You are on page 1of 9

KERTAS CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID


PEMULIHAN KHAS SK SIKAMAT,
SEREMBAN
25 MAC 2015 (RABU)
1 APRIL 2015 (RABU)
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT

1. PENGENALAN

Program ini diadakan di bawah kelolaan Program Pemulihan Khas SK


Sikamat. Aktiviti lawatan yang dijalankan ini adalah sebahagian
daripada aktiviti p&p yang dijalankan di luar bilik darjah. Selain
daripada mendapat pengalaman dan pengetahuan baru murid-murid
pemulihan khas dapat didedahkan dengan agensi dan perkhidmatan
awam yang ada di persekitaran tempat tinggal mereka. Pembelajaran
di luar bilik darjah ini diadakan setahun sekali sebagai salah
satu program yang dirancang sepanjang tahun 2015.

2. MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk melahirkan murid-murid pemulihan
khas yang berminat dengan budaya membaca serta dapat berkomunikasi
dengan baik antara masyarakat di sekeliling.

3. OBJEKTIF
3.1 Memupuk pemikiran positif di kalangan murid-murid pemulihan
khas dengan budaya membaca dan budaya berilmu.
3.2 Menggalakkan murid-murid pemulihan khas melawati tempattempat awam yang ada di sekitar bandar Seremban.
3.3 Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan khas untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan
seharian di luar.
4. PENGELOLA
Program dikelolakan sepenuhnya oleh Program Pemulihan Khas SK
Sikamat, Seremban dengan dibantu oleh Panitia Bahasa Malaysia.

5. PERLAKSANAAN PROGRAM

Tarikh
:
25 Mac 2015 (Rabu) dan 1 April 2015 (Rabu).
Masa
:
8.30 pagi- 2.00 petang
Tempat
:
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Muzium
Negeri Sembilan, Stesyen Komuter Seremban-Sungai Gadot dan
Ampang SuperBowl, Seremban Prima.
*Rujuk Lampiran 1

6. KUMPULAN SASARAN
Peserta adalah terdiri daripada 8 orang murid pemulihan khas
Tahun 4.
*Rujuk Lampiran 2

7. KEWANGAN
Bil
1

4
5

Butiran

Jumlah

Makanan pelajar
8 murid x RM10

RM80.00

Cenderahati
5 x RM10

RM50.00

Yuran Permainan Bowling


8 murid x RM5.00

RM40.00

Tiket Komuter
8 murid x RM2.00

RM16.00

JUMLAH

RM186.00

8. STRATEGI PERLAKSANAAN
8.1

Mesyuarat ahli jawatankuasa yang terlibat.

8.2

Menyediakan surat pemberitahuan kepada agensi awam yang


terlibat

8.3

Mengeluarkan surat kebenaran kepada ibubapa peserta.

8.4

Melaksanakan aktiviti.

8.5

Penilaian.

9. PERLAKSANAAN PROGRAM
9.1
9.2
9.3
9.4

1.

Penerangan dan arahan kepada peserta.


Bertolak dari sekolah ke tempat yang ingin dilawati.
Melawat tempat-tempat yang dirancang dengan kawalan guru
pembimbing
Penyampaian cenderamata kepada pihak yang terlibat.

PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dirancang bersama ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat kerjasama daripada
pihak-pihak yang terlibat terutama sekali agensi awam dan juga
ibu bapa peserta bagi memastikan kelancaran program ini nanti.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

(SITI ZUBAIDAH BINTI MUSA)


Guru Pemulihan Khas
SK Sikamat, Seremban

LAMPIRAN 2
SENARAI NAMA PESERTA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PEMULIHAN KHAS 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT


Bil

Nama

Kelas

Jantina

Pn Siti Zubaidah binti Musa

Guru Pembimbing

Cik Nor Nabilah binti Zahari


Danial Haizad bin Rapen

Guru Pembimbing

4E

4E

4E

4E

4E

4E

4E

4E

3
4
5
6
7
8
9
10

Kausalya a/p Poobalan


Muhammad Adam Idham bin Azalan
Muhammad Akmal bin Mohd Malek
Muhammad Razin bin Zaibidin
Muhammad Rusdi bin Nordin
Nur Lidya Aqilah binti Mazmi
Nur Syafieqa binti M. Redzuan

LAMPIRAN 1
TENTATIF PROGRAM
25 MAC 2015 (RABU)
8.00 pagi

: Bersarapan di sekolah
Taklimat

8.30 pagi

: Bertolak ke Stesen Komuter Seremban

9.00 pagi

: Tiba di Stesen Komuter Seremban


Menaiki komuter dari Stesen Seremban ke Stesen
Sungai Gadot dan berpatah balik.

