You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan
Solfa
Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik
KSSR, pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan
pengetahuan dan kemahiran. Antara kemahiran yang patut dipratikkan sebelum
mempelajari nyanyian ialah kaedah solfa. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran
secara hafalan not dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan
sebagai sebutan pic.

Rajah 1.0 Susunan


solfa secara menaik.
Kaedah ini digunakan untuk sistem do bergerak (movable do) yang mana pic
do bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major/minor, pic do ialah
not C. Manakala bagi nada D major/minor, pic do ialah not D. Tonik Solfa menekankan
perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sitem tonal. Apabila kanak-kanak dapat
menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor
mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad. Contohnya, do-re-mi-fa-sol-la-tido ------ ( C,D,E,F,G,A,B,C)
Antara contoh latihan solfa adalah seperti berikut,
1. DO RE MI 2. MI RE DO 3. DO DO DO RE MI 4. MI MI MI RE DO

2.0 Solfa Major

Rajah 2.0
Dalam rajah 2.0, skel tersebut menunjukkan solfa major yang selalu digunakan
dalam nyanyian. Skel major tersebut dalam nada C major, jadi nombor 1 ialah not C dan
seterusnya ialah seperti berikut.
1

3 4

5 6 7 8

Do Re Mi Fa Sol La Ti Do
Dalam Nada major, solfa bagi C major ialah seperti berikut,

Gambar Rajah 2.1


Dengan menggunakan Movable Do , bermaksud
Do dalam solfa. seperti berikut,

Gambar Rajah 2.2

juga akan dinyanyikan

3.0 Solfa Minor

Rajah 3.0 Skel minor natural

Rajah 3.1 Skel minor harmonic

Rajah 3.2 Skel minor melodik


Dalam rajah 3.0, skel tersebut menunjukkan solfa minor yang selalu digunakan
dalam nyanyian. Solfa minor tersebut dalam nada A minor, jadi nombor 1 ialah not A.
Untuk A minor harmonik, solfa akan dinyanyikan seperti berikut,

Gambar Rajah 3.3


Untuk A minor melodik, solfa akan dinyanyikan seperti berikut,

Gambar Rajah 3.4


4.0 Solfa Pentatonik

Solfa pentatonik boleh dibina daripada skel major dengan menggunakan formula yang
mudah. Major pentatonic dibentuk dengan memilih 1,2,3,5, 6 dan 8 daripada skel major
C. Jadi skel pentatonik dalam nada C ialah C,D,E,G,A, C .

Do Re Mi

So La

Do

Solfa pentatonik minor


Solfa pentatonik minor adalah agak sama dengan major pentatonik. Minor pentatonik
dibentuk dengan memilih 1,3,4,5,7,1 daripada skel minor Cm. Jadi solfa pentatonic
dalam nada Cm ialah C, Eb, F, G, Bb, C .

5.0 Perbandingan Solfa Major, Minor, Pentatonik Major & Pentatonik Minor.
Persamaan
Semua solfa tidak kira sama ada solfa major atau solfa pentatonik adalah
dibina daripada skel major& minor dan skel pentatonik. Selain itu, semua solfa adalah
sebagai asas kemahiran nyanyian. Pelajar adalah lebih mudah untuk menguasai melodi
sebuah lagu jika individu tersebut mempelajari solfa terlebih dahulu. Solfa major & minor
dan solfa pentatonik dapat dimainkan dalam sebuah nada. Contohnya solfa major dalam
C/Am, solfa minor dalam Cm/Am, solfa pentatonik major dalam C/A dan solfa pentatonik
minor dalam Cm/Am. Kedua-dua solfa minor dan solfa pentatonik minor dapat dibina
melalui relatif majornya.
Perbezaan
Solfa major & minor dimainkan dala 8 not, iaitu dari C ke C. Akan tetapi solfa
pentatonik major & minor hanya dimainkan dalam 5 not, iaitu major- C,D,E,G,A,C (tidak
mengandungi F dan B). Selain itu, jeda untuk semua solfa adalah berbeza-beza. Di

samping itu, solfa major dan solfa pentatonik major tidak mengandungi sebarang tanda
kromat jika berbanding dengan solfa minor dan solfa pentatonik minor. Tambahan pula,
solfa major & minor lebih kerap digunakan dalam nyanyian, tetapi solfa pentatonik lebih
kerap digunakan dalam permainan alat muzik.