You are on page 1of 115

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 1

FIZIK DAN PENGUKURAN DALAM KEHIDUPAN


HARIAN

Sinopsis
Sains fizik adalah berasaskan beberapa prinsip dan melibatkan perkembangan
konsep. Aplikasi prinsip-prinsip dan konsep-konsep biasanya melibatkan
melibatkan satu atau lebih kuantiti-kuantiti fizik. Hampir seluruh dunia
menggunakan sistem metrik dalam kehidupan harian. Satu adaptasi sistem
metrik digunakan oleh untuk kegunaan sains, perdagangan dan komunikasi.
Sistem ini dikenali sebagai sistem SI (System International)
Hasil Pembelajaran
1. Menukarkan kuantiti fizik dari satu unit ke unit yang lain
2. Menulis kuantiti fizik yang sangat besar atau sangat kecil ke dalam bentuk
piawai
3. Menulis kuantiti fizik kepada angka bererti yang sesuai
4. Menyatakan teknik-teknik pengukuran yang sesuai
Gambaran Keseluruhan
pe

r
u
a
n
u
n

e
t

r
h

z
a

g
i

a
n

k
m

d
i

u
p

Rajah 1.1 Gambaran Keseluruhan Isi kandungan


Isi Kandungan
1.1 Pertukaran Unit
Seperti sistem nombor, sistem metrik adalah satu sistem perpuluhan. Imbuhan
digunakan untuk menukar unit SI dalam kuasa sepuluh. Contohnya, satu
persepuluh meter adalah satu desimeter, satu per seratus meter adalah
sentimeter.
1

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Unit metrik untuk semua kuantiti menggunakan imbuhan yang sama. Contohnya,
satu per seribu gram adalah satu miligram, dan satu ribu gram adalah satu
kilogram. Oleh itu, untuk menggunakan unit-unit SI dengan berkesan, adalah
penting untuk mengetahui maksud imbuhan-imbuhan seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1
Imbuhan
Nilai
Melayari Internet

(1 jam) Bentuk Piawai

Simbol

Tera

1 000 000 000 000

1012

Giga

1 000 000 000

109

Mega

1 000 000

106

Kilo

1 000

103

Desi

0.1

10-1

Senti

0.01

10-2

Mili

0.001

10-3

Mikro

0.000 001

10-6

Nano

0.000 000 001

10-9

Piko

0.000 000 000 001

10-12

Layari laman web berikut untuk mengumpul maklumat mengenai Unit SI dan
sejarah perkembangan Unit SI. Sediakan satu rumusan terhadap kefahaman
anda mengenai Unit SI dalam buku nota refleksi.
http://www.bipm.org/en/si/
http://en.wikipedia.org/wiki/SI
2

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Contoh:
Apakah nilai yang sama dengan 500 milimeter dalam meter?
Jawapan:
Dari Jadual 1.1, kita lihat faktor pertukaran adalah
1 milimeter = 1 x 10-3 meter
Maka, 500mm adalah

(500 mm)

1 10 3 m
1mm

= 500 x 10-3 m = 5 x 10-1 m.

Latihan

1. Tukarkan setiap pengukuran panjang yang diberi kepada nilai yang setara
dalam meter. .
a. 1.1 cm
b. 56.2 pm
c. 2.1 km
d. 0.123 Mm
2. Tukarkan setiap pengukuran jisim berikut kepada nilai setara dalam kilogram
a. 147 g

b. 11 g

c. 7.23 Mg

d.

478 mg

1.2 Bentuk Piawai


Kajian dalam sains biasanya melibatkan kuantiti-kuantiti yang sangat besar atau
sangat kecil. Sebagai contoh, jisim bumi adalah lebih kurang
6 000 000 000 000 000 000 000 000 kilogram
dan jisim elektron adalah
3

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

0.000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 911 kilogram
Kuantiti-kuantiti yang ditulis dalam bentuk ini mengambil ruang yang sangat
besar dan sukar digunakan untuk pengiraan. Oleh itu, untuk memudahkan
pengiraan dilakukan dengan nombor-nombor sebegini, kita tulis dalam bentuk
yang lebih ringkas dengan menggantikan nombor perpuluhan dengan nombor
kuasa asas sepuluh.
Bentuk piawai adalah
M x 10n
dengan 1 M < 10 dan n adalah integer
Dengan itu, jisim bumi boleh di tulis sebagai 6.0 x 10 24 kg dan jisim elektron
sebagai 9.11 x 10 -31 kg. Magnitud sesuatu kuantiti fizik biasanya dibundarkan
kapada tiga atau empat angka bererti.
1.3

Angka Bererti

Oleh kerana kepekaan alat-alat pengukur adalah terhad, bilangan angka yang
sah bagi mana-mana pengukuran adalah terhad. Angka yang sah ini di panggil
angka bererti.
Bilangan angka bererti dalam satu pengukuran boleh ditentukan dengan merujuk
kepada pernyataan-pernyataan di bawah:
1.
2.
3.
4.

Angka bukan kosong adalah sentiasa bererti.


Semua kosong terakhir selepas titik perpuluhan adalah bererti.
Kosong di antara dua angka bererti adalah sentiasa bererti.
Kosong yang digunakan semata-mata untuk memberi ruang kepada titik
perpuluhan adalah tidak bererti.

Berfikir (1 jam)

Bagaimanakah kamu melakukan hasil tambah, hasil tolak dan hasil


darab terhadap nombor-nombor angka bererti? Rujuk kaedah matematik
untuk melakukan operasi ini.

1.4 Kejituan dan kepersisan

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Kepersisan adalah darjah kebolehan pengukuran untuk menghasilkan bacaan


yang konsisten dengan sisihan relatif yang kecil. Sebagai contoh, jika seorang
pelajar menjalankan eksperimen untuk mengukur halaju cahaya, dia akan
mengulanginya beberapa kali. Beberapa cubaan dilakukan dan menghasilkan
nilai-nilai antara 3.000 x 10 8 m/s kepada 3.002 x 108 m/s di mana nilai puratanya
adalah 3.001 x 108 m/s dan sisihan min adalah 0.001 x 10 8 m/s. Sisihan relatif
dikira menggunakan rumus berikut:Sisihan relatif = sisihan min x 100%
Nilai purata
Dia mendapati nilai sisihan relatif adalah 0.033%. Dia membuat kesimpulan
bahawa halaju cahaya adalah 3.001 x 10 8 m/s. Daripada pengukuran pelajar ini,
halaju cahaya adalah dalam julat antara 3.000 x 10 8 m/s dan 3.002 x 108 m/s.
Oleh yang demikian, kepersisan pengukuran adalah tinggi kerana nilai sisihan
relatif adalah kecil. Kepersisan alat pengukur adalah terhad kepada bacaan
terkecil pada alat pengukur.
Kejituan adalah sejauh manakah nilai yang diukur hampir kepada nilai sebenar.
Dalam eksperimen mengukur halaju cahaya, kejituan adalah perbezaan antara
nilai-nilai yang diukur oleh pelajar yang mempunyai kepersisan yang sama.
Sebagai contoh, ukuran pelajar adalah 2.998 x 10 8 m/s dibandingkan dengan
nilai sebenar iaitu 3.002 x 10 8 m/s. Oleh itu, kejituan pengukuran adalah 0.004 x
108 m/s.
Oleh itu, kejituan satu alat pengukur bergantung kepada betapa hampir nilai
yang diukurnya dengan nilai sebenar.

Rajah 1.2 Alat-alat untuk mengukur panjang


1.5

Teknik-teknik pengukuran yang baik

Dalam kajian fizik secara eksperimen, pengukuran yang jitu dan persis harus
diberi keutamaan. Pertimbangan-pertimbangan berikut harus dititik beratkan:
1.

Pemilihan alat pengukuran yang sesuai untuk satu pengukuran


(a) Ralat 0.1 cm dalam pengukuran 100.0 cm adalah kurang serius
berbanding
dengan 0.1 cm dalam 10.0 cm.
(b) Pengukuran kuantiti besar seperti panjang dawai tidak memerlukan alat
yang peka manakala pengukuran kuantiti yang kecil seperti diameter
dawai memerlukan alat yang peka.
5

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

2.

Pengukuran alat pengukuran yang tepat


(a)
Sentiasa mematuhi arahan penggendalian alat.
(b)
Sikap cermat dan berhati-hati ketika membuat pengukuran.
(c)
Mengenalpasti pelbagai jenis ralat yang mungkin timbul.

Perbincangan ( 1 jam)

Bincangkan alat-alat pengukur yang sesuai bagi mengukur kuantiti-kuantiti


fizik berikut; panjang tali, ketebalan satu keping kertas, ketebalan cermin
tingkap, ketebalan sebuah buku dan lebar meja

Rujukan
http://www.bipm.org/en/si/
http://en.wikipedia.org/wiki/SI
(Sistem International)

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 2

GERAKAN DALAM ARAH MANA?

Sinopsis
Dalam kehidupan harian, pergerakan objek diwakilkan dengan perkataan seperti
jarak dan laju. Dalam fizik, kita menggunakan perkataan seperti sesaran, halaju
dan pecutan untuk mewakili pergerakan. Perbezaan antara jarak dan sesaran
adalah dari segi kuantitinya. Jarak adalah kuantiti skalar kerana ia mempunyai
magnitud sahaja manakala sesaran pula adalah kuantiti vektor kerana ia
mempunyai magnitud dan arah.
Hasil Pembelajaran
1.
2.

Menyatakan cara mewakilkan kuantiti vektor


Melakukan hasil tambah dan hasil tolak vektor menggunakan kaedah
grafik
3.
Menyatakan halaju relatif
4.
Menyatakan komponen-komponen vektor
5.
Melakukan hasil tambah vektor secara algebra
Gambaran Keseluruhan

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Gerakan

Kuantiti skalar

Komponen vektor

Kuantiti vektor

Hasil tambah dan


hasil tolak vektor

Grafik
Halaju relatif

Algebra

Rajah 2.1 Gambaran keseluruhan isi kandungan


Isi kandungan
2.1 Mewakilkan kuantiti vektor
Satu kuantiti vektor diwakili oleh satu garis yang mempunyai anak panah
dihujungnya. Panjang garis dilukis mengikut skala untuk mewakili magnitud
kuantiti tersebut. Arah anak panah menunjukkan arah kuantiti tersebut. Selain
mewakilkan vektor secara grafik, kita juga boleh mencari hasil tambah dua vektor
secara algebra. Vektor diwakilkan dengan huruf-huruf A, B dan sebagainya.

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

2.2 Hasil tambah vektor


Hasil tambah vektor dalam satu dimensi
Jika seorang kanak-kanak bergerak 200 m ke
timur, dan seterusnya 400 m ke timur, jumlah
sesarannya dicari dengan menambahkan dua
vektor tersebut.
A dan B dilukis mengikut skala seperti
ditunjukkan dalam Rajah 13.2(a). Oleh itu
magnitud paduan daya, R = A + B atau,
R = 200m + 400m =600 m, dan arah paduan
daya adalah ke timur.
Oleh itu paduan daya, A dan B adalah 600m ke
timur.
Perhatikan rajah (b) dan (c). Fikirkan bagaimana
kamu boleh memperoleh paduan daya secara
grafik bagi rajah-rajah tersebut.

Rajah 2.2
Hasil tambah vektor dalam dua dimensi
Langkah 1: Lukis segiempat selari

A
B

Langkah 2 : Lukis vektor paduan

Skala: 1 cm mewakili 20N

Rajah 2.3
Apakah magnitud vektor paduan, R?

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rujukan
http://phet.colorado.edu/sims/vector-addition/vectoraddition_en.html
2.3 Hasil tolak vektor dalam satu dimensi
Untuk mencari hasil tolak dua vektor, kamu hanya perlu mencari hasil tambah
dua vektor yang bertentangan arah (Rajah 2.2c). A + (-B) = R
2.4 Halaju relatif : beberapa aplikasi
Kadang kala objek bergerak dalam medium yang bergerak relatif kepada
pemerhati. Satu kapal terbang yang bergerak pada satu arah akan mengalami
perubahan arah dan halaju.

Halaju kapal terbang + halaju angin = Halaju paduan


Halaju relatif = 100 km/j + 25 km/j = 125 km/j
Apakah halaja relatif kapal terbang ini pada arah-arah angin di bawah?
25 km/j ke arah utara? 25 km/j ke arah barat ?
Bacaan
Sila rujuk lama web berikut untuk melihat beberapa aplikasi
vektor
untuk mencari halaju relatif
http://physics.bu.edu/~duffy/java/RelV2.html

2.5 Komponen-komponen vektor


Komponen vektor bermaksud bahagian-bahagian dalam vektor. Dalam
kebanyakan situasi, komponen vektor yang penting adalah komponen-x dan
komponen-y.
10

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

F = 316N

35

Rajah 2.3
Warna merah pada Rajah 2.3 menunjukkan komponen-x vektor F, dan warna
hitam menunjukkan komponen-y bagi vektor F.
2.6 Melakukan hasil tambah vektor secara algebra
Hasil tambah dua vektor boleh dilakukan dengan menggunakan trigonometri,
yang mengaitkan sudut dalam segi tiga dengan sisi-sisi segi tiga.
Dua kaedah matematik yang digunakan adalah:

Contoh:
Cari hasil tambah vektor bagi dua vektor di bawah

11

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Jawapan:
Langkah 1 : Melengkapkan segi tiga bersudut tepat

Langkah 2: Menggunakan teorem Pythagoras untuk mencari magnitud vektor


paduan.

Langkah 3:

Menggunakan trigometri untuk mencari sudut arah vektor paduan,

Rujukan:
http://physicslearningsite.com/vectors.html
(hasil tambah dan hasil tolak vektor)
http://id.mind.net/~zona/mstm/physics/mechanics/vectors/findingComponents/findingCo
mponents.htm
(komponen vektor)
http://www.glenbrook.k12.il.us/gbssci/Phys/Class/vectors/u3l1f.html
http://physics.bu.edu/~duffy/java/RelV2.html
(halaju relatif)
12

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK3

GERAKAN DALAM SATU DIMENSI

Sinopsis
Gerakan objek akan menyebabkan perubahan kedudukan mereka. Peruabahan
kedudukan adalah disebabkan daya yang dikenakan ke atas objek. Gerakan
13

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

biasanya dinyatakan dalam sebutan halaju, pecutan, sesaran dan masa. Halaju
objek tidak berubah kecuali jika terdapat daya bertindak keatasnya. Terdapat
pelbagai jenis daya yang bertindak ke atas satu jasad bergerak, samada
memecut, menyahpecut atau kekal pegun. Dalam bahagian ini, anda akan
mempelajari jenis-jenis daya yang bertindak dalam ke atas suatu objek dan
melukis daya-daya tersebut dalam satu rajah jasad bebas.
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan daya-daya berikut; geseran, normal, tegangan, julangan dan
berat dan membincangkan tindakan daya-daya dalam konteks yang
berlainan
2. Membina rajah jasad bebas dalam pelbagai konteks; halaju seragam,
memecut, jatuh bebas dan sebagainya

Gambaran Keseluruhan

14

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

K
i
n
e
m
a
t
id
k

G
a

m
s

u
i

t
m

s
i

Rajah 3.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan


Isi kandungan
3.1 Jenis-jenis Daya
Daya adalah tolakan atau tarikan ke atas suatu objek yang mengakibatkan
interaksi objek ini dengan objek yang satu lagi. Bila interaksi ini berkurangan,
objek ini tidak lagi merasai daya. Daya hanya wujud hasil daripada interaksi.
Daya diukur dalam unit SI Newton. Satu Newton adalah bersamaan dengan
1kgms-2. Daya adalah satu kuantiti vektor. Ia mempunyai kedua-dua magnitud
dan arah.
Beberapa daya antara objek yang akan dibincangkan adalah:
Jenis-jenis daya
Daya geseran
Daya graviti (berat)
Daya normal
Daya tegangan
Daya Julangan
Daya geseran

15

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Daya geseran adalah daya yang dikenakan oleh satu permukaan apabila satu
cuba bergerak melaluinya. Ia biasanya bertindak pada arah yang bertentangan
dengan arah gerakan. Terdapat dua jenis daya geseran iaitu daya geseran statik
dan daya geseran menggelongsor.
Geseran dihasilkan oleh dua permukaan ditekankan bersama, menyebabkan
daya tarikan molekul antara molekul dari permukaan berbeza. Geseran
bergantung kepada jenis permukaan dan sekuat mana bahan ditekan. Geseran
maksimum boleh dikira menggunakan rumus berikut:
Fgeseran x Fnormal
di mana = koefisien geseran
Daya graviti
Graviti adalah satu daya yang menarik objek-objek ke bawah ke arah bumi.
Objek yang jatuh ke bumi tanpa pengaruh daya-daya luar (seperti rintangan
udara) dikatakan sebagai jatuh bebas. Objek yang jatuh bebas akan mengalami
pecutan yang dikenali sebagai pecutan graviti.
Berat adalah daya tarikan bumi terhadap objek itu. Jika jisim objek adalah m,
pecutan graviti adalah g, maka Berat = mg.
Daya normal
Daya normal adalah daya sokongan pada objek apabila ia bersentuh dangan
satu permukaan. Sebagai contoh, jika satu buku terletak di atas meja,
permukaan mengenakan satu daya ke atas untuk menyokong berat buku itu
(Rajah 3.2a). Ia juga boleh wujud secara mengufuk antara dua objek yang
bersentuh. Misalnya, seorang yang bersandar pada suatu dinding akan
mengenakan satu daya ufuk ke atas dinding. Maka dinding akan mengenakan
satu daya normal ufuk ke atasnya (Rajah 3.2b).

