You are on page 1of 26

[Type the document title]

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2012

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

MATRICULATION NO :

721016135728001

IDENTITY CARD NO.

TELEPHONE NO. :

0196978246

E-MAIL

aliazabtboh@gmail.com

LEARNING CENTRE

721016135728

Seksyen 13,Shah Alam

[Type the document title]


Kandungan

Muka surat

PENGENALAN

Kepentingan pemikiran kreatif

Perkembangan Kreativiti Fisher ( 1943 )

PERINGKAT RANSANGAN

PERINGKAT PENEROKAAN

PERINGKAT PERANCANGAN

11

PERINGKAT AKTIVITI

13

KAJIAN SEMULA

20

Pemikiran kreatif

22

Kepentingan pemikiran kreatif untuk meransang minda kanak-kanak22


Kepentingan Penjanaan Soalan untuk merangsang minda kanak-kanak

24

Kesimpulan

25

Rujukan

26

PENGENALAN
2

[Type the document title]


Pelbagai definisi yang diberikan oleh pujangga seni Eropah kepada kreativiti dalam seni
visual iaitu kreativiti ialah menghasilkan sesuatu yang baharu. Mengikut Kamus Dewan
( 2002 ), mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya
kreatif dan kekereatifan seseorang. Namun yang pasti menurut de Bono ( 1970 ), kreativiti itu
memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat
ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai
berikut ( Hassan, 1989 ) dan ( Nik Azis, 1994 ); Terminologi kreatif berasal daripada
perkataan Latin creare yang bermaksud membuat ( to make ). Manakala dalam bahasa
Greek pula, Krainein yang membawa makna memenuhi. Dalam bahasa Inggeris create
atau cipta dalam bahasa Melayu,Antara definisi lain, June King McFee mentakrifkan
kreativiti itu sebagai keupayaaan seseorang mencipta sesuatu yang baharu dan pada masa
yang sama mampu untuk mengolah idea tersebut kepada idea yang baharu seterusnya dapat
melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Walaupun terdapat pelbagai takrifan tentang
maksud kreativiti, namun secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan
kemahiran berfikir dalam melahirkan sesuatu idea yang baharu dan asli. Jelasnya menurut
Leonard M S Yong ( 1994 ), semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat
kreatif dan dengan adanya persekitaran serta teknik-teknik yang sesuai maka potensi ini boleh
dikenali, dipupuk dan diukur ( Jones 1972 )

Kepentingan pemikiran kreatif


Aktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak
menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti
ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang
untuk mempamerkan hasil kerja mereka.Mereka juga belajar untuk membuat keputusan
terutamanya dalam memilih lukisan yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan
dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Perkembangan Kreativiti Fisher ( 1943 )
5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif:
1. Peringkat Ransangan beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu
2. Peringkat Penerokaan pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah
diberikan/pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
3. Peringkat Perancangan melalui perancangan secara verbal & visual
4. Peringkat Aktiviti lakukan tindakan berdasarkan persoalan bagaimana harus kita
mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut
5. Kajian Semula membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakan yang
telah dijalankan untuk tujuan penambahbaikan.
PERINGKAT RANSANGAN

[Type the document title]


