You are on page 1of 12

Menggunakan Teknik 'Smart Divide' Berpandukan Darab Tulang Untuk

Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Membahagi Dengan


Nombor Satu Digit
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ
IPG Kampus SULTAN ABDUL HALIM
Abstrak
Penyelidikan tondakan ini dijalankan bagi membantu murid menguasai kemahiran
membahagi dua digit sehingga empat digit dengan satu digit yang dinamakan
sebagai teknik Smart Divide hasil gabungan darab tulang dan bahagi tulang. Ia
memerlukan murid untuk melukis bentuk darab dan bahagi tulang. Kemudian
nombor di isi mengikut di dalam palang bahagi. Seterusnya murid perlu melihat
hasil darab yang sesuai dan boleh ditolak dari nombor bahagi. Seterusnya baki
bahagi akan dibawa ke bawah bersebelahan dengan nombor bahagi. Hasil bahagi
ditulis secara menurun. Peserta kajian yang terlibat adalah seramai lima orang
dalam kalangan murid tahun 4. Mereka merupakan murid yang telah memperoleh
markah yang terendah dalam ujian diagnostik bagi soalan bahagi. Data
dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, temubual, pemerhatian dan soalselidik. Hasil analisis mendapati bahawa kelima-lima orang peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian markah dalam ujian pasca
berbanding markah dalam ujian pra. Manakala temubual dan pemerhatian pula tela
menunjukkan peningkatan kemahiran mereka dalam menjawab soalan bahagi.
Mereka menyatakan kegembiraan dalam mempelajari kemahiran membahagi
menerusi tembual manakala pemerhatian menunjukkan perubahan tingkah laku dari
segi minat untuk mempelajari teknik menjawab soalan bahagi. Keputusan kajian
menunjukkan teknik ini berkesan dalam membantu murid meningkatkan penguasaan
membahagi melibatkan nombor dua digit, tiga digit dan empat digit dengan satu
digit.
Kata Kunci : teknik Smart Divide;operasi bahagi,membahagi nombor,Matematik
tahun 4
Abstract
This step does research conducted to help students master the skills divide two digits
to four digits by one digit technique called Smart Divide the result of a combination
of multiplication and division bone fracture. It requires students to draw shapes
multiply and divide the bone. Then fill in the numbers in the bar part. Next, students
should see the appropriate product and can be deducted from the part numbers.
Then, the remaining part will be brought down beside the next numbers. The quotient
is written down. Participants in this research were five people among the Year 4.
They are students who have obtained the lowest scores in diagnostic tests for
Division question. Data were collected through pre-test and post-test, interviews,
observations and questionnaires. Results show that the five participant studies have
shown improvement in terms of achievement scores in the post test than in the pre
test scores. While the interviews and observations also have showed improvement of
their skills in answering the question part. They expressed delight at learning the
skills divide through interview and observation showed behavioral changes in terms
of interest to study the techniques of answering questions divide. The results show
that this technique is effective in helping students develop mastery involves dividing
the two digit number, three digit and four-digit by one digit.
Keywords: Smart Divide techniques; divide operation, divide numbers, Math 4 years