(a)
(b)
Rajah 3.2

16

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Daya tegangan
Daya tegangan adalah daya yang dipindahkan melalui tali, benang, kabel atau
wayar yang ditarik dengan tegang pada daya yang dikenakan pada kedua-dua
hujungnya.
Daya Julangan
Daya julangan adalah daya yang menolak objek ke atas dan menyebabkan ia
kelihatan kehilangan berat dalam bendalir (cecair atau gas). Ia juga boleh
menyebabkan kapal terbang bergerak melalui udara.
3.2 Membina rajah jasad bebas yang melibatkan daya-daya diatas dalam
pelbagai konteks
Rajah jasad bebas adalah rajah-rajah yang digunakan untuk menunjukkan
magnitud relatif dan arah semua daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek
dalam suatu situasi.
Rajah harus mengandungi komponen-komponen berikut:
(1)

Anak panah: saiz anak panah mewakili magnitud daya arah anak
panah mewakili arah daya
(2)
Label daya yang bertindak: daya dilabel untuk mewakili jenis daya
Contoh
Ffric = daya geseran
Fgrav = daya graviti
Fnorm = daya normal
Ftens = daya tegangan
(3) Objek diwakili dengan titik atau kotak, dan daya-daya dilukis daripada
pusat titik atau kotak itu
Contoh:
Fnorm : daya normal
Fap : daya aplikasi
Ffric atau Fgeseran : daya geseran
Fgrav : daya graviti

17

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Contoh-contoh:
Sebuah buku berada di atas permukaan
meja

Seorang budak perempuan duduk di


atas buaian

Sabuah buku ditolak ke kanan di atas


meja supaya ia bergerak dengan
pecutan

Sebuah kereta yang bergerak kekanan


atas permukaan jalan yang kasar
sedang dinyahpecut

Latihan
Lukis rajah jasad bebas bagi situasi-situasi di bawah:
(a) Seorang budak sedang duduk di atas kerusi
(b) Sebiji telur sedang jatuh ke lantai
(c) Sebuah baldi berisi penuh dengan air ditarik keluar daripada perigi
(d) Sebuah budak mengayuh basikal dengan laju yang bertambah

18

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

3.4

Rujukan

http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.html
http://www.zephyrus.co.uk/forcetypes.html

Bacaan

Sila rujuk lama web berikut untuk melihat beberapa jenis daya dan
aplikasinya di
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.html
http://www.zephyrus.co.uk/forcetypes.html

19

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 4

GERAKAN DALAM DUA DIMENSI

Sinopsis
Gerakan adalah sesuatu yang biasa anda perhatikan dalam kehidupan seharian.
Ia dihasilkan apabila daya dikenakan kepada suatu objek. Biasanya daya dalam
suatu hala tertentu misalnya ufuk akan menghasilkan suatu gerakan dalam arah
ufuk juga. Ia dinamakan sebagai gerakan dalam satu dimensi. Jika satu lagi daya
yang sama tetapi bertentangan arah dengan daya ufuk tadi dikenakan pada
objek, dua daya itu dikatakan dalam keadaan seimbang. Dengan itu tiada
gerakan akan dihasilkan. Daya dalam dua arah berlainan dan tidak seimbang
menghasilkan gerakan dalam dua dimensi. Suatu objek yang terletak pada suatu
satah condong akan mengalami beberapa daya yang berlainan untuk
menghasilkan gerakan dua dimensi. Dalam topik ini, anda akan didedahkan
kepada konsep keseimbangan antara daya bagi daya dalam dua dimensi dan
aplikasinya dalam satah condong serta gerakan projektil.
Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan syarat untuk keseimbangan untuk objek dikenakan daya-daya
2. Mengenalpasti daya yang dapat mewujudkan keseimbangan dalam situasi
yang melibatkan tiga daya
3. Menghurai gerakan objek pada suatu satah condong.
4. Menghurai gerakan projektil.
Gambaran Keseluruhan

K
G
n r
K
a
b d
a a
d
D
dd

a a
n m
a
aa aa

e
n

g
a

a
r

y
yy

t
u

a
aa

n
a

e
n

Rajah 4.1 Gambaran keseluruhan Isi Kandungan

20

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Isi kandungan
4.1 Keadaan Keseimbangan dan Daya Pengimbang
Suatu objek adalah dalam keadaan keseimbangan apabila daya bersih yang
bertindak ke atasnya adalah sifar. Dalam keadaan seimbang, objek akan menjadi
pegun atau bergerak dengan halaju seragam. Keadaan keseimbangan juga akan
berlaku apabila daya paduan untuk tiga atau lebih daya yang bertindak ke atas
suatu objek adalah sifar.
Rajah 4.1(a) menunjukkan tiga daya yang bertindak ke atas suatu objek
berbentuk titik. Apakah paduan daya A, B dan C yang bertindak pada objek
tersebut?
Rajah 4.1(b) menunjukkan hasil tambah tiga daya A, B dan C. Perhatikan
bahawa ketiga-tiga daya itu membentuk satu segitiga tertutup. Ini bermakna
tiada daya bersih ke atas objek tersebut, jadi hasil tambah ketiga-tiga daya itu
adalah sifar. Objek itu adalah dalam keadaan keseimbangan.

(a)
(b)
Rajah 4.2 Objek adalah dalam keadaan seimbang jika kesemua daya yang
bertindak ke atasnya mempunyai paduan atau hasil tambah sama dengan
sifar.
(Punca: Physics: Principles and Problem)

21

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Katakan terdapat dua daya, L dan M(Rajah 4.3(a)) bertindak ke atas sesuatu
objek dan hasil tambah dua daya bukan sifar. Bagaimanakah anda mencari satu
daya apabila ditambah kepada dua daya tersebut supaya menghasilkan suatu
daya paduan yang sifar? Daya tersebut dikenali sebagai daya pengimbang
(equilibrant).
Untuk mencari daya keseimbangan, anda perlu mencari hasil tambah dua daya L
dan M dahulu. Hasil tambah dua daya atau paduan dua daya, R,(Rajah 4.3(b))
adalah satu daya yang mempunyai kesan serupa dengan gabungan dua daya L
dan M. Daya pengimbang adalah daya yang mempunyai magnitud yang sama
tetapi dengan arah bertentangan dengan R.(Rajah 4.3 (c)
(a)

(b)

(c)

Rajah 4.3 Daya pengimbang mempunyai magnitud yang sama dengan daya
paduan tetapi bertindak pada arah yang bertentangan.

Latihan

Layari internet untuk mencuba soalan berkaitan dengan daya


Keseimbangan. Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh
membuat latihan secara interaktif dalam topik daya keseimbangan
http://glencoe.mcgrawhill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter5/interactive_tutor.html

22

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

4.2

Gerakan Pada Suatu Satah Condong

Semua objek pada permukaan bumi mengalami satu daya tarikan graviti yang
menghala ke pusat bumi. Bagi suatu objek yang berada pada lereng bukit,
apakah daya-daya lain yang bertindak ke atasnya selain daya graviti, W? Rajah
4.4 menunjukkan daya yang bertindak ke atas objek itu.

Rajah 4.4 Tindakan daya


Dalam Rajah 4.4, N adalah daya normal yang bertindak secara serenjang
kepada satah lereng bukit dan F adalah daya geseran yang bertindak secara
selari dengan satah lereng bukit. Arah tindakan daya geseran F adalah
berlawanan dengan arah gerakan objek. Apabila objek itu adalah dalam keadaan
pegun, daya-daya yang bertindak pada objek itu adalah seperti ditunjukkan
dalam Rajah 4.5.

Rajah 4.5
Untuk memudahkan kajian gerakan objek pada satah condong, satu sistem
koordinat yang bersesuaian untuk arah gerakan digunakan. Komponen daya
paksi-x selari dengan satah lereng bukit dan komponen daya pada paksi-y
adalah serenjang dengan satah lereng.
Dalam sistem koordinat ini, daya normal dan daya geseran tidak perlu ditukar
manakala daya tarikan graviti perlu dileraikan kepada dua komponen daya, satu
mengikut paksi-x dan satu lagi mengikut paksi-y.

23

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 4.6
4.3

Gerakan Projektil

Dalam 2-D, objek bergerak dalam kedua-dua arah x dan y. (Pertimbangkan


gerakan x dan y sebagai dua kes yang berlainan i.e. pertimbangkan hanya satu
arah pada satu masa).
Contoh yang paling biasa objek yang bergerak dalam 2 dimensi adalah projektil.

Rajah 4.7
Sebarang objek yang dibaling mengunjur (projected) di udara dinamakan
projektil. Lauan parabolik projektil dinamakan trajektori.

Contoh contoh projektil (Rajah 4.8)


24

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Suatu objek dijatuhkan dari keadaan rehat.


Objek yang dibaling ke atas.
Objek yang dibaling ke atas pada sudut dengan ufuk.

Rajah 4.8
Dalam gerakan projektil, hanya daya graviti sahaja yang bertindak. Graviti
bertindak untuk mempengaruhi gerakan menegak projektil, maka menyebabkan
pecutan menegak.
Gerakan mengufuk projektil adalah hasil kecenderungan objek yang bergerak
untuk mengekalkan gerakan pada halaju tetap. Disebabkan ketiadaan daya pada
arah mengufuk, projektil mengekalkan gerakan dengan halaju mengufuk yang
tetap. Daya mengufuk TIDAK DIPERLUKAN untuk mengekalkan projektil
bergerak mengufuk. Hanya satu daya sahaja yang bertindak ke atas projektil
iaitu GRAVITI.

Langkah-langkah menyelesaikan masalah gerakan projektil


25

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

1. Pisahkan gerakan kepada bahagian x (mengufuk) dan bahagian y


(menegak).
2. Pertimbang setiap bahagian berasingan menggunakan persamaan yang
sesuai.
Persamaan gerakan menjadi,
(a)

Gerakan x(ax=0):
vx = vxo = constant x = vx0t

(b) Gerakan y ( ay = - g ):
vy = vyo - gt
y = vyot - 1/2at 2 vy2 = vy02 - 2gy.

Contoh soalan
1. Sebuah kapalterbang menjatuhkan bungkusan makanan kepada
sekumpulan peneroka yang terkandas. Kapalterbang bergerak mengufuk
40.0 m/s pada 100m dari tanah.

b)

Cari
a) Dimanakah bungkusan makanan mula menyentuh tanah relatif kepada
tempat mula ia dijatuhkan.
Halaju bungkusan makanan sebelum ia menyentuh tanah.

Penyelesaian 1(a).
26

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Langkah 1:
Pisah dan jadualkan gerakan dalam komponen x dan y.
Gerakan-x

Gerakan y

x =?

y = - 100 m

v0x = 40 m/s

v0y = 0

ax = 0

ay = - 9.8 m/s 2

Langkah 2:
Mula2 cari masa di udara daripada gerakan y .

- 100

t+
oy

(- 9.8)t

a t
y

4.5 s.

Langkah 3:
Kemudian, cari x daripada:
x

vx0t + axt 2

40(4.5) + 0

180 m.

Penyelesaian 1(b):
Cari vy daripada,

y0

27

+ at

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

0 - 9.8(4.5) = - 44.1 m/s.

Tanda negatif menunjukkan bungkusan makanan jatuh ke bawah. Oleh kerana ax


= 0 , maka vx = v0x = 40 m/s . Kita boleh gabung dua komponen halaju untuk
mencari,

=
= 59.5 m/s

tan 1

44.1
40
40

Fikir
Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi
yang berkaitan dengan daya yang bertindak ke atas seorang
pemain ski
http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter
%205/Motion%20Along%20an%20Inclined%20Plane.swf
Cuba kaji dengan teliti tayangan berkenaan dan bina sebuah
gambarajah untuk menyatakan daya yang bertindak pada
seorang yang sedang bergerak turun suatu satah condong
seperti dalam pemainan gelongsor.
4.4

Rujukan
http://glencoe.mcgraw-hill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter5/
(daya dalam dua dimensi)
Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio:
Glencoe/McGraw-Hill.

28

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 5

APLIKASI HUKUM-HUKUM NEWTON DALAM


KEHIDUPAN HARIAN

Sinopsis
Daya merupakan sesuatu yang kerap digunakan dalam kehidupan anda
seharian. Daya-daya boleh diklasifikasi kepada daya sentuhan dan daya yang
bertindak dari jarak jauh tanpa sentuhan. Daya memainkan peranan yang utama
dalam perkembangan manusia sejak purba kala dan alhi sains yang terkenal
sekali, Isaac Newton telah membentukkan tiga Hukum tentang daya. Dalam topik
ini, anda akan didedahkan kepada Hukum-hukum gerakan Newton dan
aplikasinya untuk membantu anda memahami banyak peritiwa melibatkan
penggunaan daya dalam kehidupan seharian.
Hasil Pembelajaran
1. Menakrifkan daya serta membeza antara daya sentuhan dan daya tanpa
sentuhan
2. Menerang makna Hukum gerakan Newton yang pertama.
3. Mengenali keistimewaan Hukum gerakan Newton yang kedua
4. Menyelesaikan masalah dengan kegunaan Hukum gerakan Newton yang
kedua
Gambaran Keseluruhan
J A
K
e
n
i H
s
U
H
D
a
y
a
O

S
K

M
U

K
E
T

29

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 5.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

Isi Kandungan
5.1 Jenis Daya
Daya boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu daya bersentuhan dan daya
bertindak secara jauh.
Daya bersentuhan bertindak dalam situasi dimana satu sentuhan berlaku antara
objek dengan daya itu seperti daya geseran yang bertindak apabila dua
permukaan bersentuhan.
Daya secara jauh bertindak tanpa sentuhan antara daya dengan objek
berkenaan seperti daya magnet dan graviti.
Hukum gerakan Newton pertama
Suatu objek yang berada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan laju
seragam akan terus kekal dalam keadaan yang sama sekiranya tiada daya luar
bertindak ke atas objek itu. Hukum ini juga dikenali sebagai Hukum inersia.
Inersia adalah kecenderungan suatu objek untuk menentang sebarang
perubahan dalam keadaannya.

Duit kereta
syiling di
jatuh
ke dalam gelas apabila kadbod disentap
Pemandu tercampak keluar kereta apabila
brek.

30

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

(i)
(ii)
Rajah 5.2
Rajah 5.2(i) menunjukkan seorang pemandu yang tidak memakai tali pinggang
keledar. Apabila kereta dibrek, pemandu itu tercampak keluar daripada kereta.
Hal ini demikian kerana inersia badan beliau cuba mengekalkan keadaan
asalnya yang bergerak Walaupun kereta telah berhenti, badannya masih
bergerak kehadapan dan menyebabkannya tercampak keluar kereta.
Rajah 5.2(ii) menunjukkan suatu duit syiling diletakkan di atas sekeping kadbod
yang berada pada permukaan gelas. Apabila kadbod disentap, duit syiling itu
tidak akan bergerak bersama-sama dengan kadbod, tetapi jatuh ke dalam gelas.
Ini kerana inersia duit syiling cuba mengekalkan kedaaan asal yang pegun, lalu
ia jatuh ke bawah kerana tarikan graviti.
Kedua-dua contoh di atas menunjukkan aplikasi-aplikasi hukum Newton pertama
di mana objek yang bergerak atau pegun akan mengekalkan keadaan asalnya
yang bergerak atau pegun selagi tiada daya luar bertindak ke atasnya
Hukum gerakan Newton kedua
Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan
momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas
objek itu. Perubahan momentum adalah dalam arah yang sama dengan arah
tindakan daya paduan itu.
Persamaan yang dihasilkan dari hukum gerakan Newton kedua adalah
Daya paduan (F)
= Jisim x Pecutan (m x a)
atau
F = ma
Contoh:
Lebih mudah menarik batu yang kecil daripada batu yang besar dengan
menggunakan daya yang sama.

31

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 5.3
Persamaan ini menunjukkan:
(i) Apabila jisim, m sesuatu objek besar , daya yang lebih besar diperlukan
untuk menggerakkan atau memberhentikan objek tersebut.
(ii)
Apabila jisim objek bertambah pada daya yang sama, pecutannya
berkurang

Hukum gerakan Newton ketiga


Hukum ini menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan terdapat satu daya
tindakbalas yang bermagnitud sama tetapi bertindak pada arah yang
bertentangan.
Contoh:

32

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Bila anda berjalan di atas rumput, anda mengenakan daya kepada kasut ke arah ke belakan

Apabila dua pelajar berada di atas kasu

5.2

Aplikasi Hukum-hukum Newton

Contoh
1. Seekor gajah Afrika boleh mencapai ketinggian sehingga 4 meter dan jisim
sehingga 6000kg. Kirakan berat gajah Afrika pada ketinggian dan jisim
tersebut.
33

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Dari Hukum Newton kedua, F = ma


Berat = mg = 6000 kg x 10 ms-2 = 60 000N
2.

(a) Tentukan daya bersih yang diperlukan untuk memecutkan satu kereta
berjisim 540 kg dari 0 ke 27 m/s dalam masa 10.0 saat.
(b)
Tentukan daya bersih yang diperlukan untuk memecutkan satu

kereta
berjisim 2160 kg dari 0 ke 27 m/s dalam masa 10.0 saat.
a

5.3

v u 27 0

2.7 m / s 2
t
10

(a)

F = ma = 540kg x 2.7m/s = 1458 N

(b)

F = ma = 2160kg x 2.7m/s = 5832 N

Soalan Latihan

Ana dan Sara mengeksperimen kesan jisim dan daya bersih ke atas pecutan
satu troli. Mereka menentukan daya bersih yang diperlukan untuk memecutkan
troli berjsim M adalah 48 cm/s 2. Tentukan pecutan troli dengan jisim dan daya
berikut.
a. jisim M dikenakan daya bersih 2F?
b. jisim 2M dikenakan daya bersih F?
c. jisim 2M dikenakan daya bersih 2F?
d. jisim 4M dikenakan daya bersih 2F?
e. jisim 2M dikenakan daya bersih 4F?
Jawapan: a. 96 cm/s2 b. 24 cm/s2 c. 48 cm/s2 d. 24 cm/s2 e. 96 cm/s2

Fikir

34

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi


berkaitan dengan berat ketara seorang menaiki lif
http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter
%204/Apparent%20Weight.swf
Cuba kaji dengan teliti tayangan berkenaan dan buat nota
untuk mengaitkan Hukum Gerakan Newton dengan konsep
berat ketara..

5.4

Rujukan:

Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGrawHill. (Chapter 6 Forces)


http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%204/Apparent
%20Weight.swf (Konsep berat ketara concept of apparent weight)
http://www.physicsclassroom.com/Class/newtlaws/index.cfm
(Hukum-hukum Gerakan Newton nota dan tutorial)

TOPIK 6

Kerja Dan Mesin Ringkas


35

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Sinopsis
Topik ini bertumpu kepada kerja dan mesin ringkas di mana anda akan
didedahkan kepada contoh-contoh kerja, pengiraan kerja, contoh-contoh mesin
ringkas dan mesin majmuk serta pengiraan faedah mekanikal dan kecekapan
setiap mesin ringkas. Selain itu anda akan didedahkan kepada aplikasi mesin
dalam kehidupan seharian serta mesin manusia berjalan.
Hasil Pembelajaran
1.
2.
3.
4.

Mendefinisi kerja dan mesin ringkas.


Memberi contoh-contoh mesin ringkas dan mesin majmuk.
Menerangkan faedah mekanikal dan kecekapan mesin.
Membandingkan antara mesin ringkas dan mesin majmuk dan juga
antara faedah mekanikal dan kecekapan.
5.
Membina mesin ringkas dan mesin majmuk dan mencadangkan
bagaimana untuk menambahbaik faedah mekanikal dan
kecekapannya.
6.
Menerangkan mesin manusia berjalan.
Gambaran Keseluruhan
K
e

r
j

a
d

n
M
e

ii

Rajah 6.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

Isi Kandungan
36

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

6.1

Kerja

Kerja didefinisikan sebagai daya yang bertindak ke atas objek untuk


mengakibatkan sesaran. Kerja yang dilakukan ke atas objek oleh satu daya tetap
adalah hasil komponen daya yang selari dengan arah sesaran objek, darab
dengan magnitud sesaran. Kerja dan tenaga diukur dalam unit yang sama, Joule
(J).
Kerja yang dilakukan (Joule, J) = Daya (Newton, N) x Sesaran (meter, m)
W=

F.s cos

Contoh-contoh kerja
Seekor kuda menarik beban melalui padang.
Seorang pelajar mengangkat buku-buku ke atas bahunya.
Seorang ahli sukan melontar lontar peluru.

Kerja berhubung dengan jarak daya yang mengerakkan objek dan bukan masa
yang diambil untuk mengerakkan objek. Sudut yang diukur didefinisikan sebagai
sudut antara daya dan sesaran.

Senario A
37

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Satu daya bertindak ke arah kanan ke atas objek yang tersesar ke kanan. Vektor
daya dan vektor sesaran adalah pada arah yang sama. Maka, sudut antara F
dan d adalah 0 darjah.

darjah
Senario B
Satu daya bertindak arah kiri ke atas objek yang tersesar ke kanan. Vektor daya
dan vektor sesaran adalah dalam arah bertentangan. Jadi sudut antara F dan d
adalah 180 darjah.

darjah
Senario C
Satu daya bertindak ke atas ke atas objek yang tersesar ke kanan. Vektor daya
dan vektor sesaran adalah pada sudut 90 darjah.

darjah
Contoh soalan
Seorang pelayar menarik sebuah bot sepanjang dok menggunakan tali pada
sudut 600 dengan ufuk. Berapakah kerja yang dilakukan oleh pelayar itu jika dia
mengenakan daya 255N ke atas tali dan menarik tali sepanjang 30.0 m?
6.2

Mesin ringkas dan mesin majmuk

Mesin ringkas ialah alat yang memudahkan kita melakukan kerja. Ia membantu
kita dengan mengubah jumlah daya yang dikenakan ke atas objek dan
mengubah arah daya.
Jenis-jenis mesin ringkas
A. Tuas dibuat daripada papan atau bar yang diletakkan di atas fulkrum.
Digunakan
untuk mengangkat berat.
Contoh tuas:
Jongkang jongkit, pengumpil, kayu besbol, pencakar tanah.
Ada tiga jenis tuas iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas
ketiga.
38

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Daya usaha

Daya usaha
Beban

Beban

Kelas pertama

Kelas kedua

Daya usaha
Beban

Kelas ketiga

B.
Satah condong merupakan permukaan sendeng untuk memudahkan
kerja.
Contoh: Cerun dan tangga
C. Baji adalah dua satah condong digunakan untuk mengangkat dan
memisahkan objek.
Contoh: Pisau, baji pintu dan kapak.
D. Skru ialah satah condong disekeliling paku atau shaf untuk memegang
bahan-bahan bersama-sama atau menebuk lubang.
Contoh: Gerudi kecil dan skru
E. Roda dan gandar
merupakan roda yang berputar yang membantu
mengerakkan barang dengan mudah dan cepat.
Contoh:
Roda stering, tombol pintu dan pemutar skru.
F. Takal ialah roda yang mempunyai alur(groove) dihujungnya
memegang tali dan kabel.
Contoh: Tiang bendera, penyidai baju, pancing ikan dan kren.

untuk

Takal bekerja dengan dua cara iaitu dengan mengubah arah daya atau
mengubah jumlah daya. Takal ada dua jenis iaitu takal tetap dan takal
bergerak. Sistem takal terdiri daripada kombinasi takal-takal tetap dan
bergerak. Faedah mekanikal takal adalah sama dengan bilangan tali
sokongan (supporting ropes).
Mesin majmuk merupakan gabungan beberapa jenis mesin ringkas. Contohnya,
basikal dan kereta.

39

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

6.3

Faedah mekanikal (MA) dan kecekapan

Mesin ringkas unggul tidak mengalami kehilangan yang disebabkan geseran


atau kekenyalan. Jadi kecekapannya adalah 100%. Jika wujud geseran atau
kekenyalan di dalam sistem, kecekapan akan jadi lebih rendah. Kerja input akan
jadi lebih besar daripada kerja output.
Ada dua jenis faedah mekanikal iaitu Faedah Mekanikal Unggul (Ideal
Mechanical Advantage) dan Faedah Mekanikal Sebenar (Actual Mechanical
Advantage)
Faedah Mekanikal Unggul (Ideal Mechanical Advantage - IMA)
Dalam Fizik, faedah mekanikal unggul adalah untuk mesin unggul. IMA mesin
boleh dicari dengan formula berikut:IMA = de dr dimana

de sama dengan jarak usaha (effort distance) and dr sama dengan


jarak rintangan (resistance distance).
Faedah Mekanikal Sebenar (Actual Mechanical Advantage - AMA)
Dalam fizik, faedah mekanikal sebenar adalah untuk mesin sebenar. AMA untuk
mesin boleh dicari dengan menggunakan formula berikut:
AMA* = FR Fe dimana
- FR sama dengan daya rintangan (resistance force) and Fe sama
dengan daya usaha (effort force) sebenar.
* AMA boleh juga ditulis sebagai MA
Faedah mekanikal adalah faktor dimana mesin menggandakan daya yang
dikenakan. Kebanyakan mesin mempunyai MA>1. Bermakna mesin
meningkatkan daya yang dikenakan.
Untuk mesin unggul, kecekapan mesin 100%.
kerja output = kerja input
Wo = Wi
Frdr = Fede

Untuk mesin sebenar (real)

40

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Wo
Wi
Kecekapan mesin =
Fr
de

Fe

100%

dr

MA
100%
IMA

=
=

MA Takal
Takal adalah roda beralur yang digelung dengan tali. Dengan ini arah daya boleh
diubah, dengan sedikit kehilangan daya geseran. Walaubagaimanapun, takaltakal boleh digabung untuk membentuk faedah mekanik tambahan dengan
mempunyai tali yang digelung ke beberapa takal.

Takal dengan 1 tali (1 takal tetap) mempunyai MA = 1,


Takal dengan 2 tali (1 takal bergerak) mempunyai MA = 2.
Takal dengan 6 tali (block and tackle) mempunyai MA = 6.

MA Tuas
Tuas: MA = Panjang lengan usaha panjang lengan rintangan.
MA Roda dan Gandar
Roda merupakan tuas dengan satu lengan berjarak antara gandar dengan
titik luar roda dan yang lagi satu merupakan jejari gandar. Mempunyai faedah
mekanik (MA) yang sangat besar.
MA Satah condong
MA = panjang cerun tinggi cerun
Contoh soalan
Seorang pelajar menggunakan roda basikal dengan jejari giar 4.00 sm dan jejari
roda 35.6 sm. Bila daya 155 N dikenakan ke atas rantai, roda akan bergerak
14.0 cm. Disebabkan geseran, kecekapannya adalah 95.0%.
41

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

a.
b.
c.
d.

Apakah IMA roda dan giar itu?


Apakah MA roda dan giar itu?
Apakah bacaan daya pada skala roda itu?
Bagaimana pelajar itu menarik rantai?

Penyelesaian

6.4

Mesin manusia berjalan

Sistem tuas di dalam badan kita mempunyai 4 bahagian asas: tulang, sumber
daya (pengecutan otot), fulkrum (sendi-sendi boleh gerak diantara tulang
temulang) dan rintangan (berat badan atau objek yang diangkat). Bila kita
42

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

berjalan punggung kita bertindak sebagai fulkrum. Pusat jisim badan bergerak
sebagai rintangan disekeliling fulkrum. Panjang jejari bulatan adalah panjang
tuas yang dibentuk oleh tualng-tulang kaki. Untuk meningkatkan halaju berjalan,
punggung dihayun ke atas untuk meningkatkan jejari.
6.5

Contoh soalan dan latihan

1.

Seorang kerani membawa bungkusan 34 N daripada tingkat bawah ke


tingkat lima bangunan pejabat yang ketinggianya 15 m. Berapakah kerja
yang dilakukan oleh kerani itu?
Jawapan: 510 J
Seorang pekerja menggunakan sistem takal untuk menaikkan barang 225
setinggi 16.5 m. Satu daya 129 N dikenakan dan tali ditarik sejauh 33.0 m.
a.
Apakah faedah mekanikal sistem takal?
b.
Apakah kecekapan sistem?
Jawapan:
a. 1.74
b. 87%

2.
N

6.6

Rujukan

1.
http://www.mrfizix.com/home/worksimplemachines.htm
2.http://atlantis.coe.uh.edu/archive/science/science_lessons/scienceles1/finalhome.htm
3.
http://www.physicsclassroom.com/Class/energy/

TOPIK 7

Daya Dalam Bendalir

Sinopsis
Jisim wujud dalam tiga bentuk iaitu pepejal, cecair dan gas. Topik ini bertumpu
kepada bentuk cecair di mana anda akan didedah kepada beberapa prinsip
seperti Pascal, Archimedes dan Bernoulli. Selain daripada itu, anda juga
didedahkan kepada penggunaan prinsip-prinsip tersebut dalam penyelesaian
masalah dalam kehidupan seharian.
Hasil Pembelajaran
1.
2.
3.
4.

Menghubungkaitkan ketumpatan dengan keapungan suatu bahan


Menyatakan prinsip-prinsip Pascal dan aplikasinya
Menyatakan prinsip-prinsip Archimedes dan aplikasinya
Menyatakan prinsip-prinsip Bernoulli dan aplikasinya

Gambaran Keseluruhan
43

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

a
m

D
g
p
n
dD

n
g B

a
e
n
d

y
n

t
l

a
u
g
a

g
e

Rajah 7.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan


Isi Kandungan
7.1 Terapung dan Tenggelam
Keapungan
Apakah daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek yang terletak dalam suatu
cecair? Satu daya bertindak ke atas yang dinamakan daya tujah dan seperti
biasa daya tarikan graviti akan menarik objek ke bawah. Daya tujah wujud dalam
cecair disebabkan oleh tekanan cecair yang bertambah dengan kedalamannya.
Sama ada objek itu akan terapung atau tenggelam adalah bergantung kepada
beza antara dua daya itu.
7.2 Prinsip Archimedes dan Aplikasinya
Prinsip Archimedes
Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila satu objek direndam
sebahagiannya atau sepenuhnya di dalam suatu bendalir, objek itu mengalami
daya tujah ke atas yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan.

44

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

http://scienceprep.org
http://scienceuniverse101.blogspot.com

Rajah 7.2

Objek di atas mempunyai berat 0.67 N. Bila direndam dalam air, beratnya
menjadi 0.40N. Ia kehilangan berat 0.67N 0.40N = 0.27 N
Maka daya julangan = 0.27 N

Aplikasi Prinsip Archimedes


Kapal Selam

Kapal selam mempunyai


tangki balast yang besar,
yang digunakan untuk
mengawal kedudukan dan
kedalamannya dari
permukaan laut.
Belon panas

Sebuah kapal selam tenggelam dengan


memasukkan air ke dalam tangki balast supaya
beratnya menjadi lebih besar daripada daya
julangan (dan sebaliknya). Ia terapung dengan
mengurangkan air di dalam tangki balast,
sehingga beratnya kurang daripada daya
apungan.

Belon panas daripada naik dan terapung kerana


daya julangan (udara disekeliling lebih berat
daripada beratnya). Ia akan turun apabila berat
belon lebih besar daripada daya keapungan. Ia
akan pegun apabila berat = daya julangan

Atmosfera
mengandungi
udara yang mengenakan
daya julangan ke atas
mana-mana objek.
Hidrometer

Ia mengandungi satu tiub dengan bebuli di satu


hujungnya. Butiran plumbum diletakkan di dalam
bebuli untuk menjadikannya berat ke bawah dan
membolehkan hydrometer terapung tegak di
dalam cecair.

Hidrometer adalah
45

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

instrument untuk mengukur


ketumpatan relatif cecair.
Kapal

Kapal terapung di permukaan air because isipadu


air yang disesarkan oleh kapal memadai untuknya
mempunyai berat yang sama dengan berat kapal.
Kapal dibina supaya ketumpatan keseluruhannya
kurang daripada air laut (berongga di dalam).
Dengan itu, daya julangan yang bertindak ke atas
kapal adalah cukup besar untuk menyokong
beratnya.
Ketumpatan air laut berubah dengan lokasi. Garis
Plimsoll yang ditanda pada badan kapal adalah
garis panduan untuk memastikan kapal di
masukkan muatan sesuai dengan had
keselamatannya.
Kapal akan tenggelam lebih dalam di air tawar
kerana air tawar kurang tumpat daripada air laut.
Ia akan terapung lebih tinggi dalam air sejuk
kerana air sejuk mempunyai ketumpatan yang
lebih tinggi secara relatifnya.

7.3 Prinsip Bernoulli dan Aplikasinya


Prinsip Bernoulli
Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa apabila halaju aliran bendalir bertambah,
tekanan dalam bendalir itu berkurang.
X

Halaju tinggi
Tekanan rendah
Halaju rendah
Tekanan tinggi

Halaju rendah
Tekanan tinggi

Aliran air

Rajah 7.3
Rajah 7.3 menunjukkan satu tiub Bernoulli yang dialirkan dengan air. Air pada
kawasan X dan Z adalah berhalaju rendah dibandingkan dengan air di kawasan
46

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Y. Ini menyebabkan kedua-dua kawasan ini mempunyai tekanan yang lebih


tinggi lalu air naik pada paras yang lebih tinggi pada tiub-tiub tersebut. Pada
kawasan Y, tiub adalah lebih sempit. Ini menyebabkan halaju air lebih tinggi dan
tekanannya rendah. Ini menyebabkan air naik ke tiub dengan paras yang lebih
rendah.

Rajah 7.4
Rajah 7.4 menunjukkan seorang budak meniup di atas permukaan kertas. Kertas
itu terangkat ke atas. Hal ini berlaku kerana halaju udara di bahagian atas
menjadi laju dan menyebabkan tekanan menjadi rendah. Udara di sebelah
bawah secara relatifnya lebih rendah daripada udara di atas, menyebabkan
kertas tertolak ke atas.
Dengan menggunakan prinsip Bernoulli, terangkan situasi-situasi berikut:
-

Dua biji bola ping pong yang digantung tertolak rapat kearah satu sama lain
apabila ditiup di antaranya
Kapal terbang berangkat ke udara
Fikir

Layari internet untuk mencuba soalan berbentuk permainan silang kata


berkaitan dengan daya dalam cecair.
Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh membuat latihan
secara interaktif dalam topik daya dalam cecair
http://glencoe.com/olc_games/game_engine/content/gln_sci/ppp_09/
ch13_w/index.html
Contoh soalan
Sebuah pemberat kerta mempunyai berat, W udara = 6.9 N di udara. Bila direndam
sepenuhnya di air, beratnya menjadi Wair = 4.3 N.
Kirakan isipadu pemberat kertas itu.
47

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

(Anggap g= 9.8 m/s2, dan ketumpatan air adalah 1.0 x 103 kgm-3)
Jawapan:
Berat di udara, Wudara = 6.9 N
Berat di air, Wair = 4.3 N
Langkah 1 Cari nilai daya julangan
Daya julangan, FB = Wudara Wair = 6.9N 4.3N = 2.6N
Langkah 2 Cari jisim air disesar
Daripada Prinsip Archimedes, Daya julangan = Berat air disesar
iaitu FB = Wair atau Wair = 2.6N
m

Wair 2.6

0.265kg
g
9.8

Daripada Wair = mg,


Langkah 3 Mencari isipadu air disesar menggunakan rumus ketumpatan
jisim , m

isipadu ,V
Dari
Maka isipadu pemberat= isipadu air di sesar
m
0.265kg
V
2.65 10 4 m 3
1.0 10 3 kgm3

,
7.4

Soalan latihan

Neraca
spring

48

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

1. Rajah di atas menunjukkan satu blok yang digantung pada satu neraca
spring. Berat objek di udara adalah W 1= 50 N sementara beratnya di air W 2
adalah 35N. Isipadu blok adalah 100 m3.
Cari:
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

Nyatakan berat objek di air


Berat air yang disesar
Daya julangan
Isipadu cecair yang disesar
Isipadu objek

2. Sebiji belon dengan isipadu 5 m 3 berada di dalam udara dengan ketumpatan


1.2 kgm3. Berapakah daya tujah keatas yang bertindak pada belon itu?
3. Sebuah kapal laut berjisim 80 000 kg sedang terapung di permukaan laut.
Jika ketumpatan air laut ialah 1 250 kg m -3, hitungkan isipadu air laut yang
disesarkan oleh kapal itu.
4. Sebili bola dengan jisim 0.40 kg dengan isipadu 5 x 10 -4 m3 dilepaskan di
dalam air. Ramalkan gerakan bola itu.
[ Ketumpatan air = 1000 kg m-3]
(Petunjuk: kira pecutan bola itu naik ke atas)

7.5

Rujukan

http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%2013/Buoyancy.swf
(keapungan)
http://www.mhhe.com/physsci/physical/giambattista/buoyancy/buoyancy.html
(Tutorial interaktif untuk keapungan)
http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%2013/Pascals
%20Principle.swf (Prinsip Pascal)
http://glencoe.com/olc_games/game_engine/content/gln_sci/ppp_09/ch13_w/index.html
(teka-teki silang kata melibatkan terminologi cecair)
Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw
Hill.
(Chapter 13 States of Matter)

TOPIK 8

Gerakan Planet Dan Satelit


49

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Sinopsis
Planet bergerak di sekelilingi matahari dan satelit (semulajadi atau buatan
manusia) bergerak disekelilingi planet. Gerakan jasad-jasad semawi dalam orbit
masing-masing adalah tertakluk kepada daya-daya yang bertindak di antara
jasad-jasad tersebut. Dalam bahagian ini, anda akan mengkaji gerakan jasadjasad semawi melalui hukum-hukum Kepler untuk menerangkan kejadiankejadian yang berlaku disekeling anda akibat pergerakan-pergerakan tersebut.
Hasil Pembelajaran
1.
2.
3.
4.

Menerangkan hukum-hukum Kepler


Membincangkan medan graviti dan hukum kegravitian semesta Newton
Menunjukkan pergerakan planet dan satelit
Membincangkan berat dan tanpa berat

Gambaran Keseluruhan
Rajah 8.1 Gambarajah Keseluruhan Isi Kandungan
8.1

Hukum-hukum Kepler

Planet-planet mengelilingi matahari adalah dalam gerakan berbentuk elips


dengan matahari sebagai satu fokusnya. Paksi putaran hampir kesemua planet
dan satelit adalah berserenjang dengan satah ecliptic. Hampir semua planet
bergerak dalam arah yang sama. Pada tahun Johannes Kepler mencadangkan
tiga
hukum
untuk
GH
e
r
gerakan
planet .
a u
k
a
kk

u
n

m
d

nn

e
-

hS
u e

K
e
e

t
n

l
r

50

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 8.2 Orbit planet mengelilingi matahari


Hukum-hukum Kepler
Hukum Kepler Pertama (1609)
Orbit planet mengelilingi satu bintang adalah elips dengan bintang pada
satu fokus.

bintang

Hukum Kepler ke 2 (1609):

Planet

Matahari
Paling pantas

Paling perlahan

Pusat
Jarak Perihelion

Jarak Aphelion

Rajah 8.3 Hukum Kepler kedua


Menyatakan bahawa satu garisan yang menyambung satu planet dan
bintangnya mencangkupi kawasan yang sama dalam sela masa yang sama.
Apabila planet beredar di dalam orbit elipsnya, jaraknya daripada matahari akan
berubah-ubah. Luas yang sama dilalui pada sebarang tempoh masa kerana
jarak daripada planet ke bintang yang di orbitnya berubah.
Supaya ia dapat mencakupi luas yang sama, halaju planet sentiasa berubahubah, dan lajunya bertambah atau berkurang mengikut kedudukannya daripada
matahari. Oleh itu, planet bergerak paling pantas semasa di kawasan perihelion
dan paling perlahan di kawasan aphelion (Hukum keabadian momentum sudut).

51

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Berhampiran peihelion, dalam 30 hari sebuah planet mengcakumi satu luas yang pendek tapi lebar

Berhampiran aphelion, dalam 30 hari sebuah planet mengcakumi satu luas yang panjang tapi sempit

Rajah 8.4 Luas yang dicakupi dalam tempoh 30 hari adalah sama

Hukum Kepler Ketiga (1618)


Hukum ini menyatakan nisbah kuasa dua tempoh sebarang 2 planet yang
beredar mengelilingi matahari adalah sama dengan nisbah kuasa tiga jarak
purata mereka daripada matahari.
Kuasa dua tempoh 2 planet mengeliingi
matahari berkadar dengan kuasa tiga
jarak purata dari matahari

52

Tp2 ~ a3 ................(i)

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Maka
Jika 2 planet mempunyai tempoh Ta and
Tb dan jarak purata ra and rb

Ta

T
b

r
a
rb

..............................(ii)
di mana
T = tempoh perbintangan objek dalam tahun
a = paksi semi major objek (dalam AU)
Persamaan (i) menunjukkan kuasadua tempoh perbintangan (sidereal period)
planet yang mengorbit, Tp adalah berkadaran dengan kuasatiga paksi semimajor orbit, a
Oleh itu, bukan sahaja panjang orbit meningkat dengan jarak, laju orbit juga
berkurang, supaya peningkatan tempoh perbintangan adalah lebih daripada
berkadaran.
8.2

Kegravitian semesta

Newton meramalkan bahawa daya yang menarik dua jasad semawi (contohnya
planet dan matahari) adalah sama dengan daya yang menarik objek ke bumi.
M

Sekiranya dua jasad dipisahkan dengan jarak R, daya graviti F yang bertindak
antara dua jasad berjisim M dan m, dan yang dipisahkan oleh jarak R adalah
F=

GMm
GMm
= 2
2
( jarak )
R

di mana: G adalah pemalar graviti (G = 6.67 x 10-11 m3/kg s2)


Hubungan d antara F, G, M, m dan R2 dinamakan Hukum Kegravitian Semesta
8.3
Menggunakan hukum kegravitian semesta Newton
(1) Daripada Hukum Kegravitian Semesta Newton dan Hukum Kepler kita
boleh mencari perkaitan antara halaju jasad v, jisim M dan jejari R jasad
tersebut
53

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Hukum kegravitian
semesta

F 1=

Hukum Newton

GMm
R2

mv
F2 =
R

Jika F1 = F2, maka

F 1=
2

v=

GMm
GMm
F1 =
2
R
R2
GM
R

..

(i)
Ini menunjukkan bahawa bagi gerakan jasad dalam suatu orbit, halaju
jasad v akan bertambah apabila jejari orbit R adalah kecil.
(2)

Daripada Hukum Kepler ketiga


Hukum Kepler Ketiga

T2
=k
3
R

Tetapi k = malar
2
4
= GM

T2 4 2
=
R 3 GM

Maka

8.4

T2=

4 2 3
R
GM

Gerakan planet dan satelit

Satelit adalah mana-mana objek yang mengorbit bumi, matahari dan mana-mana
jasad semawi. Ia boleh dikategorikan sebagai satelit semulajadi atau satelit
buatan manusia. Contoh satelit semulajadi adalah bulan, planet dan komet,
sementara satelit buatan manusia adalah seperti yang dilancarkan ke angkasa
lepas bagi tujuan komunikasi, kajian saintifik, kaji cuaca dan sebagainya.
Satelit kadangkala mengorbit dalam laluan yang dipanggil elips . Dalam kes
sebegini jasad utama terletak di pusat elips.
54

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Kejadian siang dan malam


Daripada pergerakan planet-planet mengelilingi matahari, fikirkan bagaimana
siang dan malam.

Bumi

matahari terbit

matahari jatuh

ufuk
matahari

matahari

TIMUR (matahari terbit)

BARAT
(matahari jatuh)

Gerakan ketara satu daripada bintang petang-pagi

Rajah 8.5
Gerakan ketara planet-planet yang orbitnya lebih besar daripada bumi gerakan
songsangan (retrograde motion)
Latarbelakang bintang
Timur

Barat

Marikh

Bumi
Matahari

Rajah 8.6 Gerakan ketara planet yang orbitnya


lebih besar daripada orbit bumi

55

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Kadangkala satu objek di langit kelihatan bergerak ke belakang dibandingkan


dengan pergerakan system. Ia di katakan dalam keadaan gerakan sonsangan
(retrograde motion). Satu contoh yang paling lazim adalah dalam system suria di
mana planet Marikh bergerak secara ketara ke barat (biasanya ke timur) pada
kedudukan 3-5 pada rajah di atas. Hal ini berlaku kerana Marikh mempunyai
orbit yang lebih besar daripada bumi, maka bergerak lebih perlahan pada
orbitnya.
Kedua-dua planet sedang bergerak ke timur, tetapi oleh kerana bumi bergerak
lebih laju pada orbitnya, pada satu kedudukan ia kelihatan seperti memotong
Marikh. Jika berlatarbelakangkan bintang, Marikh akan kelihatan semakin
perlahan, kemudian pegun dan kemudian bergerak pada arah bertentangan.
Hal ini akan berlaku selama beberapa bulan sehingga ia kembali kepada
pergerakan asalnya ke timur (kedudukan 6-7).
8.5

Berat dan tanpa berat

Tanpa berat adalah satu sensasi yang dialami oleh sesorang individu bila tiada
objek menyentuh, menolak atau menariknya. Tiada daya-daya sentuhan yang
bertindak kekatasnya. Contohnya adalah bila anda jatuh bebas, satu-satu daya
yang bertindak ke atas anda adalah graviti (daya bukan sentuhan) Daya graviti
tidak boleh dirasai, maka anda akan merasa seakan-akan kehilangan berat.
Contoh lain adalah apabila anda berada di taman-taman tema. Sekiranya anda
menaiki roller coaster dan tiba-tiba rasa terangkat daripada tempat duduk anda,
ini menunjukkan tiada sentuhan berlaku antara anda dan kerusi, kerana tidak
ada daya normal bertindak ke atas anda. Satu-satu daya yang bertindak ke atas
anda adalah daya graviti. Dalam hal ini, anda akan berasa kehilangan berat.
Oleh itu, jika berat merujuk kepada daya tarikan graviti ke bumi, maka
kehilangan berat pula bermaksud sesorang itu masih menerima daya tarikan
graviti bumi, bukan hilang beratnya. Angkasawan biasanya mengalami sensasi
tanpa berat di angkasa lepas.
Graviti sifar selalu digunakan sebagai sinonim tanpa berat, tanpa berat dalam
orbit bukan graviti yang disingkir atau berkurang dengan nyata.
8.6

Medan graviti

Medan graviti adalah model yang digunakan dalam bidang fizik untuk
menerangkan bagaimana graviti wujud di alam semesta. Mengikut konsep asal,
graviti adalah daya antara titik jisim jisim.
56

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Dari F = ma, daya graviti


Maka medan graviti, g

Dari rumus,

F 1=

daya graviti, Fg = mg
F
g= g
m

GMm
R2

GMm
R2
g=
m
=

Maka medan graviti, g

Persamaan

g=

GM
R2

g=

GM
R2
GM
2
R

menunjukkan bahawa medan graviti, g semakin

berkurang apabila jarak titik daripada jisim, R semakin jauh.


8.7

Contoh soalan dan latihan

1. Galileo menjumpai 4 bulan Jupiter. Io, yang diukurnya adalah 4.2 unit
daripada pusat, mempunyai tempoh 1.8 hari. Dia mengukur jejari orbit
Ganymede sebagai 10.7 unit. Gunakan Hukum Kepler yang ke 3 untuk
mencari tempoh Ganymede.
2.

Matahari mempunyai jisim 2x1030 kg, dan berjarak 1.5x108 km, manakala
jisim Bulan adalah 7.35x1022 kg, dan 3.8x105 km jauhnya. Yang manakah
menghasilkan pengaruh graviti yang lebih kuat ke atas bumi?
A. Matahari
B. Bulan
C. Mereka adalah lebih kurang sama.
D. Tidak berkenaan

3. Bulan Jupiter yang keempat, Callisto, mempunyai tempoh 16.7 hari. Cari
jarak daripada Jupiter menggunakan unit yang sama digunakan Galileo
4. Satu satelit berjarak 225 km daripada permukaan bumi. Apakah halaju
orbitnya?
(radius of Earth, RE = 6.37 x 106 m, mass of Earth, ME = 5.98 x 1024 kg,
G = 6.67 x 10-11 N-m2/kg2

57

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

5.

Jika Bumi dua kali lebih besar tetapi sama saiz, apa akan jadi kepada g?

8.8

Rujukan

http://www.physicsclassroom.com/Class/circles/u6l4d.cfm

TOPIK 9

Fizik Dalam Muzik

Sinopsis
Bunyi ada disekeliling kita. Dalam bahagian ini, anda akan dapat membezakan
bunyi melalui keamatan dan frekuensinya yang membezakan bunyi dari segi
kekuatan dan kenyaringannya. Selain itu, anda juga dapat mengkaji fenomena
resonans dan kejadian-kejadian yang berlaku akibatnya. Perbezaan kualiti bunyi
oleh alat-alat muzik yang berbeza juga akan dibincangkan.
Hasil Pembelajaran
1.
2.
3.
4.

Menerangkan bagaimana bunyi dihasilkan


Mengaitkan keamatan bunyi dengan kekuatannya
Mengaitkan frekuensi dengan kenyaringan
Membincangkan bagaimana konsep gelombang bunyi dan resonans
digunakan untuk menerangkan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh alatalat muzik yang berbeza.

BF
yZ
dI
GK

i
a

n
e

mD
nA
ML
bA
rM
M
UU

l
b

g
e

Z
I
K

Rajah 9.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

Isi kandungan
9.1

Bunyi dan gelombang membujur


58

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Gelombang bunyi ialah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat


melalui pepejal, cecair dan gas. Maka gelombang bunyi dirujuk sebagai
gelombang membujur kerana molekul-molekul udara (zarah-zarah medium)
bergerak dalam arah yang selari dengan arah gerakan gelombang. Hasil getaran
membujur seperti itu adalah disebabkan oleh mampatan dan regangan udara.
Tenaga dipindahkan oleh getaran molekul-molekul udara dalam siri mampatan
dan rengangan udara. Gelombang bunyi memerlukan medium tertentu untuk
ianya bergerak. Oleh itu gelombang bunyi tidak dapat merambat dalam keadaan
vakum.
Gerakan perambatan molekul-molekul udara ini menghasilkan gelombang
dengan halaju v, panjang gelombang l dan frekuensi gelombang di mana
v = f
9.2

Keamatan dan kenyaringan

Bunyi adalah gelombang yang mempunyai amplitud, atau tinggi. Amplitud


pengukuran tenaga gelombang, lebih besar tenaga gelombang lebih tinggi
amplitudnya. Bila amplitud meningkat, keamatan bunyi juga meningkat.
Keamatan adalah amaun tenaga yang dipunyai bunyi dalam satu ruang. Bunyi
mempunyai keamatan yang tinggi dalam kawasan yang lebih kecil.Oleh itu, bunyi
yang mempunyai keamatan yang tinggi adalah lebih kuat. Membesarkan
amplitud bunyi, membuat ia nyaring. Mengecilkan amplitud, bunyi akan menjadi
perlahan

T
e
k
a
n
a
n

Kawasan mampatandan regangan

Rajah 9.2 Kawasan mampatan dan regangan gelombang bunyi


Amplitud gelombang berkait dengan jumlah tenaga yang dibawanya. Gelombang
dgn amplitud yang tinggi membawa jumlah tenaga yang besar. Gelombang
dengan amplitud yang kecil membawa jumlah tenaga yang kecil.

59

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Bunyi dengan keamatan yang tinggi adalah lebih nyaring. Keamatan bunyi relatif
diberi dalam unit bel (B). Skala keamatan yang lebih kecil didapati dengan
menggunakan unit yang lebih kecil, decibels (dB).

Bunyi dan nilai desibel


Punca bunyi

Desibel

Boeing 747

140

Siren Pertahanan Awam

130

Tukulan penukul

120

Konsert rock

110

Pengetam rumput

100

Motorsikal

90

Penyedut hampagas

70

Perbualan

60

Lampu isyarat

50

Bunyi hingar

40

Bisikan

30

9.3
Frekuensi dan kelangsingan
Langsing membezakan antara bunyi yang rendah dan tinggi. Bila seorang
penyanyi menyanyi dengan not yang berlainan, kita boleh mendengar perbezaan
antara dua bunyi itu kerana kelangsingannya adalah berbeza.

Rajah 9.3 Kawasan mampatan dan regangan tala bunyi


Frekuensi adalah bilangan gelombang dalam satu unit masa di mana satu jarak
gelombang adalah satu mampatan dan satu regangan. Apabila seorang
60

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

penyanyi menyanyi dengan not yang sama, kita dengar lagu itu berbeza kerana
frekuensinya berlainan.
Unit frekuensi adalah hertz. Satu hertz adalah bilangan kitaran satu mampatan
dan satu regangan dalam satu saat. Bunyi tinggi mempunyai frekuensi tinggi
sementara bunyi rendah mempunyai frekuensi rendah. Contohnya, petir
mempunyai frekuensi 50 hertz, sementara wisel mempunyai frekuensi 1,000
hertz.
Hanya gelombang bunyi antara 20 Hz to 20 kHz memulakan impuls saraf yang
diterjemahkan oleh otak manusia sebagai bunyi. Jika f lebih rendah daripada 20
Hz adalah dalam kawasan infrasonik (e.g gelombang yang hasilkan oleh gempa
bumi, angin dan pola angin) di mana beberapa sesetengah binatang seperti
gajah dan lembu boleh mendengar dan memberi amaran awal tentang gangguan
cuaca contohnya Bunyi yang lebih daripada 20 kHz adalah kawasan gelombang
ultrasonic. Gelombang ultrasonik boleh dikesan oleh binatang-binatang seperti
anjing (melebihi 45 kHz, kucing 70 kHz, kelawar 100kHz)
9.4

Resonan

Apabila satu alat muzik dipetik atau dipalu; ia akan bergetar. Tenaga akan
dipindahkan kepada alat itu dan ia akan bergetar dengan satu frekuensi yang
dipanggil frekuensi aslinya.
Satu objek yang bergetar dengan frekuensi aslinya boleh memaksa objek kedua
yang mempunyai frekuensi asli yang sama untuk bergetar sama. Keadaan ini
dinamakan resonans.

Tacoma Narrows Bridge di Washington

(i)

Gelas yang pecah

(ii) Jambatan runtuh


61

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 9.4 Fenomena resonans


Sebuah gelas mempunyai frekuensi asli yang mana ianya bergetar. Seorang
penyanyi boleh memecahkan gelas tersebut dengan menyanyi dengan not yang
sama frekuensi. Frekuensi yang sama ini menyebabkan tenaga dipindahkan
daripada bunyi ke gelas sehingga getaran sangat kuat lalu ia pecah. Ini
dinamakan resonans.
Jambatan ini direka bentuk dengan satu frekuensi asli yang sama dengan
frekuensi yang dihasilkan oleh bunyi yang melaluinya. Hasilnya, setiap kali angin
bertiup, jambatan itu akan mula berguling dan berayun, menghasilkan resonan
yang tidak dapat dikawal disebabkan frekuensi asli ini. Dua bulan selepas
pembinaan pada akhir tahun 1940's, gerakan ini menyebabkan jambatan runtuh
dengan dramatik sekali.
9.5
Mengesan gelombang tekanan
Bunyi sebagai gelombang tekanan

Tekanan

Masa

C: mampatan

R: regangan

Rajah 9.5
Oleh kerana gelombang bunyi terdiri daripada pengulangan pola tekanan tinggi
dan tekana rendah yang bergerak melalui medium, ia kadang kala dikenali juga
sebagai gelombang tekanan.
Jika pengesan, (telinga manusia atau alat ciptaan manusia) digunakan untuk
mengesan gelombang bunyi, ia boleh mengesan peruabahan dalam gelombang
tekanan apabila bunyi memberi kesan terhadap alat pengesan. Bila gelombang
tekanan sampai ke telinga, satu siri kawasan tekanan tinggi dan rendah memberi
kesan kepada gegendang telinga Ketibaan berterusan kawasan tekanan tinggi
dan rendah menyebabkan gegendang telinga kepada gerakan getaran
Tekanan bunyi boleh diukur menggunakan mikrofon di udara dan hydrofon di air.
Unit SI untuk tekanan bunyi adalah pascal (simbol: Pa).
62

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 9.6 Hydrofon dan Mikrofon


9.6 Kualiti bunyi
Bunyi mempunyai kualiti yang membenarkan telinga untuk mengenal pasti bunyi
bunyi-bunyi yang mempunyai nada, kekuatan dan frekuensi yang berlainan. Alatalat muzik yang berlainan mempunyai kualiti bunyi yang berlainan.

Rajah 9.8

Kualiti bunyi pelbagai alat muzik

63

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

9.7

Menghasilkan muzik

Alat-alat muzik menghasilkan bunyi dalam berbagai cara, namum setiap alat
musik menggunakan beberapa ciri-ciri asas bunyi.
Fizik kepada muzik mengkaji bagaimana bunyi yang menarik dan sedap boleh
dihasilkan oleh aktiviti bertali, instrumen turus udara and alat genderang
(percussion). Muzik boleh dihasilkan hanya dengan kita meniup tabung uji yang
mempunyai turus-tururs udara yang berlainan panjang

Rajah 9.9

Menghasilkan alat muzik

injap

jubir

Rajah 9.10

Alat-alat muzik bertali dan berjubir

Alat muzik bertali, contohnya biola mempunyai empat tali. Setiap tali ditala
kepada not-not berlainan. Ia dimain samada menggunakan busur atau dipetik
menggunakan jari. Alat muzik yang ditiup melalui jubir (mouthpiece)
membolehkan pemuzik menekan injap-injap untuk mengubah panjang turus
udara, lalu menghasilkan not-not berlainan.

64

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Perbezaan muzik dan bunyi bising


Bunyi mempunyai nada (pitch) yang boleh dikenalpasti, tone yang sedap, pola
yang berulang-ulang (lihat rajah 9.11A). Bunyi bising tidak mempunyai nada,
tone yang tidak enak dan tidak ada ritma (rajah 9.11B)

Muzik

Bunyi bising

Rajah 9.11
9.8

2.
3.
4.

Perbandingan kualiti bunyi muzik dan bunyi bising

Contoh soalan dan latihan

1. Perhatikan kejadian dan terangkan fungsi contoh bagaimana pembesar


suara berfungsi?
Mengapa panjang tali-tali pada piano berbeza?
Mengapa gelas kaca pecah apabila beberapa not muzik dihasilkan?
Bagaimanakah musik dan bunyi bising berbeza?
9.9

Rujukan

http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/sound/tralon.html
http://galileo.phys.virginia.edu/outreach/8thGradeSOL/WavePitchFrm.htm

65

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 10

TERMOMETRI DAN TERMOMETER

Sinopsis
Haba merupakan suatu bentuk tenaga yang amat diperlukan dalam kehidupan
manusia. Ia membekalkan tenaga untuk membuat badan kita panas, memasak
makanan serta membolehkan pengeluaran benda-benda yang berguna kepada
manusia. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep keseimbangan
dan termometri, skala suhu, jenis-jenis termometer serta keseimbangan terma.
Hasil Pembelajaran
1.
2.
3.
4.

Menerangkan konsep keseimbangan dan termometri.


Membanding beza skala suhu Celcius dan Kelvin.
Menukar suhu dari satu skala ke skala yang lain.
Memberi contoh jenis-jenis termometer dan membincangkan bagaimana
ia digunakan untuk mengukur suhu.

Gambaran Keseluruhan
me
mb
g
d

TK

a
ra
a
e

t
d
tt

m m
m

m
m

n
ee
r

o
e
i

a
e o
e i

rr oo

s
n
n
n
r
t

Rajah 10.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan


Isi Kandungan
10.1
Keseimbangan dan termometri
Suhu suatu objek menunjukkan darjah kepanasan objek itu. Haba ialah tenaga
yang mengalir dari objek yang lebih panas ke objek yang lebih sejuk.
Termometri ialah sains mengukur suhu sistem atau keupayaan sistem untuk
memindahkan haba ke satu sistem lain.

66

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Kadar pindahan tenaga terma dari satu jasad yang lebih panas ke jasad yang
lebih sejuk akan berterusan sehingga kadar pindahan haba menjadi sama rata.
Maka kedua-dua jasad akan mempunyai suhu yang sama. Kedua-dua jasad
tersebut dikatakan telah mencapai keseimbangan terma.
Buat Nota
Untuk lebih memahami keseimbangan terma, sila baca nota-nota dalam
laman web berikut:
http://physics.about.com/od/thermodynamics/p/thermodynamics.htm
Sila baca juga Physics: Principles and Problems
Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy
Buat nota ringkas mengenai keseimbangan terma.
10.2

Skala suhu: Celcius dan Kelvin

Rajah 10.2

Perbandingan skala suhu

67

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 10.3

10.3

Takat didih dan takat lebur pelbagai skala suhu

Jenis Termometer

Sifat fizikal bahan yang berubah dengan suhu dikenali sebagai sifat termometri
bahan itu. Termometer adalah suatu alat pengukur suhu yang dibina dengan
berdasarkan sifat termometri yang tertentu misalnya isipadu cecair, tekanan gas,
daya gerak elektrik dan rintangan dawai logam.
Termometer merkuri merupakan suatu termometer yang dibina dengan
berdasarkan sifat isipadu merkuri yang boleh berkembang dengan banyak
apabila suhu berubah.
Sesuatu termometer yang dibina akan ditentukur dengan berdasarkan takat suhu
yang tertentu. Termometer merkuri adalah ditentukur berdasarkan takat suhu
didih air(100C) dan takat beku air (0C). Antara dua takat suhu itu, julat antara
dua takat itu telah dibahagi kepada 100 bahagian dengan sebahagian
bersamaan dengan 1C. Tahukah anda apakah skala suhu SI dan hubungan
antara suhu SI itu dengan skala suhu Celsius?
Buat Nota

Untuk lebih memahami tentang jenis termometer, skala dan ukuran suhu,
sila baca maklumat terkandung dalam laman web berikut:
http://www.saburchill.com/physics/chapters/0097.html
http://physics.about.com/od/glossary/g/temperature.htm
Sila baca juga Physics: Principles and Problems
Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy
Buat nota ringkas mengenai jenis termometer, skala dan
ukuran suhu.

Fikir

Layari internet untuk mencuba soalan berkaitan dengan tenaga haba.


Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh
membuat latihan secara interaktif dalam topik tenaga haba
http://glencoe.mcgrawhill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter12/interactive_tuto
r.html
68

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rujukan:
http://www.saburchill.com/physics/chapters/0097.html
(Skala Suhu Celsius)
http://www.saburchill.com/physics/chapters/0098.html
(Teori Kinetik Jirim)
http://physics.about.com/od/thermodynamics/p/thermodynamics.htm
(Takrifan keseimbangan terma, pindahan haba)
http://physics.about.com/od/glossary/g/temperature.htm
(Takrifan suhu, skala suhu dan termometri)
http://physics.about.com/od/thermodynamics/f/heattransfer.htm
(Kaedah pindahan haba)
Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw
Hill. (Chapter 12 Thermal Energy)

69

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 11

CAHAYA

Sinopsis:
Kita dapat melihat objek kerana cahaya dipantulkan atau dikeluarkan olehnya.
Cahaya dikeluarkan oleh objek bersinar, lampu kalimantang, televisyen atau
LED. Namun sumber utama cahaya adalah matahari. Cahaya dari matahari
bukan sahaja dipantulkan oleh cermin atau kertas putih, tetapi oleh bulan, pokok
dan mungkin juga oleh kain yang gelap. Kita melihat objek kerana cahaya
bergerak dari objek ke mata kita. Lintasan lurus cahaya yang dipanggil sinar
cahaya mewakili lintasan sempit cahaya. Kajian sinar-sinar cahaya ini
membolehkan kita mengkaji pantulan dan pembiasan cahaya.
Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan pantulan dan cermin
2. Membincangkan pembiasan dan kanta
3. Membincangkan struktur dan prinsip kerja mikroskop dan teleskop
Gambaran Keseluruhan

C
P
a
h
n
a
t
y
u
a
l
a
n
Rajah 11.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

70

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

11.1 Pantulan dan Cermin


Hukum Pantulan
Pantulan cahaya pada permukaan yang licin adalah seragam, sementara
permukaan kasar dan tidak seragam akan mencapah dan berselerak.
Dua asas hukum pantulan:
- Sudut tuju, i sama dengan sudut biasan, r.
- Sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal berada pada satah yang
sama.
Cermin satah
Cermin dapat membentuk imej kerana cahaya dari objek yang ditujukan
kepadanya dipantulkan balik ke mata kita.

Rajah 11.2
Latihan

Uji kafahaman anda dengan mencuba tutorial interactive pada laman web
berikut:
http://glencoe.com/olc_games/game_engine/content/gln_sci/ppp_09/ch17/ch17_1/
index.html

71

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Cermin Melengkung:
Terdapat dua jenis cermin melengkung iaitu cermin cekung dan cermin cembung.
Apabila sinar cahaya yang selari terkena permukaan cermin cekung, sinar-sinar
cahaya akan difokuskan pada satu titik fokus (Rajah 11.3a).

(a)

(b)

Rajah 11.3

Rajah sinar cermin melengkung

Apabila sinar cahaya yang selari terkena cermin cembung, sinar-sinar


cahaya akan dicapahkan (Rajah11.3b)
Pusat kelengkungan, C suatu cermin ialah pusat sfera dari mana cermin itu
dihasilkan. Jejari kelengkungan, r adalah jarak antara pusat sfera dengan
permukaan cermin.
Mengumpul Maklumat

Cari maklumat bagaimana melukis rajah sinar untuk pelbagai kedudukan


objek dari cermin cekung dan cermin cembung. Nyatakan ciri-ciri imej objek
yang dipantulkan. Gunakan link di bawah untuk membantu anda.
http://en.wikipedia.org/wiki/Convex_mirror
Using Light.doc

72

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

11.2 Pembiasan dan Kanta


Pembiasan difinisikan sebagai pembengkokan cahaya bila ia melalui satu
medium ke medium lain yang mempunyai ketumpatan berbeza.

Rajah 11.4

Fenomena pembiasan cahaya

Indeks biasan, n bagi suatu bahan adalah:


n = laju cahaya dalam vakum atau udara, c
laju cahaya dalam medium,v
n = sin i
sin r
Nilai indeks biasan adalah berbeza-beza untuk bagi bahan berbeza seperti
ditunjukkan dalam Jadual 11.1.
Bahan
Udara
Air
Perspeks
Kaca
Intan

Indeks Biasan, n
1.00
1.33
1.49
1.48-1.96
2.42
Jadual 11.1

73

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Kanta cembung dan kanta cekung


Sinar-sinar selari akan terbias dan bertumpu ke satu titik yang dipanggil titik
fokus.

Rajah 11.5

Rajah sinar kanta cebung

Cahaya selari yang memasuki kanta cekung akan akan terbias dan mencapah
keluar selepas melalui kanta cekung.

Rajah 11.6 Rajah sinar kanta cekung


Mengumpul Maklumat

Cari maklumat tentang rajah sinar kanta cembung dan kanta cekung pada
pelbagai kedudukan objek dan nyatakan ciri-ciri imej pada kedudukankedudukan tersebut. Laman web berikut boleh membantu:
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/class/refrn/u14l5da.html

11.3 Mikroskop dan Teleskop


74

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Kanta-kanta boleh digunakan untuk menghasilkan alat-alat optik. Antaranya,


mikroskop majmuk dan teleskop astronomi boleh dibina melalui susunan dua
kanta cembung yang berlainan kuasa.
Rajah sinar mikroskop majmuk

Rajah 11.7 Rajah sinar mikroskop majmuk


Rajah sinar teleskop astronomi

Rajah 11.8 Rajah sinar teleskop astronomi


Fikir
Fikirkan bagaimana susunan kanta-kanta cembung boleh menghasilkan satu
kanta cembung dan kanta cekung. Laman web di bawah mungkin boleh
membantu anda:
http://www.saburchill.com/physics/chapters3/0018.html
http://physics.bu.edu/~duffy/PY106/Instruments.html

Rujukan:
75

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

http://en.wikipedia.org/wiki/Convex_mirror (Rajah sinar)


http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/class/refrn/u14l5da.html(kanta)
http://www.saburchill.com/physics/chapters3/0018.html
http://physics.bu.edu/~duffy/PY106/Instruments.html (Mikroskop dan teleskop)
http://www.phy.ntnu.edu.tw/ntnujava/index.php?topic=16.0
(Pantulan dan Biasan melalui animasi Gelombang cahaya)
Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGrawHill.
(Chapter 18 Mirrors and Lenses)

76

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK
12

LITAR ELEKTRIK DI RUMAH

Sinopsis:
Elektrik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Walau
bagaimanapun, ia boleh mendatangkan bahaya yang besar jika tidak
mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakannya.
Terdapat dua jenis litar di dalam pendawaian elektrik di rumah iaitu litar sesiri dan
selari. Beberapa alat-alat keselamatan didapati di dalam pendawaian elektrik
untuk melindungi pengguna daripada terkena renjatan elektrik.
Hasil Pembelajaran:
1.
2.
3.
4.

Membincangkan Hukum Ohm.


Membina litar-litar sesiri dan selari dan gabungan litar sesiri dan selari.
Memerihalkan alat keselamatan yang digunakan dalam litar elektrik.
Membincangkan kelebihan dan kekurangan menggunakan litar sesiri dan
selari.
5. Menerangkan bagaimana kecerahan berhubungkait dengan sambungan
lampu-lampu mentol di dalam litar.
Gambaran Keseluruhan

Rajah 12.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

77

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Isi Kandungan
12.1

Gabungan litar sesiri dan selari

Terdapat dua cara asas untuk menyambung lebih dari dua komponen litar iaitu
litar sesiri dan litar selari.
Litar sesiri

Rajah 12.2

Susunan sesiri

Litar selari

Rajah 12.3 Susunan selari


Gabungan litar sesiri dan litar selari

78

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

12.2

Rajah 12.4 Gabungan litar sesiri dan selari


Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa pada suhu tetap, arus yang melalui konduktor
diantara 2 titik adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan (i.e. kejatuhan
voltan atau voltan) merentas dua titik.
Persamaan matematik yang menerangkan hubungan ini adalah:

Jika 2 kuantiti diketahui, kuantiti yang ke 3 mudah untuk ditentukan. Jika bateri
membekalkan voltan 1.5 volt dan lampu mempunyai rintangan 5 ohms, maka
arus dalam litar boleh ditentukan.
Dengan menggunakan persamaan

Masukkan nilai2:
Ampere

Penentuan voltan, arus atau rintangan menggunakan Hukum Ohm

Hukum Ohm

79

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Hukum Ohm dan litar sesiri


Litar Sesiri

Litar sesiri:
Voltan = Jumlah semua voltan.
Semua komponen berkongsi arus yang sama.
Rintangan = Jumlah rintangan
Hukum Ohm dan litar selari
Litar Selari

Litar selari:
Semua komponen berkongsi voltan yang sama
Jumlah arus = Kesemua cabang arus
Jumlah rintangan = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3+.

80

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Aplikasi Hukum Ohm di dalam litar


Semasa menganalisis sebarang litar kompleks, mula-mula kira rintangan
berkesan. Rintangan berkesan beban sesiri adalah hanya menjumlahkan semua
rintangan.
Berapakah jumlah rintangan berkesan di dalam litar di bawah?

Petunjuk:
Mula-mula kira jumlah rintangan selari iaitu 1/R J = 1/R2 + 1/R3
Kemudian jumlahkan, Rberkesan = R1 + RJ
Contoh
Dengan menggunakan rajah litar di bawah, kira rintangan berkesan, voltan yang
merentasi setiap rintangan dan arus.

Kombinasi litar sesiri dan selari

81

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

12.3

Aplikasi litar

Rajah 12.5
12.4

Gabungan litar sesiri dan selari di dalam komponen elektronik


Keselamatan dalam litar

Untuk mengelakkan kerosakan harta dan bahaya dalam kehidupan, litar-litar di


dalam rumah dibina dengan ciri-ciri keselamatan. Antara peralatan keselamatan
yang terdapat di rumah ialah palam 3 pin, fius, pemutus litar, rod kilat dan palam
3 pin. Kebanyakan peralatan dijual dengan palam yang telah dipasang. Kabel
daripada peralatan biasanya mengandungi 3 wayar. Wayar dibuat daripada
kuprum yang disalut dengan pelindung plastik.
Bumi

Neutral

Hidup
Fius

Pencengkam kabel

Rajah 12.6 Palam 3 pin


82

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Pelindung dibuat daripada plastik dan diwarnakan:

Wayar hidup perang.

Wayar neutral - biru

Wayar bumi hijau dan kuning (Pelindung)

Wayar hidup dan neutral membawa arus ke litar.

Ketiga-tiga wayar dilindung oleh pelindung luar yang dibuat daripada


plastik
kenapa?
Palam 3 pin mempunyai ciri ciri berikut:

Pencengkam kabel, untuk mencengkam pelindung luar kabel dan


mengelakkan daripada tertarik keluar daripada palam.

Ketiga-tiga pin dibuat daripada loyang,

Fius

Bekas dibuat daripada plastik


12.5

Contoh soalan dan latihan


1.
2.

12.6
1.
2.
3.

Bagaimana rod kilat melindungi bangunan?


Apakah alat2 keselamatan yang digunakan di dalam litar elektrik?
Rujukan

http://www.autoshop101.com/trainmodules/elec_circuits/circ109.html
http://www.allaboutcircuits.com/vol_1/chpt_5/1.html
http://physics.bu.edu/py106/notes/Circuits.html

83

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 13

KEELEKTRIKAN DAN KEELEKTROMAGNETAN

Sinopsis:
Pelbagai peralatan elektrik di rumah menggunakan kuasa elektrik dan motor.
Topik ini memberi pendedahan dan kefahaman tentang daya dan arus dalam
medan magnet serta bagaimana prinsip ini digunakan di dalam operasi motor
elektrik serta monitor TV.
Hasil Pembelajaran:
1. Menerangkan daya ke atas arus di dalam medan magnet.
2. Menerangkan daya ke atas satu zarah bercas.
3. Menerangkan bagaimana operasi motor elektrik dan pertukaran tenaga
yang berlaku di dalamnya.
4. Menyenaraikan peralatan elektrik di rumah yang menggunakan elektrik.
5. Menyenaraikan peralatan elektrik di rumah yang menggunakan motor.
6. Menerangkan bagaimana monitor TV berfungsi.
Gambaran Keseluruhan

Rajah 13.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

84

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Isi Kandungan
13.1

Penghasilan daya (F) akibat saling tindakan antara konduktor yang


membawa arus (I) dengan medan magnet (B)
Dawai membawa arus, I

Arah Daya, F

Rajah 13.2
Satu dawai yang membawa arus (konduktor) yang diletakkan di antara dua
magnet kekal akan bertindak dengan medan magnet untuk menghasilkan daya
yang menyebabkan konduktor itu bergerak. Fenomena ini adalah disebabkan :
(i) Magnet ada medan magnet
(ii) Konduktor pembawa arus mempunyai medan magnet.
(iii) Interaksi antara medan magnet dengan medan magnet konduktor
berarus menyebabkan dawai mengalami daya mekanikal lalu
bergerak. Arah gerakan daya ditentukan menggunakan Hukum
Tangan Kiri Fleming.
Penentuan arah daya
Medan
Jari Telunjuk
Daya
Ibu Jari

Arus
Jari Hantu

Rajah 13.3 Hukum Tangan Kiri Fleming


Magnitud daya adalah,
F = B I l Sin
di mana
B = ketumpatan fluks magnet,
85

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

I = arus yang mengalir melalui konduktor


l = panjang konduktor di dalam medan
= sudut antara medan magnet dan konduktor
Bila satu konduktor lurus diletakkan berserenjang (perpendicular) dengan
medan yang seragam (uniform field)
=90,
F = BIl
Contoh Pengiraan
Suatu arus 8.5 A yang mengalir melalui medan magnet didapati mengenakan
daya 275 N. Panjang daya dalam medan magnet adalah 5 cm. Apakah nilai
medan magnet itu?
F = Bil B
Jawapan: 0.647 T
Hubungan ini adalah benar selagi arus adalah pada sudut 90 kepada medan
magnet.
Jika dawai adalah pada sudut lain kepada medan magnet, rumus perlu
mengambil kira
F = BIl sin
13.2

Motor elektrik

Kegunaan penghasilan daya akibat saling tindakan antara konduktor yang


membawa arus dengan medan magnet.

Rajah 13.4 Motor elektrik

86

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Kegunaan motor elektrik ialah menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga


mekanikal. Alat-alat elektrik yang menggunakan motor elektrik ialah mesin
basuh, mesin pengisar, kipas dan lain-lain lagi.
Prinsip kerja motor elektrik (arus terus)

Rajah 13.5 Prinsip kerja motor elektrik


Motor elektrik terdiri daripada satu angker yang terdiri daripada satu angker yang
boleh berputar diantara dua kutub magnet yang berlainan. Kedua-dua hujung
dawai gegelung disambung kepada komutator yang disentuh dengan berus
karbon.
Apabila arus dialirkan melalui gegelung, saling tindakan antara medan magnet
dari angker membawa arus dengan medan magnet kekal akan berlaku. Medan
lastik dihasilkan di dua belah sisi dawai gegelung. Medan lastik ini menghasilkan
satu daya putaran untuk memutarkan gegelung itu.
Arah daya yang bertindak ke atas angker boleh ditentukan dengan
menggunakan peraturan tangan kiri Fleming. Corak medan lastik dapat
dilukiskan.
Fungsi komutator berbelah dua yang dipasang pada angker adalah untuk
melicinkan pertukaran arah arus dalam gegelung setiap separuh putaran supaya
gegelung motor itu dapat berputar secara terus.
Lazimnya arus yang lebih besar diperlukan untuk memulakan pergerakan motor
elektrik. Apabila motor sudah berputar dengan laju seragam, arus yang lebih
kecil diperlukan. Ini kerana di dalam keadaan pegun, inersia gegelung motor
adalah besar dan daya yang lebih besar diperlukan untuk memulakan
putarannya.
Semasa gegelung motor berputar dengan laju seragam dalam medan magnet,
arus teraruh dihasilkan dan mengalir dalam arah bertentangan dengan arah arus
yang berpunca dari bekalan kuasa. Oleh itu, arus yang lebih kecil diperlukan
untuk motor berputar dengan laju seragam.
87

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

13.3

Daya atas satu zarah bercas

Jika zarah bercas dianggap sebagai cas titik, medan elektrik ditakrif sebagai daya
yang di alami seunit cas:
E = F/q
di mana
F : daya elektrik yang dialami zarah
q : cas
E : medan elektrik di mana zarah itu berada
Ruang sekeliling cas elektrik mempunyai sifat yang dipanggil medan elektrik
dan medan elektrik ini mengenakan satu daya ke atas objek lain yang bercas
elektrik. Daya ini menyebabkan objek menolak atau menarik bergantung kepada
cas yang ada pada objek.

Rajah 13.6 Medan elektrik disekitar cas titik


Daya antara zarah-zarah bercas diterangkan menggunakan Hukum Coulomb.

Satu cas pegun dalam medan magnet tidak akan mengalami mana-mana daya.
Cas akan mengalami daya jika ia bergerak dalam medan magnet. Daya ini
dikenali sebagai daya magnet satu cas yang bergerak.
Magnitud daya magnet bergantung kepada:
(a)
magnitud cas, q (unit Coulomb, C)
(b)
halaju cas, v (unit m/s2)
88

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

(c)
(d)

arah pergerakan cas dalam medan magnet


kekuatan medan magnet, B (unit Tesla, T)

Daya pada cas yang bergerak, F = qv B


F adalah maksimum bila halaju cas adalah berserenjang (perpendicular) kepada
arah medan magnet. Jika cas, q bergerak dalam arah yang yang berserenjang
dengan medan kepada B v sin . Maka
F = qv B sin
Cas titik yang bergerak berserenjang dengan medan magnet selari, B.

Medan Magnet, B

Rajah 13.6
Daya ke atas cas adalah berserenjang kepada kedua-dua arah gerakan cas dan
arah medan magnet.
Daya yang dialami oleh cas positif mempunyai magnitud
F = Bqv
Contoh pengiraan
Satu elektron di pecutkan ke 6.0 x 106 m/s2 dipesongkan oleh medan magnet
yang kekuatannya 0.82 T. Apakah daya yang bertindak ke atas elektron? Adakah
daya ini berbeza bagi proton?
Jawapan:

7.9 10-13 N

89

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

13.4

Skrin TV

Bagaimanakah monitor TV berfungsi?


Gambar terhasil dengan menembak satu bim elektron (zarah bercas) daripada
senapang elektron (electron guns) di belakang ke skrin di hadapan. Elektron
dengan tenaga yang banyak, memindahkan tenaga itu ke skrin. Tenaga
dipindahkan ke titik-titik fosfor di belakang skrin.

Rajah 13.8 Topeng bayang


Fosfor adalah bahan yang mengeluarkan tenaga dalam bentuk cahaya, jadi ia
bercahaya. Satu topeng logam (metal mask) di belakang skrin mengandungi
lubang-lubang dalam kumpulan 3 tiik fosfor. Senapang elektron untuk warna
berlainan adalah pada tempat-tempat berlainan, ia menghentam lubang daripada
arah-arah yang agak berlainan.

90

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 13.8 Titik-titik fosfor


Walaupun ketiga-tiganya difokuskan pada lubang yang sama dalam topeng
logam, ia akhirnya menghentam tempat-tempat berlainan pada skrin, maka
menghasilkan cahaya pada titik-titik fosfor yang berlainan warna.
Untuk menuju ke bim, gegelung stering kuprum digunakan untuk menghasilkan
medan magnet dalam tiub. Medan menggerakkan bim elektron secara
mencancang dan mengufuk. Dengan mengenakan voltan berlainan pada
gegelung stering, bim boleh di laraskan pada mana-mana titik di atas skrin.
Magnet kekal memesongkan elektron yang lebih ringan supaya ia menghentam
skrin.
13.5

Contoh soalan dan latihan

1. Senaraikan alatan-alatan di dalam rumah yang menggunakan tenaga


elektrik.
2.
Terangkan perubahan tenaga dalam satu motor elektrik?
3. Terangkan bagaimana komutator dan berus beroperasi dalam motor
elektrik.
13.6

Rujukan

1.
http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/magnetic/forwir2.html
2.
http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/magnetic/motdc.html
3.
http://www.s-cool.co.uk/a-level/physics/forces-in-magnetic-fields/revise-it/forceson-charged-particles
4.
http://www.howstuffworks.com/tv.htm

91

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 14

PENJANAAN DAN PENGHANTARAN ELEKTRIK

Sinopsis
Setiap hari, kita menggunakan tenaga elektrik sama ada di rumah atau di tempat
kerja. Penggunaan tenaga elektrik telah menjadi suatu kewajipan dalam
kehidupan moden. Tahukah anda bagaimana arus elektrik dihasilkan? Bekalan
arus elektrik adalah hasil daripada suatu penjana arus elektrik yang besar. Di
dalam topik ini anda akan didedahkan kepada Hukum Faraday dan Hukum Lenz
yang digunakan dalam penghasilan arus aruhan menggunakan konsep aruhan
elektromagnet. Anda juga akan didedahkan dengan fungsi transformer.
Hasil Pembelajaran
5. Menerangkan konsep aruhan elektromagnet
6. Menakrifkan Hukum Faraday
7. Mentakrifkan Hukum Lenz
8. Menerang bagaimana arus elekrik boleh dijanakan.
9. Membezakan antara suatu penjana at dan penjana au
10. Menerangkan proses swainduktans
11. Menerangkan tentang fungsi transformer
Gambaran Keseluruhan

92

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

HP

ua
kD
u

n
a

P
m
a
nF
EEa
kr

j
n

t
ll

ee

g
a

h
r

kk

tt

a
rr

ii

a
d
a
y

Rajah 14.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan


Isi Kandungan
14.1

Daya Gerak Elektrik (d.g.e)

Apabila kita mengkaji litar elektrik, kita belajar bahawa pam cas diperlukan untuk
menghasilkan aliran arus berterusan. Keupayaan meningkat, atau voltan yang
diberi kepada cas melalui pam dipanggil daya elektromotif (electromotive force
emf atau daya gerak elektrik d.g.e) yang dijana. Daya gerak elektrik (d.g.e)
bukan daya, ia adalah peningkatan voltan dan diukur dengan unit volt. Bila dawai
digerakkan melalui medan magnet, daya bertindak ke atas cas-cas dan cas-cas
bergerak dalam arah daya. Daya elektromotif (d.g.e) ini juga dinamakan sebagai
tenaga elektrik yang dijana.
Daya gerak elektrik (d.g.e) bergantung kepada kekuatan medan magnet, B,
panjang dawai di dalam medan magnet, l, dan halaju dawai dalam medan, v .
Jika B, v, dan arah panjang dawai berserenjang antara satu sama lain,
maka:Daya gerak elektrik (d.g.e) = Blv
14.2

Aruhan Elektromagnet

93

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Aruhan elektromagnet adalah penghasilan daya gerak elektrik (d.g.e) dalam satu
konduktor
apabila
terdapat perubahan
fluks
magnet dan gerakan
relatif antara konduktor dan medan magnet. Magnitud d.g.e aruhan menurut
Hukum Faraday dan arah d.g.e aruhan adalah menurut Hukum Lenz.
14.3

Hukum Faraday

Hukum Faraday menyatakan bahawa satu dge akan teraruh dalam satu litar
elektrik apabila terdapat perubahan fluks magnet yang berkaitan dengan litar
elektrik itu.
Magnitud dge aruhan adalah bergantung pada perubahan fluks magnet.
Magnitud dge teraruh adalah berkadar langsung dengan kadar perubahan fluks
magnet.
E

dB
dt

Dimana, E ialah dge teraruh. (Induced emf)


Arus elektrik boleh menghasilkan medan magnet, dan medan magnet itu boleh
menghasilkan daya ke atas cas yang bergerak. Medan magnet boleh
menghasilkan arus elektrik. Daripada eksperimen diperhatikan
bahawa
perubahan medan magnet mengaruhkan dge di dalam konduktor. Memasukkan
gegelung dawai melalui magnet akan menjana dge di dalam gegelung.

94

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 14.2 Alat radas menghasilkan dge


Daripada

eksperimen

diperhatikan

bahawa

perubahan

medan

magnet

menjanakan dge di dalam konduktor. Arus elektrik dijana jika ada litar tertutup
(e.g., gegelung dawai) di dalam medan magnet yang berubah-ubah.

Medan

magnet yang tetap tidak menjana dge. Daya gerak elektrik hanya dijana bila ada
medan magnet yang berubah-ubah.
Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud dge aruhan :i.

Kekuatan magnet
Magnet yang lebih kuat akan menghasilkan dge aruhan yang lebih
tinggi kerana ketumpatan fluks adalah lebih tinggi.
ii. Bilangan lilitan gegelung
Bilangan lilitan gegelung yang lebih banyak akan menghasilkan dge
aruhan yang lebih tinggi

iii. Laju relatif antara gegelung dengan magnet


Laju relatif yang lebih tinggi akan menghasilkan dge aruhan yang
lebih tinggi kerana kadar perubahan fluks magnet adalah lebih tinggi.
Dge adalah sifar apabila magnet pegun dalam gegelung.
iv. Diameter gegelung
Diameter gegelung yang lebih besar akan menghasilkan dge
aruhan
yang lebih tinggi kerana kadar pemotongan fluks magnet
yang lebih
tinggi.
14.4

Hukum Lenz

Hukum Lenz menyatakan bahawa arah arus aruhan adalah bergantung


kepada arah perubahan fluks magnet. Arus aruhan yang terhasil sentiasa
mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang
menghasilkannya.
Bahan Bacaan

95

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Layari laman web http://physics503.one-school.net/

14.5

Penjanaan Arus Elekrik

Penjanaan merupakan proses pengeluaran tenaga elektrik dengan banyaknya


yang terhasil daripada pemotongan fluks magnet oleh gegelung yang terdapat
pada sesebuah penjana. Penjana elektrik adalah alat yang menukarkan tenaga
mekanikal kepada tenaga elektrik. Lazimnya terdapat dua jenis penjana iaitu :a) Penjana Arus terus (a.t) adalah arus yang mengalir satu arah sahaja. Arus
terus diperoleh daripada sumber seperti sel suria, bateri dan penjanaan arus
terus.
b) Penjana Arus ulang alik (a.u) adalah arus yang sentiasa berubah-ubah arah
pengalirannya mengikut perubahan kutub sumber bekalan. Penjanaan arus
ulang-alik merupakan sumber bekalan utama di Malaysia.

14.5.1 Prinsip kerja penjana arus ulang alik

Rajah 14.3 Penjana Arus Ulang alik

96

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Suatu penjana arus terus boleh diubahsuai menjadi penjana arus ulang
alik jika komutator digantikan dengan dua gelang gelincir yang
berasingan.
Dua gelang gelincir yang berputar bersama dengan angker dan
menyambungkan angker dengan litar luar melalui berus karbon.
Mula-mula, angker dalam kedudukan menegak. Tiada perubahan fluks
dan tiada arus teraruh.
Apabila angker diputarkan, perubahan fluks semakin bertambah sehingga
angker berada dalam kedudukan mengufuk. Perubahan fluks menjadi
maksimum dan dge teraruh adalah maksimum.
Arah arus teraruh ditentukan denagn peraturan tangan kanan Fleming.
Apabila angker terus diputarkan, perubahan fluks semakin berkurang
sehingga angker berada dalam keadaan menegak, tiada arus teraruh
yang dijanakan.
Dalam keadaan mengufuk sekali lagi, arus aruhan menjadi maksimum,
tetapi arah aliran arus aruhan di litar luar (galvanometer) terbalik.
Arus aruhan yang terjana berubah-ubah arah alirannya di litar luar
mengikut kedudukan gelung. Arus aruhan ini dikenali sebagai arus ulang
alik.
Arus adalah positif (+) dalam satu arah dan negatif (-) dalam arah
bertentangan.
Gelang gelincir memainkan peranan dalam penjanaan arus ulang alik.
Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus yang dijanakan oleh
penjanaan arus terus atau arus ulang alik adalah seperti berikut:a.
b.
c.
d.
e.

14.6

Kekuatan magnet
Bilangan lilitan dalam angker
Meletakkan teras besi dalam angker
Laju putaran angker
Luas angker

Swainduktans (Saling Aruhan)

Bila gelung primer disambung ke sumber voltan arus ulang alik, arus yang
berubah-ubah akan menghasilkan medan magnet yang berubah-ubah. Medan
magnet yang berubah-ubah ini dibawa melalui teras ke gelung sekunder. Dalam
gelung sekunder, medan aruhan yang berubah-ubah mengaruhkan dge yang
berubah-ubah. Kesan ini dikenali sebagai saling aruhan (mutual inductance).
14.7

Transformer

97

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 14.4 Transformer

Transformer adalah alat untuk mengubahkan voltan satu sumber arus ulang alik
tanpa
perubahan
frekuensi
arus
ulang
alik
itu.
Transformer memindahkan tenaga elektrik dari satu litar arus ulang alik kepada
satu litar yang lain dengan perubahan beza keupayaan dan arus, tanpa
perubahan frekuensi
Transformer terdiri daripada dua litar berasingan yang mempunyai pautan
magnet pada satu teras besi lembut berlamina seperti dalam rajah di atas.
(a)
(b)

Litar primer terdiri daripada gegelung primer dawai bertebat yang


dibekalkan dengan beza keupayaan input daripada satu sumber arus
ulang alik.
Litar sekunder terdiri daripada gegelung sekunder dawai bertebat yang
membekalkan beza keupayaan output dalam arus ulang alik.

Prinsip transformer adalah berdasarkan aruhan saling.


(a) Apabila arus ulang alik mengalir dalam gegelung primer,perubahan fluks
magnet yang sama dengan frekuensi arus ulang alik itu terhasil.
(b) Fluks magnet daripada gegelung primer ditumpukan oleh teras besi
serta dihubungkan dengan gegelung sekunder.
(c) Perubahan fluks magnet itu menghasilkan d.g.e. teraruh dalam litar
sekunder, menurut Hukum Faraday.
(d) Arah arus aruhan dalam transformer adalah sentiasamenentang
perubahan arus yang menghasilkan arus aruhan itu, iaitu menurut Hukum
Lenz.
(e) Frekuensi arus primer dan arus sekunder adalah sama.

5.

Terdapat dua jenis transformer iaitu

98

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

(a) Transformer injak naik

(b) Transformer injak turun

mempunyai beza keupayaan

mempunyai beza keupayaan

output yang lebih tinggi daripada

output yang lebih rendah daripada

beza keupayaan input kerana

beza keupayaan input kerana

bilangan lilitan gegelung

bilangan lilitan gegelung sekunder

sekunder adalah lebih

adalah lebih rendah daripada

tinggi daripada bilangan lilitan

bilangan lilitan gegelung primer

gegelung primer
.

Contoh Soalan :

99

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah di atas ialah satu litar elektrik dengan sebuah transformer.


Hitungkan beza keupayaan output transformer itu serta huraikan
kecerahan mentol.
Penyelesaian :

= 20 V
Beza keupayaan output ialah 20 V, maka mentol adalah malap kerana mentol

itu memerlukan 24 V untuk kecerahan biasa.

6.

Transformer unggul mempunyai kecekapan 100%. Transformer unggul


boleh memindahkan kesemua tenaga elektrik dari gegelung primer
kepada gegelung sekunder.
Kuasa input = Kuasa output
VpIp = VsIs

14.8

Ip = Arus primer

Vp = Voltan primer

Is = Arus sekunder

Vs= Voltan sekunder

Sistem penghantaran tenaga elektrik

100

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Elektrik yang dihasilkan di loji penjanaan penghantaran elektrik dibawa melalui


talian penghantaran voltan tinggi ke syarikat penghantaran tempatan yang
mengagihkan kuasa. Stesen2 kecil dan transformer mengecilkan voltan
bersesuaian dengan penggunaan di rumah atau industri. Arus elektrik dihantar
keluar daripada loji kuasa pada voltan tinggi.(lebih kurang 25,000 volts ). Bila
elektrik bergerak pada jarak yang jauh, adalah lebih baik pada voltan tinggi.
Elektrik boleh dihantar lebih efisien pada voltan tinggi. Kabel talian penghantaran
yang tebal dan panjang dibuat daripada kuprum atau aluminium sebab mereka
mempunyai rintangan yang rendah.
Contoh
1.
(a)
Terangkan pembinaan dan prinsip kerja penjana AC dengan
bantuan
gambarajah.
(b) Satu transformer menggunakan kuasa 240 V untuk membekalkan arus
3.0 A pada 60 V untuk memanaskan gelung. Jika 10 % tenaga yang
diambil daripada bekalan hilang di dalam transformer itu sendiri,
apakah
arus di dalam gegelung primer Nyatakan dua cara untuk
mengurangkan
kehilangan tenaga di dalam transformer.
(c)
Kuasa elektrik dihantar daripada stesen kuasa ke bandar melalui
kabel
penghantaran dengan jumlah rintangan 50 ohm. Jika stesen kuasa
menjana 8 MW kuasa, kira kehilangan kuasa di dalam kabel
jika kuasa
dihantar pada 80 kV.
Contoh jawapan:
(a)

Prinsip

Bila satu konduktor lurus digerakkan berulangkali di dalam medan magnet, aruh akan
diaruhkan di dalam konduktor. Ia berdasarkan kepada fenomena aruhan elektromagnet.

Binaan

Rajah 14.6

101

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Kerja
-Bila armatur berputar terhadap paksi yang berserenjang kepada medan
magnet, ia sentiasa mengubah orientasi relatifnya. / Rajah 14.6.
-Ini menyebabkan fluks sentiasa berubah2 berterusan dengan masa.
- Perubahan fluks magnet ini mengaruhkan emf. / Rajah
- Jika terminal luar armatur disambung kepda litar luar, arus elektrik
mengalir melaluinya.
-Pesongan jarum galvanometer menunjukkan emf teraruh.
-Arah emf teraruh disongsangkan selepas separuh putaran gegelung.
- Maka dalam satu putaran gegelung, arus berubah arahnya sebanyak dua
kali di dalam gegelung.
Untuk memahami bagaimana arah arus berubah, lihat rajah di bawah.

Rajah 14.7
-Arus yang mengubah arahnya selepas sela masa yang sama di namakan
arus ulang alik (AC). Alat ini dipanggil Penjana Arus Ulang Alik.

b.

Is x Vs / IpVp x 100 % = 90 %
Ip = Is x Vs/ Vp

x 100/90

= 3 x 60 / 240 x 100/90
= 0.83 A
Dua cara mengurangkan kehilangan tenaga di dalam transformer

Menggunakan teras besi berlamina untuk mengurangkan arus Eddy.


Menggunakan dawai kuprum yang tebal untuk membuat gegelung.

c.

I = P/V
= 8 x 10 6/ 80 x 10 3
= 100 A
102

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Kehilangan kuasa P = I2R


= 100 x 100 x 50 W
= 50 kW
Rujukan
http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/

http://hyperphysics.phyastr.gsu.edu/hbase/magnetic/motorac.html

Melayari Internet

(1 jam)

Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi


berkaitan dengan motor elektrik dan penjana elektrik

http://www.animations.physics.unsw.edu.au/jw/electricmotors.html
14.9 Latihan
1.
Bandingkan dan bezakan antara penjana arus terus (a.t) dan penjana
arus ulang- alik (a.u). Anda hendaklah menyatakan persamaan penjana a.t. dan
pejana a.u. dari segi;
(a)
struktur binaan
(b)
prinsip yang diaplikasikan
2.
(a)
(b)

Anda juga diminta membuat perbandingan antara dua penjana itu dari segi:
struktur binaan
output

3.

Sebuah transformer unggul mempunyai 3600 lilitan pada gegelung sekunder


dan 120 lilitan pada gegelung primer. Kira arus dalam gegelung sekunder jika
arus dalam gegelung primer ialah 2.0A.

4.

0.07 A

72.0 A

30.0 A

12.5 A

Sebuah transformer dengan voltan input 240V digunakan untuk menyalakan

103

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

sebuah mentol lampu 12 V, 36 W. Jika arus primer ialah 0.20 A, berapakah


kecekapan transformer?

5.

15%

75%

25%

100%

Sebuah transformer digunakan untuk menurunkan voltan 240 V kepada 40 V.


Jika kecekapan transformer ialah 80% dan arus dalam gegelung primer ialah
2.0 A , berapakah arus dalam gegelung sekunder?

16 A

12A

9.6 A

3.0 A

14.10 Rujukan:
Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill.
http://www.physicsclassroom.com/Class/newtlaws/index.cfm

http://www.animations.physics.unsw.edu.au/jw/electricmotors.html

104

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 15

15.0

KEGUNAAN ELEKTRONIK DAN SEMIKONDUKTOR

Pengenalan

Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elekrik yang beroperasi


dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. Ia adalah
sebahagian daripada cabang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik
serta komponen elektrikal aktif seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar
bersepadu. Sifat bukan linear komponen-komponen ini serta kemampuannya
mengawal aliran elektron membolehkan penguatan isyarat lemah dapat dilakukan
dan sering diaplikasikan dalam telekomunikasi dan pemprosesan isyarat.
Semikonduktor merupakan bahan pengalir elektrik yang berada antara penebat
dan konduktor. Semikonduktor ini bersifat sebagai penebat pada suhu yang
sangat rendah tetapi pada suhu bilik ia bersifat sebagai konduktor. Contoh bahan
semikonduktor yang sering digunakan ialah silikon, germanium, galium dan
arsenide. Semikonduktor sangat berguna dalam elektronik kerana pengalirannya
yang dapat diubah-ubah dengan memasukkan bahan lain. Proses memasukkan
bahan lain ke bahan semikonduktor dinamakan pendopan Kebanyakan peralatan
elektronik menggunakan komponen semikonduktor untuk pengawalan elektron..
Contoh peranti elektronik yang menggunakan bahan semikonduktor adalah diod,
transistor, kapasitor, perintang dan induktor. Gabungan peranti-peranti elektronik
105

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

dalam satu hablur silikon dinamakan litar bersepadu. Litar seperti ini dikenali juga
sebagai cip silikon atau cip mikro.

Gambarajah 15.1 Litar Bersepadu


15.2
1.

Hasil Pembelajaran

Memahami tentang isyarat elektronik serta fungsi peranti elektronik yang


berbeza
Memahami komunikasi elektronik
Memahami komponen dan kegunaan komputer
Memahami Pengintegrasian teknologi: Lebuh raya maklumat super

2.
3.
4.

Gambaran Keseluruhan

I K
y
Ea

s
r

N
e
t

nn

O
t

a
e

N
M

D
O

U
K
I

A
I

U
R

o
k

ii
106

R
K

N
K

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 15.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

Isi kandungan
15.1

Peranti Peranti Elektronik

Bahan Semikonduktor yang telah mengalami proses pendopan akan


menghasilkan peranti elektronik yang lain contohnya seperti diod, transistor,
perintang, dan kapasitor yang mempunyai fungsi masing-masing.
Peranti
Elektronik

Simbol

Fungsi

Diod

Rektifikasi
menukarkan arus
ulangalik (AC) kepada
arus terus (DC).
arus digunakan dengan
alatan yang
membenarkan elektron
yang mengalir dalam
satu arah.

Satu diod, atau


"rektifier, adalah
alat elektronik
yang
membenarkan
arus melaluinya
dalam satu arah
sahaja.

Rektifikasi Separuh
Gelombang

107

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Satu diod kristal


diperbuat
daripada dua
jenis
semikonduktor
bersebelahan
antara satu sama
lain

Rektifikasi Sepenuh
Gelombang

Transistor

Transistor adalah
alatan elektronik
yang digunakan di
dalam
litar
(circuit)
untuk
mengawal
nilai
voltan dan arus
yang tinggi.

Transistor npn

Transistor pnp

Ada dua jenis


transistor iaitu:
a)Transistor npn
b)Transistor pnp
Bahagian
transistor iaitu:108

(i) Sebagai Amplifier:


Apabila isyarat yang agak
lemah dimasukkan ke dalam
tapak (base) di amplifikasikan
kepada arus yang lebih besar
yang
mengalir
daripada
pengeluar
(E)
kepada
pengumpul (C). Amplifikasi ini,
boleh menjadi
100 kali atau
lebih, digunakan contohnya,
dalam sistem stereo daripada
pembaca pita kepada isyarat
yang kuat untuk menjadikan
pembesar suara berfungsi
(ii) Sebagai Suis:
isyarat yang masuk ke tapak
akan memutuskan arus yang
mengalir daripada pengeluar
kepada pengumpul.
Mengeluarkan isyarat ini akan
membenarkan arus mengalir
lagi. Sistem elektronik
digunakan untuk menjalankan
pelbagai tugasan. Kegunaan

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

B- tapak
E-pengeluar
C-pengumpul

utama litar elektronik adalah


:---mengawal dan memproses
data,
-Menukarkan kepada/daripada
dan menyebarkan kuasa
elektrik.

Kapasitor
Boleh menyimpan cas

Kapasitor
mengandungi dua
plat konduktor
selari yang
dipisahkan
dengan lapisan
penebat yang
dipangil dielektrik
Unit untuk
Kapasitans (C)
Kapasitans diukur
dalam unit Farads
Jadual 15.1
Perbincangan ( 1 jam)

Bincangkan tentang prinsip asas diod semikonduktor,transistor npn


dan transistor pnp

15.2

Isyarat Elektronik

Dalam sistem komunikasi, maklumat dipindahkan dalam bentuk gelombang.


Gelombang yang dihantar dan diterima sebenarnya terdiri daripada tenaga
seperti bunyi, cahaya, isyarat elektrik radio dan sebagainya. Gelombang ini
109

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

merupakan isyarat elektronik. Isyarat elektronik terhasil daripada dua atau lebih
gabungan peranti elektronik dalam sesuatu litar. Contoh gelombang radio terhasil
dalam litar pengayun yang terdiri daripada sebuah kapasitor dan sebuah induktor
yang disambung secara sesiri.

15.3

Komunikasi elektronik

Komunikasi elektronik adalah proses penyampaian informasi dari dua titik.


Contoh informasi berupa audio, video atau teks Ia merupakan satu mekanisme
yang menghubungkan antara pengirim informasi dengan penerima informasi.
Mekanisme tersebut sering juga disebut sistem informasi. Ia merupakan satu
sistem telekomunikasi mengandungi tiga elemen asas yang penting:
Satu pemancar(transmitter) yang menerima maklumat(information)
dan menukarkannya menjadi isyarat (signal);
Perantaraan pancaran (transmission medium) yang membawa
isyarat;
Satu penerima (receiver) yang menerima isyarat dan
menukarkannnya kepada maklumat yang berguna.
Telekomunikasi melalui telefon dkenali sebagai komunikasi titik ke titik kerana ia
melalui satu pemancar dan satu penerima.
Telekomunikasi melali radio melalui siaran radio dikenali sebagai komunikasi
penyiaran kerana ia melalui satu pemancar yang kuat kepada banyak penerima
Dalam

komunikasi elektronik ada


medium yang berfungsi untuk
mempropagasi signal informasi elektronik. Ada dua jenis media (medium)
yang popular digunakan. Media tersebut adalah transimission line ( kabel,
serabut optik, waveguide) dan gelombang radio (radio waves). Masing-masing
dari media tersebut memiliki kelebihan dan kekurangan. Media transmission
line menawarkan kualiti sambungan yang baik, namun kos yang harus
dikeluarkan untuk pembangunan peralatan sangat mahal dan sifatnya tidak
fleksibel. Sedangkan
untuk media gelombang radio menawarkan mobility
yang tinggi serta kos yang
lebih murah namun dengan kualiti yang tidak
sebaik media transmission line.
Komunikasi telefon:
Serabut optik (optic fibres)
Tahun 1990 merupakan tahun yang mana penggunaan meluas sistem yang
menggunakan SERABUT OPTIK. Kelebihan berkomunikasi dengan serabut optik

110

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

adalah peningkatan drastik kapasiti data. Ia boleh membawa 25 kali lebih


banyak panggilan telefon dibandingkan dengan kabel kuprum
Internet
Internet adalah rangkaian sedunia komputer dan rangkaian komputer yang boleh
berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan protokol internet (Internet
Protocol, IP). Mana-mana komputer di internet mempunyai IP yang unik yang
boleh digunakan oleh komputer lain bagi mennyampaikan maklumat kepadanya .
Dengan menggunakan alamat IP itu, mana-mana komputer di internet boleh
menyampaikan mesej kepada komputer lain. Mesej ini membawa bersama
alamat IP komputer asal yang menghantar mesej supaya komunikasi dua hala
boleh berlaku. Yang demikian internet boleh dinyatakan sebagai pertukaran
maklumat antara komputer. Internet bekerja secara berperingkat disebabkan
protokol yang menentukan bagaimana komputer dan router berkomunikasi
antara satu sama lain. Sifat rangkaian komputer adalah satu protokol berfungsi
secara tak bersandar antara satu sama lain.

Gambarajah 15.2 Analogi Penghantaran Maklumat


Analogi penghantaran maklumat melalui internet adalah seperti bungkusan yang
dihantar melalui pos, komunkasi yang dihantar melalui internet dipecahkan
kepada paket-paket yang kecil dan dibungkus dan diberi arahan untuk
penghantaran yang dipanggil protokol
15.4

Komputer

Komputer adalah satu alat yang boleh menyimpan, memanggil semula dan
memproses data. Perkembangan dalam bidang teknologi elektronik digital
menghasilkan sistem komputer yang dapat mengumpul dan memproses data
yang banyak dan semakin laju Pada zaman sekarang, sistem komputer adalah
111

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

semakin canggih dan manusia dapat menjalankan kerja dengan pantas dan
meningkatkan pengeluaran

Struktur Asas Sistem Komputer


Semua komputer mempunyai 4 komponen asas iaitu:a)
b)
c)
d)

alat input
unit pemprosesan pusat
ingatan sekunder
alat output

Alat Input

Unit Pemprosesan
Pusat

Alat output

Ingatan Sekunder

Gambarajah 15.4 Komponen Asas Komputer


Alat input berfunsgi untuk menerima maklumat dalam bentuk nombor dan huruf.
Contoh alat input adalah papan kunci, tetikus, pena input dan kayu ria.
112

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Alat output berfungsi untuk menerima kod mesin daripada komputer.


Contoh alat output adalah pencetak, unit paparan video, pemplot graf dan grafik.
Unit Pemprosesan Pusat adalah bahagian di mana data-data diproses. Unit ini
terdiri daripada 3 unit yang lain iaitu:a) Unit kawalan
Bertindak dengan mengkaji setiap perintah dalam aturcara yang berada di
dalam ingatan dan menghantar isyarat kawalan ke komponen lain
b)
Unit arithmetic dan logik
Berfungsi untuk melakukan pengiraan (campur, darab, tolak dan bahagi)
serta operasi logic (dan, atau serta tidak)
c)

Ingatan pusat
Terdiri daripada 2 jenis iaitu Ingatan Baca Sahaja(Read Only Memory,
ROM) dan ingatan Rawak Masuk ( Random Access Memory, RAM). ROM
digunakan untuk menyimpan arahan yang diperlukan untuk membuat
operasi. Ingatan ini kekal dan tidak akan padam apabila komputer
dipadamkan. RAM digunakan untuk menyimpan nombor dan huruf.
Maklumat ini disimpan dalam bentuk kod dedua. Ingatan ini adalah
sementara dan akan padam apabila computer dipadamkan.
Ingatan sekunder menyimpan data-data di luar unit pemprosesan pusat.
Contoh ingatan sekunder seperti cakera liut, cakera keras ( hard disk) , cakera
padat, pemacu jari dan pemacu pena.
Beberapa kegunaan komputer dalam kehidupan:

Rangkaian yang dilampirkan penyimpanan (seperti FreeNAS,


Dropbox)
Pelayan media (media Server seperti Hewlett-Packard)
Rekabentuk grafik (diterajui perisian Adobe)
Reka bentuk seni bina (diterajui AutoCAD)
Perbankan internet (simpanan, pinjaman, insurans, kredit, dana
bersam.)
Permainan
Rangkaian sosial (Myspace, Facebook, Twitter).
Perkongsian ilmu (WikiAnswers, Wikipedia, Lifehacker, Gizmodo)

15.5

Teknologi bersepadu: lebuhraya maklumat super

Lebuhraya maklumat super adalah satu istillah yang sering digunakan pada
tahun 1990an merujuk kepada sistem telekomunikasi digital dan rangkaian
telekomunikasi internet. Ia merupakan gabungan peranti dan bukan peranti yang
113

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

digunakan untuk mengalirkan maklumat dari satu komputer ke komputer yang


lain. Laluan atau rangkaian untuk perpindahan maklumat yang pantas ini
menggunakan rangkaian optik fiber dan internet. Contohnya world wide web.
Peranti utama yang digunakan adalah pengkalan (router), jambatan (bridge),
pengulang(repeater) dan kad antara muka rangkaian ( network interface card).
Lebuhraya maklumat juga tidak terhad kepada rangkaian komunikasi antara
komputer dengan komputer. Rangkaian telefon awam, telefon bimbit, radio,
televisyen dan rangkaian komunikasi satelit juga adalah lebuh raya maklumat.
Ruang siber adalah satu domain yang dicirikan dengan menggunakan elektronik
dan spektrum elektromagnet untuk menyimpan, mengubahsuai dan bertukartukar data melalui sistem jalinan (network) dan infrastruktur fizikal. Istilah ini mula
digunakan dalam fiksyen sains, di mana memasukkan pelbagai alam maya
(virtual reality) yang dialami pengguna komputer oleh entiti yang wujud dalam
sistem komputer.

Melayari Internet

(1 jam)

Sila rujuk lama web berikut untuk bacaan tambahan


http://www.gcflearnfree.org/computerbasics

15.6 Latihan
(1)
Nyatakan komponen elektronik yang digunakan untuk menguatkan isyarat
elektronik
(2)
Namakan komponen-komponen elektronik yang terdapat dalam litar
elektronik
(3)
Sebuah komputer di rumah menerima pelbagai input daripada alatanalatan
lain. Berikan contoh alat-alat yang memberi input kepada sebuah
komputer.
(4)
Nyatakan bahagian-bahagian dalam sebuah komputer desktop dan
bincangkan contoh- contoh setiap bahagian tersebut. Bincangkan alat-alat
input, CPU dan alat-alat output.
(5)
Nyatakan perbezaan perkakasan(hardware) dan perisian (software) dalam
sesuatu komputer. Berikan contoh-contoh.

114

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

15.7

Rujukan

Buku Teks/rujukan Fizik Tingkatan 5 (umum)


http://www.gcflearnfree.org/computerbasics
http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/

115

You might also like