Di dalam mengajar, guru perlu dapat membangkitkan perhatian pelajar kepada pelajaran yang
diajarkan oleh guru. Perhatian akan memberi impak yang lebih besar apabila pelajar
mempunyai minat dan bakat. Apabila pelajar memberi perhatian di dalam kelas, maka dengan
mudah pelajaran yang diajarkan dapat diterima, dihayati, diolah sehingga pelajar tersebut
mampu menghubungkn antara suatu pengetahuan dengan pengetahuan yang lain. Oleh yang
demikian, menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan
supaya guru dapat mengawal keadaan bilik darjah dengan baik dan melahirkan pelajar-pelajar
yang dapat memberikan perhatian di dalam sesuatu perkara yang penting dalam hidup mereka
khususnya pembelajaran akademik di dalam kelas. Dalam proses mengajar pelajar, guru perlu
melakukan aktiviti samada berfikir mahupun melakukan atau melaksanakan sesuatu aktiviti.
Hal ini mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar itu sendiri iaitu ilmu yang
diajarkan tidak berlalu begitu sahaja tetapi dapat difikirkan, diolah kemudian dikeluarkan
bentuk yang berbeza. Melalui aktiviti juga membolehkan pelajar bertanya, mengajukan
pendapat serta melakukan perbincangan dengan guru serta mematuhi arahan guru yang
mengajar, melaksanakan tugas, membuat grafik, diagram serta maklumat yang diberikan oleh
guru. Apabila pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti maka pelajar lebih mudah memiliki
dan menggunakan ilmu itu dengan baik.
Teknik dan cara pengolahan guru juga satu tarikan dan ransangan kepada murid dan
menjadikan pembelajaran dalam kelas lebih menarik. Dalam penyoalan, guru mestilah
mengambil tahu tentang aras soalan sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman murid
dalam pelajaran yang dipelajari. Perancangan awal guru juga memainkan peranan penting
iaitu guru perlu merancang jenis-jenis solan yang berkaitan dengan pembelajaran yang
dijalankan. Istilah dan perkataan yang mudah difahami, digunakan mengikut tahap umur
murid. Selain itu, bentuk soalan diubah dari masa ke semasa. Soalan yang diberi juga
haruslah merupakan soalan yang dapat menjana pemikiran murid.
Beri pujian kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Guru
hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan murid kerana ini akan menggalakkan
murid lain tidak mendengar jawapan yang diberi oleh rakan mereka sebaliknya menunggu
ulangan daripada guru. Jika jawapan kurang tepat, minta murid lain cuba menjawab atau guru
boleh memberi maklumat tambahan uuntuk melengkapkan jawapan. Jika murid tidak dapat
menjawab soalan, guru perlu membantu dengan mengubah soalan kepada aras yang lebih
rendah. Larang murid untuk menjawab soalan beramai-ramai, jangan memarahi murid jika
jawapan yang diberikan salah.

Peringkat-peringkat aras Taksonomi Blom boleh dijadikan penanda aras dalam sesi
rangsangan penyoalan di dalam kelas.
6 peringkat dalam Taksonomi Blom:

[Type the document title]


Perhatian: Peringkat-peringkat dalam Taksonomi Blom tidak semestinya
diaplikasikan/diterjemahkan dalam bentuk soalan secara kesemuanya sekali gus tidak kira
untuk mana-maan tahap.
Pengetahuan
Tujuan: mengingat semula perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku sebarang perubahan.
Objektif am: mengetahui
Objektif khusus/spesifik: melabelkan, menyatakan, menuliskan, menamakan
Aras pengetahuan: Apa, siapa, bilakah, nyatakan, terangkan
Perhatian: soalan berbentuk negative ( mengandungi perkataan kecuali ) tidak boleh melebihi
20% dalam pembinaan soalan.
Kefahaman
-

Kebolehan memberi penjelasan/ makna sesuatu perkara


Aras tinggi sedikit daripada pengetahuan.

Aras;
1.
2.
3.
4.

Menterjemahkan isi kepada huraian.


Memberi tafsiran. Makna sesuatu maklumat.
Aras ektrapolasi( tafsiran yang dibuat lebih panjang daripada aras memberi tafsiran )
Tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.

Tujuan:
1. Memahami sesuatu
2. Menjelaskan. Menjangka kemungkinan
Objektif am: - memahami, menjelaskan, menterjemahkan, menelaah
Objektif khusus/spesifik:- menjelaskan, menerangkan, membezakan, merumuskan,
menulis, meringkaskan.
Jenis: Jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan contoh: meringkaskan cerita,
karangan/ perkataan berlawan atau perkataan seerti.
Apabila kita faham, kita boleh jelaskan
Contoh soalan membezakan: kebaikan tinggal di kampong daripada di Bandar.

Aplikasi
-

Penggunaan maklumat
5

[Type the document title]


Tujuan:
1. Untuk pengetahuan mujarat ( abstrak )
2. Untuk menyelesaikan masalah/ situasi yang abstrak kepada konkrit ( maujud )
Objektif am:- menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan.
Objektif khusus/spesifik:- menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan,
mengendalikan.
Jenis: Bagaimana./ Berikan.
Aras aplikasi juga menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori.
Contoh soalan: Bagaimanakah pemburu selamat daripada dimakan harimau?
Perbincangan mengenai perkaitan di antara pengujian, pentaksiran dan penilaian
dengan Taksonomi Bloom serta Domain Krahtwol
-

