You are on page 1of 3

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA

: Dhurriswary A/P Manikkam

No K/P

: 910907-05-5150

Saya serta rakan sekumpulan saya Kavithrra A/P Wasudaven telah dikehendaki untuk
merancang satu aktiviti permainan yang sedia ada (selalu dimainkan) untuk kanak-kanak dalam
lingkungan umur 7-12 tahun. Sehubung dengan itu, kami telah bercadang untuk melaksanakan
3 jenis aktiviti iaitu Mini Bowling. Bucket Toss dan Isi Air dalam Botol. Sepertimana yang
dirancangkan, Program Jom Sihat telah dijalankan pada hari Khamis, 5 Mac 2015 pada pukul
9.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Semasa menjalankan tugasan psikososial sukan
ini, saya dapat mengesan beberapa kebaikan dan kelemahan dalam tugasan saya. Antaranya
adalah seperti berikut:
Kebaikan
Melalui tugasan Psikososial Sukan (PJM3172) ini, pelbagai kebaikan telah diperolehi.
Bagi bahagian penulisan esei pula, saya telah mengasah Bahasa Melayu saya kerana bahanbahan carian bagi subjek psikososial ini kebanyakkan dalam Bahasa Inggeris. Disamping itu, ini
merupakan kali kedua saya menyediakan Kertas Kerja Cadangan bagi sesuatu aktiviti atau
program yang dicadangkan. Saya telah memperbaiki cara-cara penyediaan kertas cadangan
bagi sesuatu aktiviti sukan. Ini akan membantu saya apabila saya diberikan jawatan Setiausaha
di sekolah nanti. Selain itu, saya turut mempelajari proses pelaksanaan sesuatu aktiviti sukan
bagi kumpulan yang kecil iaitu seramai 6 orang. Saya dapat melihat pengurusan aktiviti Jom
Sihat ini dapat dijalankan secara konsisten dan sistematik dan tepati masa yang dikehendaki.
Aktiviti yang dipilih ini adalah mengikut tahap penguasaan murid tahun 1 kerana ini dapat
dibuktikan melalui penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti.
Saya juga mendapati murid-murid dapat mewujudkan hubungan yang rapat serta daapt
berkomunikasi serta memberi sokongan padu kepada rakan sepasukan mereka. Daripada ini
sayatelah membuktikan kehendak tugasan projek yang diberi serta dapat menyatakan bahawa
aktiviti yang dipilih untuk Program Jom Sihat ini adalah mengikut tahap kemampuan murid dan
sekali gus memenuhi hasrat FPK.

Disamping itu, tugasan Psikososial Sukan (PJM3172) ini memerlukan bukti pelaksanaan
Program Jom Sihat dalam bentuk rakaman video. Oleh itu, kami dikehendaki untuk merakam
video dan mengeditnya menjadi satu video yang menarik. Kami telah menggunakan Windows
Live Movie Maker untuk membuat suntikan pada video pelaksanaan program kami. Disebabkan
kemahiran pengunaan video editor yang kurang, saya telah mencari cara-cara penggunaan
Windows Live Media Player di youtube sebagai panduan saya untuk mengedit video aktiviti
tersebut. Ini telah membantu saya untuk mempelajari cara pengeditan video yang betul, tepat
dan menarik.
Kelemahan
Antara kelemahan- kelemahan yang dikenalpasti sepanjang pelaksanaan program
ataupun tugasan ini adalah bahagian penulisan esei. Saya telah mengalami kesukaran untuk
mengolah dan menterjemahkan bahan-bahan dapatan daripada Bahasa inggeris ke Bahasa
melayu. Hal ini kerana, kebanyakan buku-buku Psikologi Sukan dan juga carian dalam internet
adalah dalam Bahasa Inggeris. Oleh hal demikian, saya mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan penulisan esei saya. Semasa pengendalian Program Jom Sihat adalah,
penguasaan muridtahun satu kurang mahir untuk membuat sasaran. Hal ini dapat diketahui
daripada permainan Mini Bowling di mana hanya 2 daripada 6 orang murid yang dapat
memungut mata bagi permainan tersebut.

Cadangan Penambahbaikkan
Penambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk menjalankan aktiviti sukan
dengan baik adalah mengadakan aktiviti atau permainan kategori sasaran yang dapat
mengatasi masalah sasaran tersebut. Selain itu ia bukan sahaja membantu dalam
mengenalpasti strategi yang betul malah melatih murid untuk lebih berfokus. Dengan ini, muridmurid bukan sahaja dapat berjaya dalam kokurikulum, ia juga dapat membantu dalam
pencapaian kurikulum.

jurnal

Albert J. Petitpas, Allen E. Cornelius, Judy L. Van Raalte, and Tiffany Jones. (2005). A
Framework for Planning Youth Sport Programs That Foster Psychosocial
Development. The Sport Psychologist, 2005, 19, 63-80. Human Kinetics
Publishers, Inc.

Youtube
How to use Windows Live Movie Maker Windows 8.1 (2014, Jun 9). Diperoleh daripada
Laman web Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=gGUvnsF6wyA
Diakses pada 10 Mac 2015.

You might also like