You are on page 1of 12

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia merupakan salah satu sistem yang terbaik di


dunia. Namun, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan bagi memastikan generasi
kedua mengharungi perjalanan menuju matlamat baru yang hendak dicapai. Justeru,
perubahan-perubahan yang hebat dan pantas di zaman serba moden dalam aspek
ekonomi, budaya dan politik ini melahirkan pelbagai cabaran besar yang dihadapi
oleh masyarakat Malaysia khususnya masyarakat luar bandar. Sejarah pendidikan di
Malaysia menunjukkan lahirnya beberapa akta atau institusi berhubung sistem
pendidikan iaitu wujudnya Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957. Antara
kandungan yang terdapat di dalam akta berkenaan adalah berkaitan dengan
pembentukan

satu

sistem

pendidikan

kebangsaan,

mewujudkan

permulaan

kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia, dan mewujudkan sistem


peperiksaan yang sama bagi semua. Di dalam Rang Undang-Undang Pendidikan
1995, sistem pendidikan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia
dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Untuk mencapai tujuan berkenaan
Falsafah

Pendidikan

Negara

dijadikan

landasan

kepada

dasar

pendidikan

kebangsaan, pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan, dan pendidikan


prasekolah dijadikan sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Walaubagaimanapun, setelah 55 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan
yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem
persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian
serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya
hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam
keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem
pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.

Faktor-Faktor Perlunya Penambahbaikan Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia


Sejarah pendidikan di Malaysia telah wujud semasa zaman penjajahan British
lagi. Namun kurikulum yang diguna pakai lebih berbentuk keagamaan. Bagi
masyarakat Melayu umumnya sistem sekolah pondok diperkenalkan pada masa itu.
Setelah kedatangan Inggeris mereka telah memperkenalkan sistem pendidikan
Vernakular Melayu, Cina dan India. Sistem Pendidikan Vernakular ini memberi kesan
kepada perpaduan kaum. Di atas sebab dasar pecah dan perintah inilah Inggeris
dapat bertapak di Tanah Melayu beratus-ratus tahun lamanya.
Namun kini Malaysia telah merdeka dan mempunyai sistem pentadbiran dan
sistem pendidikan yang bebas. Yang menjadi persoalannya mampukah Malaysia
mencorakkan anak bangsanya dengan sistem pendidikan berkesan dan mewujudkan
kestabilan dalam setiap bidang yang berkaitan. Sistem pendidikan di Malaysia sering
mengalami proses evolusi dan perubahan. Namun hasil yang diperoleh sangat tidak
memberangsangkan

seperti

yang

diharapkan.

Dimanakah

silapnya

sistem

pendidikan di negara ini?


Menurut laporan awal pelan Pembangunan Pendidikan, Malaysia menduduki
tempat ketiga terbawah dalam Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2009 bagi
ujian Matematik, Sains dan membaca. Penilaian ini telah dibuat terhadap 74 buah
negara. Hasil yang diperoleh amat memeranjatkan jika dibandingkan tahap ekonomi
negara kita yang stabil. Korea Selatan yang pada satu ketika mempunyai ekonomi
yang lebih lemah daripada Malaysia, kini menguasai dan mendahului Malaysia
dalam ketiga-tiga bidang Matemaik, Sains dan membaca.
Sistem pendidikan di Malaysia juga memperlihatkan lebih penumpuan kepada
golongan pelajar yang pintar. Bagaimana dengan nasib pelajar sederhana yang
memegang peratus majoriti pelajar di Malaysia. Pengenalan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah
memberi impak negatif kepada golongan majoriti ini, yang kebanyakannya tinggal di
kawasan luar bandar. Walaupun pelajar-pelajar ini dapat menguasai subjek sains
dan Matematik, namun akibat tidak menguasai bahasa Inggeris sedikit sebanyak
telah memberikan pelajar-pelajar ini perspektif yang berlainan. Minat mereka
terhadap subjek ini juga semakin berkurang kerana mereka kurang berminat dengan
subjek yang menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini mungkin tidak berlaku kepada
pelajar pintar.

