You are on page 1of 13

1.

0 Sejarah Olahraga Malaysia

Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.Pada
tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh
pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang
pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima
puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput
dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang
menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek
bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.

Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat


antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empires Games di Cardiff,
Great Britain pada tahun 1948. Empires Games ditukarkan menjadi Commonwealth
Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan
Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957.
Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama
pada tahun 1956 di Melbourne, Australia.Kita juga mengambil bahagian dalam acara
olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkatantarabangsa.


Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah
menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak
penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah
Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia


telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada
tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan.Semenjak itu, kejohanan
olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri
di Malaysia.

1.1 Sejarah Olahraga Antarabangsa

Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang
lampau di Greece.Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di
dunia.Mengikut catatan, Sukan Olimpik kuno bermula tahun 776 S.M di
Greece.Mengikut The Encyclopediaof Sports acara pertama yang dicatatkan sebagai
sukan olahraga ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta iaitu Chionis berjaya
melompat sejauh 23 kaki 1 inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.

Peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang-orang Yunani dan Roman yang
cenderung kepada permainan-permainan membaling, sukan kereta kuda lumba,
gusti, serta sukan pertempuran. Di zaman pertengahan anak-anak lelaki kepada
orang orang bangsawan akan dididik untuk berlari, melompat dan bergusti, sebagai
tambahan kepada menunggang, berlawan tombak dan latihan senjata.

Olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden yang telah diadakan buat kali pertama
di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan
empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang
bernama Baron Pierre de Coubertin menerajuinya. Pada Sukan Olimpik yang
pertama itu sebanyak 295 atlit telah menyertainya.

Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam sukan Olimpik


Moden. Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan
peranannya boleh memberi peningkatan kepada fizikal individu. Ia juga
merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain.
Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji
pergerakan manusia.

Di England sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di


Sandhurst dimana temasya sukan bermula pada 1812.Kemudian Kelab
Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu The Necton Guild. Setelah itu
semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga
peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu pada tahun 1850 di Oxford
University, Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan
yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di
England.

Seterusnya kejohananan antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun


1876 antara England dan Ireland.Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika
Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.
Namun begitu atlit dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara-

acara olahraga. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat


ialah berketurunan Negro.Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika
masih belum mampu menyaingi kemampuan atlit dari Eropah.Tetapi kini
senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika
dianggap setaraf dengan atlit Eropah.

Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun


1912.Kewujudan IAAF telah menggerakkan program-program olahraga yang
telah diubahsuai dan diperkembangkan secara berterusan.Selepas itu semua
negaraboleh menganggotai badan tertingi sukan olahraga dunia ini.Peranan
IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf kepada semua perjumpaan
sukan terbesar ini.Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau
pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod ataukejayaan yang
dicapai
oleh
atlit.Segala
peraturan
dan
undang-undang
yang
berkaitandengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF.

Dalam menjaminkejayaan sesuatu penganjuran sukan, perancangan dan


pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan
membuahkan hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah,
mereka yang terpilih akan mengambil bahagian pula di peringkat daerah, zon,
negeri, kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pada peringkat
awal wanita-wanita tidak dibenarkan menyertai acara balapan dan acara
padang Sukan Olimpik sehingga tahun 1928.

Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik.
Contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai
sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah Perkara yang penting
didalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti
perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha. Berdasarkan kepada
cogan kata inilah banyak negara yang telah menyertainya walaupunamat
sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan

2.0 Lompat Jauh

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba mendarat
sejauh yang boleh dari tempat yg dituju. Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang yang
mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh.Dalam masa yang singkat, atlet
mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan
kedudukan kaki.

2,1- Peralatan

Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia juga
memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut
adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk acara lompat jauh.

1) Lorong Larian

Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan,
larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah
bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta
membuat lompatan.

2) Papan Pelepas (Plasticine Indicator)

Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam
satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan
sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu
batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai

3) Kawasan Pendaratan ( Landing Area)

Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasa ini
penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan
pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang dan
2.75 m lebar.

4) Pita Pengukur ( Measuring Tape )

Pita pengukur digunakan untukk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak lompatan
diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam
kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita
pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan
pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.

4) Pengukur Halaju Angin (wind velocity indicator)

Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu
lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh

angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat ini
tidak digunakan.

5) Bendera Isyarat

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua
jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih
untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.
6) Kasut Berpaku (spike)

o
Kasut yang sesuai adalah
penting untuk larian dan juga sebagai
perlindungan kepada pelompat. Kasut
yang berpaku dan bertumitkan plastik
sesuai digunakan untuk acara ini.

3.0 GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH


Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :-

Gaya layar
Gaya gantung
Gaya kayuh

Gaya Layar

Gaya Gantung

Gaya kayuh

3.1 FASA LOMPAT JAUH


Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan. Keempat-empat
fasa itu ialah :-

fasa penujuan lari menuju ke papan lonjak


fasa lonjakan melompat dari papan
fasa layangan badan berada di udara.
fasa pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan tempat
mendarat.

FASA PENUJUAN
Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari dengan kepantasan yang optimum dan
terkawal.
Bilangan langkah larian ini berbeza di antara setiap individu.
Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan peserta mencapai kepantasan yang
maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.
Gaya berlari untuk kompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut. Apabila hampir
sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak.
Pada langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya untuk
mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok
FASA LONJAKAN
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi.
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat
di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.
Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat
dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.
Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.
Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke atas untuk
membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.
FASA LAYANGAN
Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya yang hendak
digunakan.
Tujuan utama ialah supaya pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk
melambatkan pendaratannya.
Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut: Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.
Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan
badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga hujung kaki.
Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolaholah bergantung di udara.
Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.

Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas ke hadapan
selepas lonjakan.
Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan.
Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang.

Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa membuat
layangan.
Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan supaya bersama
dengan kaki bebas.

FASA PENDARATAN
Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada imbangan
badan dan pencapaian jarak.
Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu)
lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayunkan
ke atas.
Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

3.0 Acara Lari Pecut

Terdiri daripada tiga fasa larian iaitu:


i.

Memulakan larian tanpa blok permulaan

Gaya peluru

berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya sederhana
berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
Gaya panjang
berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Ii Memulakan larian dengan blok permulaan

Gaya peluru
o blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan
blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak
dari bahagian hadapan blok hadapan.
Gaya sederhana
letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan
o blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Gaya panjang
o blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan
o blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

b.

Fasa larian

i.

Pecutan

selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat di blok permulaan.
tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jarijari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula.
kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'.
Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,
pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.
selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan dengan hayunan
pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki.
tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke
hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada
sudut 900.
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara
30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
ii.

Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian

95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter


apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan oleh
tahap kevergasan fizikal atlet.
iii.

Larian di selekoh
pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'
pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian
selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'
tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke
dalam.
c.

Fasa penamat

i. Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya


ii. pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat
iii. cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian dada
ke hadapan