dalam bahasa Melayu terdapat enam vokal. Ini bermakna huruf Jawi masih kurang untuk digunakan dalam bahasa Melayu. Ini satu kelemahan yang berat bagi tulisan Jawi jika dibandingkan dengan tulisan rumi, walaupun dari beberapa segi yang lain tulisan Jawi lebih baik daripada tulisan Rumi. Kelima, di kalangan orang Melayu sendiri terdapat golongan konservatif yang tidak mahu berubah atau menerima perubahan tentang sistem ejaan dan tulisan jawi. Akhirnya mereka menentang segala apa yang baru. Contohnya huruf ?’ yang telah lama berada dalam tulisan Jawi ditolak oleh banyak orang Melayu terutamanya golongan agama daripada digunakan dalam bahasa Melayu. Mereka tetap mempertahankan penggunaan huruf ?ˆ untuk dua fonem Melayu; p dan f, satu langkah serta pendapat yang tidak ilmiah serta membayangkan fikiran yang sempit (Amat Juhari Moain 1992). Keenam, ada segolongan orang yang berpendidikan agama yang tidak mahu menerima ejaan baru bagi kata serapan daripada bahasa Arab kerana berbeza ejaannya dengan yang ada dalam bahasa Arab, sekalipun perkataan itu bukan istilah agama. Mereka memandang bahasa Melayu daripada kaca mata bahasa Arab. Dengan apa yang tidak sesuai dalam Bahasa Arab dihukumkan tidak sesuai juga dalam bahasa Melayu. Contohnya ejaan ‘terbit’ sebagai ?‹?‹?‹mengikut Ejaan Pakatan ?‹ ?‹ Johor dianggap salah kerana terkeliru dengan ejaan kata Arab ‘tarbiyyat’ ?7?7?7 Tetapi ?7 . ?7 ?7 kalau homograf itu perkataan Melayu maka itu tidak mengapa bahkan mesti dikekalkan.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

18 Contohnya ?- -?-(untuk oleh dan olah) dipertahankan bermati-matian. Dengan wujudnya ? ?golongan seumpama ini maka tidak dapat diwujudkan ejaan yang seragam dan baku bagi tulisan jawi (Amat Juhari Moain 1992). Justeru masalah di atas, maka kelemahan kemahiran menulis jawi khususnya pada generasi muda, termasuk guru dan pelajar sekolah bukanlah merupakan sesuatu yang luar biasa lagi dalam masyarakat Melayu kita, walaupun terbukti dalam sejarah tamadun bangsa tulisan inilah yang menjadi wahana kemajuan negara bangsa khususnya di kepulauan Tanah Melayu yang paling ampuh. Dalam usaha memartabatkan semula ‘khazanah mutiara’ ini guru sebagai peneraju ilmu perlu membuktikan bahawa golongan ini dapat diletakkan di tempat yang tinggi. Kegagalan guru untuk memikul peranan ini akan mengecewakan generasi akan datang (Amat Juhari Moain 1992).

6. Cadangan Untuk Mengatasinya

6.1 Mengadakan Kempen Mencintai Tulisan Jawi

Kempen-kempen tentang jawi seperti pertandingan menulis khat jawi dan tulisan jawi di papan-papan tanda perlu dilakukan menerusi persatuan dan kelab di sekolah-sekolah. Ini perlu dilaksanakan dengan berkesan agar hasrat untuk melihat para pelajar mencintai dan meminati tulisan jawi dapat dicapai.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

19 Papan-papan tanda bertulisan jawi boleh diletakkan di pintu pagar sekolah dengan tulisan jawi yang cantik dan menarik. Selain itu, di pintu-pintu bilik darjah juga boleh diletakkan dengan tulisan ini dengan harapan pelajar dapat melihatnya setiap hari dan hasilnya mereka akan menghargainya.

6.2 Memperbanyakkan Bahan Bacaan Dalam Tulisan Jawi

Para penulis dan penerbit buku-buku hendaklah memperbanyakkan karya mereka yang dapat menarik golongan muda dalam tulisan jawi seperti komik-komik, novel-novel dan cerita kanak-kanak. Bahan bacaan yang ringan sebegini memang diminati oleh golongan pelajar, jadi di sinilah kesempatan untuk menyemai minat mereka. Kita dapati sekarang bahan-bahan bertulisan jawi amat kurang di pasaran, jadi untuk membentuk anak-anak dan para pelajar agar gemar kepada tulisan jawi cadangan di atas perlu dilaksanakan dengan serius. Selain itu juga, dengan mengetahui dasar tulisan jawi akan memudahkan seseorang membaca al-Quran. Apabila mengenali huruf dan hukum-hukum dalam tulisan jawi, seseorang itu boleh mengetahui sebutan al-Quran dengan lebih yakin dan senang. Walaupun sistem tulisan ini telah jauh sedikit terlepas daripada peraturan yang mendasari tulisan arab asli, namun ia tetap mempunyai asas sistem tulisan arab sehingga orang yang mahir dalam tulisan jawi boleh mendekati bahasa Arab dengan lebih mudah.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