Selain itu, masalah disiplin dan gejala sosial yang membabitkan kes-kes
juvana mencatatkan angka yang sangat di luar jangkaan. Dapatkah Malaysia
membentuk masyarakat yang harmoni sedangkan masalah jenayah telah bermula di
peringkat sekolah lagi. Berertikah sesuatu tamadun yang maju tetapi rakyatnta hidup
dalam ketakutan dan tidak aman. Kebanyakan kes-kes juvana yang dicatatkan
menunjukkan penglibatan pelajar-pelajar lemah dan keciciran dalam pembelajaran.
Pelajar-pelajar bermasalah ini tidak berminat dengan sistem pendidikan negara,
namun mereka tetap dipaksa untuk menerimanya. Akibatnya, berlakulah kes-kes
seperti ponteng sekolah, lari dari rumah, lepak, merempit dan sebagainya. Sebagai
sebuah negara yang prihatin golongan seperti ini tidak sepatutnya diabaikan.
Mengapa tidak diwujudkan satu sistem kurikulum untuk pelajar-pelajar seperti ini.
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing. Pasti
golongan seperti ini juga mempunyai sesuatu anugerah yang mereka sendiri pun
tidak menyedarinya.
Ilmu sepatutnya dapat merubah kehidupan seseorang individu menjadi lebih
baik. Tetapi hakikat ini semakin tidak boleh dipercayai kerana lambakan graduan
graduan ijazah dan diploma di Malaysia yang masih teraba-raba untuk mendapatkan
pekerjaan. Apa yang tidak kena dengan sistem pendidikan di Malaysia, sedangkan
pelajar yang berjaya dalam pendidikan pun gagal mendapat pasaran dalam
pekerjaan. Pasti ada sesuatu perkara yang tertinggal atau terlepas pandang,
menyebabkan senario seperti ini berlaku.
Masih terdapat banyak faktor-faktor perlunya penambah baikan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Kerajaan juga sentiasa komited dan berusaha melakukan
sebaik mungkin bagi mengatasi masalah ini. Pelbagai pelan transformasi telah
dilakukan hanya mungkin masih memerlukan sedikit sentuhan ajaib sahaja dalam
merealisasikan hasrat negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.

Usaha-Usaha Strategik Dalam Sistem Pendidikan Malaysia Bagi Membentuk


Rakyat Malaysia Yang Cemerlang Dan Berkualiti
Justeru, dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5 yang lalu menunjukkan
dua cabaran besar alaf baru iaitu ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah
sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani.
Pelbagai usaha dilaksanakan bagi membentuk masyarakat Malaysia yang cemerlang
dan berkualiti, antaranya ialah pembinaan budaya ilmu yang menitikberatkan setiap
lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung dengan
kegiatan-kegiatan ilmu. Selain itu, para pendidik juga perlu sedar akan tugas dan
tanggungjawab

mereka

menyediakan

generasi

muda

untuk

menghadapi

kemungkinan-kemungkinan yang perlu dilalui pada zaman teknologi ini. Oleh itu,
generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat perlu dilahirkan berlandaskan skop dan teknologi yang terkini serta
berupaya ,menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
Di samping itu, penganjuran satu gagasan sosial yang mantap juga
merupakan satu lagi usaha bagi membentuk acuan masyarakat maju Malaysia
dengan mengambil ciri-ciri madani. Ini dapat dilihat menerusi takrifan masyarakat
madani yang menyatakan prinsip moral menjamin keseimbangan antara kebebasan
perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Para pendidik juga perlu mengunakan
wadah pendekatan nilai merentasi sekolah untuk membentuk masyarakat madani di
kalangan pelajar dan masyarakat bagi menghadapi cabaran-cabaran yang wujud.
Pelbagai cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas,
samseng sekolah dan pelbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana.
Selain itu, tuntutan abad ke-21 berlandaskan Wawasan 2020 dan Wawasan
Pendidikan berfokuskan kepada penyediaan sumber manusia yang berkualiti. Bagi
menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti dapat dihasilkan maka para
pendidik dan para guru pelatih perlu melengkapkan diri dengan menguasai pelbagai
subjek seiring kandungan kurikulum, mahir dan berketrampilan dalam pedagogi,
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka. Dalam masa yang
sama, para pendidik dan para guru pelatih perlu memahami psikologi pembelajaran
di samping memiliki kemahiran kaunseling bagi mendekatkan diri dengan para murid.
Penggunaan pelbagai jenis teknologi terkini juga merupakan salah satu pendekatan
atau kaedah pengajaran dan pembelajaran pada abad ini seiring dengan teknologi

