You are on page 1of 11

Ciri-ciri bahan sumber

Sebelum proses pembinaan bahan sumber saya telah melihat beberapa ciri
yang perlu ada pada bahan bantu mengajar yang hendak digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam tajuk tayamum.
Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah saya dapat memilih
dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan
kepada murid-murid bersesuaian dengan langkah-langkah pengajaran.
Antara ciri-ciri yang ada pada bahan sumber ini ialah dapat Berfungsi
dengan baik untuk membantu guru mengajar dan dapat memahamkan
pelajar dengan lebih berkesan. Selain itu, dapat menarik perhatian para
pelajar untuk menggunakannya dan Tidak membahayakan para pelajar
contohnya penggunaan bedak. Penggunaan bedak ataupun tepung sebagai
ganti debu ianya Boleh disentuh dan digunakan oleh pelajar kerana mereka
akan bersifat ingin tahu dan mencuba.
Selain itu, bahan sumber saya juga Mempunyai ciri-ciri fizikal yang
sesuai dari aspek seperti warna yang terang, perkataan dan gambar yang
besar dan sebagainya seperti contoh penggunaan kad imbasan, gambar dan
powerpoint. Ianya juga bersifat Tahan lama dan sentiasa sesuai untuk
digunakan pelajar dari pelbagai tahun dan peringkat juga pelbagai mata
pelajaran. Ini kerana saya menggunakan kad imbasan mudah alih isi
pelajarannya boleh bertukar-tukar.
Disamping itu juga, ianya Boleh digunakan oleh ramai pelajar dalam
satu masa, khususnya aktiviti secara berkumpulan dan kelas. Ianya juga
Mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana oleh guru kerana mempunyai
saiz sederhana, ringan dan Mudah dihasilkan oleh guru.
Bahan bantu mengajar ini juga Tidak menelan belanja yang besar serta
mempunyai Ketahanan kerana Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu
sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan. Ini

kerana alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang
panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
Dari segi kos pula, Bahan yang dibina atau dibeli sesuai dengan
kedudukan

kewangan

sekolah.

Walau

bagaimanapun

keberkesanan

pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang


digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut
dapat menarik minat dan kefahaman murid.
Bahan sumber yang dibina ini juga mempunyai cirri-ciri Teknikal. Ini
kerana Alat yang dipilih sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada
boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh dipancarkan
ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya.
Selain itu, mempunyai cirri-ciri Ketepatan Maklumat. Bahan yang dipilih
boleh memberi atau menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelajar,
misalnya

poster

rukun

tayamum,

rakaman

cara

bertayamum

dan

sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan


warna dan ukuran saiz.
Bahan sumber ini juga Mudah Alih kerana alat yang di pilih digunakan
di kelas lain ataupun dapat diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan
yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh
digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau
dalam keadaan tertentu.
Sebelum membina bahan sumber ini juga saya telah melihat
kesesuaian Saiz kelas samada besar atau kecilnya kelompok pelajar yang
terlibat. Oleh itu, saya memilih Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh
kerana sangat sesuai dengan kelompok yang lebih besar.
Saya juga mengambil kira tentang jangka masa pengajaran atau
aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan
semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau

bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku


pembaziran masa.
Saya

juga

menggunakan

Kepelbagaian

bahan

sumber

dalam

pengajaran dan pembelajaran seperti kad imbasan, video, powerpoint dan


bedak atau tepung bertujuan mendedahkan kepada para pelajar agar mudah
memahami tajuk tayamum dengan lebih praktikal.

bahan Bantu Mengajar yang dibina mempunyai ciri-ciri yang dapat menyediakan satu
rujukan bersifat konkrit. Ini bermakna fungsi utama bahan Bantu Mengajar adalah untuk
meningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
Namun fungsi bahan sumber akan dapat memainkan peranannya jika
mempunyai ciri-ciri lebih Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar semasa proses
penyampaian isi pelajaran disamping memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak
kepada konsep yang lebih konkrit. Contohnya seperti pengertian tayamum seterusnya
kepada cara dan praktikal.
Selain itu, murid-murid akan udah untuk menafsir tajuk pelajaran tanpa perlu
bersusah payah memahami sesuatu kehendak soalan atau kefahaman. Selain itu,
penggunaan video dan bahan sumber yang laint dapat mewujudkan interaksi yang aktif
antara pelajar ,guru dan maksud yang tersirat terdapat dalam bahan Bantu Mengajar
yang digunakan. Ianya juga dapat Membantu memokuskan perhatian kepada maksud
yang terdapat dalam bahan Bantu Mengajar. Seterusnya Menunjukkan kesinambungan
idea dan keharmonian dalam menyusun idea supaya penegasan dapat ditonjolkan. Ini
akan membantu pergerakan mata dan fikiran pelajar mengikuti perkembangan
keseluruhan langkah pengajaran dan pembelajaran.

Kesesuaian dalam pengajaran

Dalam penyesuaian bahan sumber khususnya dalam subjek pendidikan


islam bidang ibadah, saya perlu memastikan bahawa dalam kandungan
bahan sumber yang dibina perlu mengandungi unsur-unsur yang selari
dengan kehendak kriteria-kriteria yang yang sesuai dengan pengguanaannya
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Disamping itu saya juga memastikan bahawa aktiviti dan kaedah yang
terdapat dalam bahan sumber ini dapat membantu murid-murid membentuk
kecekapan kefahaman mereka. Bahan bantu mengajar yang saya gunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri yang dapat
membantu murid untuk lebih memahami pengajaran yang disampaikan
khususnya dalam bidang ibadah iaitu tajuk tayamum.
antara ciri-ciri yang ada pada bahan sumber saya ialah terdapat ciri-ciri
Inspirasi dan kreativiti. Aspek ini saya tekankan supaya bahan-bahan yang
disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para pelajar. Ini
bermakna,

daripada

bahan-bahan

itu,

mereka

dapat

memanjangkan

pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta ideaidea baru dan sebagainya.
Selain itu, ianya bersifat komunikatif. Aspek ini ditekankan supaya
murid-murid dapat berpeluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai

isi pelajaran. Ianya juga akan Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan
berguna. Bahan bantu mengajar yang dibina sangat sesuai kerana ia
berkaitan dengan objektif pembelajaran taju tayamum dan memberi faedah
kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.
Bahan sumber yang dibina juga bersifat praktikal kerana Bahan ini
berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan muridmurid dapat memahami isi-isi pembelajaran dengan baik di samping dapat
mengaplikasikannya dalam situasi yang sebenar. Disamping itu juga, bahan
bantu mengajar ini dapat Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi
luaran dan psikologi. Dari segi luaran, bahan-bahan sangat berguna dan
dapat memenuhi keperluan belajar murid-murid.
Ini bermakna, bahan bantu mengajar yang dibina dapat membantu
murid dalam memahami tajuk tayamum dengan lebih baik serta dapat
mengekalkan

ingatan

tentang

cara-cara

bertayamum

agar

dapat

diaplikasikan dalam situasi yang sebenar. Dari segi psikologi pula, bahan
sumber tersebut dapat memenuhi keperluan murid-murid terutamanya dari
segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.
Pemilihan dan penggunaan bahan sumber ini merupakan satu aspek
yang amat penting dan tidak dapat dipisahkan dalam konteks pendidikan di
sekolah. Bahan yang dipilih untuk digunakan dalam pengajaran pendidikan
islam dalam tajuk tayamum sangat sesuai dan menepati keperluankeperluan yang dikehendaki dan sekaligus memberi kesan yang positif
kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan dan penggunaan bahan sumber yang lebih berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi sangat sesuai dan baik sebagai media
pengajaran dapat dijadikan saluran untuk menyampaikan isi dan mesej
pengajaran dan merangsang indera pelajar bagi memahami isi dan mesej
pengajaran yang disampaikan itu, sekaligus objektif pengajaran lebih mudah
dicapai dengan berkesannya.

Bahan sumber yang dibina ini sangat memberi impak dalam Suasana
pembelajaran dengan menjadikan kelas lebih menarik kerana bahan sumber
yang

digunakan

sesuai

dengan

objektif

pembelajaran

dan

sukatan

matapelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media
wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda
murid-murid selain membantu guru memudahkan proses penyampaian.
Dalam proses membina bahan sumber ini, ia dapat menyediakan
pengalaman kepada saya untuk menghasilkan bahan Bantu Mengajar yang
kreatif dan berkualiti. pengalaman ini juga meningkatkan keyakinan diri saya
untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari secara teori mengenai
elemen-elemen pembinaan bahan sumber yang menarik, baik dan berkualiti.

Kelebihan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran

Sesuatu bahan sumber yang hendak dihasilkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaan perlulah memikirkan tentang nilai yang ada pada bahan itu dan
tujuan

penggunaannya.

Pertimbangan

juga

harus

diberikan

kepada

kehendak, keperluan dan minat murid. Masalah komunikasi murid hendaklah


dipastikan.

Dalam penghasilan bahan sumber ini, saya telah membuat pemilihan


media yang baik untuk menghadapi sebarang masalah, di samping
menentukan media yang paling sesuai untuk digunakannya. Sungguhpun
banyak perkara yang harus dilakukan, perkara yang tersangat penting bagi
guru membuat persediaan ialah meneliti terlebih dahulu bahan itu sebelum
digunakan dalam bilik darjah.

Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahanbahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam
proses ini, bahan-bahan tersebut perlu diubahsuai selaras dengan kebolehan
para pelajar. Disamping itu, ianya juga perlu mempunyai Penyerapan Nilai
dan Pengetahuan. Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam
pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata
pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar dapat
menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan
memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari
terhadap diri, masyarakat dan negara.
Semua pelajar adalah berbeza dari segi keperluan, minat dan
kebolehan. Cara mengajar perlu diubahsuai dengan kebolehan, keperluan
dan minat pelajar. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran.
Media

pengajaran

membantu

guru

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Media pengajaran akan membantu guru dalam mengaitkan


pengalaman sedia ada pelajar dengan maklumat yang ingin disampaikan.

Kelebihan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran ialah


murid akan secara langsung dapat mengembangkan lagi Kemahiran berfikir.
ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari
maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens
serta mengumpul maklumat dan lain-lain lagi semasa penglibatan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat
membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka.
Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan melibatkan diri
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajran. Ini kerana terdapat
sumber pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk

membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini


memerlukan kemahiran berfikir yang baik.
Contohnya tajuk tayamum yang memerlukan pelajar mempraktikkan
cara bertayamum ketika situasi sebenar. Oleh itu, penggunaan bahan bantu
mengajar seperti bedak yang menggantikan debu akan memudahkan pelajar
mengetahui

cara-cara

bertayamum

dengan

bimbingan

guru.

Melalui

pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati


maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang
disampaikan dalam pembelajaran.
Selain itu, saya juga menggunakan bahan bantu mengajar yang
berasaskan computer. Ini adalah untuk mewujudkan Keseronokan dalam
pembelajaran dan mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka
mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan mengaitkan
pengalaman

sedia

ada

pelajar

dengan

aktiviti

pembelajaran

akan

memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar akan


lebih berminat untuk melibatkan diri.
Selain dari itu pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan
tingkahlaku. Dengan melihat tayangan video dan media lain pelajar akan
terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada pelajar
kerana rangsangan persekitaran bilik darjah. Oleh kerana seronok melihat
atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid
akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku.
Contohnya juga dapat dilihat melalui penggunaan bahan sebenar akan
meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan
yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada
bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan
lebih dekat kepada bahan tersebut. Ini akan menambahkan keseronokan
pelajar.

Selain itu, bahan sumber ini juga akan mampu menguatkan Daya
ingatan murid-murid. contohnya dengan memberikan maklumat baru melalui
penggunaan

video,

kadimbasan

dan

powerpoint

dan

bahan

sumber

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat


yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada
sesuatu perkara. Penglibatan murid secara aktif memberi pengalaman baru
kepada murid dengan merasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan
disimpan dalam ingatan jangka panjang berikutan proses pembelajaran yang
menarik dan murid merasai sendiri pengalaman tersebut.
Seterusnya

bahan

sumber

yang

pelbagai

dapat

Menarik

dan

mengekalkan minat serta tumpuan murid-murid. Cara yang paling berkesan


untuk membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah dengan memberi
mereka pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan
teliti yang kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji. Contohnya dalam
pengajaran ini, murid akan diberi peluang untuk melakukan cara-cara
bertayamum di dalam kelas secara berkumpulan dengan bimbingan guru.
Pengguanaan pelbagai sumber media seperti tayangan video dank ad
imbasan

dan

merangsang

sebagainya
pengetahuan

akan
ingin

mengekalkan
tahu

murid

tumpuan
yang

murid

seterusnya

dan
akan

mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan mengekalkan lagi


tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Oleh yang demikian
guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga
kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan
pengamatan pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin
disampaikan oleh guru kepda pelajar.

Seterusnya bahan sumber ini juga akan meningkatkan daya kreativiti


murid. dengan penggunaan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan
video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui

penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativiti murid-murid


dengan mengadakan aktiviti melakukan cara-cara bertayamum dihadapan
kelas. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui soalan yang
ditanyakan tentang penggunaan debu.
Selain dari kreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar
kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam
pembelajarannya. Murid-murid boleh diberikan tugas seperti menghasilkan
folio berkenaan dengan cara perkara yang membatalkan, rukun, sebab dan
hikmah bertayamum. melalui cara ini persembahan folio tersebut boleh
mengembangkan

lagi

kreativiti

murid-murid

dalam

mencari

sumber

maklumat dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator.


Selain itu, Kelebihan penggunaan bahan sumber yang pelbagai di bina
dalam dalam pengajaran dan pembelajaran dapat Memberi peluang untuk
main peranan dan simulasi kepada murid. dengan

menggunakan teknik

main peranan dan simulasi dalam pengajaran Murid akan berpeluang


mengaplikasikan

situasi

sebenar

dalam

pembelajaran

mereka

dan

seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik


simulasi dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif.
Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui
pemerhatian

dan

peniruan.

Melalui

pemerhatian

dan

peniruan

akan

berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar.


Contohnya membuat simulasi tentang cara bertayamum.
Kelebihan bahan sumber ini juga akan menjadikan perancangan
menjadi lebih sistematik sekaligus menjadikan pengajaran lebih tersusun.
Selain

itu

akan

menjadikan

Pembelajaran

menjadi

lebih

dekat

dan

memperkayakan pengalaman murid melaui tayangan video. Jika murid di


negara ini tidak pernah melihat musim kemarau satu filem yang ditayangkan
menunjukkan musim kemarau serta persekitarannya akan menambah

pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran


tersebut.

You might also like