You are on page 1of 23

ISU SYIAH DI

MALAYSIA

APA ITU SYIAH?


Syiah ( Syi'a) ialah salah satu aliran
atau mazhab dalam Islam selain daripada
Sunni. Secara umum, Syi'ah menolak
kepemimpinan daripada tiga khalifah sunni
pertama seperti juga sunni menolak Imam
daripada Imam Syi'ah.Muslim Syi'ah mengikuti
Islam berbeza dengan apa yang diajarkan
oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya
kerana menolak hadis yang berlawanan
dengan kepercayaan mereka.

LATAR BELAKANG
Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di
Malaysia bermula dari kemenangan revolusi
Islam yang diketuai oleh Ayatullah AlKhomeini di Iran pada tahun 1979 dan
menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas
nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia
telah memberi sokongan tanpa menyedari
orang-orang Iran yang berfahaman Syiah
telah menyebarkan fahaman mereka dengan
meluasnya di Malaysia.

PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI


MALAYSIA DILAKUKAN MELALUI
BEBERAPA CARA :
a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke
Malaysia yang di susuli dengan kempen dan
penerangan fahaman mereka serta lawatan
pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.
b) Memberi hadiah berupa buku fahaman
Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan
umum seperti perpustakaan universiti,
masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

c) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang


ditawarkan belajar ke Republik itu dengan
diberi biasiswa dan kemudahan asas yang
secukupnya atau melalui pegawai-pegawai
Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat
lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di
Malaysia.

DI MALAYSIA TERDAPAT 3 KUMPULAN


SYIAH YANG BERKEMBANG BEBERAPA
TAHUN LALU :
a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di
Malaysia dikenali sebagai golongan yang
memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang
berpusat di daerah Klang ini mempunyai
tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan
jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400
orang.

b) Syiah Ismailiah
Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai
Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan
pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.
c) Syiah Jafariyah @ Imamiah Ithna Asyariah
Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di
Malaysia pada tahun 1979.Pengaruh ajaran dan
fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan
individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku
utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah
diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut
kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

PERKEMBANGAN SYIAH DI
SELANGOR
Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri
Selangor dikategorikan seperti berikut :
a) Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah
dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak
iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan
Institut Teknologi Mara.

b) Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM
didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah
bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk
berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu
yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul
Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman
ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.
c) Menubuhkan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan
persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah
kepada orang ramai yang dikenali dengan nama Darul
Husaini tetapi pendaftaran ditolak pada 19September
1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.

PENYELEWENGAN SYIAH
Berikut adalah antara ciri-ciri ajaran Syiah yang
bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal
Jamaah:
a)Imam Adalah Maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah
maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan
besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah
meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti
nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara
syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh
Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

b)Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang


Yang Telah Mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai
bahawa Allah akan menghidupkan semula
orang-orang yang telah mati ke dunia ini
bersama-sama Imam Mahadi untuk
menghukum orang-orang yang telah
melakukan kezaliman seperti Saidina Abu
Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah,
Muawiah dan lain-lain lagi.Fakta ini
dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh
Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83

c)Berpura-Pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah
menunjukkan sesuatu yang boleh
membahayakan diri atau harta bendanya
dengan melahirkan yang bukan hakikat
sebenar dari kandungan hatinya.Al-Taqiyyah
ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali
dalam masaalah arak dan menyapu khuf.
Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min
Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin
Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi.Hal.217

d)Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan


Syiah menyanjung Saidina Ali secara
berlebih-lebihan hingga disamatarafkan
dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa
hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi.
Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul
Min Al-Kafi oleh Al Khulaini.Jilid 1.Hal. 197

e)Menghalalkan Nikah Mutah


Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mutah.
Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La
Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar
Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah AlQanuni. Juzu 1 hal 358

f)Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali
dalam syahadah selepas nama Nabi
Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan
didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh
Khulaini, Juzu1, hal 441

g)Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli


Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis
Mutawatir

Golongan Syiah juga menolak semua hadis


yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah
Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai
kepada darjat mutawatir. Mereka hanya
berpegang kepada hadis yang diriwayatkan
oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut
dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh
Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita, hal
149

h)Menolak Ijmak Ulama

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak


Ulama buktinya mereka menolak perlantikan
Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah
mereka berpegang kepada pendapatpendapat Imam mereka, kerana ijmak pada
mereka adalah kesalahan, sedangkan
pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini
dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar alTuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul
Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim
al-Dahlawi, hal 51

i)Menolak Qias

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana


beramal dengan qias akan merosakkan
agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab
Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad
bin Husain Ali Kasyif al-Ghita, hal 149:
j)Mengubah ayat al-Quran

Dipercayai Syiah telah menambah beberapa


ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat AlQuran sebenar.Seperti contoh surah alWilayah.

k)Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10


Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara
memukul dada dan menyeksa tubuh badan
sempena 10 Muharam bagi menangisi
kematian Saidina Husain.Perkara ini
dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih
al-Sira, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu, oleh
Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:

l)Menghina Isteri-Isteri Nabi.


Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri
nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab
Tuhfah al-Awam Maqbul oleh Syed Manzur
Husain, hal 330

m)Mengharuskan Jama Sembahyang Dalam


Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang
fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar,
Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam
semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini
dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan
Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan
Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar alHilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi
Ibrahim(thn. 1993) hal. 36
Jafari: harus menjamakkan diantara sembahyang
Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di
dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

n)Sembahyang Duha Adalah Bidah.


Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran
dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas
dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar alHulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal
31
Jafari : Sembahyang Duha adalah bidah. Para imam
mazhab empat ianya sunat.Lantaran itu mereka
menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan
oleh al-Humaidi dalam al-Jami Baina al-Sahihain
daripada Marwan al-Ajali, dia berkata: aku berkata
kepada Ibn Umar anda mengerjakan sembahyang
Duha? Dia menjawab: tidak. Akupun bertanya lagi,
Abu Bakr? Dia menjawab: tidak. Humaidi pula
meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia
berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah
mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga
berkata, Sembahyang Duha adalah bidah dari segala

KEPUTUSAN
"Keputusan berdasarkan kajian termasuk
kajian luar dapat disimpulkan bahawa
fahaman Syiah didapati menyeleweng dan
bertentangan dengan ajaran Islam yang
berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat
Islam yang menganut fahaman ini hendaklah
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

(Wallahu alam)