Beri pandangan anda faktor keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

Kekurangan asuhan didikan agama merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Agama merupakan pegangan
dan pedoman hidup bagi seseorang manusia. Kehidupan kita tidak akan menjadi
sempurna sekiranya kita tidak menganuti sebarang agama. Hal ini kerana agama
mampu melimpahi jiwa kita dengan suatu kepercayaan. Seterusnya, kepercayaan inilah
yang akan memberikan kita tenaga positif serta membimbing kita dalam menjalani
kehidupan kita. Sebagai seorang warganegara Malaysia, kita harus bersyukur kerana
kita dilahirkan di tanah bumi yang terdiri daripada pelbagai agama. Antaranya
termasuklah agama Islam, Buddha, Hindu dan Sikh. Semua agama ini mempunyai satu
matlamat yang sama, yakni menjadikan seseorang menjadi orang yang baik. Remaja
pada hari ini tidak berminat dengan agama, oleh sebab sifat tradisional sesuatu agama.
Mereka menganggap bahawa agama merupakan sesuatu yang membosankan dan tidak
menarik. Alangkah baiknya menggunakan masa lapang untuk melayari internet dan
berkawan secara atas talian. Sebaliknya, sebahagian remaja yang menganuti agama
masih melanggar peraturan yang ditetapkan dalam agama. Mereka akan melakukan
perbuatan sumbang yang menjatuhkan maruah diri. Hal ini telah menunjukkan golongan
remaja ini masih lemah dengan pegangan agamanya, dan sanggup bertindak
sewenang-wenangnya tanpa berfikir rasional.
Keduanya, peranan ibu bapa merupakan salah satu aspek yang tidak boleh
diketepikan dalam isu keruntuhan akhlak para remaja. Ibu bapa merupakan tunggak
utama dalam sesebuah institusi keluarga. Sekiranya mereka tidak melaksanakan
tanggungjawab sendiri, keluarga tersebut akan runtuh dan anak-anaknya tidak akan
bahagia. Demi mencari nafkah, ibu bapa perlu bertungkus lumus untuk bekerja sehingga
lupa akan kewajipan mereka dalam mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak
mereka. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang akan berasa tersisih dan terabai.
Bagi memenuhi jiwa ini, mereka akan mencari keseronokan di luar rumah. Mereka akan
mengenali kawan-kawan dan mencari pasangan yang dianggap boleh memberi
kebahagiaan kepada mereka. Pada masa ini, remaja yang berfikiran mentah tidak dapat
membeza antara intan dan kaca. Ibu bapa yang sibuk bekerja tidak dapat menjadi
penasihat dalam hal ini akan menyebabkan remaja terjerumus dalam lembah gejala. Hal
ini kerana mereka bergaul dengan rakan yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok,
menagih dadah dan vandalisme. Akhlak mereka akan runtuh dan mereka akan

Sekiranya remaja yang mentah sering menonton filem yang berbau pornografi.dipandang rendah oleh anggota masyarakat. Kita tentu tidak mengharapkan seseorang pemimpin yang tidak berkeperibadian mulia. isu perkembangan semasa negara luar dan lain-lain. Hal ini amat menyedihkan kerana remaja yang dianggap sebagai tulang belakang negara telah membinasakan diri dari segi mental dan fizikal. masa depan kanak-kanak ini akan musnah. Mereka akan mencontohi perlakuan bintang filem dan melakukan perkara negatif di dalam sekolah. Jika ibu bapa gagal memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka. mereka tentu akan menjadi penjenayah dalam masyarakat pada masa depan. minda mereka tentu akan dicemari dan menjatuhkan akhlak mereka. Antaranya termasuklah berita sedunia. Oleh itu. bahan-bahan lucah dan pornografi. Sekiranya perbuatan mereka tidak dibetulkan dengan serta-merta. Pelbagai jenis informasi yang diperoleh membuka pandangan kita dan meluaskan pengetahuan kita. Ketiga. Namun begitu. Dalam era abad ke-21. zalim dan pembunuhan mudah diakses oleh setiap orang. ibu bapa merupakan cahaya yang mampu membimbing kanak-kanak sejak dari kecil lagi. pengaruh media massa ialah pembunuh utama dalam membentuk nilainilai murni para remaja. kita didedahkan dengan pelbagai informasi dengan satu jari tangan sahaja. Ibu bapa patut menemani anaknya untuk mengharungi segala detik kehidupan anaknya. .