You are on page 1of 15

MOTIF DAN HIASAN CINA DALAM DEKORASI DALAMAN

MASJID: KAJIAN TERHADAP MASJID TUA DI MELAKA


PADA AWAL ABAD KE-18
Syaimak Ismail, Abdullah Yusof, Ahmad Zaki Berahim@Ibrahim

PENGENALAN
Seni bina dan reka bentuk bangunan sentiasa berkembang serta berlaku di seluruh dunia dan
faktor perkembangan seni bina ini adalah disebabkan beberapa situasi yang melibatkan
faktor persekitaran. Kehidupan manusia di dunia ini adalah selaras dengan pertumbuhan
alam dan manusia sama sekali tidak terlepas daripada putaran alam yang telah ditetapkan
Allah s.w.t. Hukum-hukum alam inilah yang berperanan untuk membentuk tingkahlaku
manusia termasuklah kebudayaan serta tatacara kehidupan. Maka kebudayaan turut
membantu manusia bagi menghasilkan satu seni bina dan reka bentuk yang berkembang
sehingga ke hari ini sejalan dengan perkembangan pemikiran manusia (Rini Trisulowati,
2008).

Masjid merupakan suatu lambang keagungan bagi umat Islam seantero dunia. Kebesaran
Islam ini masih kekal sebagai pusat perkembangan umat samaada di dunia mahupun di Barat
(Nash Rahman, 1998). Masjid juga turut menjadi sebuah monumen penting bagi umat Islam
menjalani ibadah dan bangunan masjid bukan sekadar seni bina semata-mata atau cuma
boleh dipandang pada bentuk fizikal dan visual sahaja tetapi di dalamnya mengandungi
segala bentuk kegiatan dalam melaksanakan syariat Islam (Abdul Rochym, 1983).

Masjid-masjid ini tampil dengan gaya seni binanya yang tersendiri serta lengkap dengan
bentuk, gaya dan corak yang pelbagai mengikut kehidupan, adat resam serta latar belakang
manusia yang menciptakannya (Abdul Rochym, 1983). Selain itu, penguasa turut menjadi
faktor kepada perkembangan seni bina. Hal ini kerana para pemerintah seringkali
mengarahkan pembinaan masjid yang mewah bagi menonjolkan pengaruh seorang ketua
untuk melihatkan kekayaan serta kekuasaan seorang terutamanya apabila sebuah negara
Islam itu mencapai tahap yang memberangsangkan (Abdul Rochym, 1983). Apa yang
menentukan nilai serta kualiti seni bina suatu bangunan itu adalah melalui kebudayaan
sesuatu bangsa mengikut cita rasa dan keinginan bangsa tersebut (Abdul Rochym, 1983).

PENGERTIAN MASJID
Seni bina Islam adalah sebahagian daripada kebudayaan Islam dan manusia membinanya
dengan tujuan untuk memenuhi kehendak manusia yang merangkumi aspek rohani dan
jasmani.Oleh itu, seni bina Islam berperanan sebagai bangunan-bangunan yang didirkan bagi
menampung aktiviti manusia untuk mecapai keimanan kepada Allah s.w.t. (Abdul Rochym,
1983). Menurut Gazalba perkataan masdjid berasal daripada kata akar sajd yang membawa
erti sujud (Sidi Gazalba, 1975). Masjid berasal daripada perkataan Sajd yang membawa
erti tempat bersujud (Mohamad Tajuddin, 1999). Perkataan masjid boleh didapati di dalam
al-quran iaitu dalam surah As-sajadah ayat 15;

Dalam ayat di atas jelas menyatakan tentang hamba beriman yang takut apabila dibacakan
ayat-ayat al-Quran dan mereka itu bersujud, bertasbih dan memuji Allah dan tidak
menyombongkan diri. Perbuatan sujud adalah suatu aktiviti penting ketika menyembah Allah
s.w.t. (Mohamad Tajudin, 2000). Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang meriwayatkan
tentang masjid, telah dijadikan tanah itu masjid bagiku iaitu tempat untuk sujud.Daripada
hadis tadi jelas bahawa masjid itu membawa erti sujud (Aboebakar, 1995). Terdapat juga
hadis nabi yang menyifatkan bahawa seluruh bumi itu adalah tempat untuk umat Islam
bersolat, maka tidak terdapat tempat yang khusus dan tempat-tempat di bumi ini yang bersih
boleh dianggap sebagai masjid.

