You are on page 1of 2

Fokus Karangan UPSR: Fakta - Faedah Membaca

Assalamualaikum.
Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di
sekolah guru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan
formula terbaik untuk menelaah tajuk-tajuk penting, fokus utama setiap mata pelajaran
termasuklahBahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu.
Antara kaedah tersebut, guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karangan atau karangan
contoh tajuk yang ditekankan untuk UPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsi rangka karangan untuk
tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentang Faedah Membaca.

Tulis sebuah karangan tentang Faedah Membaca Buku.


Solan karangan tersebut juga boleh diubah kepada Faedah Membaca Buku Sains Angkasa. Hal ini
kerana dalam sukatan Bahasa Melayu Tahun 5 ada Unit 12 : Sains Teknologi dan Reka Cipta. Sudah
semestinya murid telah mempelajarinya.

Rangka Karangan
1. Seorang murid mesti __________________(apa) buku.
2. Membaca buku banyak mendatangkan ________________. (apa)
3. Kita boleh menambah _________________(apa) tentang sains angkasa.
4. Kita dapat mengetahui tentang ___________________(apa)
5. Bidang sains angkasa merupakan bidang yang _________. (apa)
6. Kita juga dapat menambah ___________(apa) tentang angkasa.
7. Kosa kata dapat membantu _______________(apa) soalan tentang sains.
8. Kosa kata baru tentang angkasa amat __________(apa) untuk dipelajari.
9. Membaca buku sains angkasa dapat menarik ___________ (apa) murid untuk
meneroka angkasa.
10. Murid akan menanam cita-cita untuk menjadi__________. (apa)
11. Murid-murid akan __________(apa) untuk mencapai cita-citanya.
12. Membaca buku sains juga dapat mengisi________(apa) lapang.
13. Mereka dapat ___________(apa) diri daripada gejala tidak sihat.

14. _______ (siapa) gembira kerana anak mereka bijak mengisi masa lapang.
15. Kesimpulannya membaca buku sains angkasa banyak mendatangkan
_____________(apa).
16. Oleh itu, ___________(siapa) digalakkan membaca buku sains angkasa.

Karangan Contoh
Karangan contoh ini pula lebih bersifat umum tentang faedah membaca.

Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat
banyak kelebihan dan manfaat.
Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti bukubuku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis
dan mempunyai wawasan.
Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya, kita boleh membaca
buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia
mahu pun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan
ataupun bertulis.
Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering
membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan
sejarah boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca bukubuku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan
bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk
tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, membaca jambatan ilmu.
Sumber: Karangan UPSR
NOTA: Bahan ini merupakan perkongsian daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hasil
daripada perbincangan dan perbengkelan yang dianjurkan. Oleh itu, saya panjangkan di sini untuk
perkongsian bersama. Kredit juga perlu diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Modul Mulus
Bahasa Melayu).

You might also like