You are on page 1of 6

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


FORMAT KERTAS PROJEK PERINGKAT MASTER
Objektif pembelajaran:
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. mengaplikasi kemahiran menjalankan penyelidikan dalam skala kecil.
2. menghargai pengalaman melaksanakan proses penyelidikan.
1. Jenis projek yang boleh dijalankan
a. Projek yang berdasarkan pendekatan saintifik iaitu bermula dengan
pengenalpastian masalah, pelaksanaan prosedur kajian, penganalisisan
data dan pelaporan dapatan serta rumusan kajian. Projek tersebut boleh
dilakukan dalam skala yang kecil tetapi masih perlu mengikuti prosedur
pendekatan saintifik. Contohnya, projek yang berbentuk tinjauan
deskriptif, korelasi, ex post facto, eksperimen, eksperimen single-subject.
Contoh projek yang mengguna pendekatan kualitatif ialah kajian naratif
dan ethnografi.
b. Projek yang berbentuk kajian replikasi boleh dijalankan tetapi perlu
mempunyai elemen tambahan daripada kajian asal.
c. Projek yang dijalankan perlu berkait dengan ilmu di dalam bidang
pengajian pelajar. Contoh projek yang tidak menepati ialah pelajar bidang
bimbingan dan kaunseling mengkaji isu pentadbiran pendidikan dalam
kalangan kaunselor sekolah.
d. Projek yang mengkaji isu yang telah mencapai tahap kajian tepu (overresearched) tidak dibenarkan melainkan terdapat elemen baru yang
dikemukakan. Contoh isu yang telah mencapai tahap kajian tepu:
i. Kajian tentang minat, potensi, aspirasi kerjaya dalam
keusahawanan.
ii. Persepsi terhadap perkhidmatan kaunseling dan kerjaya di sekolah.
iii. Kajian tentang persepsi individu terhadap sesuatu isu.
e. Projek yang berdasarkan penghasilan sesuatu produk (seperti pembinaan
perisian pembelajaran) atau modul latihan (seperti pakej pembelajaran)
perlu mempunyai elemen pengumpulan data berhubung dengan produk
atau modul latihan yang dihasilkan. Contohnya data mengenai pandangan
pengguna atau pakar mengenai produk atau modul latihan tersebut.
f. Projek yang berbentuk kajian tindakan dan penilaian sesuatu program
boleh dijalankan dan perlu mengikuti prosedur yang menggunakan
pendekatan tersebut.

2. Tinjauan kajian lepas


a. Projek yang dirancang perlu mempunyai tinjauan kajian lepas yang
merangkumi teori yang mendasari projek tersebut dan kajian yang
berkaitan yang telah dilakukan di dalam dan di luar negara. Penekanan
diberi kepada sejauh mana kajian berkaitan telah dijalankan di dalam
negara.
b. Sumber rujukan berdasarkan kertas projek sarjana dan latihan ilmiah
pelajar prasiswazah tahun akhir juga dibenarkan.
c. Sekurang-kurangnya 75% rujukan terdiri daripada lima tahun yang terkini.
d. Pelajar boleh memilih untuk mengemukakan sama ada kerangka teoritis,
kerangka konsep atau kerangka kajian sebagai rumusan tinjauan kajian
lepas.

3. Populasi dan sampel kajian


a. Populasi yang kecil boleh digunakan selagimana ia dapat memenuhi
objektif kajian dan sesuai dengan prosedur penyelidikan saintifik.
Contohnya, tinjauan kajian yang menggunakan guru atau pelajar dalam
sebuah sekolah sebagai populasi, seorang individu sebagai informan
dalam kajian kualitatif atau sebuah kelas atau kumpulan yang digunakan
dalam kajian single-subject design.

4. Alat kajian
a. Alat kajian yang sedia ada dalam kajian lepas boleh digunakan di dalam
projek setelah mengikuti prosedur kesahan yang boleh dilakukan oleh
penyelia kertas projek.
b. Pelajar juga boleh menghasilkan sendiri alat kajian dan disahkan oleh
penyelia kertas projek.
c. Kebolehpercayaan alat kajian boleh dijalankan dengan responden yang
berjumlah 20 orang untuk kajian kuantitatif.
d. Data kualitatif perlu disahkan kebolehpercayaannya oleh subjek yang
terlibat di dalam kajian tersebut.

5. Pelaporan dapatan
a. Data boleh dianalisis sekurang-kurangnya mengguna statistik deskriptif
bagi kebanyakan kajian kuantitatif atau secara naratif untuk kajian
kualitatif. Bagi kajian yang melibatkan statistik inferens, pelajar boleh
mengguna teknik yang boleh menjawab persoalan asas kajian tanpa perlu
mengguna teknik statistik lanjutan seperti MANOVA, analisis regresi atau
analisis faktor.

6. Penulisan kertas projek


a. Kertas projek perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima bab utama iaitu
pendahuluan, tinjauan kajian lepas, methodologi, dapatan kajian dan
perbincangan dan penutup
b. Penulisan kertas projek perlu merujuk Buku Panduan Penyediaan Tesis
yang dikeluarkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah, UPM dan Manual
APA.
c. Sebarang percanggahan format penulisan yang timbul, pelajar perlu
mengutamakan format yang ditetapkan oleh Manual APA.
d. Kertas projek yang lengkap boleh diserahkan dalam bentuk soft-bound.
e. Kertas projek yang telah siap tidak akan disimpan di pusat sumber.
7. Penilaian kertas projek (Sila rujuk Lampiran 1)

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Semakan Format Kertas Projek (2007)

LAMPIRAN 1
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PANDUAN PENILAIAN KERTAS PROJEK MASTER
Bil.

Perkara

BAB SATU
1.
Tajuk kajian
- Tajuk menggambarkan apa yang ingin dikaji
iaitu bersesuaian dengan objektif dan kaedah
kajian.
2.

Pengenalan
-

Markah
penuh

Peroleh

5
Latar belakang kajian jelas.
Justifikasi kajian munasabah.
Kajian ini perlu dijalankan.

3.

Permasalahan kajian
- Huraian yang diberi jelas, sesuai, mencukupi
dan memberi gambaran tentang masalah
yang membuatkan kajian ini perlu
dijalankan.
- Huraian mengambil kira isu semasa dalam
bidang yang dikaji.

15

4.

Objektif kajian dan hipotesis (jika ada)


- Terdapat objektif umum dan objektif khusus.
- Objektif sesuai dengan kajian yang
dicadangkan.
- Objektif dinyatakan dengan jelas.
- Terdapat soalan kajian atau hipotesis yang
dikemukakan.
- Jika hipotesis diperlukan, ia dinyatakan
dengan jelas.

15

5.

Skop dan kesesuaian kajian


- sesuai dengan tahap pengajian master.
- sesuai dengan bidang pengajian.
- sesuai dengan kekangan masa.
- kajian ini menyumbang kepada ilmu atau
bidang pengajian berkenaan.

Bil.
6.

Perkara
Definisi istilah, limitasi dan delimitasi
- Definisi constitutive dan operasi dinyatakan.
- Limitasi dan delimitasi kajian dinyatakan.
- Andaian dinyatakan.

BAB DUA
Tinjauan bahan berkaitan
- Menepati tajuk kajian.
- Meliputi pemboleh ubah yang dikaji.
- Bahan berkaitan diulas, disintesis dan
disusun berdasarkan urutan isu yang
dikemukakan dalam kajian.
- Bahan berkaitan disorot secara ekstensif dan
meliputi yang terkini.
- Melaporkan kajian dan penerbitan tempatan.
- Penulisannya memudahkan pembacaan.
- Rumusan dibuat bagi setiap isi utama.
- Mengemukakan kerangka teori, kerangka
konsep atau kerangka kajian.
BAB TIGA
Methodologi
- Kaedah kajian yang diguna tepat.
- Reka bentuk kajian yang diguna tepat.
- Menerangkan cara yang diguna untuk
mengawal ancaman kesahan dalaman.
- Populasi jelas.
- Saiz sampel sesuai.
- Kaedah persampelan tepat.
- Alat kajian sesuai.
- Kaedah penentuan kebolehpercayaan alat
kajian diterangkan dengan jelas dan sesuai
dengan alat kajian yang dicadangkan.
- Alat kajian mempunyai kebolehpercayaan
yang sesuai.
- Kaedah penentuan kesahan diterangkan
dengan jelas.
- Kaedah pengumpulan data diterangkan
dengan jelas.
- Menerangkan bagaimana non-response error
dikawal (untuk kajian tinjauan)
Cara menganalisis data yang diguna menepati
objektif , persoalan dan hipotesis kajian.

Markah
penuh
5

Peroleh

30

30

Bil.

Perkara

BAB EMPAT
Dapatan kajian
- bagi kajian kuantitatif, statistik yang diguna
selaras dengan objektif dan hipotesis kajian.
- Cara pelaporan komponen statistik sesuai.
- Penerangan dapatan selaras dengan statistik
yang diguna.
- Data statistik diinterpretasi dengan tepat.
BAB LIMA
Rumusan, perbincangan dan cadangan
- Rumusan yang merangkumi bab 1, bab 3 dan
dapatan kajian dibuat.
- Hasil dapatan kajian dibincangkan.
- Hasil perbincangan dikaitkan dengan dapatan
kajian lain.
- Cadangan yang diberi munasabah yang
berdasarkan kajian yang dijalankan.
Rujukan

Markah
penuh

Peroleh

50

30

10
-

Sekurang-kurangnya 75% rujukan terdiri


daripada lima tahun yang terkini.
Rujukan ditulis dengan lengkap dan
mengikut format APA.

JUMLAH

200

Pengiraan Gred: Jumlah yang diperolehi x 100%


200
Nilai wajaran:

Penyelia = 60%
Pembaca = 40%