You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN
Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanakkanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar.
Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara
dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan
kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran
nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari, lagu
beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau.
Pelbagai muzik vocal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun secara
berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada
pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti konsep muzik iaitu
berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi sebagai muzik iaitu perayaan,
tarian serta upacara dan digunakan sebagai teknik persembahan.
2.0 Bidang Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,
pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vocal
diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan
kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk
melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia.
Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidng ialah melodi dan irama.
Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti Mari menyanyi tiga bentuk nyanyian iaitu
dengan menyanyikan lagu yang digemari iaitu lagu beraksi dan lagu berentak tradisional, lagu
pusingan dan lagu suara lapisan, menyanyi secara spontan dan hafalan, serta menyanyi secara
dengan menggunakan skor muzik.
Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah menyanyi secara muzikal. Menyanyi
secara muzikal adalah seperti menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan member
penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama dan menyanyi pebagai jenis lagu

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

dengan member tumpuan kepada pic, tempo, corak irama, melodi dan ekspresi mengikut mud
dan dinamik.
Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah penekanan teknik dan cara menyanyi
iaitu dengan membuat latihan vocal dengan member tumpuan kepada skel dan warna ton. Di
sini juga kanak-kanak dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur,
urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara, artikulasi,
sebutan dan postur.
Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah meneroka dan mengenal muzik nyanyian.
Dengan adanya kegiatan ini kanak-kanak dapat melatih mendegar dan menyanyi dalam
beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. Kanak-kanak juga dapat membuat
pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara
nyanyiannya. Kanak-kanak dapat mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari
aspek seperti lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan. Kanak-kanak juga dapat
mendengar secara bebas dan berpandukan dengan member perhatian kepada konsep muzik
dan jenis muzik vokal berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar,
lagenda dan tokoh. Selain itu juga, kanak-kanak dapat member respon mengikut lagu dari segi
perasaan dan pengalaman diri. mereka juga dapat mendengar dan mengenali pelbagai jenis
lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari Negara lain.
2.1 Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa
Melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Nyanyian
melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka
menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka
mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi
peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi
secara Mari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi.
Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan
perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak
langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanakkanak akan ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan sebagainya. Guru

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh
menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.
Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak.
Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan ahli perwatakan orang-orang di
sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan
sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu
dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek
perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Selain itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak
memperkembangkan

penguasaan

bahasa

mereka.

Dengan

nyanyian

juga

dapat

memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan
difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui
sebutan semasa menyanyi.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau
dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung
sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu
kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti
mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira.
Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu.
Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara
langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.
Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi
yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya
bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai
membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan
perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka
cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat
meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah
seperti:

Malam yang sepi pi pi


Pak Mat jual topi pipi
Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

Topinya koyak yakyak


Pak Mat jual tempoyak yakyak
Tempoyaknya basi sisi
Pak Mat jual nasi si si
2.2 Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Sosial
Aktiviti

nyanyi

juga

dapat

meningkatkan

perkembangan

sosial

kanak-kanak.

Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil.
Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik
perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji
atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanakkanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah
berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan.
Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku
yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker
(1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara
efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan kanakkanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka.
Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan
hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas
kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

2.3 Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Emosi


Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat
prasekolah. Dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan
emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak
hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan
teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan
kaitannya dengan kehidupan manusia.

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan
yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun
gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi
wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan
pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan
yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa
badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.
Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan,
kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah
kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai
peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.
Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya
seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya
menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat
prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti aktiviti menyanyi dijalankan.
Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan
emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan
berimaginasi tanpa gangguan.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan
perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktivitimenyanyi. Ini kerana aktiviti ini memberi
peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan
Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti
nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi
oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui
aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanakkanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan,
kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini,
mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa
aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya
perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

3.0

SESI

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

3.1

INTERAKSI PERTAMA
Taklimat kerja kursus untuk PRM 3103E, pembahagian kumpulan berlangsung dan
kumpulan lagu untuk perbentangan diedarkan.
Sesi pembelajaran berlangsung kepada teori iaitu teknik nyanyian kanak-kanak dan
teknik vokal yang betul semasa menyanyi. Teknik adalah satu cara nyanyian yang
mudah dipelajari oleh kanak-kanak

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

3.2

INTERAKSI KEDUA

Pendedahan tentang tajuk-tajuk yang perlu dibentang. Pn Marini telah menunjukkan


perbentangan yang telah dilakukan oleh pelajar PISMP yang telah berlangsung. Ini akan
memberi kami sedikit pengetahuan tentang apa yang perlu ada untuk sesi perbentangan
kelak
FONASI
Merupakan aktiviti di mana bunyi dihasilkan melalui percakapan atau nyanyian.
Ianya melibatkan kod vokal dan mekanisme pernafasan. Teknik ini menggunakan bunyi
fonasi untuk mengajar nyanyian. Sebagai contoh bunyi vowel, seperti a,e,I,o dan u
digunakan untuk menyanyi not-not muzik.