Pengenalan
Penyelidikan tindakan ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Yan, Kedah.
Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar dan juga merupakan sekolah Gred B. Jumlah keseluruhan
murid Sekolah Kebangsaan Seri Setia (bukan nama sebenar) ini ialah 92 orang. Sekolah ini dijalankan
dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Oleh kerana kekurangan murid, maka setiap aliran hanya terdiri dari
satu kelas sahaja. Saya mengajar matapelajaran Matematik kelas tahun 4 iaitu seramai 20 orang murid.
Latar belakang keluarga murid di sekolah ini adalah dalam golongan berpendapatan rendah dan
majoritinya ialah keluarga nelayan. Kesemua murid dari sekolah ini adalah murid Melayu dan tinggal
berdekatan dengan sekolah iaitu di sekitar Kampung Ruat, Yan.
Apabila saya mengajar tajuk bahagi, saya mendapati sebilangan kecil murid saya tidakdapat
menguasai kemahiran membahagi. Ini menimbulkan kesukaran kepada saya kerana mereka telah
memasuki tahun 4. Ini menjejaskan proses pembelajaran merka. Secara tidak langsung ianya menghalang
saya meneruskan pengajaran dalam tajuk bahagi kerana mereka memerlukan bimbingan secara khusus
terhadap dari guru. Hasil tinjauan, saya mendapati, mereka kurang membuat latihan di rumah mungkin
kerana terlibat dengan aktiviti luar seperti memukat, memungut buah-buahan, menangkap ikan dan
sebagainya. Implikasinya akan memberikan kesukaran kepada murid untuk menguasai Matematik pada
peringkat yang lebih tinggi. Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan sebuah teknik yang dapat
membantu meningkatkan kemahiran membahagi nombor dengan satu digit dan seterusnya memberi
penguasaan kemahiran ini kepada murid dikalangan Tahun 4.
Isu/masalah kajian
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengenal pasti tiga masalah yang
telah dihadapi oleh murid-murid Tahun 4. Masalah pertama yang telah saya hadapi ialah murid cuai ketika
membuat pengiraan iaitu menyalin nombor yang salah ketika membuat pengiraan. Punca kelemahan
murid ini ialah mereka tidak fokus terhadap bentuk dan kehendak soalan. Ini berkemungkinan mereka
terlalu tergesa-gesa menjawab soalan sehingga cuai ketika menyalin soalan.
Selain itu, saya juga berhadapan masalah yang melibatkan murid lemah dalam menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah. Melalui penyemakan dalam buku latihan , saya mendapati mereka sering
melakukan kesilapan ketika mengenalpasti operasi yang harus dilakukan bagi menyelesaikan soalan
tersebut. Ini menyebabkan jawapan yang diperolehi tidak tepat. Namun begitu, hanya tiga orang murid
yang melakukan kesilapan tersebut dan ianya tidaklah begitu serius bagi saya kerana ianya jarang berlaku.
Namun begitu, mereka harus diberi bimbingan supaya fokus ketika menjawab soalan berbentuk
penyelesaian masalah.
Masalah ketiga yang saya hadapi ialah murid lemah dalam menyelesaikan soalan bahagi.
Contohnya mereka tidak dapat mengenalpasti apakah perlu dilakukan untuk menyelesaikan soalan ini
walaupun ianya hanya menggunakan sifir yang mudah dan telah dihafal oleh mereka. Sebagai contoh 72
9.. Manakala 3 orang murid menjawab dengan betul iaitu 12 bagi soalan 24 2 akan tetapi cara
penyelesaian yang ditunjukkan tidak tepat.
Oleh yang demikian, fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya
yang gagal dalam menyelesaikan soalan bahagi dengan satu digit terhadap lima orang murid Tahun 4 di
Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Kampung Ruat, Yan Kedah.Kemahiran membahagi ini adalah salah satu
operasi asas dalam Matematik. Ianya amat penting kerana mereka dapat menggunakan kemahiran
membahagi dalam situasi seharian seperti membahagi kumpulan ketika proses PdP, membahagikan hadiah
yang diperolehi dalam kumpulan dan sebagainya Selain dari itu, kemahiran bahagi ini perlu dikuasai oleh
murid kerana semua topik dalam matapelajaran Matematik melibatkan operasi bahagi. Sekiranya mereka
tidak dapat menguasai kemahiran ini, ianya akan memberi masalah kepada mereka untuk menjawab
soalan peperiksaan. Penguasaan murid terhadap penggunaan teknik ini memudahkan murid menjalankan
operasi bahagi kerana ianya lebih teratur. Selain itu ,murid mendapat jawapan berpandukan darab tulang
yang dibuat. Oleh yang demikian ianya memudahkan murid merujuk sifir dan menulis jawapan bagi
soalan bahagi. Penguasaan terhadap kemahiran ini akan memberi impak yang positif terhadap
pembelajaran murid dan akan menimbulkan minat mereka yang mendalam untuk menjawab soalan-soalan
dan latihan yang berkaitan dengan operasi bahagi dalam bentuk ujian mahupun peperiksaan di peringkat
sekolah.

Fokus Kajian
Setelah mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah membuat
keputusan untuk memilih masalah yang ketiga iaitu berkaitan dengan permasalahan murid-murid dalam
pengiraan bahagi nombor dengan nombor satu digit. Saya berasa bahawa masalah ketiga ini sangat
penting dan memerlukan cara, kaedah atau teknik yang sesuai bagi membantu murid-murid tersebut.
Selain itu, saya juga merasakan bahawa murid-murid yang tidak menguasai bahagi akan menghadapi
kesukaran dalam menguasai Matematik apabila berada pada peringkat yang lebih tinggi. Ini turut disokong
(Zatur Junaida,2004) bahawa Matematik merupakan matapelajaran yang memerlukan kefahaman pada
peringkat awal pembelajaran sesuatu topik yang diajar dahulu sebelum mempelajari sesuatu topik yang
baru, ini disebabkan pembelajaran Matematik akan bertambah susah kepada para pelajar apabila umur
mereka meningkat. Kajian ini dimulakan dengan memberi ujian diagnostik kepada murid-murid dan
didapati terdapat murid yang tidak menjawab kesemua soalan Matematik tersebut kerana tidak tahu dan
tidak yakin untuk memberikan jawapan. Apabila ditanya, Mengapakah kamu tidak menjawab soalansoalan tersebut?, murid itu mengatakan bahawa, Saya tidak tahu untuk menjawabnya.. Saya juga
mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam melakukan pengiraan bahagi melalui
latihan kerja rumah yang diberikan sebelum ini.
Apabila melihat situasi ini, saya berasa bertanggungjawab untuk membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran dalam pengiraan bahagi. Selain itu, saya merasakan bahawa masalah ini boleh
menjadi lebih serius jika dibiarkan. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk mempelajari
Matematik, seterusnya tidak dapat menguasai kemahiran bahagi dengan baik. Tambahan pula, kemahiran
bahagi merupakan salah satu topik yang sangat penting dan akan digunakan bagi peringkat yang lebih
tinggi. Oleh demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) untuk membantu murid-murid ini dalam menguasai kemahiran pengiraan bahagi dengan lebih baik.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i)
Mengkaji kesesuaian teknik Smart Divide dalam membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran
menjawab soalan bahagi dua digit dengan satu digit.
ii)
Mengkaji kesesuaian teknik Smart Divide dalam membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran
menjawab soalan bahagi tiga digit dengan satu digit.
iii)
Mengkaji kesesuaian teknikSmart Divide dalam membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran
menjawab soalan bahagi empat digit dengan satu digit
iv)
Mengenalpasti sama ada teknik Smart Divide dapat menarik minat murid-murid tahun 4..
Soalan Kajian
Kajian ini adalah dijalankan bagi menjawab soalan kajian berikut :
i)