Membantu bagaimana untuk mendapatkan tahap/kemajuan mengikut p&p yang


dirancang
Membina soalan berdasarkan panduan mengikut aras yang telah ditetapkan.
Analisis

Kebolehan menceritakan dan menyusun perkara yang telah dipelajari kepada


beberapa bahagian.
Tujuan:
menaakul sebab
meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
Contoh soalan= Berikan sebab atau faktor.
Objektif am
menjelaskan, menilai kerelevenan data, mencerakinkan, menaakul..
Objektif spesifik
mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi
Contoh soalan = yang maankah tidak menggunakan kata kerja dengan betul
Kosa kata popular
bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan, klasifikasikan
sebab, mengapa, huraikan
menaakul
mencerakinkan

Sinteksis
-mencantumkan, menghubungkan, mengintergrasikan fakta-fakta atau idea yang berkaitan.
6

[Type the document title]


Tujuan
-membentuk sesuatu yang baharu
Objektif am
-menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya
Objektif spesifik
-menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta
Contoh = diberi perkataan inisiatif maka pelajar hendaklah membuat ayat berdasarkan
perkataan tersebut.
Kosa kata popular
-gabungkan, mereka bentuk, kumpulan, susunkan, gubahkan, karangkan
Contoh
-Senaraikan beberapa cara kamu untuk mengatasi masalah itu.
-Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan

Penilaian
-menguji kebolehan calon
-membuktikan, menilai, mengesahkan, memberi pendapat sesuatu penyataan dll
Tujuan
-membuat penilaian dan pertimbangan berdasarka kriteria tertentu.
Objektif am
-menimbang menilai, ketekalan dan kecukupan data.
Objektif spesifik
-menilai, membuat pertimbangan
Jenis
-sejauh mana, nilaikan, apa pendapat kamu.
Contoh = Berikan pendapat
Kota kata popular
7

[Type the document title]


-nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan
Contoh soalan
-Pada pendapat kamu
-Berbagai factor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bincangkan.

PERINGKAT PENEROKAAN
Peringkat ransangan telah berjaya meransang murid untuk berusaha menjawab persoalan
yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Pada peringkat ini, kanakkanak berfikiran kreatif akan cuba mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai
cara, gaya dan teknik. Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai
pemikiran ke hadapan, peringkat ransangan telah meransang murid untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan
pendedahan seperti eksperimentasi dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh
membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar mencari jawapan
dan jalan penyelesaian melalui pelbagai gaya dan teknik.
Dalam mencari jawapan dan menjawab persoalan daripada peringkat ransangan,
Kaedah Inkuiri merupaakn satu teknik penerokaan dalam pengajaran yang sesuai bagi muridmurid di sekolah rendah. Teknik inkuiri telah diperkembangkan berdasarkan prinsip-prinsip
dan prosedur-prosedur yang digunakan oleh ahli-ahli sains untuk mengumpul data bagi
menyelesaikan sesuatu fenomena atau masalah.

Apakah Inkuiri
Inkuiri merupakan suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai ciriciri yang berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Berasaskan proses penyelesaian masalah.


Berpusat kepada murid iaitu murid mengambil bahagian aktif.
Memberi latihan sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Menggalak murid-murid sendiri mencari dan menerokai ilmu pengetahuan.
Menggalak murid-murid mengalami proses pembelajaran secara mengalaminya.
Menggalak murid-murid membuat penyelidikan.

Inkuiri merupakan aktiviti yang dapat meransang pembelajaran murid. Murid-murid


akan bertanya, mencari dan mendapatkan maklumat, menjalankan kajian dan membuat
penyelidikan sendiri. Teknik inkuiri mengandungi proses yang berikut:
8

[Type the document title]


Mengenali masalah
Mengkaji ramalan
Mengumpul maklumat
Menganalisis
Membuat rumusan

Pengendalian aktiviti inkuiri


Aktiviti inkuiri merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid. Mereka terlibat dalam proses inkuiri secara aktif dan mereka sendiri mengambil
inisiatif untuk mencari dan menyelesaikan masalah atau fenomena yang telah dirancang.
Urutan dan langkah aktiviti dalam teknik inkuiri adalah seperti berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Pemerhatian
Pengelasan
Membuat ramalan
Uji kaji
Merekod, melabel dan melapor
Pentafsiran dan pengamatan

