You are on page 1of 59

LATAR BELAKANG DASAR LUAR NEGARA

Dasar luar Malaysia berbaik-baik dengan


semua negara
Kepentingan(matlamat): Menjamin keselamatan rakyat dan negara
Menggalakkan pembangunan dan
kemajuan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat melalui
kerjasama antarabangsa
Untuk menjadi warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap
usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Bentuk Hubungan luar


Hubungan bilateral
Hubungan multilateral
Hubungan bilateral hubungan secara
terus dengan negara-negara tertentu
contohnya hubungan dengan negaranegara jiran dan negara-negara luar
Hubungan multilateral hubungan dalam
bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti
ASEAN, Komanwel, Pertubuhan
Persidangan Islam(OIC) dan Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali(NAM)

Asas-Asas Pengubalan
Dasar Luar Negara
Faktor

Sejarah
Faktor Ekonomi
Faktor Politik
Faktor Geografi
Faktor Demografi

FAKTOR SEJARAH

Zaman Kesultanan Melayu Melaka hubungan


perdagangan dengan negara luar seperti China,
Arab, Siam dan Kepulauan Melayu
Kini Malaysia mengadakan hubungan dengan
negara serumpun Indonesia, Brunei, Singapura
dan Malaysia
Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel seperti
Australia dan New Zealand(selepas merdeka)
Pada masa Malaysia diancam oleh fahaman
komunis(PKM) yang menggugat keselamatan
negara mendorong malaysia mengamalkan dasar
luar yang pro-Barat dan antikomunis
Malaysia juga perlu bergantung kepada negara
Barat kerana belum mampu dari segi pertahanan.

Faktor Ekonomi

Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas


Kita perlu berbaik-baik dengan negara-negara
lain untuk memajukan ekonomi
Zaman penjajah pengeluar getah dan bijih
timah- hubungan dengan Britain dan Amerika
Syarikat
Setelah merdeka Malaysia masih memerlukan
pasaran dan modal dari negara-negara tersebut
Langkah-langkah tertentu diambil bagi
menggalakkan pelaburan asing
Ini akan dapat meningkatkan ekonomi dan
menyediakan peluang pekerjaan

Faktor Ekonomi
Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar
Pandang ke Timur, pelaburan asing
digalakkan dari negara-negara Timur
(Jepun dan Korea)
Pada masa yang sama Malaysia juga
menjalin hubungan dengan negara-negara
sedang membangun dan negara Islam
bagi meningkatkan pasaran barangan
keluaran Malaysia dan mengadakan
pelaburan di negara tersebut

Syarikat bijih timah dan getah di negara kita pada


awal kemerdekaan kebanyakkannya dimiliki oleh
Amerika Syarikat dan Britain.

Faktor Politik

Malaysia berhak menentukan hala tuju masa


depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan
sejagat
Dasar luar negara menekankan pemeliharaan
kedaulatan negara-negara lain
Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan
keamanan di rantau Asia Barat
Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam
PBB bagi memelihara keamanan dunia
Malaysia tegas dengan pendirian menyokong
semua resolusi yang diambil oleh PBB bagi
mencapai dan mengekalkan keamanan dunia

Faktor Geografi
Malaysia kedudukan yang strategik
di Asia Tenggara dan bersempadan
dengan negara spt Singapura,
Thailand, Indonesia dan Brunei
Perairan Malaysia menjadi laluan
utama kapal-kapal perdagangan di
dunia.
Keselamatan negara serantau akan
mempengaruhi dan meninggalkan
kesan terhadap keselamatan negara

Faktor Sosial

Malaysia berbaik-baik dengan negara jiran


Krisis dengan negara jiran :
Konfrontasi(1963-1965), Singapura keluar
Malaysia(1965), terputus hubungan
Malaysia dengan Filipina(1963-1965)
Usaha dibuat untuk memelihara hubungan
dengan negara jiran melalui perjanjian:Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara(ASA)-1961 bersama-sama dengan
Thailand dan Filipina
MAPHILINDO-1962 (Malaysia,
Filipina,Indonesia)
ASEAN -1967(Malaysia, Thailand, Indonesia,
Filipina dan Singapura)

