You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PPG

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS:


PKU 3143 : PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

SEMESTER : 1/2015

TARIKH MULA

TARIKH AKHIR

13 / 02 / 2015

28 / 03 / 2015

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)


1.

Menghuraikan konsep pengurusan dan pentadbiran dalam Pendidikan Khas

2.

Menjelaskan struktur organisasi Pendidikan Khas di Malaysia

3.

Membincangkan peranan guru Pendidikan Khas sebagai pengurus dan


pentadbir.

4.

Membuat penilaian ke atas program Pendidikan Khas untuk menentukan


keberkesanannya.

5.

Mengenal pasti cabaran semasa untuk menangani masalah yang dihadapi


dalam Pendidikan Khas .

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran CLO2, CLO3,dan CLO4
Objektif Projek
1.

Menghuraikan peranan setiap jawatan dalam organisasi Pendidikan Khas di


sekolah dan perkaitannya dengan Total Quality Management (TQM)

2.

Membincang ciri-ciri Total Quality Management (TQM) dalam pengurusan dan


pentadbiran Pendidikan Khas di sekolah

3.

Membincangkan amalan prinsip-prinsip Total Quality Management (TQM) di


sekolah.

4.

Mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap amalan Total Quality


Management (TQM) di sekolah

Tugasan Projek (100%)


KEMENTERIAN Pendidikan mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem
pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan. Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal
pasti, bidang kedua adalah meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah. Dalam pengurusan
dan pentadbiran pendidikan khas juga tidak terkecuali daripada mencapai hasrat
kementerian. Guru-guru pendidikan khas terutamanya Penolong Kanan Pendidikan Khas
atau penyelaras pendidikan khas memastikan pelaksanaan Total Quality Management
(TQM) semasa mentadbir dan mengurus program integrasi pendidikan khas.

Total Quality Management (TQM) ialah satu proses pengurusan kualiti


berorentasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua
aspek dalam organisasi. Kualiti menyeluruh adalah keadaan di mana ciri-ciri
kualiti dipamerkan pada keluaran, perkhidmatan dan pada seluruh organisasi
seperti pengurusan yang cekap. TQM juga sering digunakan dalam konteks
pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Khas
Berdasarkan pernyataan di atas
Secara individu, anda dikehendaki;
1. Hasilkan satu carta organisasi pengurusan Pendidikan Khas di sekolah anda dan
huraikan peranan setiap jawatan dalam organisasi tersebut.
2.

Bincangkan ciri-ciri Total Quality Management (TQM) yang terdapat di dalam


pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Khas di sekolah anda

Bincangkan amalan prinsip-prinsip Total Quality Management (TQM) yang terdapat


di dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah anda. Nyatakan buktinya

4.

Mengemukakan cadangan penambahbaikan amalan Total Quality Management


(TQM) di sekolah anda

Panduan Pelaksanaan Projek


1.

Tugasan ini adalah tugasan individu.

2.

Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3.

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


3.1

Muka depan hendaklah mengikut templat terkini

3.2

Font Arial

3.3

Saiz huruf ialah 11

3.4

Langkau satu setengah baris

3.5

Rujukan mengikut APA

4.

Panjang tugasan anda tidak melebihi 20 muka surat.

5.

Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6.

Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :


1.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh

2.

Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:


a. Pengenalan yang menarik
b. Perkembangan isu dikupas dengan jelas
c. Rumusan dan implikasi dinyatakan dengan ilmiah.

3.

Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah


dikemukakan.

4.

Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulinan dengan sokongan


ilmiah

5.

Format jelas dan koheren

6.

Penulisan harus menunjukkan kematangan berhujah, kefasihan bahasa, laras


bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan tanda baca dan ejaan.

7.

Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan (sekurang- kurangnya sumber daripada tiga buah buku, tiga
internet, dua jurnal dan bahan bercetak lain)

Tugasan disediakan oleh

Disemak oleh:

............................................................
(KAMARUL BAHRIN BIN MOHD RADZI)
Pensyarah
Unit Pendidikan Khas
IPG Kampus Ipoh

............................................................
(DR. MOHD. ANUAR BIN ABDULLAH)
Pakar Bidang (SME) Pendidikan Khas

Disahkan oleh:

......................................................

( ZULKUFLI BIN MAHAYUDIN)


Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Ipoh