Peranan Guru
Oleh sebab teknik inkuiri lebih merypakan pembelajaran berpusatkan murid, guru
mempunyai berbagai-bagai peranan. Antara peranan guru adalah seperti berikut:
a) Pembimbing yang memberi peransang
b) Fasilitator / pemudah cara
c) Membantu murid mengenal pasti soalan-soalan yang dikemukakan untuk
mendapatkan maklumat dan panduan.
d) Menyediakan suasana dan keadaan yang selesa terhadap aktiviti mengumpul data
atau maklumat.
e) Mewujudkan hubungan mesra, membantu dan menyokong.
f) Memberi pertolongan kepada murid tentang cara untuk mendapatkan maklumat
yang dikehendaki.
g) Membantu mengumpul maklumat daripada sumber.
h) Mengenal pasti tindak balas murid terhadap maklumat dan memberikan saranan
terhadap beberapa pilihan huraian ramalan data.
i) Tidak menetapkan keputusan ramalan data. Murid boleh memberikan ramalan
yang berlainan yang berlainan daripada apa yang diharap oleh guru.
j) Menentukan soalan-soalan yang berkaitan supaya mendorong pemikiran yang
kritis untuk menyelesaikan masalah.
9

[Type the document title]


Peranan Murid
Semua peringkat dalam proses inkuiri melibatkan murid. Mereka akan mengalami dan
mengkaji sesuatu masalah. Oleh itu, peranan murid adalah penting. Antara peranan
murid dalam pembelajaran dengan menggunakan teknik inkuiri adalah seperti berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)

Murid hendaklah melibatkan diri secara langsung.


Murid tidak boleh ketinggalan dalam proses mencari maklumat.
Murid digalakkan menyoal dan mempersoalkan apa yang diperoleh.
Murid dapat membuat penentuan dalam masa yang ditetapkan dengan
bantuan guru supaya dapat mencapai matlamat.
Murid mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan pendapat.
Murid digalakkan menggunakan peluang sebanyak mungkin untuk
membuat pilihan.
Murid digalakkan meluaskan bidang masalah atau kajian untuk
mendapatkan maklumat atau data.
Murid tidak terikat dengan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru.
Murid boleh membuat soalan yang dapat meneroka pengetahuan dalam
bentuk pertanyaan dan kajian.

Pelaksanaan aktiviti inkuiri


Dalam pelaksanaan aktiviti inkuiri, guru tidak semestinya menggunakan bahan-bahan
atau alat bantu mengajar dalam proses pengajaran yang khusus. Sumber-sumber yang
biasa digunakan seperti buku teks, gambar, lawatan dan bacaan tambahan boleh
digunakan dengan berkesan.
Murid-murid digalak menggunakan pebagai jenis sumber. Guru perlu
memberitahu murid, sumber-sumber yang boleh digunakan untuk mengumpul data
atau maklumat. Yang lebih penting lagi, ialah guru memberitahu punca dari mana
sumber itu daapt diperoleh dan bagaimana menggunakan sumber itu.

PERINGKAT PERANCANGAN
Peringkat Perancangan- menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan
memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini
akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
Perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
Dalam strategi pembelajaran melalui pengalaman, perkara penting pada peringkat
awal ialah perancangan yang teliti. Ini perlu dilakukan untuk menentukan pengalaman yang
diberi itu sesuai dan menarik.
10

[Type the document title]


Pengalaman yang diberi boleh terdiri daripada tiga jenis pengalaman iaitu:
a) Pengalaman Sedia Ada
Guru haruslah mengenalpasti pengalaman sedia ada murid-murid dan meminta
mereka mengingatinya semula.
b) Pengalaman Baru
Pengalaman baru ini boleh diberikan kepada murid-murid mengikut jangka masa yang
sesuai, contohnya dalam masa sehari, seminggu aatu sebulan lebih awal. Apa yang
perlu ditegaskan di sini ialah pengalaman tersebut perlu dirancang bersesuaian dengan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan.
c) Pengalaman Sedia Ada Sebagai Teras Pengalaman Baru
Pengalaman yang telah sedia ada pada diri murid akan menjadi asas untuk digunakan
dalam situasi dan perspektif yang baru. Di sini, murid-murid akan dapat
memanfaatkan pengalaamn dan pengetahuan sedia ada mereka untuk memahami
pengalaman baru.
Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan
mencapai objektif, guru boleh menggunakan pelbagai model pengajaran mengikut
kesesuaian isi kandungan yang hendak diajar.