global yang kian meluas dan ini dapat dibuktikan para murid zaman sekarang lebih
berilmu pengetahuan berkenaan teknologi maklumat. Kewujudan transformasi dalam
sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran,
pengurusan pembelajaran memerlukan persediaan para guru. Justeru, guru yang
berketrampilan juga merupakan salah satu usaha yang berkeupayaan menyaring
dan mengadun setiap perkara seiring peningkatan ketahanan anak bangsa dengan
budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk memperkukuhkan
asas kewujudan pendidikan di Malaysia.
Oleh itu, para pendidik bertanggungjawab melaksanakan peranan berikut
secara komited, iaitu:
a. Membina Budaya Ilmu
Berikut merupakan antara usaha-usaha para pendidik bagi membentuk
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan berkualiti:
i.

Teknologi dan pengkomputeran Melengkapkan diri sebagai pemimpin


berilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan
dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang dan menjadi
mekanisme dalam urusan harian.

ii.

Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif Melahirkan para murid untuk


belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi dalam
menghadapi era globalisasi.

iii.

Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes Mempunyai


kemahiran dan ketrampilan bagi mengaitkan domain teori dengan praktis dan
membina pengetahuan serta kemahiran secara developmental mengikut
kadar pembelajaran untuk mencapai kemahiran thoughtful learning.

iv.

Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak Elemen ini sangat penting


dalam usaha pembentukan budaya masyarakat yang dapat mewujudkan
kesejahteraan dan keharmonian negara.

v.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri Melahirkan sumber


manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba
boleh, dan responsif kepada keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya
didik yang terkandung di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya
merealisasikan

masyarakat

sainstifik,

teknologis

berinovatif serta berpandangan jauh ke hadapan.

dan

progresif

yang

b. Membentuk Masyarakat Madani


Di dalam usaha melalui konsep masyarakat madani pula dapat melahirkan
warganegara

yang

berpegang

kepada

teras keimanan

dan

ketuhanan,

mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan


yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi,
berdisiplin, dan amalan hidup yang cemerlang.
Penganjuran Satu
Gagasan Sosial

Menitikberatkan Setiap
Lapisan Masyarakat
Melibatkan Diri

Pembudayaan
Masyarakat Malaysia

Pembinaan Budaya
Ilmu

Usaha-Usaha
Strategik
Dalam Sistem
Pendidikan
Malaysia

Peranan Pendidik
Melengkapkan Diri
Dengan Menguasai
Pelbagai Subjek
Membina Budaya Ilmu

Penyediaan Sumber
Manusia Yang Berkualiti

Membentuk Masyarakat Madani

Rakyat Malaysia Yang Cemerlang Dan Berkualiti

Pada tahun 2007, bekas PM Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi


telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006- 2010 bertujuan memperbaiki kelemahan sistem pendidikan.

Berkualiti

g Dan

Cemerlan

Yang

Mewujudkan Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster untuk menjadi


perintis perubahan sistem pendidikan. Sekolah Bestari ialah sekolah
yang ditubuhkan dengan teknologi canggih manakala sekolah Kluster
ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan
kemenjadian murid

Malaysia

Rakyat

uk

Membent

Bagi

Malaysia

Mewujudkan Sekolah Wawasan bagi membawa perubahan dalam


sistem pendidikan negara. Sekolah wawasan bererti sekolah rendah
yang berkonsepkan belajar bersama-sama tanpa mengira kaum dan
agama.

an

Pendidik

Cara- Cara Untuk Merealisasikan Sistem Pendidikan Malaysia Bagi Membentuk

Memansuhkan Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam


Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya pada tahun 2012. Walau
bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah
memulakannya boleh meneruskannya dalam bahasa Inggeris

Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaik taraf sekolah


vokasional kepada kolej vokasional bermula tahun 2013. Dengan
dasar baru ini, sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan di
naik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013.

