You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18

JALAN CUCUR 18/3


40200 SHAH ALAM

KERTAS CADANGAN

PROGRAM
SUDUT
INFORMASI DAN
KECERIAAN TAMAN SEJARAH
Disediakan oleh:
GURU PELATIH IPG
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

NOR HIDAYATUL HAFIZAH BT KASNON


FATIN KHALIS BINTI ABDUL HALIM

1.0

KERTAS CADANGAN
PROGRAM INFORMASI DAN KECERIAAN TAMAN SEJARAH
TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan


daripada Guru Besar SK Seksyen 18 terhadap kertas cadangan program
informasi dan keceriaan sudut sejarah.
2.0

LATAR BELAKANG
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga
sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah
adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran
yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif.
Persekitaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses
pembelajaran di sekolah di samping dapat menarik minat murid untuk hadir
ke sekolah. Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah
terhadap para murid, guru pelatih internship telah mendapatkan ilham untuk
menceriakan lagi pembelajaran subjek sejarah dengan mengadakan sudut
keceriaan

sejarah.

program

informasi

dan

keceriaan

sudut

sejarah

merupakan sebuah program yang dijangka dapat menarik lebih minat muridmurid terhadap subjek sejarah dengan pendekatan yang kreatif.

3.0

OBJEKTIF

3.1

Memberi

peluang

kepada

guru

pelatih

untuk

merancang

dan

melaksanakan aktiviti di sekolah.


3.2

Menyampaikan maklumat sejarah dengan cara yang lebih kreatif


supaya murid-murid tertarik untuk menghayati sejarah.

3.3

Menjadikan bawah tangga iaitu laluan ke dewan, gelanggang dan lainlain kawasan sekolah menjadi lebih ceria dan dijadikan sumber
perhatian terutamanya murid.

3.4

Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai


menjalani internship di sekolah ini.

4.0

.
CADANGAN
4.1

Kerangka Program Keceriaan Sudut Sejarah adalah dicadangkan


seperti berikut :
Peserta:
Guru pelatih IPG Kampus Bahasa Antarabangsa semester 8

Aktiviti:
Mengecat, melukis, menampal dan menyusun atur bahan
informasi dan peralatan secara kreatif dan kritis yang berkaitan
di Sudut Keceriaan Sejarah untuk menarik budak mendekati
subjek sejarah.

4.2

Cadangan pelaksanaan
Tempat : bawah tangga iaitu laluan ke dewan, gelanggang dan
lain-lain kawasan sekolah
Tarikh

: 7 Julai 8 Ogos 2014 (4 minggu)

Sasaran : Murid tahun 4 dan semua murid serta guru SK Seksyen


18

Ahli Jawatankuasa :
(Rujuk lampiran 1)

5.0

IMPLIKASI KEWANGAN
5.1

Implikasi kewangan bagi keseluruhan cadangan program keceriaan ini


adalah seperti lampiran 2.

6.0

SYOR
Pihak Sekolah SK Seksyen 18 dipohon memberi pertimbangan dan
kelulusan terhadap cadangan Projek Keceriaan Sudut Sejarah.

Disediakan oleh ,
Disediakan oleh ,

...............................................
(NOR

HIDAYATUL

HAFIZAH

BT

...............................................

KASNON)

(FATIN KHALIS BINTI ABDUL HALIM)

Jawatankuasa,

Jawatankuasa,

Program Keceriaan Sudut Sejarah,

Program Keceriaan Sudut Sejarah,

SK Seksyen 18

SK Seksyen 18

Disemak oleh ,

...............................................
(ENCIK MOHD HASLAM BIN HUSSEIN)
Guru Pembimbing,
Program Keceriaan Sudut Sejarah,
SK Seksyen 18

Disahkan oleh :

................................................
(EN. ASMUI BIN KAIRON)
Guru Besar
SK Seksyen 18

Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM KECERIAAN SUDUT SEJARAH

PENGERUSI :
En. Asmui Bin Kairon

NAIB PENGERUSI :
En. Misbah B Ajil (GPK 1)

PENASIHAT :
En. Mohd Haslam Bin Hussein

AHLI JAWATANKUASA :
Nor Hidayatul Hafizah Bt Kasnon
Fatin Khalis binti Abdul Halim

Lampiran 2
IMPLIKASI KEWANGAN
PROGRAM KECERIAAN SUDUT SEJARAH
*
BIL
1*

2
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

PERKARA

HARGA
SEUNIT (RM)

KUANTITI

JUMLAH

Rm 50

1 Tong

RM 50.0

RM 30

2 Tong

RM 60

Banting cetak

RM60

1 Helai

RM 60.0

Kertas A4

RM 8

1 Rim

RM8.0

Kertas Warna

RM 9

2 Rim

RM18.0

Riben

RM 2

3 Jenis

RM 6.0

Tali Tangsi

RM 2

RM 4.0

Pita pelekat

RM 4

5 Unit

Kertas Liminate

RM40

1 Rim

RM40.0

Plastik pembalut

RM6

1 Meter

RM 6.00

Pelekat bercorak

RM 8

3 set

RM24.00

Cat Dinding
- Kuning
- Cat minyak

Jumlah
Disediakan oleh pihak sekolah

RM
20.0

RM
304.00