You are on page 1of 13

Zaiton Bt.

Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

1. PENGENALAN

Motivasi merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi dikalangan manusia di dunia pada
hari ini. Ia merupakan satu kaedah untuk mempengaruhi, mendorong dan memujuk tingkah
laku manusia supaya melakukan sesuatu yang diperlukan diri sendiri ataupun untuk orang
lain. Motivasi adalah satu perkara yang penting dalam menjana mutu kerja dan seterusnya
meningkatkan prestasi sesebuah organisasi sama ada organisasi itu awam ataupun swasta.
Selagi kita bergelar manusia, akan ada sikap ketidaksempurnaan didalam diri kita. Oleh yang
demikian kita perlu mempunyai satu dorongan agar kita dapat mengatasi sifat tersebut.
Sebagai seorang manusia yang memerlukan satu kehidupan serta keperluan bagi menempuh
hidup dalam dunia ini maka satu konsep motivasi amat perlu supaya kehidupan kita menjadi
lebih sempurna dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia di atas muka
bumi ini. Dengan adanya kaedah motivasi sekurang-kurang ia dapat memberi satu titik tolak
kepada kita dalam melakukan apa jua kerja supaya ia menjadi lebih baik dan sempurna. Ia
juga dapat memajukan negara dalam pelbagai aspek dan ini membantu melancarkan
perjalanan kerja dan proses kemajuan.

2. MOTIVASI

Perkataan motivasi adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu “motivation”.
Perkataan asalnya ialah "motive" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu/Bahasa
Malaysia kepada “motif”, yakni bermaksud “tujuan”. Di dalam surat khabar, kerap pemberita
menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab
atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. Jadi ringkasnya, oleh kerana
perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang
itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau
mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif. 

Ahmad Athory Hussain 2002 menyatakan, motivasi adalah sesuatu yang menggerak
dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau
positif. Motivasi sebagai pendorong tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan
matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Oleh yang demikian, wawasan, cita-cita,
impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan
pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang

1
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

dihajatkan. Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih
serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau
negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau
hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu
untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya. Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini
bahawa motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak
utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan.
Motivasi juga adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang
berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.

3. KONSEP MOTIVASI

Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau traits. Sebagai
contohnya, ada individu yang bertindak melakukan sesuatu disebabkan keinginan yang tinggi
untuk berjaya tetapi ada pula yang bertindak disebabkan takut untuk gagal, ini mungkin juga
mereka bertindak kerana minat yang sangat mendalam dalam perkara itu dan mungkin pula
semata-mata disebabkan rasa bertanggungjawab. Ada pula ahli psikologi yang berpendapat
bahawa konsep motivasi dirujuk kepada keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja. Sebagai
contoh, semua Pensyarah yang mengikuti kelas psikologi berusaha memberi sepenuh
perhatian terhadap kuliah hari itu kerana mereka tahu apa yang diajar penting untuk ujian
kenaikan pangkat. Pada dasarnya, motivasi yang terbentuk pada sesuatu ketika itu adalah
gabungan antara traits diri dan keperluan pada masa itu.

4. CIRI-CIRI UTAMA MOTIVASI

4.1 Pembentukan Matlamat

Seseorang individu terdorong untuk melakukan sesuatu tindakan apabila mempunyai


matlamat atau tujuan yang jelas. Matlamat merupakan satu bentuk tenaga psikologi yang akan
mendorong individu untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang sesuai. Matlamat seseorang
pula berkait rapat dengan tahap keinginan individu untuk cuba memenuhi segala aspek
keperluan dalam hidup.

2
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

4.2 Pembentukan Pemikiran

Bentuk pemikiran haruslah jelas terhadap apa yang sedang dilakukan dan mempunyai
keupayaan untuk memproses maklumat dalam merealisasikan jenis pekerjaan yang sedang
dilakukan. Motivasi memerlukan individu yang mampu untuk membuat keputusan dan
menanggung akibat di sebalik keputusan dan tindakan yang telah diambil.

