You are on page 1of 2

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tugusan ini meliputi kajian tentang Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling yang dijalankan di sekolah tempat saya menjalani praktikum pada Fasa 3 iaitu
Sekolah Kebangsaan Perdana, Tawau dan laporan bertulis secara menyeluruh berkaitan
pembentang yang telah dilaksanakan iaitu mengenai Terapi Muzik.
Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan
berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism,
ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan
dibimbang oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting.
Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri
dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza
maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya
melihat dari satu sudut

jadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan

menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku
yang sesuai semasa menyelesaikan masalah .
Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan khidmat
pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah
laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain. Tujuan ini
adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau
nasihat kepada mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial
yang tidak baik.
Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling ia akan membantu pelajar melihat
siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri
agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu
dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh
kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data psikologi dan
sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri.
Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan
moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan,
pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik

16

klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta
hasil kajian.
Terapi muzik dianggap sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan untuk
merawat pesakit .Pada zaman purba kala ,lagu serta dikir digunakan oleh kaum primitif
untuk mendapatkan bantuan Tuhan. Berdasarkan analisis hasil kajian yang diperolehi dari
para pakar muzik, mereka berpendapat bahawa peranan muzik dalam pembentukkan budi
pekerti sangat kuat. Kesimpulan ini berdasarkan analisis sejarah dan analisis mekanisme
terjadinya perilaku (pesakit). Muzik mempunyai pengaruh yang cukup kuat terhadap fizikal
dan mental individu serta watak masyarakat.

17

You might also like