You are on page 1of 12

1.

PERATURAN DAN PERALATAN


Sebelum anda meneruskan dengan topik ini anda diperlukan untuk mengetahui
peralatan-peralatan permainan ini. Tahukah anda bahawa sukan ini tidak memerlukan
peralatan yang banyak; cukup sekadar hanya sebiji bola bersaiz sedikit kecil berbanding
dengan saiz bola keranjang, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol dan 14 orang
pemain (7 orang satu pasukan).Hanya dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal
dan mengadili permainan ini.
Bola
Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran standard
dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan. Biasanya, bola saiz 5 yang juga
seperti saiz bola keranjang digunakan. Ukur lilit bola adalah lebih kurang 99sm-102sm
dan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu disemak). Bola ini diperbuat
daripada kulit atau getah. Untuk menjaga kesempurnaan dan jangka hayat bola, ia
hendaklah disimpan di tempat yang kering dan selamat setelah digunakan.

Rajah 1.1 Bentuk fizikal bola jaring

Tiang Gol
Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki).
Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Ukur lilit bulatan besi berjaring yang
diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah dicacakkan
dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong.

Rajah 1.2 Tiang Gol

Gelanggang
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Namun begitu, bola jaring juga boleh
dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan
menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang
tertutup.

Rajah 1.3 Gelanggang Bola Jaring


Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m
dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan
tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring
ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat bulatan.
Pemain
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan. Setiap
seorang pemain mempunyai fungsi atau tugas yang tersendiri. Senarai dan kedudukan
pemain adalah seperti berikut:
(a) Penjaga gol (GK)
Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di
dlamkawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk
kawasangol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang
penyerang didalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol
(GD).
(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)
Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol
(GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di
dalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana
pemaindalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah
menghalangpenyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola
dari hantarantengah.

(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)


Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya
ialahmenghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA)
pasukanlawan dalam bulatan jaringan.
WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah
atauke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan
mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku
semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.
(d) Pemain tengah (C)
Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia
ditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah
di awalpermainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C
bolehbergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.
(e) Penyerang sayap (WA)
Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanya
menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan
menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain
tengah.
(f) Penyerang gol (GA)
Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan
bekerjasamadengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu
menerimahantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.
(g) Penjaring gol (GS)
Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir
membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masingmasing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya
bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.
2. PENGADIL
Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, pengadil bertanggungjawab memastikan
pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan bersih dan
mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Pengadil adalah orang yang
paling berkuasa dalam gelanggang. Sebarang keputusan yangdibuat olehnya adalah
muktamad.

Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga
masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. Umumnya, 2 orang
pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu
pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga
pengadil lelaki.
Kawasan Pengadil
Oleh kerana dalam sukan bola jaring dimestikan ada dua orang pengadil, maka
pembahagian kawasan antara mereka berdua amat perlu supaya keputusan yang dibuat
tidak bercanggah. Untuk lebih jelas lagi, rujuk Rajah 1.5. Pengadil X mengadili dan
membuat keputusan di dalam kawasannya sepanjang waktu permainan. Dia juga akan
membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan AD.
Pengadil X juga akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali gol
dijaringkan dalam kawasannya. Sementara pengadil Y pula akan mengadili dan
membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC dan
CB.

Rajah 1.5 Kawasan Pengadil

Gerakan Pengadil
Berbanding dengan sukan-sukan lain , permainan ini memerlukan pengadilbergerak di
dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengah gelanggang hingga
ke sudut yang tertentu. Dia juga perlu berada di belakang kawasan gol untuk melihat
jaringan yang dibuat. Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar
gelanggang, kecuali dalam keadaan atau tugas berikut:
1. Membuat lambungan
2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil
3. Melihat permainan dengan lebih jelas

4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada). Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil
dalam sepanjang masa permainan.
3.0 PAKAIAN
Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt,
skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas. Pemain juga dikehendaki
memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil Bibs. Huruf pada bibs mestilah
ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dan
tugas mereka. Pemain bersama bibs yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta
dipakai sepanjang waktu pertandingan. Sebarang barang kemas dan aksesori badan
tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasutkasut yang diperbuat daripada bahan ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike)
tidak dibenarkan.