20 Di Malaysia tulisan jawi lebih dititik-beratkan sebab agama rasmi negara kita ialah Islam. Ini boleh dikatakan daripada segi hubungan antara agama dengan bahasa di dunia ini. Umpamanya agama Hindu berpasangan dengan bahasa Sanskrit, agama Buddha berpasangan dengan Cina, agama Kristian berpasangan denagn bahasa Inggeris dan tulisan Romawi dan agama Islam berpasangan dengan bahasa Arab atau pun tulisan Arab dan jawi. Dilihat daripada segi perkaiatan di atas itu kita boleh katakan agama Islam tidak begiti berpasangan dengan tulisan Rumi sebaliknya ia mesti berpasangan dengan tulisan arab dan jawi, kerana tulisan rumi ini berasal daripada agama Kristian. Sehinggakan kalau kita mahu teguh di dalam agama Islam, maka kita perlu ghairah menyelidiki dan menggunakan tulisan jawi ini (Kang Kyoung Seock 1986: 2-3).

6.3 Menyemak Semula Kurikulum Pelajaran Jawi

Mengakui masa depan tulisan jawi akan terus berselinap di bawah sinar kemajuan dan tiada jalan pintas untuk kebangkitannya, Setiausaha Persatuan Wartawan Melayu (PWM) Kelantan, Rokaid Chik akur usaha membangunkan semula jawi ke alam kegemilangan memerlukan pengembelengan tenaga gigih yang bermula seawal peringkat sekolah rendah. Menurutnya, secara asasnya iltizam kental daripada Kementerian Pendidikan sendiri diperlukan dalam pembinaan semula jajaran pengguanaan tulisan jawi sebagaimana zaman kemasyhurannya.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

21 “Satu kajian keberkesanan terhadap sistem pendedahan atau pengajaran tulisan jawi di sekolah hendaklah disegerakan bagi mengelakkan ia terus tenggelam dalam arus pengukuhan bahasa Melayu menerusi tulisan rumi. Kementerian Pendidikan perlu kembali menyemak kurikulum sekolah berhubung pembelajaran tulisan Jawi, memandangkan ketika ini ia hanya diserapkan secara tidak langsung dalam pelajaran pendidikan Islam tanpa diadakan suatu pengajaran khusus yang rapi. Rokaid berpendapat, bukan sesuatu yang pincang bagi kementerian terbabit melakukan semakan terhadap sistem pengajaran lama tulisan jawi sebagaimana yang diamalkan di sekolah sekitar 70-an, umpamanya memperbanyakkan gerak kerja menulis dan membaca jawi.

6.4 Kerjasama Dari Jabatan Kerajaan Dan Jabatan Swasta Mesti Dipereratkan Lagi

Kedua-dua agensi ini mestilah berganding bahu bekerjasama menggembeling tenaga untuk meningkatkan mutu tulisan jawi dan wajarlah mereka itu menyusur usaha mempertingkat dan mengangkat semula martabat tulisan jawi melalui pelaksanaan bersepadu di setiap unit pentadbiran, misalnya memperkenalkan tulisan jawi pada papan tanda atau iklan selain risalah rasmi.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

22 Jika tidak kesannya, kemerosotan anak Melayu moden dalam menguasai tulisan jawi akan terus menerjah curam jika usaha menggerak semula kegemilangannya sekadar disambut suara muram beriring langkah longlai. Kerana itu, kewajipan akta yang memastikan pengukuhan dan memartabatkan bahasa Melayu tidak harus menjadi alasan peminggiran pengaruh jawi masa kini, jauh sekali sebagai alasan untuk melepas tangan oleh pihak tertentu. Kita juga mendapati langkah para peniaga terutamanya para peniaga bukan Melayu menggunakan tulisan jawi di papan tanda premis perniagaan mereka adalah merupakan satu usaha yang bijak ke arah membantu memrtabatkan tulisan Jawi. Malah usaha itu ternyata amat membanggakan kita kerana membuktikan betapa orang-orang bukan Melayu juga turut memandang tinggi dan menghargai tulisan Jawi ini. Usaha menggalakkan penggunaan tulisan Jawi terutama pada papan-papan tanda dan nama premis-premis perniagaan seharusnya dipertingkatkan dan diperhebatkan lagi bagi mempastikan tulisan tulisan ini terus diletakkan di tempat yang sewajarnya. Ini bertujuan untuk mempastikan para peniaga terutama para peniaga bukan Melayu turut sama membantu menggalakkan pengunaan tulisan Jawi. Sehubungan dengan itu juga, pihak berkuasa seperti Majlis Kerajaan Tempatan perlulah memainkan peranan untuk membantu meluaskan penggunaan tulisan Jawi ini di samping mepastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan tanda dan premis perniagaan mereka. Sebagai satu usaha menggalakkan penggunaan tulisan Jawi ini juga, pihak berkuasa tempatan perlu mempastikan setiapa papan tanda baru untuk premis perniagaan sama ada premis baru atau pun yang sedia ada haruslah menggunakantulisan jawi selain