Program Literasi dan numerasi (LINUS) dilaksanakan dari tahun 2010


hingga 2012 bertujuan memastikan semua murid tahun 1 pada 2010
dapat menguasai kamahiran asas membaca, menulis(literasi) dan
mengira (numerasi) selepas tahun 2012 iaitu berada pada tahun 4

Cadangan-cadangan Penabahbaikan
Sepertimana yang diketahui pelbagai perancangan telah dirancang oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merialisasikan Sistem Pendidikan Malaysia
untuk membentuk sebuah masyarakat yang cemerlang dan berkuaiti. Di sini kami ini
berkongsi pandangan sebagai cadangan penambahbaikan bagi mencapai objektif
membentuk masyarakat cemerlang dan berkualiti melalui sistem pendidikan.
1. Memperkenalkan Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah.
Rasionalnya, sejarah adalah mata pelajaran yang sangat penting bagi
membentuk generasi baru. Penghayatan terhadap perjuangan pahlawan menentang
penjajahan

dapat

menerapkan

semangat

cintakan

negara

dan

semangat

bersatupadu di samping merialisasikan kosep Satu Malaysia yang mementingkan


perpaduan kaum. Di samping itu, pendedahan awal mata pelajaran sejarah dapat
membantu pelajar menguasai mata pelajaran tersebut memandangkan mata
pelajaran sejarah dicadangan menjadi mata pelajaran wajib lulus bermula 2013.
2. Mempertingkatkan kualiti guru bahasa melayu di peringkat sekolah rendah.
Masalah kekurangan guru bahasa Melayu amat ketara ketika ini. Untuk
melahir generasi yang menguasai bahasa melayu dengan baik, tenaga pengajar
yang berkualiti diperlukan. Justeru itu, kami mencadangkan guru-guru bahasa
Melayu perlu dipilih dikalangan orang Melayu kerana guru berbangsa Melayu jelas
lebih menguasai bahasa Melayu berbanding yang lain.
3. Membina sebuah sekolah projek bagi membentuk pelajar.
Apabila disebut sekolah projek maka kita akan membayangkan ia berkaitan
dengan sukan. Sekolah projek yang kami cadangkan di sini bukanlah sekolah sukan
tetapi ia adalah seperti sekolah bestari. Namun apa yang membezakannya adalah
sekolah projek ini adalah sebuah institut membentuk pelajar mengikut bidang yang
negara perlukan. Pelajar pintar dipilih dan dibentuk dari peringkat awal untuk mengisi
kekurangan yang diperlukan pada masa hadapan bagi memajukan lagi negara pada
masa akan datang.

4. Memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik di peringkat rendah.


Mata pelajaran sivik diperkenalkan untuk mendidik pelajar-pelajar di peringkat
rendah lebih bersahsiah. Masalah kemerosotan akhlak dikalangan pelajar pada
masa kini adalah punca kepada kemerosotan aset negara. Generasi muda adalah
aset penting bagi sesebuah buah negara. Justeru itu, generasi yang bersahsiah
mulia perlu dididik diperingkat awal bagi menghasilkan masyarakat gemilang dan
terbilang di masa akan datang. Disamping itu, pendedahan awal pendidikan sivik
dapan mengelakkan terjadinya peristiwa 1969 yang hampir menghancurkan
keamanan negara malaysia.
5. Melahirkan guru-guru pintar IT
Walaupan cadangan kami ini kelihatan sudah ditelan zaman, namun
cadangan ini timbul setelah melihat sendiri realiti guru-guru yang sudah lama
berkecimpung dalam bidang pendidikan. Kelihatan guru-guru yang berumur sudah
tidak berminat dengan teknologi moden. Bagi mengelakkan perkara sebegini terus
berlaku maka kami mencadangkan setiap guru-guru didedahkan dengan satu kursus
khas berkaitan teknologi maklumat. Kursus ini akan mendedahkah kaedah
pengguaan teknologi internet dengan cara yang betul. Rasionalnya supaya guruguru sentiasa dapat mencari maklumat terkini dan menggunakan teknologi terkini
untuk mengajar generasi muda yang berkembang dalam persekitaran terknologi
moden.
6. Melahirkan pengkarya-pengkarya moden dan penterjemah ilmu.
Kehebatan sesebuah negara dapat dinilai daripada pembangunanya. Kebijaksaan
rakyatnya dapat dinilai daripada hasil karyanya. Oleh itu, kami mencadangkan
kementerian pendidikan malaysia membentuk satu langkah atau program yang
mampu melahirkan penulis-penulis muda dan menterjemah seberapa banyak bukubuku ilmiah bagi melahirkan masyarakat yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan
dan generasi yang kreatif dalam menghasilkan karya penulisan atau seni.