4.3 Pembentukan Proses Sosial

Motivasi akan lebih berjaya sekiranya individu berjaya mendapat sokongan dan bantuan yang
sewajarnya daripada rakan-rakan sekerja dalam melakukan sesuatu tindakan. Sokongan dan
kerjasama yang diperolehi akan mendatangkan kesan yang hebat kepada tahap motivasi
seseorang individu. Sosial yang baik dapat menghalau segala bentuk masalah, halangan atau
kesukaran semasa menjalankan sesuatu tindakan.

5. JENIS MOTIVASI

Terdapat beberapa jenis motivasi yang telah digunakan untuk menjadikan manusia itu kearah
yang lebih baik, tidak kira dari segi kerja, pembelajaran atau dari segi yang lain, yang pasti ia
adalah untuk menjadikan hidup kearah yang lebih sempurna. Antara jenisnya ialah:

5.1 Motivasi Berdasarkan Ketakutan

Merupakan satu bentuk motivasi yang berlaku kerana mempunyai perasaan takut kepada
sesuatu seperti takut kepada ketua, dibuang kerja atau ditangkap. Sebagai contoh seseorang
yang melalui motivasi ini akan melakukan kerja yang diberikan kerana ia takut, jika tidak
berbuat demikian maka ia akan diberhentikan atau tidak akan dibayar gajinya seperti orang
lain. Motivasi ini kebanyakan berlaku kepada pekerja yang malas dan tidak berdedikasi.

5.2 Motivasi Berdasarkan Keinginan

Satu bentuk motivasi yang berlaku kerana keinginannya kepada sesuatu seperti untuk
mendapat pujian, bonus dan sebagainya. Mereka ini melakukan kerja hanya mengharapkan
ganjaran semata-mata. Sebagai contohnya seseorang yang melakukan kerja tidak daripada

3
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

keikhlasannya sendiri. Ia melakukan hanya kerja jika dapat timbalan yang setimpal dengan
apa yang dilakukan. Jika tidak mereka hanya akan melakukan kerja mengikut apa yang
disuruh sahaja.

5.3 Motivasi Berdasarkan Dorongan Pemikiran Dalaman Dengan Dilakukan Atas


Tujuan Hidupnya

Motivasi ini berlaku adalah diatas kehendak diri sendiri supaya menjadi lebih maju bekerja
dengan ikhlas dan tidak memikirkan kepada apa bentuk anisiatif yang akan diperolehi.
Didalam sesebuah organisasi pekerja serupa inilah yang diperlukan, ini kerana ia dapat
meninggikan lagi produktiviti organisasi tersebut.

6. MENGAPA ORGANISASI PERLU KEPADA MOTIVASI

i. Memotivasikan diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri ke tahap yang diingini
untuk kejayaan sesebuah organisasi.

ii. Organisasi yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam
memotivasikan diri. Dia akan memulakan daripada setiap pekerja, kerana itulah yang
memiliki kunci penggerak organisasi tersebut.

iii. Mustahil untuk memotivasikan diri orang lain sebelum setiap ahli organisasi itu belajar
memotivasikan diri sendiri terlebih dahulu.

iv. Alasan yang sering menyebabkan kegagalan sesebuah organisasi itu adalah kerana
mengabaikan tenaga motivasi setiap individu.

v. Peluang untuk berjaya ada di organisasi bagi orang yang mengerti dan menggunakan
motivasi diri sendiri.

vi. Orang yang bermotivasi melibatkan diri sendiri manakala orang biasa hanya berjanji.

vii. Pada asasnya, apa yang organisasi perolehi bergantung pada bagaimana kita
menyesuaikan apa yang kita mahu dengan motivasi untuk kejayaan sesebuah organisasi.

viii. Tenaga motivasi datang daripada satu tindakan perancangan yang teguh dan
pelaksanaan rancangan itu dalam kehidupan setiap hari.

4
r
e
v
i
t
o
T
M
-
s
a
ix.

7.
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

Sekiranya kita tidak dapat memanfaatkan tenaga dan potensi sendiri, mental akan
terlantar sepanjang hayat dan organisasi juga turut tersungkur.

