You are on page 1of 7

ACARA LARI PECUT 100 METER

SEJARAH
Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah
perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad
ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang
mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga
merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang
dinamakan `dialos berjarak 384 (192meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik
kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan
stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar.
Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet
menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar
permulaan yang dinamakan `husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang
dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat.
Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara
mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk
mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan
diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat
percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah `pencil
start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil.
Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah
gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai `kangaroo
start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki
sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921
di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter,rekod rasmi lelaki yang pertama
dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan
catatan 11.0 saat, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod
pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. Dalam
acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang
dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama
yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200meter diperkenalkan dalam Sukan
Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod
pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long
adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan
oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews
dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah
diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
catatanmasa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah
berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978 dan yang terkini rekod
tersebut telah dipegang oleh Marita Koch dari East Germany dengan catatan
masa 47.60.

LARIAN PECUT
Teknik dan gaya larian merupakan faktor utama bagi seorang atlit balapan untuk
menempa kejayaan. Lari pecut merupakan salah satu acara dalam sukan
olahraga dimana ia merupakan acara larian terpantas dibandingkan dengan
acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor
seperti latihan, jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan
taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang
ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang menyihatkan dan menyeronokkan.
Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak
mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari
dengan pantas seseorang perlu mempunyai kemahiran yang tinggi, fikiran dan
kebolehan, latihan yang mencukupi dan sebaik-baiknya adalah kebolehan
semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang
menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang.
Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan
pergerakkan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki,
pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan
merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya
bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari
biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah
boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan
kaki, lutut dan sendi pinggang. Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan
memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan
dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m )
yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian
sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah
menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka.
Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :
Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh
kaki tersebut.
Tangan digerakkkan dengan pantas.
Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).
LATIHAN ANSUR MAJU
Latihan ansur maju terbahagi kepada:
latihan mendorong,
larian teknik pecut,
latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.
a. Latihan mendorong
Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang
ditentukan
Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti
dalam kumpulan

Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang


mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri
disentuh
Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter
berkumpulan
b. Larian teknik pecut
Berlari dengan melangkah panjang
Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan,
mengangkat lutut
Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian
bawah kaki diluruskan.
Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan
Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian
bawah kaki diluruskan.
Berlari menyepak ke belakang
Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih
menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari
pinggul ke paras hidung.
c. Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan
Melonjak untuk jarak.
Melangkah panjang ( bounding )
Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
Melompat, memusing, mendekam, dan memecut
Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.
TEKNIK MULA LARI PECUT
Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.
Gaya Berdiri
i)
Persediaan- peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan
mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.
ii)
Ke garisan- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki
hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki
belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan
badan.- bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki
hadapan.- condongkan badan.- kedua-dua belah tangan bersedia di
sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di
hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.
iii)
'sedia'- condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang
ke hadapan- bengkokkan lebih lutut kaki hadapan- kaki belakang tolak
ke tanah.- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada
tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

iv)

'Bang' atau 'mula'- pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan
menolak kuat kaki hadapan.

Gaya Berdiri
Gaya Dekam
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya
panjang.
FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN
i)
Fasa permulaan
ii)
Fasa larian:
Fasa pecutan
Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
Fasa larian di selekoh
iii)
Fasa penamat
A. Fasa Permulaan
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.
1. Gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak
dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian
hadapan blok hadapan.
Kedudukan
kaki hadapan
dari garisan
permulaan (2
tapak kaki)
Kedudukan
kaki belakang
dari kaki
hadapan ( 1
tapak kaki)

2. Gaya sederhana
gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Kedudukan
kaki hadapan
dari garisan
permulaan (2
tapak kaki)
Kedudukan
kaki belakang
dari kaki
hadapan ( 2
tapak kaki)

3. Gaya panjang
blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Kedudukan
kaki hadapan
dari garisan
permulaan (2
tapak kaki)
Kedudukan
kaki belakang
dari kaki
hadapan ( 3
tapak kaki)

B. Fasa Pecutan
- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di
blok permulaan.
- Kedudukan tangan: - tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu
individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah
rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.
- Kedudukan kepala dan leher: - kepala dan leher didongak sebagai
sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan.

Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan


dicondong ke hadapan.
Pergerakan tangan dan kaki- selepas ' bang' atau tembakan pistol,
pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan
dan kaki.- tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan
pergerakan ke hadapan.
-

Tangan lain digerakkkan ke belakang


dengan kuat.
Tangan dibengkokkan 90 darjah
Lutut belakang digerakkan ke hadapan
dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya.

Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,


kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah
juga turut bertambah dalam fasa ini.
C. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Pecutan berlaku
pada awal larian. 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18
meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya
akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
D. Teknik Larian di selekoh
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa
'centrifugal'. Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam
untuk memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa
'centrifugal'. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang
badan mengarah ke dalam.
E. Teknik Penamat
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari
10 meter lebih dari jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut
sehingga melewati garis penamat.

Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah


untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan

You might also like