Faktor Demografi

Malaysia mengadakan hubungan diplomatik


dengan negara-negara Islam (majoriti penduduk
beragama Islam)
Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara Israel kerana dasar pencerobohan dan
penindasan peribumi Palestin
Amalan konsep perpaduan dan sikap komited
terhadap hak asasi manusia menyebabkan
Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang
diamalkan di Afrika Selatan
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan negara berkenaan sehingga undangundang aparteid dihapuskan oleh kerajaan Afrika
Selatan
Faktor kepelbagaian kaum di negara kita amat
mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

Dasar luar berbaik-baik dengan negara Islam


telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka

Perkembangan Dasar Luar Malaysia


Sejak merdeka dasar luar Malaysia
sentiasa berubah mengikut peradaran
masa dan perkembangan dunia
Dalam menentukan dasar luar negara,
perkembangan semasa penting
Pengaruh komunis yang kuat dan
perkembangan dunia yang sedang
menghadapi era Perang Dingin faktor
yang perlu diambil kira

Tiga Tahap
Tahap

Pertama
- Tunku Abdul Rahman (1957 1970)
Tahap Kedua
- Tun Abdul Razak(1972 1976)
Tahap Ketiga
- Dato Seri Dr Mahathir Mohamad
(1981 -2003)

Tahap Pertama

Dasar pro-Barat, antikomunis serta berbaik-baik


dengan negara jiran dan komanwel- politik,
ekonomi dan sosial
Faktor Politik ancaman komunis di negaranegara Asia Tenggara dan di dalam negara(PKM)
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan
daripada negara Komanwel- Britain, Australia dan
New Zealand
Bagi menyekat pengaruh komunis- Perjanjian
Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau AngloMalayan Defence Treaty(AMDA) 1956
British akan membantu Malaysia sekiranya
diserang oleh mana-mana negara

Komunis menjadi musuh


negara kita dan Asia Tenggara
pada awal-awal kemerdekaan.
Rasyid Maidin

Chin Peng

Tahap Kedua- Tun Abdul Razak (1972-1976)

Menjelang tahun 1970-an dasar luar mula berubah


kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara
Ini kerana AMDA kurang memainkan peranan dan
pengaruh Britain mela berkurang di Timur
Perubahan dasar berlaku kerana pergolakan yang
berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa
besar iaitu Amerika Syarikat dan China
Usaha-usaha dibuat :Pengisytiharan konsep Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan
anggota negara ASEAN
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara
komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,
Vietnam Utara dan Mongolia
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan
Vietnam (1976) dan masalah pelarian Vietnam di
Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negaranegara jiran

Tahap Ketiga Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad(19812003)

Masih mengekalkan dasar-dasar tahap keda


tetapi memberikan penekanan kepada
kepentingan ekonomi berkaitan isu-isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan:Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan
negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan
krisis Vietnam dan Kampuchea
Dasar Pandang ke Timur 1982 Jepun dan Korea
Selatan sebagai model bagi membangunkan
negara Malaysia
Bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia
mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang
baik seperti semangat mencintai negara,
kesungguhan dalam pekerjaan dan etika
pengurusan kerja yang baik

Tahap Ketiga
Mempertingkat hubungan dua hala dengan
negara-negara lain menerusi lawatan yang
dilakukan oleh Perdana Menteri ke negara
Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan
Pasifik Selatan
Misi perdagangan Malaysia akan turut
serta dan menandatangani perjanjian
perdagangan dua hala yang
menguntungkan kedua-dua pihak
Malaysia bukan sahaja perlu menjalin
hubungan politik dan perdagangan dengan
negara maju tetapi juga dengan negara
Dunia Ketiga

MALAYSIA DALAM
PERTUBUHAN
ANTARABANGSA

KOMANWEL
Dibentuk

pada tahun 1931


Anggotanya negara bekas tanah
jajahan Britain yang merdeka
54 negara maju dan negara sedang
membangun
Sekretariat Komanwel ditubuhkan
pada tahun 1965 beribu pejabat di
London

Matlamat
Membina semangat setia kawan dan
mewujudkan kerjasama dalam pelbagai
bidang
Selepas merdeka negara Komawel
membantu Malaysia memelihara
keamanan dan kedaulatan negara
menyekat perjuangan PKM
Perjanjian pertahanan dengan Britain,
Australia dan New Zealand menjanjikan
bantuan jika diserang oleh mana-mana
pihak.