TEORI-TEORI MOTIVASI

Rajah 1

Rajah 1 secara keseluruhanya dapat dinyatakan bahawa teori-teori motivasi adalah terbahagi
kepada 4, akan tetapi, yang hendak dibincangkan adalah 2 jenis teori sahaja, iaitu teori
motivasi Maslow dan Mcgregor. Akan tetapi 2 lagi teori lain iaitu Herzberg dan teori Z juga
penting dan merupakan teori yang juga popular dalam melahirkan sesebuah organisasi yang
sempurna.

8. ABRAHAM MASLOW

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York pada tahun 1908. Nama sebenar
Abraham Maslow adalah Abraham Harold Maslow. Dalam hidupnya beliau lebih menyayangi
bapanya dari ibunya. Ini adalah kerana Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik
beradiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow. Selain itu Maslow
juga sering dihina oleh ibunya sehingga menyebabkan beliau marah dan benci kepada ibunya.
Dengan perasaan benci dan marah kepada ibunya menyebabkan beliau enggan menghadiri
upacara pengkebumian ibunya. Hubungan Maslow dengan ayahnya adalah rapat sehinggakan
beliau amat menyayangi bapanya dan menganggap bapanya sebagai kawan. Beliau sering
dianggap sebagai anak bapa dan bukannya anak emak.

Dalam bidang akademik pula beliau mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti
Wisconsin pada tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau telah diterima
bekerja di Brooklyn College diantara tahun 1937 - 1951. Pada tahun 1951 pula, beliau

5
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

meneruskan kerjayanya dalam bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts dan


pernah dilantik sebagai Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama.
Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel–artikel berkaitan dengan perasaan
dirinya sendiri, pandangan beliau terhadap orang lain dan juga perasaan ke atas kesihatan
dirinya. Pada tahun 1928 beliau telah berkahwin dengan Bertha dan pada usia 62 tahun beliau
telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

8.1 Motivasi Menurut Maslow

Mengikut Fadhilah Mansor 2007 menyatakan bahawa seorang ahli psikologi klinikal Amerika
iaitu Abraham Maslow telah memperkenalkan satu teori tingkah laku individu yang berkait
rapat dengan tingkat keperluan. Beliau berpendapat sekiranya seseorang telah dapat
memenuhi semua keperluan dalam hidup maka individu tersebut telah berjaya dalam
menentukan hidupnya. Maslow mengaitkan kepentingan memenuhi semua tingkat keperluan
dengan tahap motivasi individu dalam pengurusan strategik. Jika individu berjaya memenuhi
semua keperluan maka individu tersebut akan berperanan dengan lebih aktif dan ceria sebagai
seorang pekerja dalam apa jua bentuk organisasi. Individu tersebut akan dapat memberikan
sumbangan terhadap pengurusan dengan lebih ikhlas, mempunyai dorongan, sanggup
berusaha dengan lebih gigih dan menjadi lebih produktif.

Teori hierarki Maslow menjelaskan bahawa setiap individu perlu memenuhi segala
keperluan asas untuk mencapai kesejahteraan dalam hidup. Lima keperluan ini harus dipenuhi
oleh individu untuk mengelak diri dari mengalami perasaan kekurangan berbanding individu
lain. Lima asas keperluan menurut Maslow ini telah disusun dalam bentuk hierarki yang
bermula daripada aspek fisiologi sehinggalah kepada keperluan pencapaian hasrat diri.
Menurut Maslow, setiap individu hanya mempunyai satu keperluan hidup dalam satu masa
yang tertentu. Setelah satu-satu keperluan tersebut berjaya dipenuhi, keperluan tersebut tidak
dapat lagi memberikan semangat dan dorongan kepada individu berkenaan untuk bekerja
dengan lebih teguh.

6
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

8.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow

Habibah Elias 2003 menyatakan Abraham Maslow mengemukakan Teori Hierarki Keperluan
bentuk piramid dengan andaian bahawa manusia dimotivasi oleh keperluan asas. Terdapat
lima keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh manusia iaitu:

nS
aan
n KeK en
nnd
osia dirli
iri
Fisio logi
ata
rgaa n
Pensemp
gha
Ke sel
Keper
Keperl
am
lur
uaua n
Ke per lua n
1.
.   3.    2.
  4.
5.