Terdapat lapan komponen utama yang perlu diambil kira dalam merancang pengajaran
sesuatu topik iaitu:
Analisis keperluan dan kesediaan murid
Guru boleh membuat analisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada atau
miskonsepsi murid dengan memberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik, contohnya
menyoal secara lisan, melihat rekod dan buku latihan, kerja rumah serta maklumat daripada
guru.
Analisis isi kandungan topik yang hendak diajar
Guru membuat analisis tentang pengetahuan isi kandungan topic iaitu konsep, fakta,
klasifikasi, prosedur, prinsip dan teori.
Contohnya, analisis kemahiran seperti melukis peta, rajah, graf menulis laporan,
membuat ujikaji dan projek.

Hasil pembelajaran

11

[Type the document title]


Untuk menentukan hasil pembelajaran, guru mestilah mengenal pasti objektif
spesifikasi berdasarkan Taksonomi Bloom yang mempunyai 6 aras, pemikiran induktif dan
deduktif, objektif afektif ( sikap ) dan objektif kemahiran: domain psikomotor.
Susun unit-unit pengajaran
Supaya sesuatu pengajaran itu berkesan, guru haruslah menyusun unit pengajaran
agar terdapat kesinambungan dan turutan antara satu topik dengan topik yang lain.
Guru boleh membuna jadual penentu kandungan untuk sesuatu unit pengajaran dan topik
yang hendak diajar.

Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai


Dalam konteks ini, guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan
strategi yang sesuai dengan isi kandungan berdasarkan tahap, kemampuan dan minat murid
seperti yang telah diterangkan sebelum ini.
Pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai
Guru boleh menggunakan apa-apa sahaja alat bantu mengajar yang sesuai dengan
topik yang diajar, pelajar dan konteks pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan alat
bantu multimedia dan bukan multimedia dan bahan-bahan yang terdapat di sekitar sekolah
dan tempat tinggal murid.
Latihan yang sesuai dan mencukupi
Guru boleh menguji kefahaman murid dengan memberi latihan atau ujian sebagai satu
cara penilaian untuk memastikan pengajaran guru berkesan, difahami dan mencapai objektif
penilaian atau tidak. Latihan juga boleh diberi kepada murid sebagi satu cara pemulihan,
pengukuhan dan pengayaan. Latihan atau ujian boleh diberi pada setiap sesi pengajaran atau
di akhir sesuatu unit pengajaran( ujian formatif ) dan pada akhir semester ( ujian sumatif ). Ia
juga boleh dijalankan secara individu mahupun kumpulan.

Kaedah penaksiran yang sesuai


Penaksiran dilakukan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai. Ia juga boleh
digunakan sebagai refleksi kepada guru itu sendiri untuk menguji keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Penaksiran boleh dijalankan secara formatif atau sumatif.

PERINGKAT AKTIVITI

12

[Type the document title]


Melakukan tindakan berdasarkan persoalan bagaimana harus kita mengambil tindakan
ke aats cadangan tersebut.
Ini adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan
kepada objektifnya ( Edward M.Anthony 1963 ). Ianya merupakan satu set andaian yang
saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur
aksiomatik ( kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan ).
Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang
dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan
kepada prinsip atau teori pembelajaran:
-

konkrit ke abstrak
mudah ke kompleks
keseluruhan ke sebahagian
umum ke spesifik ( deduktif )

Pendekatan mengajar
Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedahkaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif
dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran, dicadangkan guru
mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan
berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

Kaedah
Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif
pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk
kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang
tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih ( Edward M. Anthony
1963 )

Jenis kaedah
Kedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah
Kaedah Tradisional
13

[Type the document title]


Ia meliputi
-

Tugasan membaca teks


Kuliah
Mengucap dengan kuat
Tumpuan kepada perbendaharaan
Laporan secara lisan oleh murid
Mengkaji semula ( review )
Ujian, kuiz dan peperiksaan

Kaedah-kaedah Inkuiri ( Penemuan )


Kaedah Inkuiri ( Penemuan ) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu:
P1 - Kenal pasti masalah
P2 Rancang penyelesaian
P3 Kumpul maklumat
P4 Buat tafsiran
P5 Buat kesimpulan
Kaedah kumpulan
-

Perbincangan kumpulan
Kuliah perbincangan
Kerja jawatankuasa
Main peranan
Sesi Buzz
Sumbangsaran
Wawancara
Konferen

Kaedah penyelesaian masalah


Ia meliputi
-

Projek
Tinjauan
Penyelidikan atau penjelajahan
Tunjukcara atau demonstrasi
Kelab Kesihatan
Lawatan

14

[Type the document title]


Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami
masalah dan memikir dengan logic dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani,
pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut:
Menganalisis dan memahami masalah.
Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.
Membentuk jawapan yang mungkin.
Pilih dan uji penyelesaian alternative.
Pilih penyelesaian yang sesuai.
Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan
1.Menggalakkan interaksi antara pelajar
2.Memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi.
3.Menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan
1.Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru.
2.Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan.
3.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah
tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Kaedah Kolaboratif
Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak
ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan.
Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan bermuafakat
serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan rakan
sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang
dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru.
Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya,
15

[Type the document title]


mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran
ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.
Kaedah Koperatif
Unsur-unsur pembelajaran koperatif ialah
-murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan
-ahli berinteraksi di antara satu sama lain untuk mewujudkan pesefahaman dan
kemajuan
-murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli
kumpulan bergantung secara positif.
-murid belajar secara aktif dan bukan bergantung kepada guru. Ahli kumpulan
bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.
-murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli
berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah
atau tugasan yang diberikan.
-ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,
memberi galakan, mendengar, memberi pertolongan, memberi penjelasan untuk
membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.
-ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian
matlamat.

Teknik
Kemahiran ini merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan
kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik
bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi,
sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum
ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut:
-

Umur
Kebolehan
Kecerdasan
Minat
Teknik simulasi

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar
dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam
kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi
16

[Type the document title]


membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu
pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar,
memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan
simulasi ialah dengan menggunakan komputer.
Teknik main peranan
Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai
sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini
murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa
menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.
Teknik latih tubi
Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara
berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan
lancer. Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan, amali dan bertulis. Latihan seperti ini
boleh memperkukuhkan fakta, konsep dan kemahiran Pendidikan Jasmani yang
dipelajari.
Teknik demontrasi
Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang
menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi
pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan
sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan
aktivitidengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.
Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta
segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan
menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh, guru boleh
mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

Teknik sumbangsaran
Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternative penyelesaian
masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam
kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topic yang
dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan,
prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu
-

topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid


kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan
pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan
aktiviti berjalan lancar
setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan
17

[Type the document title]


-

semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum


cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik

Contoh teknik mengajar kemahiran asas


Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan
betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya
dalam permainan hoki, kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan
memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu
dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat,
kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola dan sebagainya.
Strategi
Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai
objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada;
-

Kebijaksanaan memilih pendekatan


Kecekapan merancang kaedah dan teknik
Berdasarkan objektifnya

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian
maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat
mengatasi masalah yang dijangkakan atau terutamanya dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai
situasi ransangan.
Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut
perlu diguna pakai sebagai panduan;
Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang
berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif.
Domain psikomotor merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulative atau
motor.
Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan
kebolehan dan kemahiran intelek.
Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu.
Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk
SMART iaitu menekan perkara berikut:

18

[Type the document title]


-

Kemahiran yang khusus


Boleh diukur
Boleh dicapai
Munasabah
Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi
satu sesi pengajaran.
Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.
Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas.
Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil
bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.
Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya
perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.
Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi
murid atau perangsang.
Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P:
P1 Penerangan ( semasa, maklum balas )
P2 Praktik ( pengelolaan )
P3 Pelakuan ( tunjuk cara, tepat dan berulang )
P4 Permainan atau pertandingan
P5 Penyeliaan atau pembetulan
Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.
Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah
dilihat oleh murid-murid.
Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberi
perhatian.
Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran
pembelajaran.

KAJIAN SEMULA
Peringkat ini menilai keberkesanan yang telah diambil dan aktiviti yang telah
dijalankan bagi proses penambahbaikan selain melihat tahap pencapaian objektif kerja.
19

[Type the document title]


Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi
mengelakkan perkara tidak diingini terjadi semula, contohnya kegagalan dalam ujian.
Murid-murid juga digesa memberi pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui
sebagai satu bentuk refleksi diri.
Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan
refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak
langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula
pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru
dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan.
Antara peranan utama refleksi dalam amalan guru ialah dapat menentukan justifikasi
untuk mengubah tingkahlaku atau amalannya.
Anatara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan
refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Malahan,
sama ada di dalam ataupun di luar Negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu
budaya di mana bakal guru digalakkan untuk memperaktikkan amalan refleksi sebagai
satu cara membuat penilaian kendiri.
Calderhead ( 1989 ) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan
bahawa amalan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan seseorang
menilai keberkesanan dirinya sebagai seorang guru dan menyoal tujuannnya. Saranan ini
selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang
kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat,
amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut ( Dewey, 1933; Schon, 1987 ).
Bagi John Dewey ( 1933 ), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan
terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang reflektih adalah lebih berhati-hati
dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan.
Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif
membawa ke arah pertumbuhan professional ( Van Manen, 1977), menyokong pandangan
Wildman, et al, ( 1990 ). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy
B.E, et al, ( 2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan
professional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru.
Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu
mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan
bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkatperingkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru pelatih
dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif
dan kritikal.
Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:
membuat penilaian kendiri

20

[Type the document title]


berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
mengubah tingkahlaku

Pemikiran kreatif
Pemikiran kreatif merupakan kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan
menghasilkan idea, menciota sesuatu yang baharu, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai.
Sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Pemikiran kreatif juga merupakan
kecekapan menggunakan minda untuk menerokai dan mencari makna, pemahaman dan
penyelesaian masalah secara inovatif.
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
i.
ii.
iii.

Mencipta analogi
Menjana dan menghasilkan idea baharu
Mencipta metafora

Mengikut Torrance ( 1966, 1990 ) kemahiran berfikir kreatif bermaksud keupayaan


berfikir dengan menggunakan pelbagai operasi mental iaitu kelancaran, kelenturan, keaslian
dan penghuraian idea untuk menghasilkan sesuatu yang asli, baru dan bernilai. Ini bermaksud
semasa menjana idea baru, otak berfikir untuk penghasilan idea yang banyak ( kelancaran ),
idea yang pelbagai atau berbeza-beza ( kelenturan ), idea yang unik ( asli ), mempunyai
penghuraian yang terperinci dan berguna ( bernilai ).
21

[Type the document title]


Menurut Willen ( 1994 ), tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya
fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif
dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam
pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis.

Kepentingan pemikiran kreatif untuk meransang minda kanak-kanak


Pemikiran kreatif guru akan menjana aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pemikiran kreatif ini banyak memberi implikasi kepada perkembangan kanak-kanak dan
membangunkan individu terutama semasa di bangku sekolah dan melahirkan murid yang
kreatif.
Kreativiti dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individuindividu kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk
menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia ( Jauhara Hj.Tak. 1995 ).
Hal ini merujuk kepada kebolehan serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untuk
menghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, penghasilan satu
bentuk pengajaran melalui daya kreativiti disifatkan sebagai satu wadah pembelajaran yang
memberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru, adanya daya kreativiti bagi seseorang
guru yang dapat disesuaikan dengan proses pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana
dan meransang penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekaatn
kreatif oleh seseorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat
pelajar dalam mengikuti isi pelaajran yang disampaikan oleh guru tersebut. Pelajaran menarik
akan membawa kaank-kanak ke luar kotak pemikiran dalam kelas. Segala ilmu yang
dipelajari di sekolah mungkin sentiasa bergerak bersama mereka di luar kelas dan meransang
mereka untuk sentiasa berfikir bagi apa yang sentiasa mereka lihat di luar. Ini mungkin
berlaku dalam pelajaran Sains, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni.
Kreativiti guru yang mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasana
pembelajaran yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memaahmi
sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang telah
mereka pelajari itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga secara langsung menanam nilai
murni kepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka.
Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi hubungan dua
hala antara guru dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi pelajaran yang
disampaikan, hubungan ini akan merangsang tindak balas ( respon ) daripada kedua-dua
pihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik darjah berperanan sebagai
medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya oleh para
pelajar. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi guru yang melibatkan gabungan kreativiti
dapat mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan respons pelajarnya.

22

[Type the document title]


Kreativiti dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang
digunakan oleh seorang guru terhadap penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran
yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan menjana kemajuan dan prestasi pelajar ke arah
membentuk kefahaman mereka. Abd Ghafar Md. Din ( 2003 ) menyatakan hal ini bergantung
kepada beberapa factor yang melibatkan masa pengajaran, jumlah pelajar, bahan pengajaran
dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
atau teknik, pelajar tidak akan bosan. Oleh demikian, teknik atau kaedah pengajaran yang
bersesuaian akan menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ia
melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang guru bagi menguruskan hal-hal ini.
Dalam proses pengajaran, ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti pelajar.
Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya, ia haruslah
memberi fokus kepada kecenderungan pelajar. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan
serta teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut kemampuan pelajar agar dapat memberi
sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru menjadi asas dalammencorakkan
proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti
pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang
memperlihatkan perkara-perkara praktikal.
Selain itu, kreativiti guru dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa
yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada para pelajar. Penerangan isi pelajaran
dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan
sedia ada pelajar. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan
ilmu serta mendedahkan mereka kepada reality dunia semasa. Secara tidak langsung,
perkaitan seperti ini akan menjadikan para [elajar terus menerokai secara mendalam lagi
berkenaan isi pelajaran yang disampaikan.
Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru dalam mengendali setiap proses
pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada keupayaan kreativiti mereka dalam
mempelbagaikan corak penyampaian isi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian
akan menjadikan pelajar dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat
menguasai pemikiran mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Kepentingan Penjanaan Soalan untuk merangsang minda kanak-kanak


Melalui aktiviti soal jawab, kanak-kanak akan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran mereka. Kemahiean guru menyoal juga boleh menggalakkan kanakkanak yang pasif menjadi lebih aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

23

[Type the document title]


Selain itu, minat kanak-kanak terhadap pelajaran akan bertambah dan mendorong
mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah kanak-kanak
dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.
Dengan pelbagai tahap dan soalan yang diberikan kepada kanak-kanak akan
menjadikan daya pemikiran kanak-kanak ini dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih
tinggi atau di luar kotak pemikiran lingkungan pelajaran yang mereka pelajari.
Dengan soalan menguji pengetahuan lepas pelajar, guru boleh merancang aktiviti
pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar. Kesannya ialah pelajar dapat mengikuti
pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami.
Soalan digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah membolehkan guru merancang aktiviti
pengayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutkan dengan lebih berkesan.
Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan baik.
Pelajar akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan dan malu untuk bertanya
kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran. Selain itu, soalan
boleh digunakan untuk menolong pelajar mengulangkaji pelajaran akan menambah prestasi
mereka dalam peperiksaan.
Dengan teknik penyoalan yang betul dapat membantu pelajar mengukuhkan konsepkonsep yang baru dipelajari.

Kesimpulan
Keberkesanan proses pengajaran, dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan aspek yang sangat penting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan
dan memperhebat usaha-usaha kea rah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya
kreativiti guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam
menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi
menjana penguasaan maksimum para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan.
Sungguhpun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masa kini menjadi
dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya
dilihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah
menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan
kedinamikan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa bergantung sepenuhnya dengan
kemudahan teknologi pengkomputeran.

24

[Type the document title]

RUJUKAN
Atan Long ( 1982 ), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti
Abd. Ghafar Md. Din ( 2003 ), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Isahak Haron & Koh Boh Boon ( 1992 ), Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi, Kuala
Lumpur: Heinemann educational books ( Asia ) Ltd
Jauhara Hj. Tak ( 1995 0, Penyelesaian Masalah Dan pemikiran Kreatif Dalam
Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
V.Pang, Y.K. Yap & Y. M. Tam( 1992 ), Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan,
Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd.
G.S Rao, A.K. Roa, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail ( 1991 ),
Pembelajaran Berbantukan Komputer, Selangor: Penerbik Fajar Bakti Sdn.Bhd

25

[Type the document title]


Yusri Mat Johor ( 2004 ), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Sejarah
Tingkatan Tiga, Kertas Projek Ijazah Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Zawawi Hj.Ahman ( 1992 ), Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM, edisi
kedua, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Robiah Sidin & Hassan Langgulung ( 1980 ), Ke Arah Pembentukan Guru-Guru Yang
Kreatif, Kertas Kerja Tambahan Konvensyen Pendidikan Kelima, Jab.Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

26

You might also like