Faedah Menyertai Komanwel

Mendapat bantuan pertahanan daripada negaranegara Komanwel dalam menyekat perjuangan


PKM
Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain ,
Australia dan New Zealand yang menjanjikan
bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh manamana pihak semasa konfrontasi
Mengadakan kerjasama pertahanan dengan
negara Komanwel
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan
Komanwel(CHOGM) memberi ruang untuk
Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan
bersama(setiap dua tahun)

Menganjurkan mesyuarat CHOGM(1989)


Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat
mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap
dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan
hak asasi manusia
Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain
dikenakan cukai yang rendah tetapi keistimewaan ini ditarik
balik selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan
Eropah(EU)
Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa
dalam bidang pendidikan
Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Bagi menghadapi komunis negara


kita membuat perjanjian pertahanan
dengan British

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB)

Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945


Ibu pejabat di san Francisco (asal)
berpindah ke New York 1946
Peringkat awal 51 buah anggota
189 buah 2002
Negara anggota perlu akur dengan
Piagam PBB iaitu satu perjanjian
antarabangsa yang menggariskan prinsipprinsip asas hubungan antarabangsa
Terdapat 4 matlamat Piagam PBB

Matlamat Piagam PBB


Menjamin keamanan dan keselamatan
dunia
Menggalakkan hubungan berbaik-baik
antara negara anggota
Bekerjasama menyelesaikan masalah
antarabangsa dan melindungi hak asasi
manusia tanpa mengira bangsa, agama
dan warna kulit
Menjadi pusat bagi mengharmonikan
tindakan negara-negara anggota

PERANAN MALAYSIA DALAM PBB


Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi
menamatkan perang saudara
Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989)
untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan
Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran Iraq
Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea
Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar
Apartheid di Afrika Selatan
Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan
dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara

Peranan Malaysia Dalam PBB


Menjadi ahli Bank Dunia
Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah
Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan
antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987.
Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua
persidangan tersebut
malaysia bekerjasama dan menyertai agensi
antarabangsa PBB kerjasama dalam pengeluaran
makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan
Pertanian(FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan
perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO)
dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di
bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya
Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO)

Peranan Malaysia Dalam PBB


Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB
tahun 1965, 1989 dan 1999
Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB
Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB
untuk menyelesaikan konflik politik negara
Myanmar.
Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin
dengan mengajurkan Persidangan
Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA
BERKECUALI (NAM)
Ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa
kemuncak Perang Dingin
Ahlinya negara-negara membangun di Asia, Afrika dan
Amerika Selatan
Terdiri daripada 113 buah negara, 16 buah negara
sebagai pemerhati dan 28 buah negara tetamu
jemputan
Matlamat penubuhan : Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong manamana blok barat atau blok komunis
Dasar berbaik-baik dengan semua negara

Prinsip Perjuangan NAM


Mengelakkan campurtangan asing dalam
hal ehwal sesebuah negara
Menghormati kedaulatan sesebuah
negara
Menyelesaikan pertelingkahan antara
negara melalui perundingan
dan
persefahaman
Menghormat hak asasi manusia

PERANAN MALAYSIA DALAM NAM

Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia


telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negaranegara sedang membangun
isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika
Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988
Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid
di Afrika Selatan
Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang
Kemuncak NAM di Belgrade
Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan
isu kerjasama politik negara anggota.
Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang
ke -13 pada tahun 2003.
Membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM
deklarasi Kuala Lumpur usaha menghidupkan NAM dan
pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan
Amerika Syarikat terhadap Iraq

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)


Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah,
Arab Saudi
Idea Tunku Abdul Rahman
Semasa ditubuhkan 57 buah negara dan tiga negara
sebagai pemerhati
Matlamat :
Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam
segala bidang
Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan
antara negara Islam
Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam
dihormati dan tidak dicemari

Sumbangan OIC
Memberikan bantuan kepada negara-negara
Islam yang menghadapi masalah spt : Menghantar pasukan perubatan ke Lubdan,
Bosnia dan Afghanistan
Bantuan kewangan kepada negara-negara Islam
yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan
Chad
OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam
bagi memberikan perkhidmatan kewangan
kepada negara anggota

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC


Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC
pertama
Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan
Iran-Iraq
Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin
berjuang mendapatkan semula tanah air daripada Israel
Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003
Menganjurkan persidangan menentang pengganas di
kalangan negara Islam 2002
Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC
untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa(UIAM)
Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan
negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan
ekonomi

Faedah Yang Diperoleh Daripada OIC


Pinjaman daripada Bank Pembangunan
Islam bagi melaksanakan projek-projek
pembangunan untuk kepentingan rakyat
OIC memberikan bantuan kepada
Malaysia untuk menubuhkan UIAM
Malaysia mendapat penghormatan
daripada negara-negara anggota kerana
amat serius memperjuangkan hak dan
kebajikan negara-negara Islam

NEGARA-NEGARA SELATAN

Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga.