Rajah 3.1 Pakaian yang sesuai untuk bermain bola jaring.

4. CARA BERMAIN
Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan. Ini bererti
terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang
pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut
pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan.
Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain. Peraturan dan undang-undang
permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan membuat hantaran,
membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma, mengawal gol dan
menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain.

Rajah 3.2 Permainan bola jaring

5. MULA BERMAIN
Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah
seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD
juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah
memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang.
Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan
sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel
ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada
pemain lain menandakan bermulanya permainan.
6. TEMPOH BERMAIN
Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu
ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat
untuk separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan
diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau
sekiranya berlaku kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu
separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol
dijaringkan.
Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap
pemain semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda.
Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar
kawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah
juga memaklumkannya kepada pengadil.
Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga
boleh menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika bola
sedang dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau
melantunkannya kepada pemain pasukannya dalam masa tiga saat. Pemain tidak
dibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara
dan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula (drop
ball).
Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain
lawan, menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang.
Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan
sokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang
gol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau
gelanggang.

7. Ofsaid, Faul dan Penalti


Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak
melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia
dikira sebagai ofsaid. Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti
berada di dalam kawasan tertentu atau tidak ia dikira ofsaid.
Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orang
pemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pemain daripada keduadua pasukan menangkap bola pada waktu yang sama dan berlaku perebutan bola
ataupun apabila pengadil tidak pasti pasukan mana yang telah melakukan kesalahan.
UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING
1. PENALTI
Berikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti.
(a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di
tempat berlakunya kesalahan melainkan
(i) Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah
menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan
demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.
(ii) Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan).
(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.
(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu
pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke
kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.
(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya
dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.
(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan
penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undangundang gerak kaki, seolaholah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki
mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki
tetap di atas tanah.
(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan
penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikankepada
pasukan lawan.
(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang

(c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

2. HANTARAN PERCUMA
Hantaran Percuma
Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam
gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan
yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol. Semasa
pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat
hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya
tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.
Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti
Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar
undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana
sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang
mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu
terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah
bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran,
penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring.
Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan
itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di
tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).
Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:
(a) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang
pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang
melakukan kesalahan.
(b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran
penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain
kedua.
(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di
sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan
mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain
yang mengambil.
(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang
seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari
pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil
bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang
membuat hantaran.

(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh
membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan
Hantaran ke Dalam
Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk
lontaran ke dalam sekiranya :
(a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau
(b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar
gelanggang.
Lambungan
Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:
(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu
atau kedua-dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum
bola itu keluar gelanggang.
(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah
seorang memegang ataupun menyentuh bola.
(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu
permainan

Peraturan/Undang-Undang Asas Permainan Bola Jaring


Setiap permainan mempunyai peraturan ataupun undang-undang yang perlu dipatuhi
semasa bermain. Bola jaring juga mempunyai beberapa peraturan asas yang telah
ditetapkan, iaitu:
1.

Satu pasukan diwakili oleh 7 orang pemain semasa permainan.

2. Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak
dibenarkan.
3.

Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa 3 saat.

4.

Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA

5.

Sesuatu bilangan itu tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang.

sahaja.

6. Bola yang melantun dari tiang jaring boleh disambut semula dan permainan
diteruskan.
7.

Lemparan ke dalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil.

8.

2 orang pengadil mengawasi permainan.

9. Jika pasukan kurang daripada 5 orang pemain, permainan tidak boleh


diteruskan
10. Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan
permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi.
1.3.1 Penalti
Penalti akan dikenakan kepada pemain yang melanggar peraturan. Terdapat dua jenis
penalti, iaitu:
1)

Lontaran percuma

2)

Lontaran penalti

Lontaran Percuma
Jika pemain melakukan kesalahan yang kecil, pihak lawan akan menerima lontaran
percuma. Antara kesalahan yang mengakibatkan lontaran percuma ialah:
a) Memegang bola
Pelepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola selama tiga saat.
Sekiranya melebihi tiga saat, wisel akan dibunyikan oleh pengadil. Ini menandakan
pemain telah melanggar peraturan memegang bola

b) Gerak kaki
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu langkah. Jika
semasa menangkap bola kaki kanan berada di atas tanah, satu langkahan boleh
dilakukan dengan kaki kiri. Jika kedua-dua belah kaki berada di atas tanah, satu
langkahan boleh dibuat dengan mana-mana kaki yang dipilih.
c) Memainkan bola
pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain, tetapi tidak boleh
mengambilnya semula. Bola tidak boleh digelecek seperti dalam permainan bola
keranjang. Bola yang telah dipegang dan terlepas daripada pegangan tidak boleh
diambil semula oleh pemain tersebut, sebelum bola disentuh oleh pemain lain.
d) Melebihi kawasan
Apabila bola yang dilontar melebihi satu pertiga dari kawasan permainan, tanpa
disentuh oleh mana-mana pemain perbuatan ini menjadi satu kesalahan. Pengadil akan
meniup wisel.
e) Ofsaid
Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu sahaja. Pemain tidak
dibenarkan melampaui kawasan yang telah ditetapkan sama ada dengan bola ataupun
tanpa bola. Pelanggaran peraturan ini menjadikan pemain itu berkeadaan ofsaid.
Lontaran Penalti
Sekiranya pemain melakukan kesalahan-kesalahan seperti bermain secara kasar,
mengau melonjak pemain lawan, lontaran penalti akan diberikan kepada pihak lawan.
Pemain yang melakukan kesalahan dikehendaki berdiri ditepi. Pemain tersebut boleh
bermain semula hanya selepas bola dilontar atau dimainkaan semula.
a) Melanggar
Pemain dilarang melanggar pemain lawan. Lontaran penalty akan diberikan kepada
pihak lawan walaupun melanggar secara tidak sengaja.
b) Menghalang
Kamu tidak dibenarkan menghalang pemain lawan membuat lontaran atau menangkap
bola. Jika pemain lawan memegang bola, kamu hanya dibenarkkan berdiri dalam jarak
0.9 meter di hadapannya. Pada jarak ini kamu boleh mendepakan tangan. Pemain boleh
berdiri pada jarak lebih hampir daripada 0.9 meter dengan pemain lawan tanpa bola
tetapi kamu tidak boleh mendepakan tangan.

1.3.2 Lontaran penalti ke arah gol


Jika pasukan yang bertahan melakukan kesalahan menghalang atau melanggar pemain
lawan dalam pasukan gol, pasukan penyerang akan diberi lontaran penalti ke arah gol.
Pasukan penyerang akan diberi peluang menjaringkan bola tanpa halangan.
1.3.3 Lontaran lambung
Lontaran lambung akan dilakukan oleh pengadil dalam keadaan-keadaan seperti yang
berikut:
a) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan merebut bola dan pengadil tidak dapat
menentukan pemain yang menguasai bola.
b) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan mengeluarkan bola serentak dari
kawasan permainan.
Permainan akan diberhentikan sekiranya kejadian ini berlaku. Dua orang pemain yang
terlibat akan berdiri dalam jarak 0.9 meter antara satu sama lain. Kedua-dua pemain
akan menghadap kawasan gol masing-masing dan kedua-dua belah tangan berada di
sisi tubuh. Pengadil akan berdiri antara kedua-dua pemain. Apabila wisel dibunyikan,
bola akan dilambung ke atas dan kedua-dua pemain melonjak untuk menangkap atau
menepis bola ke arah rakannya.