You are on page 1of 19

Bencana Alam

Kebelakangan
ini,
fenomena
bencana alam seperti gempa bumi
berlaku
menggemparkan
penduduk
di
seluruh
dunia
khasnya di Jepun & Indonesia.
Keadaan ini boleh menimbulkan
beberapa
masalah
kepada
manusia
dan
alam
sekitar.
Bincangkan.

Pengenalan
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan
bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan
bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang
tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu,
tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala
Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan
saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan
menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak
semua di antara gegaran itu cukup kuat untuk membolehkan kita
merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang


gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan
gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek
seismos, untuk menggoncang).

Kesan Gempa Bumi


kepada manusia

Kebakaran
Kebakaran kerap kali berlaku selepas gempa bumi.
Ini berlaku kerana bahan mudah terbakar terdedah
kepada api atau paip yang membekalkan gas kepada
rumah-rumah yang rosak akibat gempa bumi.
Api juga mudah merebak dengan cepat kerana pili
bomba yang rosak atau jalan yang yang rosak yang
menyebabkan pihak bomba tidak dapat ke tempat
kebakaran.
Sebahagian besar daripada bandar akan terbakar
menyebabkan kehilangan nyawa yang lebih banyak.
Dalam kejadian gempa bumi San Francisco 1906,
kebakaran yang berlaku selepas gempa bumi
menyebabkan lebih banyak kemusnahan berbanding
dengan gempa buminya.

Keruntuhan bangunan
Manusia boleh terperangkap di dalam bangunan yang runtuh atau
atau batu-bata yang jatuh ke jalan.
Inilah kesan yang menyebabkan jumlah kehilangan nyawa yang
paling banyak.
Perkara yang paling teruk yang dilakukan semasa gempa bumi
ialah berlari keluar ke jalan raya semasa gempa bumi.
Kebarangkalian untuk tertanam di bawah serpihan kaca dan batubata adalah lebih tinggi di luar bangunan berbanding di dalam
bangunan.
Dalam kes gempa bumi Loma Prieta 1989, ramai orang yang
terkorban akibat di tanam oleh batu-bata dan serpihan kaca
daripada bangunan yang runtuh ke jalan raya.

Tanah Runtuh
Bangunan boleh mengalami kerosakan apabila
tanah tidak dapat menyokong bangunan itu.
Ini boleh berlaku dalam bentuk tanah runtuh
atau pencairan tanah.
Pergerakan tanah ini boleh menyebabkan
landskap bumi berubah.
Sebagai contoh, gempa bumi di New Orleans
telah menukar arah aliran sungai Mississppi.

Tsunami
Gempa bumi atau letusan gunung berapi di bawah laut
boleh menyebabkan tsunami.
Ombak ini boleh bergerak beribu-ribu kilometer
merentasi lautan.
Di tempat lautan yang dalam tsunami tidak begitu nyata
tetapi apabila ia mula menghampiri pantai di mana
airnya cetek, ketinggian tsunami ini boleh bertambah
secara mendadak sehingga 50 kaki.
Tsunami membawa banyak tenaga dan apabila ia
melanda pantai, ia boleh menyebabkan banyak
kemusnahan sehingga boleh menyebabkan bangunan
runtuh.

Tsunami biasanya berlaku selama beberapa jam


dan ombaknya datang berturut-turut yang
menyebabkan banyak kemusnahan.
Tsunami biasanya susah dikesan menyebabkan
amaran susah dikeluarkan.
Dalam tsunami New Guinea 1998, tsunami
berlaku akibat gempa bumi yang berlaku
berdekatan dengan pantai menyebabkan banyak
kemusnahan.
Tsunami yang telah menyebabkan banyak
kemusnahan ialah Tsunami Sumatera 2004 yang
telah memusnahkan banyak kawasan di sekitar
Lautan India.

You might also like