PERMULAAN HUBUNGAN ALAM MELAYU DAN CHINA


Kedatangan bangsa Cina ke Alam Melayu boleh dikatakan melaui tiga fasa utama yang
melibatkan zaman penempatan terawal kaum Cina, zaman pemerintahan Jepun dan selepas
kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, masyarakat Cina sememangnya sudah berkurun
lamanya menetap di Tanah Melayu (Tan Chee Beng, 1993). Hubungan orang-orang China
dan Melaka ditentukan oleh dua faktor sejarah yang utama. Faktor yang pertama adalah
mereka yang datang ke Melaka sebagai pedagang seperti mana yang disarankan oleh
kerajaan China sendiri. Kedua, adalah melalui perkahwinan yang berlaku di antara orangorang Cina yang telah lama menetap di Melaka (Yusoff Iskandar, 1978).

Hubungan Melaka dan China bertambah erat apabila Melaka meminta perlindungan daripada
China untuk menentang serangan Siam. Percambahan masyarakat Cina di Melaka juga
menjadi pesat apabila puteri China iaitu Hang Li Po dikahwinkan dengan Sultan Melaka.
Berlaku pertukaran dan asimilasi budaya yang boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat di
Malaysia daripada pelbagai aspek kehidupan. Pada awal abad ke-18, dasar pemerintahan
Belanda menghadapi kegetiran akibat daripada ancaman Inggeris yang merupakan kuasa
baru pada waktu itu. Belanda menghadapi tekanan berpunca daripada peperangan di Eropah
serta serangan daripada penduduk tempatan yang ingin mendapatkan kembali wilayah
mereka. Orang-orang Melayu sedar bahawa tindakan tersebut adalah satu bentuk penindasan
dan penghinaan terhadap agama Islam. Atas kesedaran tersebut, masyarakat Islam mula
bangkit dan terus berjuang bagi menegakkan agama Islam.

Belanda kemudiannya telah mengambil langkah untuk menawan hati penduduk tempatan
serta memberi kebenaran untuk membina rumah ibadat terutamanya di kawasan bandar demi
mendapatkan sokongan penduduk tempatan. Sehubungan dengan itu, tukang-tukang yang
mahir dalam pertukangan bangunan dari China diimport oleh Belanda untuk membina
rumah-rumah ibadat di Melaka termasuklah masjid. Oleh itu, kesan yang jelas juga dapat
dilihat pada corak dan hiasan masjid yang terdapat di negeri Melaka.

BENTUK-BENTUK MASJID DI MELAKA


Masyarakat Islam yang menetap di sepanjang pantai Melaka telah mula membina masjid dan
surau bagi kegunaan penduduk tempatan sejak kurun ke-14 lagi. Pembinaan ini telah mula
berlaku sebelum Melaka dibuka secara rasminya pada tahun 1403 Masihi. Apabila kerajaan
Melaka didirikan atas paksi Islam, masjid-masjid mula dibangunkan bagi kegunaan
masyarakat Islam di Melaka.

Pada peringkat awal, pembinaan masjid di Melaka tidak mempunyai identitinya yang
tersendiri. Monumen ini dibina mengikut bentuk istana dan rumah-rumah pembesar pada
waktu itu dan binaannya adalah menghadap ke arah kiblat. Di bahagian hadapan boleh
dilihat satu anjung untuk imam berdiri menghadap ke arah kiblat. Bahagian belakang pula
boleh dilihat kolah atau perigi yang digunakan untuk mengambil wudhuk. Masjid-masjid
yang terdapat di Melaka pada hari ini kebanyakkanya mengambil contoh daripada masjidmasjid yang sudah ada seperti masjid Tengkera dan masjid Kampung Hulu dan bentuk
pembinaanya jelas kelihatan serupa.

