You are on page 1of 3

REFLEKSI

Menyingkap tirai pengalaman dalam penulisan cadangan penyelidikan tindakan (SCE


3133), pelbagai ilmu yang dapat saya peroleh melalui rentetan cabaran yang dihadapi. Lafaz
kesyukuran diucap kerana diberi peluang, ruang dan masa untuk mendalami ilmu tentang
kajian tindakan dengan bimbingan pensyarah guru yang berpengalaman. Perkongsian ilmu
melalui pelbagai

medium

dan juga rujukan pengalaman amat membantu

saya

mengasimilasikan pengetahuan tersebut dalam penulisan cadangan penyelidikan tindakan ini.


Pemindahan ilmu melalui interaksi kuliah dan bimbingan daripada pensyarah penyelia
telah membuka minda saya terhadap permasalahan yang yang dihadapi dalam dunia
pendidikan masa kini. Isu ini menjadi semakin membimbangkan dan memerlukan jalan
penyelesaian

segera.

Dalam

konteks

ini,

tindakan

yang

diambil

ialah

dengan

memperkenalkan kaedah simulasi sebagai langkah untuk meningkatkan kefahaman dan minat
murid terhadap matapelajaran sains. Saya juga dapat memahami istilah simulasi yang
menjadi kayu ukur kepada kajian yang dijalankan.
Semasa proses dapatan maklumat melalui pelbagai medium, saya juga dapat
mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis penyelidikan yang dijalankan. Tanggapan awal
saya mengatakan bahawa semua penyelidikan adalah sama ternyata salah sama sekali. Skop
kajian yang diterapkan di peringkat IPG adalah kajian yang lebih berfokus dan bidang
liputannya tidak terlalu luas malah lebih tertumpu kepada memperbaiki amalan, strategi serta
untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang persekitaran sosial tempat kerja.
Fasa tinjauan literatur merupakan fasa perolehan pengetahuan baru yang
membolehkan saya memetik sesuatu pendapat, kenyataan, petikan dan kata-kata daripada
tokoh-tokoh ilmuan dalam bidang pendidikan. Terdahulu, saya hanya memetik beberapa
pendapat tanpa merujuk kepada kesahihan dan tokoh yang terlibat. Namun begitu, setelah
diajar, saya kini lebih tahu dan faham kepentingan tinjauan literatur ini kerana sesuatu

pendapat yang lengkap dengan rujukan dapat mengukuhkan lagi kesahihan kenyataan yang
diutarakan. Dalam penulisan cadangan kajian penyelidikan ini, tinjauan literatur ini boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan utama dalam perlaksanaan sesuatu tindakan.
Tanpa sedar, proses mencari maklumat menerusi tinjauan literatur ini juga membolehkan saya
menimba ilmu pengetahuan kerana melibatkan proses pembacaan bahan rujuan yang banyak
seperti buku, jurnal, akhbar dan internet. Pengetahuan inilah yang membantu saya merangka
dan menghuraikan kaedah yang ingin dijalankan supaya dapat difahami dan diterima oleh
pembaca.
Kaedah perolehan dan pengumpulan data melalui instrumen yang digunakan
merupakan proses kerja baru yang saya jalankan. Sebelum ini, data yang saya peroleh
hanyalah melalui markah peperiksaan. Data ini masih boleh dinyatakan keraguannya. Oleh
itu, melalui perlaksanaan 4 jenis instrumen seperti pra ujian, pasca ujian, soal selidik dan
temu bual, hasil dapatan adalah data trangulasi iaitu data yang lebih kukuh dan tidak dapat
dipersoalkan oleh orang lain. Kaedah pengumpulan data juga menjadi lebih sistematik dan
aspek yang dinilai dalam kajian ini iaitu kefahaman dan minat dapat dilihat dengan jelas
perkembangannya.
Kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam menghasilkan kajian tindakan ini ialah,
kaedah yang dicadangkan ini mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Ini
adalah kerana kaedah ini sangat sesuai dengan perlaksanaan PdP sains kerana ianya
memerlukan penglibatan aktif murid-murid. Kenyataan ini juga disahkan oleh tokoh-tokoh
pendidikan terdahulu. Saya juga sebenarnya telah mempraktikan kaedah ini sepanjang 10
tahun pengalaman menjadi guru. Ternyata fakta dan konsep sains mudah diingat jika terdapat
ilmu yang disulami dengan perbuatan. Kaedah ini sebenarnya selaras dengan kehendak
Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) yang menguji kemahiran murid-murid menjalankan

eksperimen. Kaedah ini dapat membuka mata dan diterima oleh pengamal ilmu pendidikan
sekiranya dapat dijelaskan dengan baik dan dibantu dengan sumber rujukan yang sahih.
Ketidaksempurnaan tetap wujud diatas kelemahan yang ada dan dikenalpasti dalam
menyempurnakan penulisan ini. Kesukaran untuk mendapatkan rujukan bahan bacaan akibat
dari kekangan masa disekolah adalah faktor yang menyebabkan kebanyakkan sumber bacaan
adalah melalui internet sahaja. Selain itu, hasil pembacaan juga tidak menjelaskan dengan
terperinci sejauh mana keberkesanan kaedah simulasi ini. Disamping itu juga, tempoh
perlaksanaan yang terhad dalam menyiapkan cadangan penulisan ini menyukarkan saya
untuk melakukan penambahbaikan yang terperinci terhadap draf cadangan penyelidikan
tindakan ini. Hal ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah
sebagai persediaan murid menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Walaubagaimanapun cabaran dan masalah yang dihadapi, saya tetap berusaha untuk
menyempurnakan penulisan cadangan penyelidikan tindakan ini dengan sebaik mungkin dan
juga penambaikan yang dicadangkan oleh pensyarah pembimbing supaya menghasilkan
penulisan yang berkualiti,
Kesimpulannya, saya berharap agar cadangan penyelidikan tindakan ini dapat
diterima dan diluluskan supaya saya dapat menjalankan kajian untuk melihat sejauh mana
keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam topik
yang dipelajari.

You might also like