You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

MENGKUANG 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

TAJUK KURSUS: HUBUNGAN ETNIK

KOD KURSUS : WAJ 3106

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NUR AFNI HANIZA BINTI SHAIDAN

NO KP

821127-02-5642

KUMPULAN / UNIT

PPG AMBILAN KHAS FEB 2013 (SEM 3)

NAMA PENSYARAH

EN. ZAHARI BIN ZAINAL

TARIKH SERAH

19 OKTOBER 2013

PENGHARGAAN
Syukur kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya
Tugasan ini dapat diselesaikan seperti yang telah dirancang. Setinggi-tinggi
penghargaan kepada tonggak utama dalam menyempurnakan tugasan ini iaitu En.
Zahari bin Zainal, Pensyarah matapelajaran Hubungan Etnik, WAJ 3106, IPG Kampus
Tuanku Bainun diatas panduan dan nasihat yang tidak ternilai harganya.
Sekalung penghargaan ditujukan kepada guru-guru di Sekolah Alor Pongsu dan
rakan seperjuangan PPG Ambilan Khas di atas kerjasama yang telah diberikan sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang tugasan ini dijalankan. Terima
kasih kerana sentiasa memberikan bantuan dan pertolongan untuk menyempurnakan
tugasan ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi dan jasa kalian
semua.
Setinggi-tinggi penghargaan buat suami dan anak-anak tersayang yang telah
menggalakkan dan mendorong supaya saya meneruskan pengajian ini, yang sentiasa
bersama waktu susah dan senang dan sentiasa mendoakan kejayaan saya tanpa rasa
penat dan jemu. Terima kasih atas kasih sayang yang telah dicurahkan dengan setulus
hati.
Sekian, terima kasih..

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

TUGASAN 1:

3 - 10

Sejauh manakah peranan guru


dalam proses pemupukan
semangat patriotik dalam
kalangan pelajar.

TUGASAN 2:
Penulisan Reflektif

BIBLIOGRAFI

Tugasan i -

11-12

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan


yang menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
hendaklah dijadikan teras paksi dalam proses pemupukan semangat
patriotik dalam kalangan murid.

a.

Berdasarkan pernyataan di atas, sejauh manakah peranan guru


dalam proses pemupukan semangat patriotik dalam kalangan
pelajar.

Warga pendidik ataupun guru mempunyai peranan yang amat penting dalam
memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar sekolah, sekaligus melahirkan
warga Malaysia yang cintakan negara. Usaha memupuk semangat patriotik perlu
dimulakan dari peringkat sekolah rendah. Salah satunya ialah melalui mata pelajaran
Sejarah yang akan diperkenalkan di sekolah rendah bermula tahun hadapan iaitu 2014.
Dalam penyemakan semula kurikulum sejarah, unsur patriotisme ini dimasukkan secara
tersurat dan secara langsung dalam kandungan kurikulum mata pelajaran sejarah.
Usaha ini diharap dapat memastikan pemupukan semangat patriotik menjadi lebih
berkesan dan peranan guru adalah sangat penting dalam pelaksanaan di bilik darjah.
Melalui isi kandungan mata pelajaran Sejarah, guru boleh memupuk semangat patriotik
dan menimbulkan perasaan bangga tentang sejarah negara. Misalnya semasa guru
mengajar tentang Kesultanan Melayu Melaka, pelajar dapat mengkaji bagaimana
empayar Melaka menjadi gemilang dengan kedudukan ekonomi yang mantap, sistem
pentadbiran yang cekap dan teratur, keselamatan yang terjamin dan dasar luar yang
bijak pada abad ke-15 dan ke-16. Pengetahuan mengenai sejarah Melaka ini boleh

menjadi pendorong dan penggerak dan memberi keyakinan bahawa sejarah boleh
berulang dan kita berupaya menangani cabaran wawasan 2020 kerana kita pernah
melakukannya. Begitu juga dengan pengenalan kepada tokoh atau pemimpin terdahulu.
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran sejarah, tokoh atau pemimpin ditonjolkan
mengikut peristiwa yang berlaku dan sumbangan serta pengorbanan tokoh atau
pemimpin yang dipelajari boleh menanamkan dan memupuk semangat patriotik.
Kandungan teks juga perlu ditulis dengan menggunakan laras bahasa yang dapat
menyemarakkan semangat patriotik, perpaduan antara kaum dan integrasi wilayah dan
nasional misalnya pernyataan seperti berikut,``Sejarah membawa kita mengenali jati diri
atau asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia
kepada negara. Penerapan nilai patriotisme boleh berlaku semasa pelajar membuat
rasionalisasi mengenai peristiwa sejarah yang dipelajari. Misalnya pelajar dipupuk
dengan kemahiran mengenal pasti isu dan masalah masa lalu dengan mengkaji sebab
musabab, melihat perubahan dan kesinambungan dan melihat kesan dan akibat.
Pelajar juga melihat persamaan dan perbezaan serta membuat pertimbangan nilai
tentang isu dan masalah masa lalu.

Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan


insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang
warganegara yang baik. Bermulanya pendidikan dari sekolah rendah merupakan
proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu,
bagi menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara keseluruhannya, tujuan
pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi

adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya
menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti. Dalam merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara, Satu Malaysia yang berkonsepkan Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan sudah tentu dapat membentuk sistem pendidikan bertaraf
dunia. 1 Malaysia mengajak rakyat untuk bekerja secara bersama dalam
membangunkan, membina dan memantapkan negara tanpa mengira kaum. Nilai-nilai
murni seperti hormat - menghormati sesama masyarakat walaupun berlainan kaum
perlu diterapkan. Nilai patriotisme antara nilai yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Nilai patriotisme banyak digambarkan bagaimana masyarakat berusaha
dalam menuntut kemerdekaan, menghargai dan memelihara pengertian sebenar
tentang kecintaan kepada negara. Nilai - nilai patriotisme amat penting agar rakyat
dapat hidup dalam keadaan aman serta kejayaan negara dapat dikecapi secara
bersama. Pembangunan dan kemajuan negara hanya boleh direalisasikan jika
wujudnya masyarakat yang mencakupi segala kriteria matlamat pendidikan negara dan
formula Satu Malaysia itu sendiri. Melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya seperti melahirkan rakyat yang bertanggungjawab
dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara, melahirkan rakyat
yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara, melahirkan rakyat yang
memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi,
demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum dan sebagainya. Menurut Abd. Rahim
(1999), patriotisme pada umumnya boleh dikaitkan dengan semangat, perasaan, sikap,
kesedaran,

idealisme

yang

menyentuh

soal-soal

kebangsaan,

kenegaraan,

tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan, kecintaan, kesetiaan, ketahanan diri dan


sumbangan warganegara terhadap negara bangsa dan agama. Patriotisme merupakan
unsur ketahanan nasional yang amat penting bagi meningkatkan komitmen dan
tanggungjawab rakyat terhadap bangsa dan negara. Unsur-unsur patriotisme
diterapkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, bersemangat
kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif ke arah mencapai matlamat dan aspirasi
negara.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah Tahun 5


yang

terangkum

dalam

bidang

kemanusiaan

dan

kemasyarakatan

bertujuan

membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang
mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang,
progresif, sejahtera dan bersemangat patriotik. Selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Mata Pelajaran Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan
yang berilmu dan beramal, harmonis serta berketerampilan. Mata Pelajaran Kajian
Tempatan diajar di Tahap II mulai Tahun 4 hingga Tahun 6. Mata pelajaran ini dirancang
untuk menjadi saluran utama bagi murid memperoleh pengetahuan, pemahaman asas
serta pengalaman hidup yang seimbang dan harmonis sesama manusia dan antara
manusia dengan alam persekitarannya. Interaksi ini mewujudkan pelbagai cara hidup
masyarakat Malaysia dan memperlihatkan bagaimana mereka berusaha untuk
mencapai kesejahteraan hidup. Mata pelajaran ini juga menjadi pendukung utama bagi
memupuk semangat patriotik di kalangan murid. Hasil pembelajaran disenaraikan
mengikut urutan kesukaran dan merangkumi bidang kognitif, afektif dan psikomotor.