Pada abad ke-19 beberapa masjid telah didirikan di Melaka dan reka bentuk seni binanya
serupa dengan seni bina masjid di Nusantara antaranya ialah seperti masjid Jamek Telok Mas
batu 6 yang dibina pada tahun 1826, Masjid Jamek hujung Pasir dibina pada tahun 1829,
Masjid Duyong Batu 3 dibina pada 1850, Masjid Bukit China tahun 1861 dan Masjid Alai
Batu 4 pada tahun 1890 (Abdul Halim, 1979). Selain itu bentuk monumen yang lebih
kurang sama binaanya itu boleh dilihat pada masjid yang terdapat di Jawa iaitu Masjid
Agung Demak dan Masjid Kampung Laut, Kelantan. Persamaan ketara yang boleh dilihat
pada masjid-masjid ini jelas menunjukkan satu identiti seni bina masjid di kawasan
Nusantara pada waktu itu.

Masjid-masjid tua yang terdapat di Melaka boleh dikategorikan kepada bentuk sino-elektik.
Masjid-masjid tua ini mempunyai lantai yang terletak di atas permukaan tanah serupa dengan
masjid-masjid yang ada di Indonesia. Pada kebiasaanya bentuk bumbung masjid ini dapat
dilihat dalam dua bentuk iaitu masjid yang memiliki dua lapisan dan tiga lapisan (Mastor
Surat, 2008).

Masjid-masjid yang kebanyakkanya terdapat di Melaka mempunyai bumbung yang


bertingkat-tingkat atau bumbung piramid. Corak-corak yang mempunyai ukiran dan hiasan
Cina sangat ketara dan boleh dilihat pada hujung-hujung atap dan pada puncak masjid yang
juga boleh dapati di rumah-rumah ibadat masyarakat Cina. Penggunaan batu bata dan
genting mempunyai pengaruh seni bina Cina. Hal ini kerana masjid-masjid yang boleh
dilihat di sebelah Barat Selat Melaka terutamanya daerah Minangkabau diperbuat daripada
kayu dan atap ijuk, iaitu serat yang diambil daripada pokok enau. Masjid-masjid yang
mempunyai bumbung berbentuk piramid ini juga pada kebiasaanya memiliki menara yang
menyerupai pagoda (Ezrin Arbi, 1971).

Masjid sino-elektik yang berbumbung tiga adalah seperti masjid Kampung Hulu, Masjid
Tengkera, Masjid Kampung Keling. Masjid-masjid ini terletak di kawasan bandar Melaka.
Oleh itu, masjid-masjid ini sentiasa menjadi tumpuan pedagang memandangkan
kedudukanya yang strategik di kawasan bandar. Masjid-masjid ini dipagar dengan pagar batu
dan mempunyai pintu gerbang seperti tokong Cina. Menurut sejarah, masjid-masjid ini
dibina oleh pedagang-pedagang yang terdiri daripada orang Cina. Disebabkan itu unsur
binaanya boleh didapati ragam hias dan bentuk seni bina Cina. Antara contoh yang boleh
dilihat ialah Masjid Kampung Keling yang mempunyai menara yang berbentuk pagoda.
Selain itu pintu gerbang pada masjid tersebut juga menyerupai pintu gerbang Cina. Masjid
ini dihiasi dengan ukiran-ukiran Cina yang sangat menarik pada ruangan solat dan bahagian
luar masjid (Ezrin Arbi, 1971).

SIMBOL DALAM SENI BINA CINA


Budaya Cina mempunyai simbolisme yang telah hadir sejak ribuan tahun yang lampau.
Setiap simbol mempunyai makna yang tersendiri. Motif hiasan yang terkenal dan pelbagai
dalam tradisi Cina dijelmakan hasil daripada ilham berdasarkan falsafah, lagenda, sejarah,
Tao, Confucious dan tradisi agama Buddha (Muzium Kesenian Islam Malaysia, 2001).
Simbol-simbol ini wujud dalam bentuk visual dan ada yang bukan dalam bentuk visual.
Simbol visual pada kebiasaanya hadir dalam bentuk hiasan ragam hias dan warna-warna
yang sesuai dengan maksud simbol tersebut. Simbol yang tidak dapat dilihat secara visual
pada kebiasaanya ada dalam aktiviti ritual keagamaan masyarakat Cina. Terdapat lapan
lambang Buddha yang seringkali diguna pakai sebagai motif dan hiasan kerana setiap
lambang ini mempunyai maksud dan kegunaanya yang tersendiri.Antaranya ialah roda,
cengkerang koc, ikan yang berpasangan, ikatan abadi, bunga teratai, pasu, langit-langit dan
payung (Muzium Kesenian Islam Malaysia, 2001).