Persamaan dari segi latar belakang
ekonomi.
Pernah dijajah oleh kuasa barat
Matlamat :Mengatasi harga eksport bahan mentah
Meningkatkan kerjasama ekonomi dan
teknikal dikalangan negara anggota
Mengurangkan pergantungan kepada
negara maju.

Ciri-Ciri Negara-Negara
Selatan(NNS)

Pernah menjadi tanah jajahan kuasa


Eropah.
Masih bergantung kepada negara maju
dalam pemasaran bahan mentah.
Ini kerana NNS tidak mempunyai
kepakaran dan modal untuk memproses
bahan mentah menjadi barangan siap.
Pergantungan ini membawa kepada syarat
perdagangan yang tidak adil seperti
kawalan terhadap harga bahan mentah
dikawal oleh negara maju.
Menanggung kadar faedah yang tinggi
akibat pinjaman yang dibuat daripada
negara maju

Peranan Malaysia

Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan(idea


Dr.Mahathir semasa Sidang Kemuncak NAM di
Zimbabwe)
Menubuhkan kumpulan 15(G15) 1989
Mengadakan sidang kemuncak G15 yang
pertama di Kuala Lumpur pada 1990
Mengadakan kerjasama dalam bidang sains
dan teknologi
Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan
Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala
Lumpur(SITTDEC)
Menubuhkan Sistem Keistimewaan
Perdagangan Global(GDTP)
Menubuhkan kemudahan kredit dan
mekanisme kewangan pembiayaan
perdagangan.

MALAYSIA DALAM
PERTUBUHAN
SERANTAU

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA


TENGGARA(ASA)

Dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina.


Setelah merdeka, negara Malaysia dan serantau
diancam hebat oleh pengaruh komunis
PKM diharamkan dan melancarkan gerakan gerila
menjatuhkan kerajaan
Di negara-negara jiran Thailand dan Filipina
turut menghadapi ancaman komunis
Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan
negara-negara jiran untuk membendung
ancaman komunis
Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan
ASA
Diharapkan ASA dapat melindungi negara-negara
anggota daripada ancaman komunis dan menjalin
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial
31 Julai 1961, ASA telah ditubuhkan

MATLAMAT ASA
Menjalinkan

kerjasama dalam bidang


ekonomi, sains dan sosial
Memberikan dan menyediakan
kemudahan latihan dan penyelidikan
dalam bidang sains dan teknologi
Mengekalkan serta menjamin
keselamatan dan kestabilan politik
negara-negara serantau
ASA dibubarkan pada tahun 1963

Perdana Menteri Tanah Melayu,


Negara Thai dan Presiden Filipina
bersepakat menubuhkan ASA

MAPHILINDO

Dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia


Tujuannya:
Untuk meningkatkan perhubungan persahabatan
menyelesaikan pertelingkahan antara MalaysiaFilipina dan Malaysia-Indonesia berkaitan dengan
cadangan pembentukan Malaysia
Indonesia tidak bersetuju menganggap sebagai
neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru
Tentangan Filipina menuntut Sabah yang
didakwa masih menjadi hak milik negara mereka
Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina
dan Indonesia penubuhan MAPHILINDO
Mencapai kata sepakat untuk memohon bantuan
PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah tentang pembentukan
Malaysia

PBB menghantar perwakilan pada tahun


1963 diketuai oleh Lawrence V.Michael
More untuk meninjau pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah
Hasilnya majoriti rakyat bersetuju dan
menyokong pembentukan Malaysia
Indonesia dan Filipina tidak berpuas hati
dengan hasil siasatan PBB dan terus
menentang pembentukan Malaysia
Persengketaan yang berterusan
menyebabkan MAPHILINDO tidak berfungsi
lagi

PERSATUAN NEGARA-NEGARA
ASIA TENGGARA(ASEAN

Peta menunjukkan negara-negara anggota ASEAN

Dtubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripada


Deklarasi Bangkok
Matlamat : Mengekalkan kestabilan politik dirantau Aia
Tenggara
Membantu antara satu sama lain dalam
bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan
Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui
kerjasama dalam bidang pertanian,
perdagangan dan perindusterian.
Memberi kerjasama dan membantu dalam
bentuk latihan dan penyelidikan
Mengadakan perhubungan yang erat dengan
pertubuhan serantau dan antarabangsa

PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM


ASEAN

Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November 1971.


Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN
sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan
campur tangan kuasa-kuasa besar
Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan
Demokratik Campuran Kampuchea.
Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan
pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan
atau senjata nuklear.

Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya


projek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta di Acheh
Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang
diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di
Singapura 1992.
Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan
Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan
kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun
dan Korea Selatan.
Idea Dr Mahathir tetapi ditentang oleh Amerika
Syarikat dan negara-negara maju.
Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan
melalui konsep ASEAN + 3
Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama
ASEAN + 3(China,Jepun dan Korea)

Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan


dengan menyertai Pertubuhan Menteri - Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan
tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang
yang berkaitan
Membina Pusat Serantau untuk Sains dan
Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan
dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan
dan kesenian.
Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN.
Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan
radio.
Menganjurkan Sukan SEA.
Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat
ASEAN 1992.

Globalisasi

Globalisasi - Perubahan dunia tanpa sempadan


kerana kepesatan atau kepantasan IT.
Segala aspek penting kehidupan seperti barangan,
modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai
menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat.
Perubahan ini semua kerana kemajuan teknologi
khasnya ICT.
Dua pandangan tentang globalisasi;
Berfaedah (kunci kepada pembangunan ekonomi
dunia pada masa depan).
Tidak Berfaedah (meningkatkan jurang Bandar/luar
Bandar dan negara maju/membangun, menyekat
peluang pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan
menghindarkan perkembangan sosial).

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

ICT - kaedah/peralatan yang membolehkan proses


komunikasi berlaku dengan pantas, mudah dan
berkesan tanpa mengira sempadan.
Bagi menyahut cabaran ini Malaysia telah
menyediakan prasarana ICT dan menjalankan
promosi penggunaan ICT.
Bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020, Projek MSC
memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa
sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.
Peralatan ICT baru seperti internet, teknologi
telekomunikasi telefon mudah alih kini menjadi
pemangkin hubungan antara manusia dan antara
negara, dan ia berlaku dalam jangkamasa yang
singkat.

Koridor Raya Multimedia (MSC)

Kerajaan Malaysia menggalakkan ICT kerana


perlaksanaan k-ekonomi akan berjalan lancar
dan seterusnya ekonomi negara membangun
dan meletakkan Malaysia terbaik pada era
globalisasi ini.
MSC yang dilancarkan pada 27 Jun 1998,
ialah kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur
City Center (KLCC) sehingga ke KLIA.
MSC dibangunkan berperingkat dan akan
mencakupi seluruh negara.
Tujuan MSC untuk memanfaatkan IT dan
multimedia global, seterusnya melahirkan
masyarakat bermaklumat.

K-ekonomi

K-ekonomi, ialah ekonomi berlandaskan pengetahuan


merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan
ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang
dapat membawa kemajuan.
Sebelum ini, dunia mengukur kekayaan negara
berdasarkan simpanan emas, tanah jajahan dan
sumber semula jadi. Kemudiannya beralih kepada
jumlah hasil barangan pertanian atau industri.

Ciri K-ekonomi

Bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan


perkhidmatan, teknologi dan industri berasaskan
pengetahuan akan menjana keuntungan, kemajuan
perniagaan, pekerjaan dan perkongsian pintar.
Sumber paling berharga ialah modal intelek dan
pekerja berpengalaman.
Modal intelek boleh dihasilkan melalui kekayaan
pengetahuan, dan semangat daya saing yang tinggi.
Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan untuk
membangunkan industri berasaskan pengetahuan.
Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan
kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui
penyelidikan dan pembangunan (R&D).
R&D akan menggalakkan penciptaan baru dan
pendaftaran paten.

K-masyarakat

K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang


sentiasa membaiki dan memperkayakan diri dengan
ilmu pengetahuan agar terus dapat bersaing.
Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang
hayat.
Prasarana K-Masyarakat khasnya pendidikan di
Malaysia ditumpukan contohnya Sekolah Wawasan
(memupuk perpaduan melalui interaksi murid
pelbagai kaum yang berdaya saing) dan Sekolah
bestari pula lengkap dengan IT.
Kurikulum turut diubahsuai agar dapat melahirkan
pelajar yang kreatif, dinamis, kritis dan analitis.
Usaha ini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja
yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan
berkemahiran tinggi.

You might also like