You are on page 1of 10

Abstrak

Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan di beberapa buah negara,
termasuk Malaysia telah menyatakan matlamat dan dasar secara bertulis untuk
mencapai objektif tersebut. Usaha untuk membentuk komuniti sekolah yang lebih
inklusif telah menghadapi berbagai halangan, dilema dan kontradiksi yang
menghasilkan reformasi pendidikan secara permukaan dan ad hoc. Ini adalah satu
usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam pembentukan dasar semasa
untuk menginklusikan pelajar dengan meneliti dasar dan teori pendidikan serta
ekologi persekolahan yang sedia ada. Perkara ini dimulakan dengan menjejak
rasionalke arah pendidikan inklusif dengan membicarakan konsep inklusi daripada
perspektif hak asasi manusia dan impak kajian empirikterhadap perkembangan
pendidikan inklusif. Berpandukan tinjauan literatur dan analisis dasar, didapati
bahawa perkembangan pendidikan inklusif di Malaysia telah didorong oleh
perspektif yang sempit dan terbatas; dan menunjukkan bahawa dimensidimensi
input, proses, hasil, serta faktor luaran adalah saling berkaitan dan saling
bergantung pada konteks. Analisis ini boleh dijadikan asas untuk menyemak semula
dan mencadangkan dasar dan amalan pendidikan inklusif di Malaysia. Langkah ke
arah pendidikan inklusif seterusnya perlu menggunakan pendekatan lebih luas yang
meliputi sistem pendidikan perdana. Hanya dengan memahami matlamat sebenar
persekolahan dan bagaimana sekolah sebagai sebuah institusi sosial boleh
menyumbang secara berkesan, agenda untuk reformasi ke arah kualiti dan ekuiti
pendidikan untuk pelajar dengan keperluan khas adalah satu usaha yang
berterusan.

1.0

Pendahuluan

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program


Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di
Sek. Keb. Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan. Istimewanya program ini ialah setiap
kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh seorang
guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut.
Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan
berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan

Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan
Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia
(NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC).
Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan
guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru
pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran muridmurid bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari
sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang
dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari
KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik.

2.0

Pernyataan Masalah

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu


hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu,
hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak
sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif
serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan
inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya
penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru
pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha
untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun
implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian,
cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan
PPI di Sek. Keb. Kuala Nal supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan
memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid
berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.

3.0
Objektif
1.
Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

2.
Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa
daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan
peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru
dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role
model).
3.
Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan
khas dengan murid di aliran perdana.
4.
Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka
menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka.
Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira
perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
5.
Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan
khas .
6.
Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi
masyarakat.
7.
Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar
berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
4.0

Kepentingan cadangan/ garis panduan

Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada
pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas,
KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah
dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan
Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian
yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih
berkesan bagi muridmurid tersebut. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di
sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan
bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid
normal yang dipaksa menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas.
Penyediaan tempat yang sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai
fungsinya. (Farell et al, 2002).

5.0

Tinjauan Literatur

5.1

Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang


diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar
bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar
oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini
melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana
bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka
mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah
Jalil, 1995).
5.2

Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah
istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu
istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia
telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang
mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur,
masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai
murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi
peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen
persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau
program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di
bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber
Manusia.
5.2.1

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai


murid-murid berkeperluan khas.
5.2.2

Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas


biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti
kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan
dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.2.2.1

Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas


aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.2.2.2

Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran


atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan
khas (guru pembimbing).
5.3

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai


organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau
NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat
dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.
Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata
pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran
daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan
masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di
pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan
kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini.
Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas
ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang


menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur
2-16 tahun

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan


khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal


bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di
antara umur 6-16 tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang


komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada
kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat
pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

5.4
Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan
Inklusif (PPI)
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau
United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO)
menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah
kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan
khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif
dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.
Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI)
mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan
untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta
Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini
pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk
semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran
mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di
Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika
Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undangundang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New
Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan
secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan
pendidikan murid berkeperluan khas.

6.0

Strategi Pelaksanaan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak


bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan
murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan
khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian.
Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi
kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
(PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan
khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap
program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah
meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis
panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.

6.1

Jenis-jenis

pelajar

Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"

Autistik

Down Syndrome

Terencat akal ringan.

Hyperaktif

Cerebral Palsy

masalah

pembelajaran

6.2

Tenaga pengajar

Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru
mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:

6.3

Kemudahan asas untuk pelajar khas


Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.

Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah


menengah.

Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa
akademik.

Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak


sekolah.

Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu
dan kaunseling.

6.4

Pengurusan

Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik

Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar

Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual


waktu yang sesuai

Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu
murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan

Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat,


pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.
6.5 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan

Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki


peperiksaan umum.
Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid
supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.
Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan
komunikasi.
Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di
sekolah.
Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar
sekolah.

7.0 Syor
Pihak pentadbiran Sek. Keb. Kuala Nal adalah dipohon untuk mempertimbangkan
dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya
ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

8.0 Rumusan

Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program
yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah
disenaraikan. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat
dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid
berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna
kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari
nanti.

Rujukan
Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.
Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,
Terengganu.
Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:
David Fulton Publisher.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan
Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel
Langkawi.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanakkanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis
Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation
and Inclusion. London: SAGE Publications Inc.

Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ).


USA : Thomson Wadsworth .

You might also like