You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BULAT
84160 MUAR
JOHOR
MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BIL 1 / 2014
Tarikh

: 6 JANUARI 2014

Masa

: 2.30 3.30 PETANG

Tempat

: BILIK MESYUARAT, SK PARIT BULAT

Pengerusi

: EN. MUHAMMAD HISHAMUDDIN BIN ABD. JABAR

Kehadiran(Bilangan) : 15 ORANG
Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................
...........................................................................................................
.............
1

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 En. Muhammad Hishamuddin Bin Abd. Jabar mengalu-alukan kehadiran semua
guru pada mesyuarat panitia kali pertama bagi tahun 2014 ini.

GURU MENGAJAR MATA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


2.1 Pengerusi memperkenalkan guru yang mengajar mata pelajaran TMK
pada tahun 2014 ini, iaitu :

En. Muhammad Hishamuddin Bin Abd. Jabar

MATA PELAJARAN BARU


3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bagi mata pelajaran baru KSSR diantaranya
adalah Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk tahun 4

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN ( RPT ) DAN HARIAN ( RPH )


4.1 RPT hendaklah berdasarkan Sukatan Pelajaran yang telah dibekalkan oleh
Kementerian dan dirancang dan mengikut takwim sekolah dan dicatatkan
minggu. RPT yang telah siap hendaklah dihantar kepada Guru Besar untuk
disemak dan disahkan.
4.2 RPH hendaklah ditulis dengan kemas dan mengandungi:

Tajuk,
Objektif ( sekurang- kurangnya dua )
Aktiviti.
Nilai murni/kemahiran yang digunakan
Bahan Bantu Belajar (BBB)
Impak

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.3 Buku Rekod Mengajar yang telah lengkap diisi dan RPH yang telah ditulis
hendaklah dihantar ke pejabat pada setiap hari Khamis untuk di semak dan
disahkan oleh Guru Besar.
Tindakan : Semua guru
5

AGIHAN MASA UNTU MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI
Tahun
4

Masa
60 minit

PERANCANGAN PROGRAM PANITIA SEPANJANG 2014


6.1 Program Celik Komputer
Program ini bertujuan untuk memberi output dan membantu murid menguasai
fakta dan kemahiran asas dalam mata pelajaran TMK.
Secara tidak langsung, ianya menambah pengetahuan sedia ada murid dan
membantu murid dalam menjawab di dalam peperiksaan. Program ini akan
bermula pada awal Februari sepanjang tahun.
6.2 Program Pembinaan Sites
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membina
laman web melalui laman FROG.
6.3 Program Inhouse Training Untuk Guru Mata Pelajaran TMK
Program ini bertujuan memantapkan kemahiran guru dan juga membantu murid
dalam menguasai fakta-fakta. Program ini akan dijalankan minggu kedua
persekolahan.

BAHAN BANTU MENGAJAR


7.1 Penggunaan BBB adalah amat perlu kerana ia dapat membantu murid
memahami kronologi sesuatu peristiwa. Guru juga perlu memilih bahan yang
sesuai dalam P&P.
7.2 Pengerusi telah memaklumkan kepada pihak pengurusan mengenai alatan ICT
yang amat kurang, dan guru menghadapi kesukaran untuk menggunakan LCD
atau pun television semasa P&P.

HAL-HAL LAIN
8.1 Penandaan buku latihan perlu dijadualkan mengikut kesesuaian. Penandaan
buku latihan ini dapat membantu mendisplinkan murid. Ia juga salah satu langkah
untuk menerapkan sikap kekemasan dalam latihan.

PENUTUP
9.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya akan dijalankan mengikut keperluan.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
EN. MUHAMMAD HISHAMUDDIN
BIN ABD. JABAR
Ketua Panitia Teknologi Maklumat &
Komunikasi
SK Parit Bulat
Tarikh : 13 JAN 2014

.....................................
PN. HJH. NORMAH BT HASSHIM
Guru Besar
SK Parit Bulat
Tarikh : 13 JAN 2014

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00