10.30 pagi

: Tiba di Perpustakaan Awam Negeri Sembilan


Ativiti Membaca dan Bercerita

12.30 tengahari : Makan Tengahari


1.30 tengahari : Aktiviti Bersukan Bermain Bowling
2.30 petang

: Pulang ke sekolah.

1 April 2015 (RABU)


8.00 pagi

: Bersarapan di sekolah
Taklimat

8.30 pagi

: Bertolak ke City Park

9.00 pagi

: Tiba di City Park, Seremban 2 untuk aktiviti riadah

10.30 pagi

: Tiba di Galeri Muzium Negeri Sembilan

12.30 tengahari : Makan Tengahari


1.30 tengahari : Pulang ke sekolah

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KUIZ BAHASA MELAYU


KELAS PEMULIHAN KHAS TAHUN 2
SK SERI MENANTI MUAR
2010

1. PENGENALAN
Program ini diadakan di bawah kelolaan Kelas Pemulihan Khas SK
Seri Menanti Muar. Aktiviti kuiz yang dijalankan ini adalah
sebahagian daripada aktiviti luar p&p yang dijalankan di dalam
bilik darjah. Selain daripada mendapat pengalaman dan pengetahuan
baru murid-murid pemulihan khas dapat didedahkan dengan pengalaman
sebenar ketika berada di dalam pertandngan kuiz sama seperti
murid-murid yang lain.
2. MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk melahirkan murid-murid pemulihan
khas yang berminat untuk berdaya saing secara sihat di kalangan
murid-murid yang lain serta menarik minat mereka untuk turut serta
di dalam aktiviti yang baik untuk tahap pengetahuan mereka.
3. OBJEKTIF
3.1 Memupuk pemikiran positif di kalangan murid-murid pemulihan
khas dengan budaya bersaing secara sihat.

3.2

3.3

Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid pemulihan khas


yang boleh diketengahkan dalam aktiviti atau program
tertentu.
Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan khas untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pertandingan dan pengetahuan.

4. PENGELOLA
Program dikelolakan sepenuhnya oleh Panitia Pemulihan Khas SK Seri
Menanti di bawah unit kurikulum.
5. PERLAKSANAAN PROGRAM
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

21 Jun 2010.
Isnin
10.30 pagi-11.30 pagi.
Bilik Pemulihan Khas

6. KUMPULAN SASARAN
Peserta adalah terdiri daripada 6 orang murid pemulihan khas
bahasa melayu tahun 2.
7. KEWANGAN
7.1 Sumber kewangan
7.2 Kos Perbelanjaan
Hadiah
Sijil

: Bimbingan dan Kaunseling.


:
: RM5.00 x 6
: RM1.00 x 6

Jumlah
8. STRATEGI PERLAKSANAAN
8.1
8.2
8.3
8.4
8.5

Mesyuarat ahli jawatankuasa.


Melantik para hakim
Pemberitahuan kepada para peserta
Melaksanakan aktiviti.
Penilaian.

9. PERLAKSANAAN PROGRAM

=
=

RM30.00
RM6.00

RM24.00

9.1
9.2
9.3
9.4
2.

Penerangan dan arahan kepada peserta.


Menjalankan pertandingan mengikut ketetapan.
Sesi pemarkahan oleh hakim yang dilantik.
Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah.

PENILAIAN
Keberkesanan program dan pencapaian objektif akan dapat dinilai
setelah program dijalankan dan tamat pertandingan kelak.

3. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dirancang bersama ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat kerjasama daripada
kalangan guru-guru SK Seri Menanti dan murid-murid pemulihan dengan
mematuhi segala peraturan yang ditetapkan semasa pertandingan
berlangsung.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

(SITI ZUBAIDAH BINTI MUSA)


Guru Pemulihan Khas
SK Seri Menanti, Muar