You are on page 1of 2

DEFINISI KONSEP PENTAKSIRAN

Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh
mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai.
Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala
slang. Beliau membuat kesimpulan bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan
menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid.
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David
Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003,
pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi
maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan
berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian
pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran
Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat
penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan
penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau
piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang
murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil
pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai
untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian
yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan
guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah
sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
TUJUAN PENTAKSIRAN
o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
o Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
o Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
o Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
o Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
o Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
CIRI - CIRI PENTAKSIRAN

Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;


i) Keobjektifan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara
berpusat atau berasaskan sekolah.
iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan
calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
iv) Kekomprehensifan mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif
yang penting.
KAEDAH PENTAKSIRAN
Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui;i) Pemerhatian
ii) Lisan dan
iii) Penulisan
Pemerhati:
Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja
bertulis para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses
atau hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya.
Lisan :
Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman,
konsep, kemahiran, perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini
dilaksanakan melalui aktiviti seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan,
bercerita dan sebagainya.
Penulisan:
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis
para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir
graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah
dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara berterusan
berdasarkan hasil pemelajaran yang telah ditentukan.

KESIMPULAN
Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta
pertimbangan tentang produk sesuatu proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran
merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga
merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran