You are on page 1of 5

PSIKODRAMA CIKGU IZHAR

MEMORY RECALL UNTUK SEKOLAH RENDAH

1. TAHAP SET KOGNITIF (MINDA)


ANAK-ANAK YANG DIKASIHI,
TUJUAN ANAK-ANAK DATANG KE SINI ADALAH UNTUK MENDAPATKAN
SESUATU YANG BERFAEDAH DISAMPING BERGEMBIRA DAN BERKENALAN
DENGAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN DI SINI.

DI MALAM YANG TENANG DAN DAMAI INI MARILAH KITA MULAKAN DENGAN
MEMBACA ZIKIR DAN TASBIH BERSAMA-SAMA.
BACA DENGAN TENANG DAN BERSOPAN. SEMOGA ALLAH MELINDUNGI DAN
MERAHMATI KITA.

SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALA ILAH HA ILLALLAH


HUWALLAH HUAKBAR.
ASTAGH FIRULLAH HAL ‘AZIM…………….

ANAK-ANAK YANG DIKASIHI,


ANAK-ANAK DIMINTA MEMBERI KERJASAMA DAN MENGHAYATI APA YANG AKAN
DIPERKATAKAN KERANA SAYA INGIN MEMBAWA ANAK-ANAK KE SATU
PENGALAMAN YANG DAPAT DIJADIKAN KENANGAN YANG BERFAEDAH SEMASA
ANAK-ANAK MENGIKUTI KURSUS INI.

DENGAR DAN HAYATILAH.................................

(PERDENGARKAN KASET SUARA LATAR SEHINGGA SAMPAIMUZIKLATAR


My Music\LOVE MOODS\Unknown Album (11-20-2005 2-43-13 PM)\01 Track 1.wma

ANAK-ANAK YANG DIKASIHI,


CUBA KENANGKAN KEMBALI BAGAIMANAKAH IBU ANAK-ANAK KETIKA
MENGANDUNGKAN ANAK-ANAK DAHULU. BETAPA DERITANYA IBUMU DALAM
SARAT MENGANDUNG TERPAKSA MELAKUKAN KERJA-KERJA BERAT, KERJA-
KERJA DI DAPUR DAN KERJA-KERJA DI RUMAH; MEMASAK, MEMBASUH,
MENGEMAS DAN SEBAGAINYA.
OH, SUNGGUH SETIANYA IBU PADA AYAH, SUNGGUH KASIHNYA IBU PADA KAKAK
DAN ABANG.

IBU TIDAK BEGITU MENGHIRAUKAN KESIHATANNYA. IBU TIDAK KISAHKAN


PENAT LELAHNYA. APA YANG PENTING BAGI IBU ADALAH KEBAHAGIAAN
KELUARGA DAN KEADAAN KANDUNGANNYA SENTIASA SIHAT DAN SELAMAT.
KADANGKALA IBU MENGGOSOK-GOSOK PERUTNYA MENAHAN SAKIT YANG AMAT
SANGAT. TIDAK TERTAHAN RASANYA IBU MENANGGUNG BEBAN BUAT SELAMA 9
BULAN 10 HARI. SERINGKALI JUGA AYAH MEMBAWA IBU KE KLINIK.

KINI TIBALAH SAAT-SAAT IBU MELAHIRKAN ANAK. IBU BEGITU CEMAS, TAKUT
DAN GELISAH. SELURUH TUBUHNYA DIBASAHI PELUH. MUKA IBU PUCAT.
TERKETAR-KETAR BIBIRNYA MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH.

SUARA WANITA:
ASHHADUALLAILAHAILLALLAH......
WAASHHADUANNAMUHAMMADARROSULALLAH.....

TERMENGAH-MENGAH IBU BERDOA AGAR ANAK DI DALAM KANDUNGANNYA ITU


SELAMAT DILAHIRKAN. BIARLAH IBU MATI ASALKAN ANAKNYA ITU SELAMAT.

IBU KINI SEDANG BERTARUNG DENGAN MAUT. IBU MENGERANG MENAHAN


SAKIT. AIR MATANYA MENGALIR MEMBASAHI PIPI. MAKA DI SUATU SUBUH
LAHIRLAH SEORANG ANAK YANG COMEL.

(PERDENGARKAN KASET MUZIK LATAR 2. BERMULA BUNYI BAYI MENANGIS)

LAHIRLAH ANDA KE DUNIA INI. MENGHIRUP UDARA YANG NYAMAN, MENIKMATI


CAHAYA MATAHARI YANG SEGAR DAN BERSIH. PENUH KEHANGATAN DAN
KEHARMONIAN.

BAYI YANG DI BERI NAMA ........................................................................................................


(SEBUTKAN BEBERAPA NAMA PESERTA YANG DIPILIH)
NAMA-NAMA YANG MANIS DAN CANTIK SEPERTI .......................................
(SEBUTKAN BEBERAPA NAMA LAGI)
DAN BANYAK LAGI ADALAH NAMA-NAMA BAYI COMEL YANG SAMA ALLAH
JADIKAN SEPERTI JUGA BAYI-BAYI KEPADA ORANG-ORANG TERNAMA, ULAMAK-
ULAMAK, PUJANGGA-PUJANGGA, CENDIKIAWAN-CENDIKIAWAN DAN LAIN-LAIN
LAGI.

ANAK-ANAK YANG DIKASIHI,


APABILA TANGISAN PERTAMA MU KEDENGARAN, LENYAPLAH SEGALA
KESAKITAN IBU. SENYUMAN TERUKIR DI BIBIRNYA. DI HATINYA MENGALIR KASIH
SAYANG. MELIHAT DIRIMU PENUH RASA KESYUKURAN. DI DADANYA BERLEGAR
BERBAGAI HARAPAN. UNTUK ANAK TERSAYANG, SEMUGA MASA HADAPANNYA
DIPENUHI KEJAYAAN, JUA MENJADI ANAK YANG BERIMAN.

SUARA WANITA:
ANAK-ANAK TERSAYANG
MASIHKAH KAU INGAT SEMASA MEMBESARKANMU
AYAH DAN IBUMU BERGILIR-GILIR BERJAGA MALAM
BIARLAH DIRNYA KEPENATAN
BIARLAH DIRINYA SAKIT DEMAM
NAMUN ANAKNYA TIDAK DIBIARKAN MENANGIS KESEJUKAN

ANAK-ANAK YANG DIKASIHI,


SEMASA DIRIMU MASIH KECIL
ENGKAU DISUSUI DENGAN PENUH KASIH SAYANG
DIBELAI, DIDODOI, DIBERSIHKAN, BIBEDAK, DISELIMUT MANJA
TIDAK IBU RELAKAN WALAU SEEKOR NYAMUK PUN
MENYENTUH KULIT HALUSMU

ANAK-ANAK KESAYANGAN IBU DAN AYAH,


UNUK DIRIMU MEMBESAR BEGINI,
PERNAHKAH KAU HITUNG,
BERAPA BANYAK KERINGAT AYAH DAN IBU TERTUMPAH KE BUMI

(PERDENGARKAN LAGU: KASIH IBU)

TERKENANG KEMBALI MASA KANAK-KANAK. MASIH INGAT LAGIKAH BUNYI


LOCENG AISKRIM YANG LALU DI HADAPAN RUMAH. KETIKA ITU KAMU BERLARI-
LARI MENDAPATKAN IBU MEMINTA AISKRIM.

SUARA LATAR : MAK, NAK AISKRIM......... NAK AISKRIM, MAK!

MASIH INGAT LAGIKAH. KESEDAPAN AISKRIM WAKTU ITU? MAKAN AISKRIM


DENGAN KAWAN-KAWAN SUNGGUH SERONOK.

ANAK-ANAK YANG DIKASIHI,


MASIHKAH KAU INGAT ........... YANG LELAKI BERLARI-LARI DI HALAMAN RUMAH,
DAN YANG PEREMPUAN BERMAIN DENGAN RAKAN-RAKAN YANG BERJIRAN.
MASIHKAH KAU INGAT, IBU MU MENYUAPKAN NASI KE MULUTMU DAN DENGAN
TANGAN ITULAH KAU DIBESARKAN

MASA BEGITU CEPAT BERLALU DAN KINI ANAK-ANAK MULA MEMASUKI ALAM
PERSEKOLAHAN. CUBA KENANG KEMBALI, DI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN.
SEJAK AWAL-AWAL LAGI IBU SUDAHPUN BANGUNMENYIAPKAN SARAPAN UNTUK
ANAKNYA YANG TERSAYANG.

TIBALAH MASANYA IBU MENGGERAKKAN ANAKNYA KE SEKOLAH. DENGAN


PENUH KASIH SAYANG DAN LEMBUT, DENGAN PENUH LUNAK SUARA, IBU
MEMUJUK ANAKNYA BANGUN.

SUARA WANITA: „.........BANGUN, BANGUN YA NAK............ NAK PERGI SEKOLAH


HARI INI. BANGUN CEPAT YA NAK. NANTI IBU PAKAIKAN BAJU BARU, KASUT
BARU.
MASA TERUS BERLALU BEGITU CEPAT. TANPA DISEDARI, ANAK-ANAK SUDAHPUN
MELANGKAH KAKI KE .......(TAHUN 4, 5 DAN 6). SEKARANG ANAK-ANAK SUDAH
BESAR. SUDAH MULA MENCECAH ALAM AWAL REMAJA. CABARA SEMAKIN
BANYAK DAN PELAJARAN PULA SEMAKIN SUKAR. ANAK-ANAK MULA MELIHAT
DUNIA YANG LUAS.

3. TAHAP KINI DAN SEKARANG

WAHAI ANAKKU,
KINI KAU SUDAH REMAJA. KAU MERASAKAN BAHAWA KAU SUDAH PANDAI DARI
IBU DAN AYAHMU. KATA-KATA DAN LETERAN MEREKA SANGAT MENYAKITKAN
HATI DAN KAU SUDAH BOSAN DENGAN KATA-KATA NASIHAT YANG BASI
DANTIDAK BERERTI LAGI BUAT DIRIMU.

SEGALA NASIHAT IBU DAN AYAHMU TIDAK LAGI KAU TERIMA. MALAH MEREKA
KAU TENGKING.

SUARA LATAR LELAKI: AKU SUDAH BESAR. AKU TIDAK SUKA DILAYAN
SEPERTI BUDAK KECIL.

KAU TERGAMAK MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT KEPADA IBU BAPAMU


SENDIRI. KAU HANCURKAN HARAPAN IBU BAPAMU.

SUARA WANITA:

PERNAH SESEKALI AYAH DAN IBUMU MEMUKULMU SEHINGGA MENINGGALKAN


KESAN DITUBUHMU. MEREKA SUDAH TIDAK TAHAN LAGI DENGAN
TINGKAHLAKUMU................. TETAPI TAHUKAH KAMU, APABILA KAMU TIDUR
LENA..........
TANPA KAMU SEDARI ..................... MEREKA DATANG MELIHAT KESAN LEBAM
DITUBUHMU ............... IBUMU MENGUSAP KESAN LEBAM DAN MERAH ITU............
AIR MATA IBU MENGALIR BERCUCURAN MENGENANGKAN PERISTIWA DISIANG
HARI TADI.

AYAH DAN IBUMU MENGHARAPKAN KAMU MENJAGA MEREKA DI HARI TUA


MEREKA KELAK. .......... TETAPI KAMU MENJADI ANAK YANG ENGKAR DAN
MENDERHAKA. NAMUN APAKAN DAYA ............... WALAUPUN MEREKA KECEWA
DAN HARAPAN MEREKA HANCUR, KAMU TETAP ANAKNYA ............ KERANA
SEBUSUK-BUSUK DAGING, DIBASUH, DIMASAK DAN DIMAMAH JUA ................