Adakah teknik Smart Divide dapat membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran membahagi?
ii) Bagaimanakah respons murid Tahun 4 terhadap penggunaan teknik Smart Divide untuk menguasai
kemahiran membahagi nombor ?
Tinjauan Literatur

Bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam Matematik,


guru hendaklah merancang satu sesi pembelajaran yang bermakna dan mampu menarik minat murid untuk
mencintai Matematik. Menurut Mustaqin (2012), pengajaran dan pembelajaran Matematik KBSR perlu
dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan
dan mencabar bagi pelajar. Pada pandangan pelajar secara umum, tajuk bahagi merupakan salah satu
kemahiran asas yang amat sukar untuk dikuasai oleh murid.

Daripada empat operasi aritmetik, bahagi merupakan operasi yang paling mencabar kepada
pelajar dan ada di antaranya berpendapat bahawa pembahagi seharusnya lebih kecil daripada hasil bahagi
(Amar, 2007). Matematik merupakan matapelajaran yang memerlukan kefahaman pada peringkat awal
pembelajaran sesuatu topik yang diajar dahulu sebelum mempelajari sesuatu topik yang baru, ini
disebabkan pembelajaran Matematik akan bertambah susah kepada para pelajar apabila umur mereka
meningkat (Zatur Junaida,2004). Hal ini terbukti apabila murid gagal menguasai kemahiran bahagi semasa
tahun 4, dan ia menjadi lebih serius apabila memasuki tahun 5. Dalam kajian ini, ansur maju dalam
menyelesaikan soalan bahagi nombor dua digit hingga empat digit dengan satu digit akan digunakan.
Ansur maju merupakan satu kaedah mempelajari sesuatu kemahiran itu, bermula dari langkah yang paling
asas kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya
(Tiong Houng Ching, 2005 dalam Eric Ling Tiing Kong, 2011). Menurut Hassan (1971) dalam kajian
Tamby Subahan (1999), cara penyampaian yang difikirkan sesuai dengan tujuan dan matlamat yang
hendak dicapai termasuklah kaedah, ujikaji dan gerak kerja, cara menyedia serta menggunakan alat dan
urutan tajuk. Justeru itu pengkaji bercadang untuk memperkenalkan satu kaedah bagi membantu murid
mengatasi masalah mereka.
Kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam melakukan pembahagian panjang. Justeru itu,
satu kaedah altenatif akan digunakan dalam kajian ini. Ia disokong oleh kajian Azizan (2002) dimana
murid-murid yang mungkin menghadapi banyak masalah dalam melakukan algoritma tradisi operasi
tertentu mungkin boleh dimanfaatkan dengan menggunakan algoritma alternatif. Biasanya informasi yang
diterima akan berada dalam ingatan jangka pendek buat beberapa saat. Mengulang sesuatu informasi yang
diterima akan meneguhkan informasi itu (M. Balakrishnan, 1994). Pendapat tersebut turut disokong dalam
kajian Bahagi.Oh . Bahagi (Sinah anak Robinson,2005) dan Cartamu (Benjamin Kibong,2006),
didapati kedua-dua orang penyelidik suka melatih murid-murid secara latih tubi (Christina Lau Yuan Yuan,
2011). Kaedah yang digunakan akan diulang semasa kelas intervensi yang akan dilaksanakan. Latihan
berkala juga akan turut diberikan murid lemah. Waktu murid-murid membuat latihan, mereka harus diberi
penerangan terlebih dahulu tentang makna atau tujuan arahan soalan yang hendak dijawab dalam latihanlatihan itu (Baharin Shamsudin, 1990).
Hasil daripada pembacaan dan rujukan, saya telah mengambil inisiatif bagi membantu muridmurid yang mempunyai permasalahan dalam kemahiran pengiraan bahagi nombor dengan nombor satu
digit menggunakan teknik Smart Divide. Teknik ini dapat membantu mereka menjawab soalan bahagi
dengan kaedah alternatif yang muudah difahami, teratur dan sistematik dan seterusnya secara tidak
langsung dapat membantu mereka menjawab soalan bahagi.
Metodologi
Kumpulan Sasaran
Saya telah menjalankan ujian diagostik bagi mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dalam
pengiraan yang melibatkan kemahiran membahagi. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, saya telah
mendapati empat orang murid untuk dijadikan peserta kajian. Mereka terdiri daripada tiga orang murid
lelaki dan dua orang murid perempuan. Pemilihan murid ini juga dilakukan berdasarkan pemerhatian di
dalam kelas, latihan serta lembaran kerja yang diberikan dan skor yang diperolehi dalam ujian diagnostik
sepertimana dalam Rajah 1. Mengikut rekod pencapaian murid-murid sewaktu berada di tahun 3, mereka
telah mendapat Band 3 iaitu pada tahap sederhana. Daripada pemerhatian saya, mereka sangat
memerlukan bimbingan dan perhatian daripada saya. Mereka lebih menunjukkan minat untuk belajar
apabila perhatian daripada guru diberikan.

Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik

Rajah 1. Graf markah Ujian Diagnostik


Metodologi Pengumpulan Data
Saya telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pasca,
temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Ujian pra ini telah saya lakukan sebelum memulakan kajian
tindakan saya manakala ujian pasca sebelum mengakhiri kajian ini. Bagi ujian pra ianya terdiri hanya 6
soalan subjektif manakala bagi ujian pasca terdapat 10 soalan subjektif dikemukan soalan bahgi nombor
dengan satu digit dan dijalankan selama 40 minit. Kaedah pengumpulan data ini adalah bertujuan untuk
membandingkan markah peserta kajian antara ujian pra dan pasca tersebut.
Temu bual dijalankan sebelum memperkenalkan teknik Smart Divide bersama lima orang peserta
kajian. Temu bual ini dijalankan selama 15 minit sahaja. Kaedah ini juga telah dijalankan selepas beberapa
sesi P&P bagi mengenalpasti sejauh mana penerimaan peserta dalam penggunaan teknik Smart Divide
serta kesan penggunaan teknik ini dalam kemahiran membahagi. Bilangan temu bual yang dijalankan
semasa sesi P&P adalah sebanyak sekali iaitu sebelum ujian pasca dijalankan. Kesemua temu bual ini
dijalankan secara individu tetapi soalan yang dikemukakan adalah secara individu melibatkan soalan tidak
berstuktur..
Pemerhatian tidak berstruktur telah dijalankan sebagai kaedah pengumpulan data dengan
membuat nota lapangan. Pemerhatian tidak berstruktur dijalankan semasa sesi intervensi dijalan. Selain
itu, sebanyak tiga nota lapangan selepas sesi P&P yang dijalankan bersama-sama dengan lima orang
peserta kajian tersebut. Langkah ini bertujuan untuk melihat perkembangan peserta kajian dari segi
tingkah laku, maklum balas dan minat mereka terhadap teknik ini. Disamping itu, lembaran kerja semasa
sesi intervensi dilaksanakan juga dikumpul bagi menganalisis peningkatan penguasaan peserta kajian
terhadap operasi bahagi melibatkan nombor bulat dengan nombor satu digit.
Pelaksanaan Tindakan
Saya telah menjalankan empat fasa secara ansur maju sepertimana yang telah dicadangkan.
Pada peringkat awal saya telah memberikan ujian pra kepada lima orang peserta kajian untuk
merekodkan data dan mengenalpasti tahap penguasaan mereka dalam pembahagian. Kemudian, saya telah
memulakan pengajaran dengan memperkenalkan terlebih dahulu teknik Smart Divide yang ingin saya
gunakan ke atas mereka. Pada mulanya, peserta kajian telah diterangkan tentang konsep bahagi iaitu
perkongsian secara sama banyak. Seterusnya, mereka didedahkan dengan bentuk dan cara melukis darab
tulang dan bahagi tulang. Penerangan beserta contoh ini amat penting sebagai asas bagi proses
menjalankan operasi bahagi menggunakan teknik alternative. Setelah itu, saya memberikan pendedahan
kepada murid untuk menjawab soalan bahagi melibatkan bahagi dua digit dengan satu digit berdasarkan
sifir 2. Ini bagi membina keyakinan kepada murid apabila mereka menggunakan sifir mudah yang telah
dihafal oleh mereka.
Berikut menunjukkan bagaimana teknik Smart Divide dapat diaplikasikan oleh murid lemah
tahun 4 dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan satu digit.
Langkah 1

Sebagai permulaan, murid akan diperkenalkan dengan bentuk darab tulang dan bahagi tulang pada kertas
berlainan berwana. Ini bagi memudahkan mereka membezakan antara darab tulang dan bahagi tulang.
Mereka perlu melukis bentuk teknik Smart Divide seperti rajah 1 di bawah. Mereka dibimbing untuk
menulis soalan bahagi mengikut nilai tempat dalam palang. Murid diingatkan bahawa nombor dibawah
sekali adalah rumah SA. Soalannya ialah 24 2 = _______.

PULU
SA

Rajah 1. Bentuk Smart Divide (gabungan darab tulang dan bahagi tulang)
Langkah 2
Seterusnya mereka diajar cara penggunaan bentuk bahagi tulang tersebut berpandukan darab tulang yang
telah dibuat. Murid dibimbing untuk melihat hasil darab pada darab tulang iaitu sebelah kanan darab
tulang tersebut supaya ianya dapat ditolak dari nombor bahagi iaitu sebelah kanan bahagi tulang. Cara
pengiraan tersebut seperti rajah 2.

