You are on page 1of 3

3.

1 ( e ) Boneka Wayang Kulit


Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan
bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak
methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang. Persembahan wayang kulit selalunya
diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan seperti serunai dan
rebab. Wayang kulit dipersembahkan dalam upacara atau perayaan tertentu. Fungsi wayang kulit
ini adalah sebagai medium hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan unsure ritual yang terdapat
dalam sesebuah Masyarakat.
Rupa bentuk boneka wayang kulit dilukis di atas kertas tebal.Kemudiannya diwarna dan
bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan
kertas tebal.Biasanya boneka ini nipis dan berbetuk dua dimensi.Lidi-lidi halus diletakkan pada
tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Semasa memainkan boneka ini, ia di tempatkan di
bahagian belakang atau skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan
kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.Satu lagi
cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan
imej boneka akan terpapar di atas skrin.
Langkah membina boneka wayang kulit
Alatan dan Bahan

Kertas kadboard

Pita pelekat

Guntuing

Punch

Jarum tajam

Dawai

Pensel

Pisau

Langkah membina boneka wayang kulit


1. letakkan kadboad berwarna hitam di atas permukaan yang rata.kemudian lakarkan bentuk
bonekamengikut watak yang disukai

2. Guntingkan bahagian bentuk yang telah dilakarkan.

3. Gunakan punch atau jarum tajam untuk menebuk sudut yang telah ditanda

4. Cucukkan pin split menerusi setiap lubang dan leperkan pin split supaya bentuk dapat
dikekalkan

5. Gunakan pita pelekat melekatkan dawai dibelakang patung wayang kulit.

6. Boneka wayang kulit yang sudah siap untuk dimainkan

You might also like