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

LAGU RAKYAT
a) Lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu
tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei.
b) Menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun
scenario semasa di kawasan tersebut
c) Dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan

anak,

hiburan

setelah

penat

membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian.


d) Didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak
Melayu.
CONTOH LAGU RAKYAT
a)
b)
c)
d)
e)

Ala Canggung
Anak Ayam
Bapaku Pulang Dari Kota
Burung Kakak Tua
Can Mali Can

LAGU TRADISIONAL
A) Lagu-lagu tradisional boleh kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk sastera lama
dalam genre puisi.
B) Serupa juga dengan sastera rakyat ianya berkembang dalam masyarakat Melayu
lama kemudian titis-menitis dari satu keturunan kepada satu keturunan secara lisan
C) Lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu
tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei.

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

D) Menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun


scenario semasa di kawasan tersebut

PENJENISAN LAGU TRADISIONAL


a) Untuk kanak-kanak
b) Untuk orang dewasa atau muda
c) Digunakan oleh bomoh dalam upacara perubatannya khususnya jampi serapah atau
puja-memuja minta pertolongan kepada makhluk halus dan hal yang seperti ini
adalah jarang atau tidak kedapatan lagi.

LAGU KANAK-KANAK
Ciri-ciri:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
3.3

Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan


Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang seimbang.
Hujung rangkai mengandungi rima.
Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu.
Pengulangan corak irama dalam lirik lagu.
Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan.
Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.
Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian kanak-kanak
INTERAKSI KETIGA

Manakala untuk interaksi 3, PdP berjalan seperti biasa. Namum Pn Marini masih membuka
peluang bagi ahli yang tidak faham atau ingin meminta idea dapat berhubung secara terus
dengan Pn Marini.
kami diberi masa untuk berbincang tentang pembahagian tugasan. Membuat power point untuk
perbentangan dalam kumpulan, serta pemilihan lagu bagi untuk amali yang akan datang. Dalam
kumpulan berempat kami merancang apa yang dikehendaki oleh soalan tugasan dengan
Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

bantuan Pn Marini. Pn Marini banyak membantu bagi menjelaskan lagu tradisional yang tidak
banyak bezanya dengan lagu rakyat dan lagu setempat.
Penglibatan secara dalam kumpulan yang sangat aktif dapat membantu menjayakan tugasan
ini, banyak idea yang diturunkan oleh semua ahli kumpulan bagi mempelbagaikan contoh lagu
tradisional yang kami tidak tahu kedudukan lagu tersebut.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 1, gambar 2 gambar 3 : sesi perbincangan berlangsung

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

10

4.0 ANTARA GAMBARAN PERBENTANGAN

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

11

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

12

5.0 REFLEKSI KENDIRI


Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai sekali. Inilah
kali kedua saya perlu melaksanakan tugasan dalam pendidikan Muzik. Langkah pertama saya
setelah mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari, membaca serta mengumpul semua
maklumat berkaitan dengan tugasan. Sesuatu yang berharga bila mana saya dapat
mempelajari tentang lagu-lagu dan skor lagu yang digunakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran muzik di sekolah.
Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatif. Sepanjang mereka berada di sekolah mereka
bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan perasaan melalui bahasa yang
berkesan tetapi berkemampuan melahirkan perasaan-perasaan yang mereka alami seperti
bahagia, marah, sedih, takut, kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta
muzik. Jika diberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk
menunjukkan daya imaginatif dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan pelbagai alatan
dan bahan.
Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab guru prasekolah untuk menyediakan ruang
dan peluang untuk kanak-kanak prasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka
dengan cara yang lebih terkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan
bergerak mengikut rentak dan alunan muzik. Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan
perkembangan kreatif dan daya estetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik
mengandungi program nyanyian, pergerakan, pe ndengaran, penciptaan, permainan alat dan
respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian.
Disamping itu muzik turut dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi, social dan fizikal. Muzik juga boleh
dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang. Muzik juga
telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara
semulajadinya cukup cepat terangsang kepada bunyi muzik yang mereka dengari.
Melalui hakikat ini, guru juga perlu mendedahkan lagu-lagu rakyat serta lagu tradisional dan
juga lagu lagu patriotik supaya kanank-kanak dapat menzahirkan semangat cintakan Negara
Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

13

serta seni muzik dan budaya yang terdapat di Malaysia. Apa yang terfikir di fikiran saya ialah
mengapa perlu belajar muzik atau menyanyi? Tugasan yang diberikan kepada kami saya cuba
di adaptasi di prasekolah kami, cuba melakukan bersama-sama murid di kelas prasekolah
menjadikan pengalaman lebih berharga apabila apresiasi nyanyian dalam

muzik dengan

pergerakan menjadi lebih bermakna dan menarik dengan hasil daripada murid prasekolah.
Semoga tugasan ini dapat membantu saya dan rakan lain untuk mencipta suasana pengajaran
dan pembelajaran yang lebih aktif, ceria dan menarik minat murid untuk meneruskan setiap sesi
pembelajaran oleh guru kelak .

Nor Fadhila Binti Ariffin


810905115166

LAMPIRAN
Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103

14