Baki 0 di
salin
semula
sebelah kiri

Baki

Jawapan dikenalpasti
secara ke bawah
sebelah kiri bahagi
tulang iaitu 12

Rajah 2. Cara pengiraan bahagi dua digit dengan satu digit menggunakan Teknik Smart Divide.
Langkah 3
Seterusnya penggunaan teknik ini dperluaskan kepada bilangan digit yang lebih banyak iaitu bahagi tiga
digit sehingga empat digit dengan satu digit. Ia bagi membiasakan mereka menjawab soalan melibatkan
bilangan digit yang lebih banyak kerana sukatan dalam tahun empat. Contoh penyelesaian seperti rajah 3.
Soalannya ialah 846 6 = _________ .

Jawapan ditulis
secara ke bawah
iaitu 141

Rajah 3. Contoh penyelesaian bahagi tiga digit dengan satu digit.


Langkah 4
Bagi aktiviti pengukuhan, murid juga didedahkan dengan teknik Smart Divide melibatkan soalan bhagi
empat digit dengan satu digit. Ini bagi membiasakan diri mereka dengan soalan bahagi selaras dengan
sukatan pelajaran tahun 4. Langkah pengiraannya adalah sama namun berbeza dari segi bilangan digit.
Contoh pengiraan seperti rajah 4. Soalannya ialah 5071 5 = _________.
1
2
3
4
5
6
7
8
9

5
10
15
20
25
30
35
40
45

1
0
1
4

X5

55=0
00 0 = 0
07 5 = 2
21 20 = 1 baki

Oleh itu, jawapannya ialah 1014 baki 1.

Rajah 4. Contoh penyelesaian bahagi empat digit dengan satu digit.


Dapatan Dan Refleksi
Soalan Kajian 1 : Adakah teknik Smart Divide dapat membantu murid Tahun 4 menguasai
kemahiran membahagi ?
Hasil daripada analisis dan juga dapatan maklumat yang telah saya perolehi, saya mendapati
penggunaan teknik Smart Divide ini telah dapat membantu meningkatkan kemahiran membahagi. Ini
selaras dengan objektif kajian saya untuk mengkaji kesesuaian teknik Smart Divide dalam membantu
murid Tahun 4 menguasai kemahiran menjawab soalan bahagi dua digit hingga empat digit dengan satu
digit. Penyataan ini dapat disokong hasil daripada analisis dan dapatan data yang telah saya perolehi
daripada tiga pengumpulan data yang telah dilaksanakan iaitu ujian pra dan ujian pasca, temubual dan
pemerhatian.
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Merujuk kepada maklumat yang dipaparkan dalam rajah 3, didapati bahawa terdapat peningkatan
yang ketara bagi ketiga-tiga peserta kajian terhadap penguasaan murid dalam kemahiran membahagi
dengan nombor satu digit. Murid A, murid B, murid C dan murid D mendapat 0% dalam ujian pra
manakala murid E pula telah memperolehi 34% dalam ujian pra. Keputusan ujian pasca bagi murid A,
murid B dan murid D meningkat sebanyak 80%, murid C menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu
100% manakala murid E pula meningkat sebanyak 66%. Markah tertinggi bagi ujian pra adalah 34% dan
markah tertinggi bagi ujian pasca adalah 100%. Jika diperhatikan, setiap peserta kajian menunjukkan

peningkatan yang positif. Min markah yang diperolehi peserta kajian semasa ujian pra adalah sebanyak
6.8%, manakala min bagi ujian pasca pula ialah 88%. Graf perbandingan ujian pra dan ujian pasca
ditunjukkan seperti rajah 5.
100
80
60
40
20
Mark ah Uji an (%)
0

Ujian Pra (%)


Peningkatan (%)
Ujian Pasca (%)

Rajah 5. Graf perbandingan ujian pra dan ujian pasca.


Kesimpulannya, berdasarkan perbandingan bagi kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca,
terdapat peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian. Oleh yang demikian, keputusan ujian pasca
telah membuktikan bahawa teknik ini telah membantu murid untuk menjawab soalan bahagi nombor
dengan satu digit.
Temubual
Sesi temubual telah dijalankan sebelum ujian pasca dijalankan. Ini bagi menilai sejauh mana
kefahaman murid dan respon dari murid terhadap penggunaan teknik ini bagi menjawab soalan bahagi.
Semasa saya menjalankan sesi temubual bersama lima orang peserta kajian, saya mendapati mereka
memberi respon yang positif terhadap teknik ini seperti teknik ni....saya rasa mudah nak jawab soalan
bahagi dan lebih cepat dan teknik ini dia teratur dan duduk dalam palang jadi senang nak tulis
nombor ikut rumah. Dulu saya macam malas nak buat soalan bahagi....la ni tak dah.
Selain itu, semasa temubual dijalankan juga, mereka ada menyatakan bahawa saya boleh isi
nombor dalam palang. Nampak teratur. Oleh itu, teknik ini turut membantu peserta kajian untuk
menguasai kemahiran menjawab soalan bahagi dengan baik dan berkesan. Ayat seperti saya rasa teknik
ni semua murid senang faham, Ia mudah dan cepat...., sekarang ni saya dapat kira jalan kira tulang
Smart Divide boleh mencepatkan bahagi dan saya rasa suka dan seronok nak buat soalan bahagi sebab
dia senang telah diperkatakan oleh peserta kajian. Ini jelas menunjukkan bahawa teknik ini mudah untuk
difahami dan diaplikasi seterusnya membantu mereka meningkatkan kemahiran menjawab soalan bahagi.
Kesimpulannya, berdasarkan transkrip temubual yang diperolehi menunjukkan bahawa teknik
Smart Divide ini dapat membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran membahagi dengan nombor
satu digit.
Pemerhatian
Hasil daripada analisis nota lapangan, dapat diperhatikan bahawa terdapat perubahan positif dari
segi pencapaian peserta kajian terhadap menjawab soalan bahagi. Di awal pendedahan, peserta kajian
menunjukkan tidak begitu yakin dengan teknik ini kerana mereka sudah biasa dengan penyelesaian dalam
bentuk lazim sebelum ini. Namun begitu, perubahan dapat diperhatikan selepas teknik Smart Divide ini
didedahkan kepada mereka. Sebagai contoh, sebelum teknik ini diperkenalkan mereka menjawab soalan
bahagi menggunakan bentuk lazim yang biasa. Ini memberi bebanan terhadap murid yang tidak dapat
mengelaskan nombor mengikut rumah. Oleh yang demikian, apabila teknik ini diperkenalkan, mereka
dapat melihat dengan lebih jelas cara menjawab soalan bahagi mengikut rumah dan ianya lebih teratur
dan sistematik.
Walau bagaimanapun terdapat seorang peserta kajian yang melakukan kecuaian ketika menyalin
nombor soalan. Ini menyebabkan jawapan yang diperolehi salah. Namun begitu murid yang terbabit telah
diberi bimbingan dan pembetulan bagi jawapan mereka. Selain dari itu, apabila saya memberikan soalan
lembaran kerja untuk disiapkan, mereka dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan lebih-lebih lagi
murid C dan murid E yang meminta soalan tambahan untuk dijawab. In imenunjukkan mereka berminat
dan dapat menguasai teknik dengan baik.

Kesimpulannya, dapatan daripada tiga kaedah pengumpulan data yang dijalankan telah
menjawab persoalan kaian yang pertama. Hal ini menunjukkan teknik Smart Divide telah membantu
murid meningkatkan kemahiran membahagi dengan nombor satu digit dalam kalangan peserta kajian.
Soalan Kajian 2 : Bagaimanakah respons murid Tahun 4 terhadap penggunaan teknik Smart
Divide untuk menguasai kemahiran membahagi nombor ?
Setelah menjalankan analisis dan interpretasi data, saya mendapati bahawa teknik Smart Divide
ini telah dapat membantu minat peserta kajian mempelajari kemahiran membahagi dengan nombor satu
digit. Ini bertepatan dengan objektif kajian saya iaitu mengenalpasti sama ada teknik Smart Divide dapat
menarik minat murid-murid tahun 4 untuk mempelajari operasi membahagi dengan nombor satu digit.
Penyataan ini dapat disokong hasil daripada analisis dan dapatan data yang telah saya perolehi daripada
dua kaedah pengumpulan data yang telah dilaksanakan iaitu temubual dan pemerhatian.
Temubual
Hasil daripada sesi temubual, saya mendapati perubahan positif telah diperlihatkan oleh peserta
kajian dari segi minat untuk mempelajari teknik Smart Divide ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
pada mulanya mereka kurang beminat dengan teknik ini kerana masih lagi biasa dengan kaedah bentuk
lazim. Ini kerana mereka sudah biasa dengan kaedah tersebut sejak dari tahun 2 namun begitu masih lagi
tidak dapat menyelesaikan soalan bahagi menggunakan bentuk lazim.
Apabila teknik Smart Divide ini diperkenalkan dengan lebih mendalam, mereka mula
menunjukkan minat. Ini dibuktikan melalui latihan lembaran kerja yang diberikan. Apabila mereka dapat
menjawab soalan bahagi, mereka mula berasa yakin dan seronok menjawab soalan tersebut. Ini dapat
dilihat mereka menyatakan bahawa soalan bahagi ini mudah untuk dijawab. Ayat seperti saya seronok
jawab soalan bahagi gunak teknik ini dan teknik ni senang...saya suka buat bahagi serta dulu masa
darjah satu, dua, tiga...saya tak reti bahagi..bila cikgu ajar Smart Divide ni, saya suka buat bahagi.
Merupakan respon yang telah diterima hasil daripada temubual yang dijalankan. Ini menambahkan
keyakinan mereka untuk menjawab soalan bahagi. Oleh itu, mereka lebih selesa dan seronok untuk
menjawab soalan bahagi menggunakan teknik ini kerana dapat menjawab dengan betul.
Kesimpulannya, berdasarkan dapatan temubual, teknik ini telah membantu menarik minat murid
untuk mempelajari kemahiran membahagi nombor dengan satu digit.
Pemerhatian
Tingkahlaku peserta kajian yang menunjukkan minat mereka terhadap operasi bahagi ini
dikenalpasti melalui kaedah pemerhatian. Saya telah mencatatkan dan merekodkan nota lapangan bagi
melihat perkembanagan tingkah laku peserta kajian. Ternyata peserta kajian menunjukkan perkembangan
minat yang positif. Ini dapat ditunjukkan melalui kesungguhan peserta kajian menjawab soalan dengan
banyak yang betul dalam masa yang ditetapkan.
Selain itu, peserta kajian juga meminta soalan tambahan apabila soalan yang diberikan dapat
diselesaikan lebih awal. Ini menunjukkan minat mereka menjawab soalan bahagi walaupun pada
tanggapan awalnya ia merupakan operasi yang sukar. Jika sebelum ini mereka ragu-ragu untuk member
jawapan ketika proses PdP akan tetapi setelah mereka mempelajari teknik ini, saya mendapati mereka
lebih berkeyakinan untuk memberi jawapan apabila soalan diajukan malahan mereka dengan sukarela
hendak menjawab soalan tersebut.
Secara keseluruhannya, berdasarkan daripada dapatan data yang diperoleh dan dianalisis, ia
menunjukkan bahawa penggunaan teknikSmart Divide ini dapat membantu murid menjawab soalan
bahagi dengan lebih yakin. Mereka menunjukkan minat yang tinggi kerana mereka telah memahami cara
pengiraan yang mudah dan sistematik untuk menjawab soaan bahagi.
Refleksi Keseluruhan
Refleksi terhadap murid