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

23 daripada tulisan Rumi yang biasa digunakan. Malah pihak berkuasa tempatan juga boleh mengambil inisiatif tertentu seperti mangadakan pertandingan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda premis perniagaan sebagai satu dorongan kepada para peniaga untuk terus menggunakan tulisan Jawi ini (Utusan Zaman 10 Disember 2000). Tetapi, menurut Hamdan (1999), kalau sudah tidak berminat untuk meningkatkan kemahiran jawi bermacam alasan negatif tentangnya dikemukakan termasuk alasan budaya, politik dan ekonomi. Kesukaran membaca bahan persuratan jawi kerap dilaungkan oleh sesetengah orang sebagai alasan untuk meminggirkan aksara ini dari tempat asalnya. Anehnya tidak pula kedengaran orang merungutkan kesukaran membaca tulisan Rumi bahasa Inggeris sekalipun ejaannya boleh dikatakan paling tidak sistematik di dunia. Sikap negatif itu dapat kita lihat di kalangan orang Melayu di Malaysia. Setelah lebih tiga puluh tahun lamanya Jabatan Pengajian Melayu ditubuhkan di Kuala Lumpur tiada seorang pun sarjana yang bertakhasus dalam hal-ehwal persuratan Jawi. Sebaliknya sarjana dari Korea Selatan pula yang membuat kajian mendalam tentang subjek ini.

7. Penutup

Tulisan

jawi

merupakan

warisan

orang

Melayu

yang

mana

kita

wajar

mempertahankannya supaya ianya tidak hilang begitu sahaja ditelan arus pembangunan Seharusnya generasi muda hari ini tidak leka dengan pelbagai jenis cabaran dan dugaan di alaf baru.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

24 Kita juga patut mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Utusan Malaysia kerana masih menerbitkan suratkahabar bertulisan jawi iaitu akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman. Tidak lupa juga kepada akhbar Berita Minggu dengan kerjasama kerajaan negeri Johor telah mengadakan peraduan menulis jawi setiap minggu dalam akhbar berkenaan. Walaupun hadiah yang diberi berupa sedikit saguhati, tetapi ia mampu menarik semua golongan untuk menyertainya. Selain itu peranan semua pihak tidak kira pihak media atau pun kerajaan hendaklah sama-sama memelihara warisan kita ini supaya ia menjadi kebanggaan bangsa Melayu. Kalau bangsa lain mempunyai kebanggaaan masing-masing, maka apa kurangnya bangsa Melayu. Kita patut berbangga dengan seni tersebut kerana ia mencerminkan kebudayaan kita, ia harus kekal supaya anak cucu kita di masa akan datang dapat mengenali dan mengetahui sejarahnya.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

25 Rujukan

Ab Shukor Hassan. 1990. Pencapaian Pelajaran Jawi KBSM Tingkatan Satu di sekolah menengah Kebangsaan (Agama) Sharifah Rodiah, Melaka. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amat Juhari Moain. 1992. Sejarah Tulisan Jawi. Jurnal Bahasa 35 (11): 101 1012.

__________________.1996. Perancangan Bahasa: Sejarah aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Che Seah @ Che Siah Hj. Che Man. 1995. Persepsi pelatih Pengajian Melayu terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Jawi di Institut Perguruan Sultan Idris: Satu kajian kes. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamdan Abdul Rahman.1999. Panduan Menulis dan Mengeja Jawi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ishak B. Md Shah @ Mat Shah. 1991. Penguasaan Tulisan Jawi

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

26 di Kalangan para pelajar tingkatan dua, satu tinjauan. Kertas Ilmiah. Universiti Pertanian Malaysia.

Kang Kyoung Seock. 1986. Perkembangan jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Syed Kechik.

Mohd Puad Johar. 1999. Penguasaan kemahiran menulis Jawi di kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Kertas Projek. Sarjana Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muzni Hj. Borhan. 1995. Penguasaan pelajaran Jawi di kalangan Murid tahun lima di sekolah-sekolah rendah daerah Tampin Negeri Sembilan Darul khusus. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norhana Bt Hj. Abdullah. 1999. Penguasaan menulis Jawi dalam pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah di negara Brunei Darul Salam. Kertas Projek Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

27 Akhbar:

LC Fang. 2000. Cabaran Tulisan Jawi Masa Kini. Berita Harian 20 November:8.

Mohamed Jusoh. 2000. Wajibkan Jawi di Sekolah dikaji. Mingguan Malaysia 25 Jun: 13.

Nordin Saad. 2000. Bukan Melayu Turut Gunakan Jawi. Utusan Zaman 10 Disember: 10.

Shahrul Nizam Abdul Talib.2000. Pupuk Minat Pelajar Cintai Jawi. Utusan Zaman 3 Disember: 10.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer