You are on page 1of 2

LAPORAN PERTANDINGAN GIMRAMA MSS NEGERI MELAKA 2014.

Pada hari Jumaat, 7 Mac 2014, ahli unit Pendidikan Seni Visual dan
Matematik telah menghadiri satu Pertandingan Gimrama MSS Negeri Melaka
dibawah anjuran Sekolah Kebangsaan Methodist 1 di Dewan Gimrama Melaka.
Saya bersama Najwa binti Abdul Halim telah ditugaskan untuk melihat cara
pengurusan di bahagian pihak penonton dalam pertandingan ini.
Berdasarkan pemerhatian kami,

antara kekuatan pada pengurusan

penonton ialah ibu bapa datang sebagai penonton dan menjadi jurumekap
kepada ahli pasukan Gimrama anak-anak mereka. Mereka memberikan sokongan
padu kepada anak-anak mereka dalam menyertai pertandingan ini. Di kiri
dewan, di mana ibu bapa duduk untuk make up anak-anak mereka manakala
di bahagian depan dewan terletaknye tempat duduk penonton.
Manakala kelemahan pada pengurusan ini ialah ruangan yang sempit di
bahagian penonton yang mana tidak boleh menampung jumlah penonton yang
ramai. Malah penonton yang hadir tidak ramai dan tidak mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada pihak luar. Selain itu, ketika kami hadir tidak ada
AJK sambutan yang menyambut dan menguruskan penonton-penonton, malah
kami terpaksa layan diri dengan mengambil sendiri kerusi untuk duduk.
Sebagai langkah untuk penambahbaikkan, pihak penganjur perlu melantik
beberapa orang sebagai AJK sambutan yang ditugaskan untuk mengurus tempat
penonton dan kehadiran penonton. Bagi memeriahkan lagi pertandingan ini,
pihak penganjur boleh menjemput lebih ramai pihak luar seperti ibu bapa, guruguru dan masyarakat untuk sama-sama hadir memberikan semangat dan
memeriahkan lagi pertandingan. Namun, pihak penganjur perlu menyediakan
ruangan yang besar dan selesa bagi menampung jumlah penonton yang ramai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
---------------------------(Nor Adilah binti Ali)
Pelajar,

PISMP PSV Amb Jan 2012.

You might also like