Kajian yang telah dilaksanakan ini telah memberi kesan kepada peserta kajian dalam menjawab
soalan bahagi.
Secara keseluruhannya, penggunaan teknik Smart Divide telah berjaya membantu murid-murid
tahun 5 menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Hal ini dapat dilihat
melalui peningkatan penguasaan murid terhadap operasi bahagi semasa sesi intervensi dijalankan.
Disamping itu, dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis dokumen, ujian pra dan ujian pos serta
temubual yang telah dibuat terhadap setiap peserta turut menunjukkan peningkatan yang positif. Analisis
deskriptif secara individu telah dibuat terhadap ketiga-tiga instrumen tersebut. Hasil daripada analisis
ketiga-tiga instrumen tersebut telah membantu menguatkan lagi dapatan kajian yang diperoleh.
Berdasarkan daripada ujian pra yang dijalankan ke atas setiap peserta kajian, pengkaji mendapati kesemua
peserta kajian menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan kemahiran bahagi
dengan menggunakan kaedah pembahagian panjang walaupun kesemua mereka tidak menghadapi
masalah dalam membina sifir. Dapatan ini menyokong pendapat Azizan (2002) dimana murid-murid yang
mungkin menghadapi banyak masalah dalam melakukan algoritma tradisi operasi tertentu mungkin boleh
dimanfaatkan dengan menggunakan algoritma altenatif.
Seterusnya, minat mereka semakin bertambah apabila mereka dapat menguasai teknik Smart
Divide ini. Dengan lebih baik. Ini dapat dilihat apabila mereka meminta soalan tambahan setelah selesai
menjawab lembaran kerja yang diberikan. Ini dapat dilihat khususnya apabila mereka dapat menjawab
soalan yang melibatkan bilangan digit yang lebih banyak iaitu sehingga bahagi empat digit dengan satu
digit. Kesimpulannya, teknik Smart Divide ini telah membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran
membahagi dengan nombor satu digit dan dapat menanam minat yang mendalam kepada mereka untuk
menjawab soalan bahagi.
Selepas melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa kelebihan
apabila teknik Smart Divide ini digunakan bagi menyelesaian operasi bahagi nombor bulat dengan
nombor 1 digit. Hal ini dapat dilihat berdasarkan daripada analisis yang dibuat pada setiap sesi intervensi.
Kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang baik dalam setiap sesi intervensi. Mereka berjaya
menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi dengan betul setelah menjalani sesi intervensi yang
dijalankan. Disamping itu,teknik ini juga berjaya membantu murid dalam meminimumkan kesilapan
dalam pengiraan dan enkod jawapan. Dengan menggunakan teknik ini, ia akan memudahkan murid untuk
mengesan punca kesilapan yang berlaku. Namun begitu, pengkaji mendapati, teknik ini masih lagi
memerlukan murid untuk mengingati sifir. Kesimpulannya, kajian tindakan ini telah banyak membantu
saya memperoleh imu pengetahuan , input dan pengalaman yang berharga. Saya berharap agar
pengalaman ini akan memotivasi diri saya untuk menjadi guru yang berinovasi bagi memajukan system
pendidikan negara selaras dengan usaha kementerian bagi menjadikan modal insan masa kini cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Cadangan Kajian Lanjutan
Saya mencadangkan agar teknik ini dijalankan penambahbaikan dengan melakukan
pengubahsuaian terhadap bentuk bahagi tulang tersebut. Ini kerana murid menghadapi kesukaran menolak
nombor bahagi secara sisi. Ia akan menyebabkan kesilapan ketika operasi tolak dijalankan Kaedah operasi
tolak boleh dilakukan secara ke bawah seperti bentuk lazim. Ini akan mengurangkan kesilapan ketika
murid melakukan operasi tolak kerana murid dapat melihat nombor mengikut nilai tempat. Selain itu,
teknik ini juga boleh diaplikasikan bagi kemahiran membahagi yang melibatkan nombor yang lebih besar
iaitu bahagi dengan dua digit.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, teknik Smart Divide initelah membantu murid meningkatkan kemahiran
membahagi nombor dengan satu digit dan menarik minat murid untuk mempelajari kemahiran
pembahagian. Secara tidak langsung apabila kemahiran, kefahaman dan minat meningkat, maka murid
akan lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan bahagi. Dan dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam
kehidupan seharian. Kesannya, mereka lebih memahami keindahan dan kepentingan Matematik dalam
kehidupan mereka seharian.

