You are on page 1of 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBME 2203 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 3


SEMESTER JANUARI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)
________________________________________________________________________

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum/ pada Tutorial ke-4.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan markah (0) akan diberikan.

1
SOALAN TUGASAN

“Budi Bahasa Budaya Kita” merupakan satu amalan yang bertujuan untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika dan keperibadian mulia.

Jawab soalan berikut berasaskan pernyataan di atas.

1. Teori keperibadian mulia mempunyai inti pati dan tujuan yang tertentu dalam
melahirkan insan yang bermoral dan beretika.

Jelaskan pernyataan ini dan kritikan terhadap teori ini.


( 10 markah )

2. Matlamat utama “Gagasan 1 Malaysia” ialah melahirkan masyarakat Malaysia


yang bersatu-padu, hidup harmoni dan berbudi bahasa.

Merujuk kepada penyataan tersebut, bincangkan dengan terperinci tentang


peranan dan langkah-langkah yang harus dimainkan oleh seseorang Guru
Pendidikan Moral dalam melahirkan masyarakat Malaysia selaras dengan gagasan
1 Malaysia.

( 20 markah )

[ Jumlah: 30 Markah ]

2
PANDUAN PELAJAR

Anda dikehendaki:

1. Membuat rujukan dan bacaan luas tentang Teori Keperibadian Mulia dan Gagasan
1 Malaysia melalui sumber-sumber bercetak contohnya Surat khabar, buku-buku
ilmiah dan majalah-majalah seperti Dewan Masyarakat.

2. Pelajar juga harus membaca buku yang bertajuk “100 hari Dato Seri Najib
menjadi Perdana Menteri Malaysia”.

3. Pelajar juga digalakkan membuat pencarian di Internet dan muat turun perkara-
perkara yang berkaitan.

4. Pelajar juga digalakkan membuat lawatan dan tinjauan untuk menemu ramah
dengan pihak-pihak tertentu bagi mendapatkan maklumat dan informasi tentang
gagasan 1 Malaysia.

5. Pelajar dikehendaki menginterpretasikan segala maklumat dan kaitkan dengan


peranan Guru Moral dalam membentuk insan selaras dengan gagasan 1 Malaysia.

3
PANDUAN TUTOR/ PENSYARAH

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan
Penulisan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan
memasukkan markah kedalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar.

RUJUKAN

1. Modul HBME 2203 Pendidikan Moral: Tahun 3


2. “100 hari Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia.”
3. Muat turun daripada Internet.
4. Buku-buku Ilmiah.