Hiasan dalam seni bina Cina boleh dikelompokkan kepada lima jenis iaitu haiwan (fauna),
tumbuhan (flora), fenomena, lagenda dan geometrik (Moedjiono, 2011). Ornamentasi adalah
sesuatu yang sangat penting dalam seni bina Cina. Kebanyakan daripada hiasan-hiasan yang
ada dalam seni bina Cina ini bukan sahaja untuk perhiasan semata-mata tetapi perhiasan
tersebut dikira sebahagian daripada pembinaan sebuah bangunan dan ormamentasi tersebut
pasti bersesuaian dengan alam sekitar (Cai & Lu, 2006).

Motif dan simbol Cina adalah berbeza dengan simbol daripada budaya lain kerana setiap
simbol mempunyai maknanya yang khusus. Simbol-simbol ini telah tertanam dalam
pemikiran masyarakat Cina sebagai petanda baik dan tuah positif yang akan membawa
kesejahteraan kepada masyarakat Cina (Muzium Kesenian Islam Malaysia, 2001). Motif dan
ornamentasi dalam senibina Cina secara umumnya dapat dibahagikan kepada tujuh
kelompok yang terdiri daripada flora, fauna, geometri, kosmos, kaligrafi, peralatan dan
watak manusia (Lim Lee Hock & Ismail Said, 2001). Penulis hanya membincangkan
kelompok yang boleh didapati di dalam masjid di Melaka sahaja.

Haiwan (Fauna)
Bentuk-bentuk dan unsur Cina mengandungi pola dan simbol daripada makhluk yang
bernyawa yang mempunyai maksudnya yang tersendiri, iaitu sebagai penjaga keselamatan
dan pembawa nasib baik. Haiwan yang seringkali digunakan sebagai motif hiasan adalah

seperti naga, harimau, singa, burung Hong, phoenix (burung merak), kura-kura, gajah,
kelawar, qilin (haiwan mistik Cina), menjangan dan burung bangau.

Naga
Motif ukiran naga mempunyai manifestasinaya sendiri bermula dengan lilitan tubuh naga,
sisik, mata dan taring setiap darinya mempunyai keunikkanya yang tersendiri (Karsam,
1999). Ukiran naga dan burung Hong adalah salah satu kebudayaan dalam kehidupan
masyarakat Cina. Haiwan kayangan ini adalah prinsip serta garis panduan dalam mereka
bentuk bangunan-bangunan.Haiwan ini adalah lambang kepada kebesaran (Rini & Imam,
2008) dan masyarakat Timur tidak pernah menganggap naga sebagai haiwan yang ngeri dan
menakutkan seperti anggapan orang Barat yang membayangkan naga sebagai haiwan yang
berkuasa jahat (Williams, 1974). Secara umumnya, naga digambarkan sebagai haiwan yang
besar, mempunyai kuku yang tajam serta dapat menghembuskan api daripada mulutnya.
Naga digambarkan sebagai haiwan yang datang daripada keluarga reptilia dan bertelur untuk
proses pembiakkan. Terdapat dua bentuk naga yang sering digunakan dalam hiasan, iaitu
naga yang bersayap dan naga yang mempunyai badan yang bersisik serta panjang seperti ular
dan mempunyai sepasang tangan dan kaki (Ros Mahwati, 2012).

Bagi masyarakat Cina naga merupakan haiwan yang paling popular dan banyak digunakan
sebagai hiasan dan ragam hias. Haiwan ini dipercayai mempunyai tenaga yang berubah-ubah
dan sangat berkuasa. Naga bukanlah makhluk yang menakutkan tetapi berperanan sebagai
makhluk yangmenjaga keselamatan harta benda.Selain itu, naga turut diketahui sebagai
simbol kekuatan, keadilan dan kekuasaan. Naga boleh didapati dalam tiga bentuk iaitu long,
li dan jiau. Long adalah naga yang sering digunakan.Long mempunyai kepala yang
berbentuk unta, bermata arnab, berleher ulat, bertanduk kijang, mempnyai perut seperti katak
dan mempnyai cakar harimau. Naga jenis ini mempunyai kelebihan untuk merubah rupa
bentuk.Haiwan yang pada kebiasaanya boleh dilihat berdamping dengan naga ini ialah
harimau. Kedua-dua haiwan ini melambangkan kekuatan dan menetang pengaruh jahat yang
cuba menganggu. Selain dikenali sebagai haiwan yang kuat harimau juga membawa erti
kebaktian (Moedjiono, 2011). Di dalam masjid tidak terlihat ukiran naga yang jelas, tetapi
hanya bahagian anggota badan haiwan ini sahaja yang digunakan sebagai ukiran iaitu sisik
dan kepala naga. Hal ini sesuai dengan perintah Islam yang melarang penggunaan ukiran
haiwan sebagai hiasan.

Rama-Rama
Haiwan ini seringkali dikaitkan dengan roh nenek moyang yang datang untuk membawa
peringatan kepada cucu-cicit. Rama-rama juga dianggap sebagai simbol kepada usia yang
panjang (Muzium Kesenian Islam, 2001). Haiwan ini juga membawa maksud kegembiraan
serta lambang kepada musim panas. Rama-rama seringkali dijadikan corak serta dekorasi
pada tembikar dan sulaman pada pakaian. Kecantikan rama-rama yang memiliki corak yang
menarik dan warna yang pelbagai kerap dijadikan sebagai inspirasi oleh penyair dan pelukis
bagi menghasilkan syair dan lukisan yang berkualiti (Muzium Kesenian Islam, 2001).

Tumbuhan (Flora)
Setiap bunga di China mempunyai makna dan maksudnya yang tersendiri. Flora sering
dijadikan sebagai motif utama dalam dekorasi seperti tekstil, porselin, permaidani. Selain itu,
dekorasi tumbuhan juga boleh dilihat pada seni bina dan reka bentuk bangunan termasuklah
lukisan. Tumbuhan yang sering digunakan sebagai motif dalam hiasan dan ragam hias Cina
adalah seperti bunga peoni, bunga teratai, pohon buluh, pohon beringin dan cemara. Bunga
peoni melambangkan keteguhan hati manakala bunga teratai melambangkan kesucian.
Bunga sakura, buluh, pohon beringin dan cemara membawa erti empat sifat kebajikan.
Tanaman-tanaman ini memiliki daya ketahanan yang tinggi. Hal ini kerana tanaman ini dapat
bertahan dalam apa jua bentuk cuaca sekalipun. Keistemewaan bunga-bunga ini juga digelar
sebagai Ban Jien Jieng atau dalam bahasa melayunya muda sepanjang tahun.Selain itu
tanaman ini juga turut dikenali dengan sifat panjang umur, kesabaran dan kebijaksanaan.

Peoni adalah permaisuri kepada semua jenis bunga yang melambangkan kekayaan dan
kehormatan (Lou Qingxi, 2002). Selain mempunyai warna yang menarik dan pelbagai,
bunga ini juga turut menggambarkan keindahan sifat wanita. Bunga Kekwa memberi
maksud kedamaian dan hidup yang panjang kerana mempunyai ketahanan yang tinggi bagi
menahan kesejukkan pada musim salji (Muzium Kesenian Islam, 2001). Pokok buluh, pine
dan prunus adalah pokok tiga serangkai kerana tumbuhan ini sentiasa segar walaupun dalam
cuaca sejuk. Empat tumbuhan ini mewakili empat musim, iaitu peoni mewakili musim
bunga, teratai mewakili musim panas, kekwa mewakili musim luruh dan prunus mewakili
musim sejuk.

Bagi masyarakat Cina, pasu adalah lambang kepada kepentingan pengetahuan dan
pencapaian (Muzium Kesenian Islam, 2001). Pasu-pasu bunga diperbuat daripada porselin

yang diperbuat khas untuk bunga-bunga tertentu. Pasu dibentuk mengikut tubuh wanita dan
bunga yang dikatakan sesuai untuk dibawa oleh porselin ialah seperti peoni dan orkid sesuai
dengan bentuk pasu tersebut (Williams, 1974). Buah anggur telah diperkenalkan di negara
China pada 126 B.C yang dibawa masuk oleh menteri Chang Chien sewaktu kepulanganya
dari Indo-Scythians. Buah anggur juga digunakan bagi tujuan kesenian dan motif sebagai
satu corak dipinggiran (Williams, 1974).

Geometri
Bentuk geometri yang digambarkan biasanya tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bentuk
sahaja.Terdapat ragam-ragam hias yang khusus dan digunakan di dalam seni bina Cina.
Antara ragam hias yang dimaksudkan ialah simbol keseimbangan yin dan yang. Kedua-dua
elemen ini mewakili unsur positif dan negatif. Ia merupakan asas utama kepada feng
shui.Walaupun setiap suatu benda itu hidup dalam keadaan yang bertentangan namun keduadua unsur ini seringkali berdampingan antara satu sama lain secara abadi dalam kekuatan yin
dan yang.Garis patah menggambarkan yin manakala garis terus menggambarkan yang.
Simbol-simbol ini dipercayai dapat menolak pengaruh jahat dan membawa kepada
kemakmuran serta keselamatan (Moedjiono, 2011). Oleh itu, hiasan geometri terhasil
berdasarkan yin dan yang ini.

Lambang swastika adalah lambang yang banyak digunakan di seluruh dunia dan lambang ini
boleh dikesan dalam budaya dan tradisi masyarakat. Lambang ini seringkali dikaitkan
dengan nasib yang baik. Selain daripada swastika, ia turut dikenali dengan nama suastika,
svatica atau svatika. Selain itu, ia juga turut disebut sebagai shubhtika yang membawa
maksud petanda baik serta tuah badan yang baik bagi sesiapa yang mneggunakannya.
Lambang ini seringkali menjadi lambang kepada Buddhisme, Jainisme dan Hinduisme. Gaya
swastika yang menghadap ke kiri dianggap mempunyai kaitan dengan kejahatan dan
keburukkan (Mohd Sabrizaa, 2008 ). Selain itu, terdapat hiasan yang terdiri daripada corak
flet yang terhasil daripada jalinan geometri dengan corak-corak bersegi. Hiasan ini dikatakan
sebagai satu simbol panahan petir yang dikaitkan dengan kegembiraan dan sebagai satu
lambang kepada swastika Buddha yang mewakili matahari (Muzium Kesenian Islam, 2001).
Awan larat dan skrol adalah olahan daripada Jui terapung, iaitu cokmar oleh dewa
manakalan skrol dikaitkan dengan ilmu apabila dikelilingi oleh sekumpulan awan larat ia
melambangkan pendidikan, pembelajaran dan kesedaran rohaniah (Muzium Kesenian Islam,
2001). Masyarakat Cina mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni pembuatan skrol,
corak ini sentiasa menghiasi setiap rumah penduduk Cina. Bagi fahaman Buddha, skrol

melambangkan kesucian dan kebenaran (Williams, 1976). Beberapa buah masjid utama telah
dipilih bagi melihat kesan motif dan hiasan pada masjid-masjid yang terdapat di Melaka.

Jadual 1: Motif Dan Ornamentasi Cina Pada Masjid-Masjid Di Melaka

Bil.

Masjid

Motif

Jenis

Lokasi

Pheoni

Merupakan hisan
yang terdapat pada
bumbung masjid.

Skrol

Terdapat pada
bumbung masjid.

Geometri

Didapati pada
bumbung masjid

Teratai

Mustoka atau
mahkota hiasan yang
diletakkan di atas
bunga teratai. Bentuk
buah Buton
seringkali dikaitkan
dengan bentuk stupa
dan alas tapak seperti
ini biasanya ditemui
pada hiasan-hiasan
Buddha (Mohd
Sabrizaa, 2008).

Masjid Kg.
Keling

Bil.

Masjid

Motif

Jenis

Lokasi

Teratai

Motif ini boleh


ditemui pada mihrab
masjid ini.

Masjid Kg.
Keling

Teratai

Buga teratai yang


berada dalam
kedudukkan terbalik
boleh dilihat pada
pintu gerbang masjid.

Masjid Kg.
Alai

Teratai

Motif ini terdapat


pada mimbar masjid

Masjid
Tengkera

Teratai

Sama pada rosewood


yang wujud sejak
zaman dinasti Ming.

Masjid Bkt
Piatu

Teratai

Boleh didapati pada


puncak mimbar
masjid

Masjid
Tengkera

Swastika

Terdapat pada pintu


belakang masjid ini.

Bil.

Masjid

Jenis

Lokasi

Masjd
Tanjung
Keling

Swastika

Terdapat pada tangga


masuk masjid.

Masjid
Tengkera

Pasu

Pasu bunga ini boleh


didapati di mimbar
masjid Tengkera.

10

Masjid
Tengkera

Pasu air

Terdapat pada
mimbar masjid.

11

Masjid Bkt.
Piatu

Motif

Hiasan pasu yang


mengandungi bunga
peoni ini boleh dilihat
pada sisi mimbar
masjid ini.

Bil.

Masjid

12

Masjid
Tengkera

Motif

Jenis

Lokasi

Buahbuahan

Terdapat pada
mimbar masjid
Tengkera.

13

Masjid Kg.
Keling

Buah
anggur

Boleh dijumpai pada


mimbar masjid. Motif
anggur juga boleh
dilihat di tokong
tertua di Melaka,
iaitu tokong Cheng
Hoon Teng (1625).

14

Masjid Kg.
Hulu

Sisik
Naga

Boleh dilihat pada


puncak mimbar
masjid ini.

15

Masjid Bkt.
Piatu

Kepala
Naga

Terdapat pada hujung


atap mimbar masjid.

Peoni

Motif bunga peoni


pada hiasan seramik
yang boleh dilihat
pada puncak pintu
gerbang masjid ini.

16

Masjid Kg.
Keling

17

Masjid
Peringgit

Bil.

Masjid

18

19

Motif

Jenis

Lokasi

Masjid
Peringgit

pohon
buluh

Terdapat pada sisi


mimbar

Masjid Kg.
Keling

Bunga
Plum

Bumbung masjid

Sumber: Observasi penyelidikan terhadap masjid terpilih, rumah ibadat Buddha dan
muzium Melaka pada 23 Februari hingga 3 Mac 2012

KESIMPULAN
Kesenian Cina mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri, motif dan ornamentasi
digunakan bagi menghias sebuah bangunan menambahkan lagi keunikan bangunan
tersebut.Walaupun asas kepada pembentukan kesenian Cina ini adalah berasaskan kepada
fahaman aminisme dan agama Buddha, namun ornamentasi tersebut berjaya diIslamkan
memandangkan ia tidak melanggar syariat. Hasil ukiran yang baik ini bukan sahaja
menyerikan ruang bangunan malah dapat menonjolkan ciri-ciri pertukangan yang amat
mengagumkan. Ia jelas menunjukkan kemahiran tukang ukir terhadap simbol alam yang
dimanifestasikan kepada bentuk nyata. Tukang-tukang yang berperanan mendirikan masjidmasjid ini menggabungkan unsur kesenian luar dan tempatan bagi menampilkan sebuah
monumen ibadat yang penuh dengan ketwadukkan dan kesucian. Hasilnya wujudlah sebuah
masjid yang mempunyai warna-warni keindahan dari aspek kesenian dan estetika yang
tinggi.

Penemuan-penemuan imej dan bentuk-bentuk pra-Islam ini hanya dijelmakan dalam bentuk
visual sahaja tanpa memperlihatkan maksud-maksud yang asal. Kemahiran para pengukir
dalam seni ukiran pra-Islam ini telah sebati menjadi darah daging bagi mereka. Selain itu,

masyarakat muslim di China juga menerima segala bentuk hiasan ini walaupun mereka
beragama Islam. Hal ini kerana, hiasan dan motif-motif ini telah sebati dalam kehidupan
masyarakat muslim Cina yang masih kuat mengamalkan budaya Cina. Agama Islam bukan
agama yang berbentuk akomodatif atau paksaan dan Islam tidak melarang secara melulu
penggunaan motif-motif ini dan tiada halangan sama sekali dalam menggunakan motif-motif
pra-Islam ini selagi ia idak melaggar batas syariat Islam. Maka dengan sebab itu Islam
mudah diterima oleh masyarakat di Alam Melayu.

BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Nasir, (1979), Masjid-masjid di Nusantara, Bangi: UKM
Abdul Rochym, (1983), Sejarah Arsitektur Islam Sebuah Tinjauan, Bandung: Angkasa
Bandung
Aboebakar, H. (1995), Sedjarah Mesdjid, Jakarta:Toko Buku Fa. Adil & Co
Al-Quranulkarim, Miracle The Reference, Surah Sajadah ayat (15):


Cai Yanxin, Lu Bingjie, (2006), Chinese Architecture: Palace, Gardens, Temples and
Dwellings, China Intercontinental Press: China
Cai Yanxin, Lu Bingjie, (2006), Chinese Architecture: Palace, Gardens, Temples
andDwellings, China : China Intercontinental Press
Ezrin Arbi, Pengaruh Seni bina Asing di Malaysia, Kongres Kebudayaan Kebangsaan: Kuala
Lumpur, 16-20 Ogos 1971
Karsam, (1999), Disertasi, Seni Ukiran Jepara Indonesia: Kajian Mengenai Ciri danMotif,
Universiti Malaya, Akademi Pengajian Melayu, h. 169
Kong Yuanzhi, (2000), Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia
Liang Liji, (2009), Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming abad ke 15, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Liang Liji, (2011), Jejak Langkah Sejarah Hubungan Persahabatan dan Diplomasi antara
Melaka dan China, Kajian Komparatif Berdasarkan Karya Agung Melayu Sulalat alSalatin dan Kitab-Kitab Sejarah Lama China dlm Persidangan Antarabangsa Karya
Agung Melayu Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah, Institut Kajian Sejarah
dan Patriotisme Malaysia: Melaka
Lim Lee Hock, Ismail Said, (2001), Ikonografi Motif pada Komponen Ukiran Kayu di
Dalam Tokong Cina, Skudai : UTM
Lou Qingxi, (2002), The Architecture Art of Ancient China, China : China Intercontinental
Press

Nash Rahman, (1998), Masjid, Sejarah, Ciri-ciri Pembentukkan Dan Pembinaan Masjidmasjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur, Selangor:Puncak Awal Sdn. Bhd
dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Mastor Surat, (2008). Pembangunan Tipologi Masjid Tradisional Melayu Nusantara, Bangi:
UKM Press
Moedjiono, MODUL Vol.11 No. 1 Januari 2011, Ragam Hias Dan Warna Sebagai Simbol
Dalam Arsitektur Cina, Universitas Diponegoro Semarang: Semarang
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, (1999), Peranan Kukirikulum Dan Rekabentuk Masjid
Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat, Skudai:Universiti Teknologi Mara
Mohamad Tajudin Mohamad Rasdi, (2000), The Architectural Heritage of the Malay World,
Skudai: UTM Press
Mohd Sabrizaa Abd Rashid, (2008), Evolusi Bentuk dan Makna ragam Hias dalam Seni
Bina Tradisional Melayu, UiTM: Perak
Muzium Kesenian Islam , (2001). Six Centuries of Islamic Art in China. Muzium
KesenianIslam: Kuala Lumpur
Rini Trisulowati, Imam Santoso, (2008), Pengaruh Religi Terhadap Perkembangan
Arsitektur: India, Cina dan Jepang, Graha Ilmu: Yongyakarta
Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Naga dalam Kesenian Islam, Utusan Malaysia, Jumaat 20
Januari 2012
Sidi Gazalba, (1975), Masjid: Pusat Ibadah Dan Kebudayaan Islam, Pustakan Antara
:Jakarta
Tan Chee Beng, (1993), Chinese Peranakan Heritage in Malaysia And Singapore, Fajar
Bakti: Kuala Lumpur
Temubual bersama Louis Lim pada 2 Februari 2012, di Bandaraya Melaka
Williams, C.A.S (1974), Chinese Symbolism and Motifs, Charles E. Tuttle Company: Japan
Williams, C.A.S. (1976), Outlines of Chinese Symbolism and Art Motives, Dover
Publications :New York
Yusoff Iskandar, (1978), Masyarakat Melaka 1400-1511T.M Dengan Tinjauan Khusus
Mengenai Orang-orang Asing, Universiti Kebangsaan Malaysia :Bangi

You might also like