10

Rujukan
Amar Sadi (2007). Misconceptions In Number. Diperoleh Daripada
http://Www.Ugru.Uaeu.Ac.Ae/Ugrujournal/Ugrujournal_Files/SR5/MIN.Pdf pada 20 Februari 2015.
Azizan Bt Yeop Zaharie (2000). Algoritma Alternatif Untuk Pendaraban. Jabatan Sains Dan Matematik
MPPPP : Pg 3-6
Christina Lau Yuan Yuan (2008) Penggunaan Teknik CRA Untuk Membantu Murid Tahun 5 Menguasai
Pembahagian Fakta Asas. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari 2008
(Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 14-26
Eric Ling Tiing Kong. (2011). Penggunaan Teknik "SPAD" Dalam Membantu Murid-Murid Tahun Empat
Menyelesaikan Operasi Bahagi Nombor "4 Digit Dengan 2-Digit" Dalam Bentuk Lazim. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari

11

2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 1-13
Khoo Phon Sai. (1986). Belajar Untuk Mengajar Matematik Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Siri
Pendidikan Berita.
Koh Lee Sing, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong, & Seah Ai Kuan. ( 2008). Kesan
Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap Dan Pencapaian Matematik Bagi Murid-Murid Sekolah Rendah
Di Sekitar Bandar Kuching. Jurnal Penyelidikan, Jilid 8: 50
Lisah Binti Chong Vui Fah. (2011). Penggunaan "Combo Set" Dalam Membantu Murid Tahun Tiga
Menjawab Soalan Long Division. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari 2008
(Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 27-41.
Mazuin Binti Kiprawi. (2009). Buku Kecil. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2009, Jilid 3 Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang : 2.
M.Balakrishnan.(1994). Teknik-Teknik Memperbaiki Pencapaian Individu Dalam Proses PengajaranPembelajaran. Maktab Perguruan Kinta. Jurnal Pendidikan Pendeta , 49-51.
Mohamed Isa Bin Khalid. (1994). Pencapaian Matematik: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Mengikut
Analisis Path. Maktab Perguruan Kinta: Jurnal Pendidikan Pendeta
Muhamad Mustaqin Bin Azizan . (2012). Penggunaan Kaedah Pagar Membantu Menyelesaikan
Operasi Bahagi Nombor Bulat Dengan Nombor 1-Digit Bagi Murid Tahun 5. Projek Tahun Akhir PISMP
(Tidak Diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Dato; Razali Ismail.
Muhammad Affiq Bin Mohammad Zain. (2013). Penggunaan Kaedah U-Solve Dalam Membantu Murid
Lemah Tahun 5 Menyelesaikan Masalah Pembahagian. Projek Tahun Akhir PISMP (Tidak Diterbitkan).
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail .
Nik Azis Nik Pa Dan Faridah Mohamed Ibrahim. (2011). Konsepsi Murid Berumur 10 Tahun Tentang
Pembahagian Melibatkan Sifar. Diperoleh Daripada Http://Atikan-Jurnal.Com/WpContent/Uploads/2011/05/06.Pdf Pada 18 Februari 2015.
Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Safinaz, Nellie Dan Oon (2000). Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian Masalah Operasi
Bahagi Di Dua Buah Sekolah. Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur: Unit Penyelidikan Dan
Pembangunan.
Shafinaz Bt M. Annuar, Nellie Gan Hong Suan, Oo Boey Lay. (N.D.). Satu Tinjaun Kesilapan Murid
Dalam Menyelesaikan Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah. Diperoleh Daripada
Mptkl.Tripod.Com/Rnd/Tajuk00_1.Htm Pada 20 Februari 2015
Zatur Junaida Binti Bandong. (2004). Kesan Pengunaan Latihan Metakognitif Dalam Menyelesaikan
Masalah Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah : Satu Kajian Kes. Fakulti Sains Kognitif Dan
Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak. pg 2
Nor Amirah binti Abdul Hamid, Nik Mohamad bin Nik Jusoh(2014). Penggunaan Kaedah Pindah
Rumah Membantu Menyelesaikan Operasi Bahagi Melibatkan Nombor Bulat Dengan Nombor 1 Digit.
IPG Kampus Dato Razali Ismail: Jabatan Matematik.

12

You might also like