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan tingkat Hierarki Keperluan Maslow yang berbentuk piramid dimana
keperluan-keperluan tersebut mesti dicapai mengikut susunan yang telah ditetapkan. Bermula
dengan keperluan yang pertama iaitu keperluan fisiologi ataupun dikenali dengan nama lain
iaitu keperluan asas dalam kehidupan manusia, selepas itu keperluan keselamatan, keperluan
sosial, keperluan penghargaan kendiri dan yang terakhir sekali ialah keperluan kesempurnaan
kendiri.

8.2.1 Keperluan Fisiologi

Merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup. Manusia perlukan udara, air,
makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa
ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.
Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini
adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisasi, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini
merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan
mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Selain itu, salah satu lagi yang termasuk
dalam keperluan asas manusia adalah keperluan seks.  Keperluan ini akan mencapai
kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh.   Melalui keperluan ini, setiap
individu dapat mengetahui peranan jantina masing-masing.  Mereka perlu berkahwin untuk

7
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

memenuhi keperluan seks.  Individu tidak dapat melakukan tugasan lain kerana keperluan ini
adalah merupakan  keperluan utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Semua keperluan ini
dapat dipenuhi dengan pembayaran gaji oleh majikan, apabila pembayaran dibuat maka
manusia dapat memenuhi keperluan asas untuk hidup dan untuk melakukan keja dengan
bertenaga dan bersungguh-sungguh.

8.2.2 Keperluan Keselamatan

Fadillah Mansor 2007, Setelah keperluan pertama dicapai, manusia akan mencari keselamatan
hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang–undang serta membebaskan diri daripada
ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin
kesejahteraan hidup. Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat
penting dalam hidup.  Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan
kekuatan yang berbeza-beza. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan
menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini
dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. 
Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup
dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk
mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi.  Sebagai contoh semasa dalam
kesakitan seorang kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa.  Sikap kepekaan dan
keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga
keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958)
berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan
orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak. 

8.2.3 Keperluan Sosial

Ini merupakan peringkat keperluan kehidupan ketiga dalam teori hierarki Maslow. Keperluan
sosial ini dianggap penting kepada individu apabila keperluan keselamatan telah dapat dicapai
sepenuhnya oleh individu. Keperluan ini akan dipenuhi apabila individu merasakan dirinya
adalah sebahagian daripada organisasi, merasa diri disayangi dan dikasihi, perasaan dipunyai,
mempunyai teman dan merasa diperlukan oleh organisasi. Keperluan sosial ini berkait rapat
dengan interpersonal dan interaksi dalam organisasi. Kestabilan psikologi akan dirasai apabila
individu mempunyai rakan dalam organisasi dan dapat bersosialisasi dan bukannya terpaksa

8
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

bekerja secara bersendirian atau berasingan daripada orang lain. Maslow menetapkan ketiga-
tiga peringkat keperluan tersebut sebagai perkara penting dan asas yang patut dipenuhi oleh
pihak pengurusan strategik organisasi supaya berjaya menghasilkan tenaga pekerja yang
sentiasa bermotivasi, berdaya saing dan bersemangat dalam menjalankan tugas dan peranan.
Selain daripada tiga peringkat keperluan tersebut Maslow menetapkan dua peringkat
keperluan tambahan ke atas individu untuk dipenuhi. Dua keperluan ini merupakan
kesinambungan daripada ketiga-tiga keperluan tadi yang menjadi sumber terkuat untuk
mendorong individu dalam menjalankan kerja. Keperluan peringkat keempat dan kelima ini
akan terus mendorong individu untuk meningkatkan lagi tahap keupayaan kerja pada tahap
yang maksimum.