Kesimpulan
Menurut Prof. Dr Muhammad Naquib, beliau telah mendefinisikan pendidikan
sebagai menanam sesuatu ke dalam diri manusia.

Pendidikan di Malaysia

merupakan satu medan yang amat penting dalam menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020. Malah melalui pendidikan juga, matlamat
perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai. Oleh yang demikian maka wujudlah
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang disusun bagi matlamat-matlamat tertentu dalam
membina sebuah negara maju.
Dasar sistem pendidikan telah berubah mengikut peredaran zaman, ini
selaras dengan arus kemodenan yang tidak pernah wujud titik noktahnya. Bagi
merealisasikan sistem pendidikan yang mampu membentuk masyarakat cemerlang
dan berkualiti kementerian pendidikan perlu membentuk dasar pendidikan baru
sebagai

langkah

untuk

mencapai

objektif

falsafah

pendidikan

kebangsaan

melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan
sosial. Dasar yang dibentuk perlu menepati kriteria yang diperlukan untuk mencapai
matlamat negara maju menjelan tahun 2020.
Pembentukan dasar-dasar tersebut memerlukan mereka yang mempunyai
keupayaan daya fikiran yang kreatif dan kritis. Ini kerana tanpa menggunakan idea
yang kreatif dan kritis maka sesuatu yang baru tidak akan terbentuk dan pencapaian
baru tidak akan terhasil. Untuk membentuk generasi cemerlang dan berkualiti
memerlukan cadangan yang cemerlang dan berkualiti. Dasar sistem pendidikan
digubal dalam tempoh tertentu mengikut latarbelakang dan kemampuan generasi
masa kini. Oleh itu, negara perlu melahirkan generasi yang cemerlang yang mampu
memberi buah fikiran yang kreatif dan kritis bagi mencapai hasrat membentuk
negara cemerlang dan berkualiti. Idea yang kreatif perlu di masukkan di dalam
sistem pendidikan negara kerana sistem pendidikan adalah jalan pintas untuk
merealisasikan matlamat memajukan negara menjelang 2020.

Rujukan

1. Dasar-dasar pembangunan Malaysia (2007), Kuala Lumpur : Institut takbiran


awam negara (INTAN)
2. Hussein Haji Ahmad (2002), Dasar kecemerlangan pendidikan negara :
Cabaran kriteria dan strategi 7-P, Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributers sdn bhd
3. Khairuddin Mohamad et al. (Ed). (2012). Bahasa Melayu Kontekstual.
Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd
4. Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan Di
Malaysia : dasar, cabaran dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional.
Jurnal Pendidikan. Universiti Sains Malaysia

5. Ramlee Mustapha & Ramziah Husin (2002), Jurnal teknologi : Perancangan


pendidikan

untuk pembangunan

globalisasi dan k-ekonomi,

sumber manusia dalam era

Universiti Teknologi Malaysia

6. Huraian Sukatan pelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan 5. Capaian


ini dibuat pada 5 september 2012 daripada
http://skptppki.blogspot.com/2011/05/huraian-sukatan-pelajaranpendidikan_6161.html
7. Program LINUS Sekolah. Capaian ini dibuat pada 5 September 2012 daripada
http://www.cikgublog.com/program-linus-sekolah/

...