You are on page 1of 2

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

MALAYSIA
Aras 1 - 4, Blok B3
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 W.P. PUTRAJAYA
MALAYSIA

Talian Am
: 03-8871 7300
Pusat Panggilan SPP : 03-8871 7330
Faks
: 03-8871 7499 (Khidmat Pengurusan)/
7492 (Perkhidmatan)/
7493 (Naik Pangkat Dan Tatatertib)/
7494 (Pengambilan Guru)/
7485 (Pengambilan Bukan Guru)/
Talian 1MOCC
: 03-8000 8000
Web
: http://www.spp.gov.my

Ruj. Kami
Tarikh

: SPP.220/674/7/900206125639
: 22-DEC-14

Nama
: TIMOTHY GOLIWOT
No. Kad Pengenalan : 900206125639
Alamat
: UCA2, BLOK D-3-1
KG DAMBAI,MENGGATAL
88450 KOTA KINABALU SABAH
88450 KOTA KINABALU
SABAH

Tuan/Puan,
TAWARAN PELANTIKAN TETAP JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
Sukacitanya Suruhanjaya ini menawarkan tuan/puan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
seperti berikut:
(a)

(i)

Jawatan

: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41

(ii) Skim Perkhidmatan

: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

(iii) Klasifikasi

: PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

(iv) Kumpulan Perkhidmatan

: KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

(b)

Tarikh Lantikan

: TARIKH MELAPORKAN DIRI BERTUGAS

(c)

Gaji Permulaan

: RM 2222.94: JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM GRED DG41

Syarat-syarat Tawaran
2.

Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut dan tuan/puan dikehendaki:
Sebelum melapor diri:
(a)

melengkapkan dan menandatangani Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan ;

(b)

menjalani pemeriksaan kesihatan dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar (pegawai
perubatan kerajaan/swasta) dengan menggunakan Borang Pemeriksaan Perubatan;

(c)

membuat Akuan Berkanun di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah dengan


menggunakan Surat Akuan Sumpah;

Semasa/ Selepas melapor diri:


(d)

melengkapkan dan menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan dengan menggunakan Surat
Aku Janji; dan

(e)

menjalani dan lulus tapisan keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
(KPKK) sama ada sebelum disahkan dalam perkhidmatan atau dalam tempoh setahun mulai tarikh
tuan/puan disahkan dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun, tuan/puan hendaklah mengemukakan
borang tapisan keselamatan ke Pejabat KPKK dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri bertugas.

Syarat-syarat Setuju Terima Tawaran Pelantikan


3.

Syarat setuju terima tawaran pelantikan adalah seperti berikut:


(a)

melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan; dan

(b)

mengemukakan semua dokumen yang telah dilengkapkan seperti yang dinyatakan di perenggan 2
kepada Ketua Jabatan pada tarikh lapor diri bertugas.

*Peringatan:
(a) Surat tawaran ini terbatal sekiranya tuan/puan tidak melapor diri BERTUGAS dalam tempoh 30 hari dari
tarikh arahan penempatan.
(b)

Tuan/Puan dinasihatkan untuk menyimpan satu salinan semua dokumen seperti di perenggan 2 bagi tujuan
rekod.

Syarat-syarat Perkhidmatan Yang Ditetapkan


4.

Syarat-syarat perkhidmatan berikut perlu dipatuhi bagi pelantikan tuan/puan:


(a)

berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun. Dalam tempoh percubaan ini, tuan/puan
dikehendaki hadir dengan jayanya Program Tranformasi Minda (PTM) yang ditetapkan oleh Ketua
Jabatan/Perkhidmatan sebelum diperaku untuk disahkan dalam perkhidmatan;

(b)

tertakluk kepada perakuan oleh Ketua Jabatan, tuan/puan yang telah memenuhi syarat dalam tempoh
percubaan boleh diperakukan kepada Suruhanjaya untuk pengesahan dalam perkhidmatan;

(c)

sebelum disahkan dalam perkhidmatan, tuan/puan akan diberikan opsyen oleh Ketua Jabatan untuk memilih
Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);

(d)

sekiranya tuan/puan menolak Skim KWSP, Ketua Jabatan akan memperakukan tuan/puan untuk pemberian
taraf berpencen kepada Suruhanjaya setelah genap 3 (tiga) tahun tempoh perkhidmatan yang dimasuk kira;

(e)

perkhidmatan tuan/puan boleh ditamatkan sekiranya gagal disahkan dalam perkhidmatan mengikut peraturanperaturan yang sedang berkuatkuasa;

(f)
(g)

tuan/puan boleh diarahkan untuk berkhidmat di mana-mana tempat oleh Kerajaan; dan
tuan/puan adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan Awam, Skim
Perkhidmatan, Pekeliling, Surat Pekeliling dan peraturan-peraturan serta arahan-arahan lain yang berkuat
kuasa dari semasa ke semasa.

Syarat hadir dengan jayanya PTM yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan adalah dikecualikan bagi
pegawai-pegawai yang telah menghadiri dengan jaya PTM atau hadir dengan jaya Kursus Induksi atau lulus
Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.
5.

Sebarang permohonan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman terdahulu hanya
akan dipertimbangkan sekiranya dikemukakan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh lantikan.

6.

Suruhanjaya ini boleh meminda tawaran pelantikan ini sekiranya maklumat lantikan yang tidak tepat atau
membatalkan tawaran pelantikan ini jika didapati maklumat yang dikemukakan adalah palsu.

7.

Tawaran pelantikan tuan/puan ini adalah tertakluk kepada apa-apa semakan oleh Kerajaan kepada terma dan
syarat perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Tindakan Ketua Jabatan


8.
Ketua Jabatan adalah diminta mengemukakan:
(a)

Penyata Kewangan 8 (Kew.8); dan

(b)

dokumen di perenggan 2 berserta surat penempatan kepada Suruhanjaya dalam tempoh 30 hari dari tarikh
calon melapor diri bertugas (bagi penempatan di Sabah atau Sarawak, semua dokumen hendaklah dimajukan
di SPP Urusetia Cawangan Sabah atau Sarawak).

Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(DATO' ABU BAKAR BIN OTHMAN)


Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia
"Ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan"

You might also like