8.2.4 Keperluan Penghargaan Kendiri

Keperluan pengharagaan kendiri merupakan peringkat keempat dalam teori keperluan


Maslow selepas semua keperluan di peringkat pertama, kedua dan ketiga dipenuhi. Pada
peringkat keempat ini keperluan penghargaan kendiri atau harga diri akan memainkan
peranan yang penting untuk mendorong seseorang individu untuk bekerja dengan
bersungguh-sungguh. Keperluan ini adalah seperti keperluan seseorang individu untuk
merasakan dirinya dihormati, dihargai dan diiktiraf oleh pihak pengurusan strategik
organisasi. Keperluan ini adalah penting kerana individu yang merasakan harga dirinya tinggi
dan diiktiraf oleh orang lain akan mendatangkan rasa keyakinan diri yang tinggi, konsep
kendiri yang positif dan penghargaan kendiri yang tinggi. Situasi ini akan menyebabkan
individu merasa selesa untuk bekerja, mencurahkan tenaga secara ikhlas tanpa paksaan
daripada mana-mana pihak dan persekitaran kerja yang sihat. Keperluan jenis ini akan wujud
dalam organisasi apabila terdapat aktiviti-aktiviti yang berbentuk pujian, pengiktirafan dan
penghargaan terhadap individu yang cemerlang hasil daripada tugas dan peranan yang telah
berjaya diberikan (Atan Long 1976).

8.2.5 Keperluan Kesempurnaan Kendiri

Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu
inginkan kesempurnaan kendiri. Peringkat ini merupakan keperluan yang paling tinggi dan
terakhir dalam teori keperluan Maslow. Pencapaian hasrat diri ini merupakan satu keperluan

9
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

untuk merealisasikan kehebatan dan kebolehan diri individu. Peringkat ini membolehkan
individu menonjolkan potensi dan bakat diri yang sebenar bagi menjayakan sesuatu tugas
yang diberikan. Keperluan jenis ini boleh dipenuhi dalam organisasi melalui pengagihan
tanggungjawab yang lebih mencabar dengan mewujudkan program-program berbentuk
latihan atau sistem kerja yang sistematik yang menyediakan peluang-peluang peningkatan diri
kepada individu (Noordin Yahaya 2005).

i. Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

Mengikut Maslow, manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia


yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat merealisasikan
pontesinya. Ciri–ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri
ialah, antaranya :
a. Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan
kebajikan orang lain;
b. Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan;
c. Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada
apa yang dipercayainya walaupun tidak popular;
d. Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen,
adat resam, dan seumpamanya;
e. Seronok bersama kawan–kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka;
f. Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru; dan
g. Bersikap objektif.

9. TEORI X DAN TEORI Y OLEH MCGREGOR

Teori X dan teori Y merupakan teori terakhir yang diklasifikasikan dibawah pendekatan
hubungan manusia. Teori X dan Teori Y (1960) dikemukakan oleh Douglas McGregor. Teori
X dan Teori Y mewakili pelbagai andaian berkaitan fungsi pengurusan sesebuah organisasi
yang menjadi panduan kepada pengurus. Teori X mewakili persepsi negatif pengurus tentang
pekerja dalam sesebuah organisasi. Sebaliknya, Teori Y pula mewakili andaian-andaian yang
positif tentang kakitangan sesebuah organisasi.

10
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

9.1 Teori X

(i) Pengurus bertanggungjawab untuk menguruskan elemen-elemen produktiviti seperti


wang, bahan dan manusia dalam konteks yang bermatlamatkan ekonomi;
(ii) Dalam hal yang berkaitan dengan manusia selaku pekerja, pengurusan organisasi
merupakan kegiatan untuk mengarahkan usaha pekerja, memotivasikan pekerja,
mengawal tindakan pekerja dan mengubahsuai tingkah laku pekerja selaras dengan
keperluan dan kehendak organisasi;
(iii) Pihak pengurus perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti organisasi kerana pekerja
adalah pasif dan mungkin melakukan tingkah laku yang bertentangan dengan
kehendak organisasi. Dengan itu, pekerja perlulah dipujuk, dihukum, dikawal dan
aktiviti mereka mestilah diarah. Memberikan arahan merupakan tugas pihak
pengurusan;
(iv) Purata pekerja bekerja ialah bekerja sesedikit yang mungkin;
(v) Pekerja kurang bercita-cita, tidak gemar mengambil tanggungjawab dan lebih gemar
diarah;
(vi) Lebih mementingkan diri sendiri yang mungkin bertentangan sama sekali dengan
kehendak organisasi;
(vii) Secara semula jadinya mereka menolak perubahan; dan
(viii) Tidak begitu pintar.

McGregor menegaskan bahawa kebanyakan pengurus organisasi berpegang kepada


andaian di atas walaupun pada hakikatnya andaian itu tidak benar. Beliau percaya bahawa
pengurus harus mengkonseptualisasikan pekerja sebagai dimotivasikan oleh keperluan
hierarki tertinggi seperti yang dicadangkan oleh Maslow dan berupaya untuk bekerja sendiri.
Ini digambarkan dalam Teori Y.

9.2 Teori Y

(i) Daya usaha fizikal dan mental untuk bekerja secara semula jadinya sama seperti
bermain dan berehat;
(ii) Faktor luaran dan ancaman kepada hukuman bukanlah merupakan satu-satunya cara
untuk menggerakkan daya usaha pekerja kearah mencapai matlamat organisasi.

11
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

Ganjaran yang paling signifikan seperti kepuasan terhadap ego dan penghargaan
kendiri boeh merangsang usaha ke arah pencapaian matlamat organisasi;
(iii) Secara puratanya manusia tidak hanya boleh menerima tanggungjawab tetapi turut
mencari tanggungjawab;
(iv) Keupayaan untuk menyelesaikan masalah organisasi secara kreatif ada di mana-mana
dan pada setiap pekerja; dan
v) Potensi intelektual manusia perlu digunakan sepenuhnya.

Dengan itu, Teori X mengandaikan bahawa daya usaha yang kukuh perlu dilakukan oleh
pengurus untuk memotivasikan pekerja yang secara asasnya tidak bermotivasi. Sebaliknya,
pengurus yang berpegang kepada Teori Y pula mengandaikan bahawa pekerja amat
bermotivasi untuk memenuhi keperluan kepada pencapaian dan self-fulfillment dan menjadi
tugas pengurus untuk merangsang keinginan semula jadi pekerja yang pintar dan bermotivasi
ini.

10. KESIMPULAN

Dengan adanya motivasi didalam sesebuah organisasi dapat menjadikan ia sebagai sebuah
organisasi yang lebih baik dan meningkatkan lagi mutu kerja disesebuah organisasi itu
sendiri. Jika motivasi tidak ada didalam organisasi maka kerja tidak menjadi lebih baik dan
hanya kepada statik sahaja dan mungkin semakin menurun. Motivasi secara jelasnya adalah
suatu yang perlu kepada sesebuah organisasi kerana dengan adanya motivasi, maka keadaan
organisasi akan bertambah cekap dan efisyen. Maslow yang menggunakan teori hierarki
keperluan telah menyatakan bahawa manusia sangat memerlukan kepada kelima-lima perkara
tersebut mengikut pencapaian secara bertingkat yang bermula dari keperluan fisiologi dan
seterusnya dapat mencapai secara satu persatu. Manakala McGregor pula dengan teori X dan
Y nya yang memperjelaskan konsep individu yang bekerja dalam sesebuah organisasi. X yang
mewakili pekerja yang malas bekerja dan Y pula yang mewakili indivudu yang rajin berkerja.
Kesemua teori yang diutarakan oleh mereka berdua mempunyai kesinambungan tersendiri
dan memberi manfaat kepada organisasi supaya lebih berproduktiviti dan berdaya saing.

12
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)
SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

RUJUKAN

Athory Hussain 2002, Edisi Kedua Pengantar Pentadbiran Awam (Asas Pemikiran Dan
Falsafah): Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996).  Motivasi Dalam Pendidikan.Kuala  Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd..

Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah.  Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 

Atan Long (1976).  Psikologi Pendidikan.  Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa   dan Pustaka.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Fadillah Mansor 2007 Keperluan Motivasi Dalam
Pengurusan Kerja Berkualiti Dari Perspektif Pemikiran Islam

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya, Noordin Yahaya 2005 Pembangunan


Kendiri: Terbitan Universiti Teknologi Malaysia

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias 2003 Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan: Karisma
Publications Sdn. Bhd. Shah Alam.

13

You might also like