Dalam lajur Unsur Patriotisme pula, disenaraikan nilai murni masyarakat dan semangat
patriotik yang ingin dipupuk. Aspek ini amat penting disepadukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana melaluinya murid akan dapat menghayati mesej
yang disampaikan. Pemupukan unsur patriotisme ini boleh dilakukan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara terancang. Penyataan semangat patriotik ini
disenaraikan selaras dengan isi kandungan dalam lajur Topik / Subtopik dan Hasil
Pembelajaran. Sebagai contoh, melalui topik 5 : Mengenal Negara Kita dalam Huraian
Sukatan Kajian Tempatan Tahun 5, murid berpeluang mengenali negeri-negeri yang
terdapat di Malaysia dan seterusnya mengetahui identiti negara. Dengan mempelajari
topik ini, perasaan hormat, sayang dan bangga terhadap negara sendiri dapat dipupuk
di kalangan pelajar. Pelajar juga dapat memupuk nilai patriotisme seperti menyedari
kepentingan negara sendiri dari segi kedudukan geografi melalui aktiviti menanda
kedudukan Malaysia di peta dunia. Unsur patriotisme lain ialah berbangga dengan
kepesatan

pembangunan

bandar

-bandar

di

negara

kita,

melalui

aktiviti

membincangkan dan mengkelaskan bandar -bandar utama dari segi pentadbiran,


perindustrian dan pelabuhan. Seterusnya, dapat menerap unsur patriotisme lain seperti
berbangga dengan lagu, bendera, jata dan lambang negeri sendiri, dan menghormati
lagu, bendera, jata dan lambang-lambang negeri lain.

Aktiviti di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang bercorak
pendidikan dan juga adalah sebahagian daripada cara bagaimana menerapkan nilai
patriotisme. Kegiatan ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, seperti gerak
kerja unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan. Ianya turut boleh

dilaksanakan sebagai lanjutan kepada proses pembelajaran dan pengajaran di bilik


darjah serta sebagai pelengkap kepada usaha menanam dan mengukuhkan nilai-nilai
patriotik dan nilai murni ke dalam jiwa pelajar.

Secara tidak langsung, dapat

meningkatkan semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat


patriotik, tahap disiplin selain kemahiran di kalangan pelajar. Kokurikulum merupakan
wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial yang akhirnya dapat mewujudkan sumber manusia
berkemahiran tinggi di Malaysia. Secara amnya, kokurikulum adalah aktiviti dan
pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah di mana ia lebih banyak
dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih
menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan,
kepimpinan, sosial dan sebagainya. Kebiasaannya aktiviti kokurikulum dilaksanakan
pada waktu petang iaitu selepas sesi persekolahan. Sesetengah aktiviti dijalankan di
dalam bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti seperti kuiz, syarahan, ceramah
dan sebagainya. Aktiviti di luar bilik darjah yang lain ialah melalui aktiviti khidmat
masyarakat. Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, pelajar akan melakukan kerja amal
yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid diharapkan dapat
merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai patriotik. Penyertaan murid dalam
kerja

projek

ini

juga

dapat

menyediakan

warganegara

yang

prihatin

dan

bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.


Oleh itu, pentingnya memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi.
Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata

peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Contohnya , pihak


sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
sekolah, nanyian Lagu Negaraku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan
terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting
kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Selain itu, ibu bapa
juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari
anak-anak.

Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya

memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu
bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu
bapa mesti mengibarkan bendera bersama anak-anak ketika sambutan

hari

kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat
bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada
ibu

bapa

sejak

kecil. Seterusnya,

pihak

yang

bertanggungjawab

hendaklah

menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen


yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik
seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan
radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan

semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan


negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit
Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan
negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita. Sebagai guru pula, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penekanan
perlu dibuat supaya murid dapat menyayangi keluarga, jiran dan persekitaran serta
menghormati masyarakat, patuh kepada pemimpin dan taat kepada raja, dan
seterusnya sentiasa mendaulatkan undang-undang. Pengalaman pembelajaran ini akan
membentuk murid yang setia kepada negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Kesimpulannya,

semangat

patriotik

sangat

penting

untuk

melahirkan

warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna
kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat
patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya
agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negaranegara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan
peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat.

Tugasan ii -

Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan ini adalah


merangkumi aspek-aspek berikut:
i.

Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini (proses mendapatkan


bahan dan maklumat dan lain-lain).

ii.

Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana


mengatasinya

iii.

Huraikan bagaimana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini


mampu meningkatkan kefahaman anda tentang perkembangan kognitif
individu.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana izin dan
rahmatNya dapat saya menjalani kuliah WAJ 3106 ini dengan jayanya walaupun
pelbagai kekangan yang dihadapi ketika mengikuti kursus ini.
Terdapat pelbagai kekangan yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini
seperti kekurangan sumber rujukan,dan kekurangan informasi dan ilmu yang lebih
mendalam dalam tajuk tugasan ini. Ini kerana, semasa tajuk tugasan diedarkan, saya
tidak hadir ke kuliah kerana kurang sihat. Ini menyebabkan saya ketinggalan berkaitan
maklumat penyediaan tugasan. Namun, Alhamdulillah pensyarah dan rakan sekelas
banyak membantu ketika saya menghadiri interaksi yang seterusnya. Saya sedaya
upaya untuk mencari pelbagai jenis sumber rujukan dengan perkongsian bersama
rakan sekelas di samping berkongsi idea dan mencari buku-buku dan maklumat dari
Internet yang berkaitan dengan tajuk ini. Seterusnya, dari segi pengurusan masa. Saya
mempunyai kekangan masa dalam menyiapkan tugasan di sekolah dan tugasan yang
diberikan pensyarah. Ini kerana pada masa yang sama, saya perlu mengisi pencapaian
pelajar secara online dari semasa ke semasa, di samping pengurusan bilik darjah dan
sekolah yang menyebabkan masa yang diberikan terasa sangat terhad. Walau
bagaimanapun, Alhamdulillah ini merupakan cabaran pada saya untuk meneruskan dan
mengajar saya menguruskan masa dengan sistematik.

Banyak pengetahuan baru yang saya peroleh melalui tugasan-tugasan yang


telah dilaksanakan. Antaranya ialah pengetahuan mengenai tujuan matapelajaran ini
dimana ia lebih mencerminkan sifat sesuatu struktur sosial masyarakat. Hubungan etnik
mencerminkan keadaan sosial keseluruhan dalam masyarakat. Melalui tugasan ini,
saya dapat menekankan nilai patriotisme dan mengetahui bagaimana cara dan
pentingnya nilai patriotisme di kalangan pelajar. Memainkan peranan penting bagi
memupuk semangat kecintaan kepada negara. Melalui tugasan ini juga, saya dapat
mengetahui bagaimana membuat perancangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah bagi memastikan pelajar
mendapat dan menghayati nilai patriotik yang sebenar. Nilai murni ini sememangnya
perlu diaplikasikan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana ia
menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, saya dapati pendekatan ini dilihat dapat
menerima persamaan dan perbezaan antara individu khususnya pelajar. Ini kerana
setiap pelajar adalah berbeza dan cara pemikiran mereka juga adalah berlainan.
Pemupukan semangat patriotik di kalangan pelajar ini sememangnya dapat membentuk
pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Akhir sekali, saya berterima kasih kepada pensyarah pembimbing bagi subjek
Hubungan Etnik iaitu En. Zahari bin Zainal kerana telah menunjukkan dan memberi
idea dan serba sedikit membantu kami dalam melaksanakan tugasan ini. Terima kasih
juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang lain kerana secara langsung mahupun
tidak langsung telah memberikan informasi dari semasa ke semasa mengenai tugasan
ini. Diharap tugasan ini memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pensyarah dan
menepati kehendak soalan yang diberikan. Ilmu yang saya perolehi sepanjang
pembelajaran saya ini akan saya aplikasikan sebagai panduan dalam kehidupan.
Terima kasih.

RUJUKAN
Mok Soon Sang. 2003. Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan. Subang Jaya,
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho Hui Ling, Ku Halim Ku Ariffin, Lee Yok Fee, Najeemah
Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Nazri Muslim. 2010. Hubungan Etnik
di Malaysia Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Tahun 5. Pusat Perkembangan


Kurikulum

Diperoleh pada pada Oktober 12, 2013 daripada


http://eprints.utm.my/6519/4/ChuaKhengHoeMFPCHAP1.pdf

You might also like